BAB 27

Drama Completed 49800

BEBERAPA hari selepas keluar dari hospital,Puan Vina dan Encik Bad datang ke rumah Elman.Semasa Eiliya di hospital lagi mereka telah menghubungi untuk berjumpa.Eiliya terpaksa mengelak kerana dia masih di hospital.

"Mama minta maaf Liya.Leon tak sepatutnya ceraikan Liya.Mama kesal sebab tak dapat halang dia."Puan Vina berkata dalam nada sedih.

"Bukan salah mama.Liya yang patut minta maaf dengan mama papa..Liya berdosa tipu mama dengan papa.Liya bukanlah menantu yang baik."

Puan Vina mengesat airmata.Dia begitu kesal dengan Leon.Sekarang Leon tengah sibuk membuat persiapan untuk bertunang dengan Hana.Puan Vina malas mahu ikut campur.Hati dia sakit mengenangkan Hana bukan calon isteri yang sesuai untuk Leon.

"Maafkan kami sekeluarga El.Uncle tak sangka Leon buat keputusan terburu-buru macam ni.Kalau uncle tahu nak jadi macam ni,uncle tak akan suruh dia kahwin dengan Liya.."Encik Bad berasa kesal.

"Tak apa lah uncle.Apa yang terjadi kita tak boleh nak halang.Itu keputusan mereka.Kita hanya mampu berdoa yang baik-baik saja.."kata Elman.

"Liya jangan anggap kami macam orang luar.Liya tetap anak mama dengan papa.Tolong jangan buang kami dari hidup Liya.."Puan Vina merangkul bahu Eiliya.Menarik Eiliya dalam pelukan.

Eiliya menahan sebak.Bergenang airmata di tubir.
Dia terharu dengan bekas mertuanya.Masih menyayangi dia walaupun dia bukan menantu mereka lagi.

"Terima kasih mama papa.Liya bersyukur ada mama dan papa..abang El..kak Ikin.Cukup bagi Liya apa yang Liya ada sekarang."ucap Eiliya terharu.

"Mama tetap sayangkan Liya.Walau apa terjadi jangan buang kami dari hidup Liya.Anggap kami macam mama dan papa kandung Liya."kata Puan Vina lagi.Dia tidak mahu memutuskan hubungan antara mereka.Masih terselit sedikit harapan walaupun terasa kabur.

Eiliya mengangguk sambil membalas pelukan Puan Vina.Asyikin sangat menggagumi Puan Vina yang menunjukkan sikap mertua yang baik.Tidak seperti Puan Nirma,yang kurang mesra dengan dia.

"Papa juga berharap Liya dapat kembali bekerja.Syarikat masih memerlukan perkhidmatan Liya.Lagipun Liya belum menghantar apa-apa notis.Jadi papa anggap Liya masih lagi bercuti"kata Encik Bad sambil senyum segaris.

Eiliya terdiam seketika.Dia terlupa terus tentang kerja.Tak terfikir lagi mahu kembali kerja di sana atau tidak.

"Jangan risau.Papa akan tukarkan Liya ke tingkat lain.Papa faham apa yang Liya fikirkan.Papa jamin yang Leon tak akan ganggu Liya."ujar Encik Bad bila melihat wajah Eiliya yang tampak gusar.

Eiliya masih lagi berfikir.Bukan dia tak sudi tapi apa pula kata bakal isteri Leon nanti.

"Eloklah tu Liya kerja.Boleh sibukkan diri."Elman menyokong.

"Tak apa Liya rehat dulu.Ambil masa Liya.Bila dah bersedia beritahu papa."

"Betul tu Liya.Mama sokong.Sekurangnya Liya dekat dengan kami."kata Puan Vina penuh mengharap.

Eiliya masih membisu.Dia masih memikirkan cadangan Encik Bad.Bukan dia tidak sudi tetapi hati dia masih rapuh.

"Liya jaga kesihatan diri dulu.Bila dah sihat baru fikirkan."tokok Asyikin.

Eiliya tunak pandang Asyikin.Kakak iparnya macam tahu saja apa yang dia tengah fikirkan.Emosinya baru mahu pulih dia takut tidak kuat untuk melawan perasaan.

"Mama tengok Liya macam tak sihat.Pucat..Liya sakit ker?"tanya Puan Vina sambil membelek muka dan memegang tangan Eiliya.

"Kueang sihat sikit,mama.."jawab Eiliya tidak mahu Puan Vina risau.

"Dah pergi klinik?Jom mama temankan."beria Puan Vina.Dia risaukan keadaan Eiliya.

"Dah pergi,mama..Abang El bawak."cepat Eiliya menjawab walau sedikit gugup.

"Mama tahu Liya masih sedih.Tapi Liya kena jaga diri Liya dulu.Nanti mama buatkan sup untuk Liya."

"Tak apa mama.Kak Ikin dah masak tadi.Kejap lagi Liya makan."

"Mama tak puas hati tengok Liya macam ni.Mesti Liya tak makan lagi kan?"

"Betul auntie.Liya kurang makan sejak dua tiga hari ni.Badan pun dah susut."jawab Asyikin.Dia juga bimbang dengan keadaan Eiliya.

"Jom mama ambilkan sup.Mama nak tengok Liya makan."Puan Vina sudah bangun berdiri mahu menuju ke dapur.Dia tidak puas hati melihat Eiliya yang nampak semakin kurus.

Eiliya terpaksa juga mengekori Puan Vina dari belakang.Langkah di atur perlahan.Asyikin telah mendahului mereka.

"Duduk sini.Mama nak tengok Liya makan sampai habis."Puan Vina duduk di sebelah Eiliya.Asyikin sudah tergelak kecil.Tadi dia ada paksa Eiliya makan jugak tapi tak jalan.

"Liya tak ada selera.."

"Liya kena paksa makan juga.Mama tengok Liya siap berstoking bagai.Bila nak sihat kalau tak makan."Puan Vina pandang Eiliya yang berkain baik berstoking.Selama ini Eiliya mana pernah pakai macam tu.Mungkin dia tak pernah perasan sebelum ini.

Semangkuk sup bersama bubur diletak dihadapan Eiliya.Dengan perlahan Eiliya mengambil sudu dan menyuap.Sedikit demi sedikit.

"Lambat sangat Liya makan.Mari mama suapkan.."

Tak sempat nak tahan,Puan Vina sudah mencapai sudu dan menyua ke mulut Eiliya.Tidak mahu kecilkan hati Puan Vina,Eiliya paksa juga diri untuk makan.

Baru lega hati Puan Vina bila hampir semangkuk sup Eiliya makan.Cuma tinggal sesuap dua,Eiliya sudah menolak.

"Nanti mama datang lagi.Liya jangan pergi mana tau."pesan Puan Vina berkali-kali sebelum pulang.Sayang sungguh dia pada Eiliya.

"Bertuah Liya.Auntie betul-betul sayangkan Liya macam anak sendiri."kata Asyikin pada Eiliya.

"Liya tak tahu nak cakap apa.Mama dengan papa baik sangat."Eiliya hanya mampu bersyukur.Walau dalam hati masih sakit dan sedih sekurangnya terubat dengan kasih sayang orang disekelilingnya.

Apa yang dia boleh katakan sekarang.Dia mahu melupakan segala yang tejadi.Tak guna ingatkan lagi.
Perit menanggung luka kehilangan.Bila dilihat kembali betapa kuat hati dia untuk bangkit semula.Bangkit melupakan segalanya.Walaupun masih ada sisa kesedihan yang masih berbekas.Eiliya cuba untuk tidak berpaling ke belakang.

Demi diri sendiri,Eiliya kuatkan diri cekalkan hati.Mengapa mahu diingat lagi pada cinta yang tidak bermakna.Usah bazirkan airmata demi orang yang tidak menghargai kita.

Setelah dua minggu berlalu Eiliya semakin pulih sepenuhnya.Elman pula akan berpindah ke Langkawi.Menguruskan hotel yang baru dibuka di sana.Isteri dan anaknya turut dibawa bersama.

"Betul ni Liya tak nak ikut kami?"tanya Asyikin sekali lagi.

"Betul.Liya nak duduk sini saja."Eiliya tetap dengan keputusan dia.

"Ikutlah abang El.Liya boleh kerja dekat sana."Elman cuba memujuk.

"Tak apa lah abang El.Abang El dengan kak Ikin dah banyak tolong Liya.Terima kasih banyak-banyak bagi Liya tumpang duduk,jaga Liya.."

"Apa pula cakap macam tu.Liya adik abang El.Tak kan abang El nak biarkan.Kalau boleh abang El nak Liya ikut kami."

"Liya tak nak susahkan abang El sekeluarga lagi.Dah banyak abang El dengan kak Ikin tolong."

"Liya ni..kan kak Ikin dah pesan jangan cakap macam tu.Kak Ikin suka Liya tinggal dengan kami.Mimi pun sayang mak usu kan.."

Anak kecil itu mengangguk laju.Dipeluk erat leher Eiliya.Sejak Eiliya tinggal bersama mereka,Mimi tempat dia melupakan kisah duka lara.

"Jomlah mak usu.Nanti Mimi tak ada kawan."Mimi cuba mujuk Eiliya.

"Mak usu tak boleh ikut.Mak usu ada kerja dekat sini."

Monyok saja muka Mimi.Tahu mak usu dia tak akan ikut.

"Kalau macam tu Liya duduk saja dekat sini.Tak payah sewa rumah lain."saran Asyikin.

"Betul tu Liya.Dari terbiar kosong baik Liya duduk."tokok Elman.

"Liya nak cari kerja lain."

"Buat apa susah-susah.Abang El akan masukkan Liya dalam hotel kita."saran Elman.Sudah lama dia menyuarakan agar Eiliya kerja dengan hotel mereka.

"Tak apa lah abang El.Liya tak nak.Nanti Liya cari sendiri."

Hubungan Eiliya dengan Puan Nirma masih belum pulih.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Ikut Liya lah.Kalau nak kerja abang rasa baik Liya kerja dengan uncle."

"Tengoklah macam mana nanti.."

"Liya jangan lupa jaga kesihatan.Jangan fikir dah benda yang lepas.Kak Ikin nak Liya jaga diri,jaga hati Liya dulu.Tak payah fikir dah pasal orang lain."

"Baik kak Ikin.Nanti berapa lama duduk sana?"

"Mungkin sebulan dua.Kalau Liya bosan,ambil flight terus datang Langkawi."cadang Elman.

"Nanti Mimi rindu mak usu.."sampuk Mimi.

Eiliya menggorek senyuman.Dicium pipi anak kecil itu.

"Okey nanti mak usu pergi sana.Tapi suruh papa bayar duit tiket sebab mak usu tak keja lagi.."gurau Eiliya.

"Tak ada masalah.Liya cakap saja bila nak datang."

"Kak Ikin dah kemas semua beg dah ker?"

"Ada sikit lagi."

"Sikit sayang cakap.Abang tengok dah empat beg beratur kat tepi dinding tu.Macam pergi tak nak balik saja.."Elman mengusik isterinya.

"Abang ni..kira sikit lah tu.Ikut hati nak bawak sekali dengan rumah ni tau.."Asyikin ketawa.

"Macam tu lah perempuan.Mahu kapal terbang patah balik sebab berat sangat.Macam dekat Langkawi tak ada kedai.Baju kasut semua ada jual dekat sana.."

"Tak sama..."jawab Asyikin dan Eiliya serentak.Diikuti gelak tawa mereka.Faham sajalah sikap orang perempuan yang sangat teliti.

Elman hanya mengangkat tangan tanda kalah.Perempuan always right!

"Yeaaay..papa kalah!"jerit Mimi buatkan mereka ketawa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience