"APA yang Leon merepek ni!Kenapa bawa perempuan ni datang sini!?"Puan Vina naik darah sebaik melihat Hana disamping Leon.
"Sabar Vina..bagi Leon cakap dulu."Encik Bad segera menenangkan isteri dia.
"Nak sabar macam mana lagi!Abang dengarkan apa yang Leon cakap.Dia nak kahwin dengan perempuan ni!"marah Puan Vina.
Hana menyorok di belakang Leon.Takut bila Puan Vina naik darah.Gerun melihat muka Puan Vina dah macam singa kelaparan.Bila-bila saja boleh menelan dia.
"Mama please.....Dengar dulu apa Leon nak cakap."pujuk Leon.Takut juga bila mama mengamuk.
Puan Vina kembali duduk di sebelah Eiliya.Macam mana anaknya boleh cakap mahu berkahwin lain.Tak cukup kah dengan seorang isteri.Apa kurangnya Eiliya sampai nak pilih pompuan tu!
Puan Vina jeling kasar pada Hana yang merangkul lengan Leon.Belum ada ikatan sudah 'melekat' sakan.
"Leon nak kahwin dengan Hana.Leon dah lama cintakan Hana."beritahu Leon buatkan mata Puan Vina membulat besar.
"Dah tak waras ker kamu ni Leon!Eiliya isteri Leon.Tak kan Leon nak madukan Eiliya.Leon ni memang tak ada perasaan kan!"marah Puan Vina geram.
"Sebenarnya dah lama kami bercinta.Dari sebelum Leon kahwin dengan Liya.Liya pun tahu."Leon pandang Eiliya meminta sokongan.
Eiliya mengangguk.Hilang sudah perasaan dia pada Leon.Dia juga sudah nekad.
"Betul mama.Leon dengan Hana dah lama bercinta.Mama tolong restui mereka berdua."pinta Eiliya.
Puan Vina pandang muka menantunya.Eiliya tiada perasaan kah?Cakap pun tenang saja.Kalau dia ditempat Eiliya mahu tunggang langgang pompuan itu dia kerjakan.Muka tak lah cantik mana.Harap mekap saja tebal.Macam mana lah Leon boleh suka.
"Apa Liya cakap ni?Tak kan Liya nak benarkan Leon kahwin dengan perempuan ni!?"Puan Vina terkejut.Eiliya tidak marah.Jauh sekali menangis.Riak muka tetap bersahaja.
"Mama..mama dengar dulu.Leon dan Hana saling menyintai.Liya tak cintakan Leon.Sikit pun tak."tekannya bersungguh.
Leon jeling sekilas pada Eiliya.Luahan Eiliya sekadar lakonan atau lahir dari hati.
Penjelasan Eiliya buatkan Puan Vina dan Encik Bad tercengang.Selama ini mereka tengok Leon dan Eiliya baik-baik saja.Tidak nampak di mana yang kurang.
"Mama dengan papa tak faham."kata Encik Bad.Dia juga keliru.Tiba-tiba Leon cakap nak kahwin lain.
"Mama dengan papa yang nak sangat Leon kahwin dengan Liya.Leon dah bagitau cinta Leon hanya Hana.Leon tak nak hampakan mama papa jadi Leon kahwin dengan Liya.Leon dah cuba.Memang Leon tak ada perasaan pada Liya..."
Eiliya telan liur.Pahit.Itu luahan Leon.Terbukti Leon tidak pernah menyintai dia.
"Kami dah buat perjanjian.Jadi sampai masa Leon tetap akan kahwin dengan Hana."
"Perjanjian apa pula ni?"Puan Vina berang.
"Kami bersetuju untuk kahwin selama tiga bulan sahaja.Lepas tu Leon akan kahwin dengan Hana."jelas Leon.
"Leon ingat kahwin macam main pondok-pondok!Buat main hukum agama!Papa tengok lah sendiri anak papa ni!"Puan Vina rasa macam nak tercabut otak dari kepala.Gawat dengan sikap anak tunggal mereka.Memang tak patut Leon mempermainkan soal rumahtangga.Kalau tahu dari awal dia tak beria kahwinkan mereka berdua.
Timbul rasa bersalah pada arwah ibubapa Eiliya.
"Membina masjid itu satu ibadah.Meruntuhkan sesuka hati berdosa besar!Leon tahu tak!?"kata Encik Bad.Dia pun naik geram dengan sikap ambil mudah Leon.Membelakangkan hal agama.
"Tapi Leon nak kahwin dengan Hana."beritahu Leon sambil menggengam jari jemari Hana.Hana ikut memeluk lengan Leon.Takut dan kecut dengan pandangan tajam Puan Vina.
"Mama dah pening dengan Leon ni."Puan Vina mula memicit kepala.Migrain terus dia.Tiba-tiba sahaja Leon buat hal.
"Liya kenapa diam.Kenapa Liya benarkan Leon kahwin denagan Hana?"Puan Vina tidak puas hati.Eiliya dilihat masih tenang.Sikit pun tidak bersedih atau menangis.Kalau lah dia sudah tentu meraung meratap.
"Liya...ikut saja apa yang Leon mahu kan.Itu pilihan dia.Dia berhak bahagia.."ucap Eiliya.Masih tenang.
"Habis tu Liya macam mana?Liya sanggup tengok Leon dengan orang lain?"Puan Vina menjeling kasar pada Hana.Ikut hati mahu saja dia tarik rambut Hana yang perang tu.Dicakar-cakar muka Hana yang tidak tahu malu.
Ingat dia tak tahu.Hana ni kaki jantan.Berapa kali dah dia ternampak Hana dengan orang lain.Siap peluk lagi.Jangan kata itu abang atau adik kandung dia pula.Setahu Puan Vina,adik beradik Hana semuanya perempuan.
Eiliya pandang muka mama papa dan Leon.
"Leon dah pilih kebahagiaan dia.Liya gembira bila dia bahagia."ucapnya dengan tenang sambil senyum segaris.
"Mama tak faham lah.Kenapa Liya sikit pun tak marah.Kalau mama ditempat Liya,mama cencang lumat orang ketiga!"jeling Puan Vina pada Hana.
Hana kecut.Tapi dia tahu Leon akan mempertahankan dia dari Puan Vina.
"Mama..Liya dah tahu pasal hubungan mereka.Liya tak nak jadi penghalang."
"Kiranya Liya bersubahat dengan Leon untuk tipu mama dan papa?"tanya Puan Vina.
"Maafkan Liya,mama..."Eiliya merangkul tangan Puan Vina.Dia tahu Puan Vina kecewa dengan dia.
"Mama tak sangka selama ini Liya hanya berpura depan kami.Liya tipu mama dengan papa!"kecewa rasa hati Puan Vina.Menangis dia.
"Mama,Liya minta maaf.."Eiliya sebak melihat Puan Vina yang mulai menangis.Dia telah melukai hati seorang ibu.
"Liya tak salah mama.Leon yang paksa dia."kata Leon.Dia tidak mahu mama dan papa menyalahkan Eiliya.
Eiliya menangis kecil.Dia tahu telah mengecewakan hati Puan Vina.Dia bakal kehilangan seorang mama lagi.Itu yang dia rasa sekarang.
"Mama tak sangka,Liya boleh terpedaya dengan permainan Leon.Liya tak sayang kan mama..."Puan Vina menangis sedih.
Eiliya sudah melutut di kaki Puan Vina sambil menangis.
"Liya minta maaf mama..ampunkan Liya..."
Puan Vina berasa teramat kecewa.
"Mama tetap tak suka perempuan ni jadi menantu mama."cemuh Puan Vina pada Hana.
"Leon tetap akan kahwin dengan Hana!"tegas Leon.
"Baguslah..Leon nak kahwin dengan dia!Leon tak sedar yang Leon tengah memusnahkan kebahagiaan Leon sendiri!"tempelak Puan Vina dengan perasaan marah.
"Kebahagiaan Leon adalah bersama orang yang Leon cinta.Dan orang itu adalah Hana.Bukannya Liya!"kata Leon.Dia tidak mahu mengalah lagi.
Perit dan pedih menikam dada Eiliya.Nampak sangat selama ini dia tidak bererti langsung dihati Leon.Airmatanya gugur ke pipi.
Hana sudah tersenyum.Dia memang mahu buat Eiliya terluka.Biar Puan Vina tahu siapa yang lebih hebat dia atau Eiliya.
"Abang tengoklah apa yang anak menantu kita dah buat.Vina rasa kecewa sangat."katanya bersama tangisan.
Encik Bad hanya mampu mengeleng kepala.
"Macam mana pun Leon tetap akan kahwin dengan Hana!"
"Baik,kalau itu yang Leon nak.Bawak perempuan ni keluar dari sini.Mama tak nak tengok muka dia!"halau Puan Vina.
Hana termalu di halau begitu.Dia terus bangun dan mahu beredar.Berpura merajuk.Dia tahu Leon akan mendapatkan dia.
Leon juga ikut bangun.
"Hana tunggu dulu."Leon tarik kembali tangan Hana.
Puan Vina masih menangis.Eiliya juga tidak dipandangnya.Rasa sakit hati dan marah ditipu oleh Leon dan Eiliya.Selama ini dia sangka Leon dan Eiliya sudah bahagia.
Eiliya turut bangun menuju ke pintu.Tiada guna dia melutut lagi,mama mertuanya sangat kecewa dengan dia.Mereka sudah tidak mempercayai dia lagi.
Badan yang terasa lemah semakin lemah.Dia tidak sihat sejak bangun pagi tadi.Tetapi digagahkan juga untuk datang menyelesaikan masalah mereka.
"Sudah lah Leon..parents you tak kan terima I.I malu kena halau macam ni."Hana buat muka merajuk.
"Hana kita tetap akan kahwin.Lambat laun parents I akan terima you juga."pujuk Leon.
"You tak dengar tadi parents you malukan I."
"Hana please.."
Eiliya juga tidak mahu menunggu lama.Dia mahu segera beredar dari situ daripada menonton drama yang entah bila akan tamat.Setakat ini saja pertolongan dia.Selebihnya pandailah mereka berdua selesaikan.
"Semua ni sebab dia ni kan!"Hana tarik kuat tangan Eiliya.
Eiliya tercengang.
"Berlagak baik.Mama you pun sanjung sangat dia.Macam lah dia baik sangat!"
Eiliya menyeringai kesakitan bila tangannya ditarik dengan kuat.Terasa kuku Hana menikam daging tangannya.Pedih.
"Sekarang I nak dengar you ceraikan dia depan I"desak Hana.
Leon termanggu.
"Jangan Leon!"tahan Puan Vina yang turut berada di perkarangan rumah.Entah bila dia berada di situ.
"Now Leon!Atau you tak kan jumpa I sampai bila-bila."ugut Hana.Dia masih tidak berpuas hati bila Leon masih belum menceraikan Eiliya.
Leon serba salah antara sayang kekasih dan kasih pada seorang sahabat.
"Okey-okey.I akan ceraikan dia."
"Jangan Leon!Liya isteri Leon!"jerit Puan Vina cuba menghalang.
Leon tidak peduli.Syaitan mula menghasut.
"Eiliya Sofia binti Ahmadi..aku ceraikan engkau dengan talak satu."lafaz Leon sambil memandang tepat ke muka Eiliya.
"Leon!"marah mama dan papa Leon serentak.
Hana tersenyum puas.Kini Leon milik dia.
"Baru puas hati aku!Dah tak ada penghalang lagi."gumam Hana.
Eiliya kembali sebak.Ikatan dia dan Leon sudah terlerai.
Tanpa diduga Hana sengaja menolak tubuh Eiliya dengan kuat.Eiliya yang tidak bersedia terus jatuh terduduk di lantai.
"Liya!"jerit Puan Vina dengan pantas mendapatkan Eiliya yang sudah jatuh terduduk di atas lantai mozek keras.
Dipeluknya Eiliya sambil menangis.
"Maafkan Liya..mama papa.Liya banyak buat salah.Ampunkan Liya..."kata Eiliya dalan tangisan.Pinggang dan punggung terasa sakit tetapi tidak dipedulikan.Yang dia tahu dia harus meminta kemaafan dari keluarga mertuanya.
Puan Vina mengusap belakang Eiliya.Walaupun mereka terkilan tetapi mereka tetap sayangkan Eiliya.
Bagi mereka Leon telah buat keputusan mendadak tanpa berfikir panjang.
Patut sejak kebelakangan ini hati Puan Vina sering dilanda keresahan.Rupanya ini yang bakal terjadi.
Leon dilihat berlalu pergi bersama Hana.Langsung tidak peduli akan Eiliya.
Pergilah cinta yang bukan milik hati ini!
Hati Eiliya merintih sayu.
Share this novel