BAB 30

Drama Completed 49800

"EIRA tetap nak pindah juga ker.Eira dah tak sayang mama?"Puan Nirma berwajah sedih.Dia tidak mahu melepaskan Eira pergi.

"Ma,Eira kena ikut Zikri.Eira pun nak rasa hidup berdua dengan Zikri macam pasangan lain juga."

"Dekat rumah ni Eira tak boleh nak hidup ker?"

"Bukan macam tu ma.Eira dengan Zikri nak juga rasa tinggal berdua macam orang lain.Dah dua tahun kami tinggal dengan mama.Bagilah peluang untuk kami suami isteri berdikari."

"Eira memang tak sayangkan mama kan.."Puan Nirma sudah berkecil hati.Merajuk.

Sia-sia saja dia 'mempertahankan' Eira tinggal bersama selama ini.Kesudahannya Eira tetap juga nak pindah keluar.

"Eira sayangkan mama.Masih sama macam dulu.Cuma Eira juga perlukan suasana baru.Suasana hidup berumahtangga.Tak kan nak biarkan rumah yang Zikri beli tu kosong macam tu saja.Sayanglah ma..."

"Boleh saja kan bagi sewa.Selama ini mama tak nampak pun apa yang susahnya tinggal di sini.Elok dan bahagia saja kamu berdua."

"Ma tolonglah faham.Eira teringin nak duduk rumah sendiri.Masak untuk suami..basuh pinggan..basuh baju... macam orang lain.Eira nak rasa hidup berdua dengan Zikri.Ada privasi sendiri.."

"Kenapa selama ini Eira tak ada privasi ker?Bukannya mama kongsi bilik dengan Eira pun.Sekarang dah pandai nak atur hidup sendiri.Dulu apa pun Eira selalu kongsi dengan mama,sekarang dah berubah."Puan Nirma jeling kecil pada Eira yang duduk di sebelahnya.

Memang berat hati dia mahu melepaskan Eira tinggal di tempat lain.

"Bukan macam tu mama.Cuba lah faham.Eira nak rasa tinggal berdua dengan Zikri.Mungkin Eira akan lebih berdikari."Eira cuba menyakinkan Puan Nirma.

"Cuba lah kalau itu yang Eira nak.Tak kan tak nampak lagi apa yang berlaku depan mata.Macam-macam yang berlaku.Akhirnya kena cerai."

Kepada siapa lagi Puan Nirma tuju kalau bukan pada Eiliya.

"Ma tak boleh salahkan sesiapa.Kita tak tahu apa masalah sebenar Liya."

Eira turut berasa simpati pada adiknya.Setiap orang ada masalah tersendiri.Mungkin itu adalah jalan terakhir penyelesaian masalah mereka.

"Contoh dah ada kan.Mama tak nak Eira jadi macam tu.Bila tinggal berdua,ada masalah tak tahu nak selesaikan.Lagi pun memang patut dia kena cerai.Dasar anak pungut!"gumam Puan Nirma.Melepaskan amarah pada Eiliya.

"Ma sudah lah tu.Sekarang kita tengah bincang pasal Eira bukan Liya."Eira mengeluh.Kadang sikap mama buatkan anak-anak berasa jauh hati.Tapi disabarkan hati kerana mama hanya satu dalam dunia.Tak ada yang dapat ganti.

Mama pula tak habis nak salahkan Eiliya.Kesian Eiliya.Sudah kena cerai.Keguguran pula tu.Eira faham sangat akan keadaan Eiliya.

"Ikut suka Eira lah nak tinggal mana.Mama tak nak ambil tahu dah.Susah bercakap dengan orang tak faham bahasa ni."bebel Puan Nirma.

"Ke situ pula mama ni.Bukan jauh mana pun.Eira akan selalu melawat mama.Jangan risau,Eira tak akan lupakan mama.Mama pun boleh datang rumah kami."pujuk Eira.

"Sayang dah ker.Jom kita pergi..."panggil Zikri.Bukan dia tak dengar apa yang mama mertuanya cakap dengan Eira tadi.

'Tahu lah sayangkan anak.Tapi Eira tu isteri aku.Pandai-pandailah aku jaga.Nampak sangat mama nak control hidup Eira.'

Eira bangun perlahan sambil mencium tangan dan kedua belah pipi Puan Nirma.Puan Nirma hanya beku kan diri.Masih marah.

Zikri juga turut bersalam tangan dengan Puan Nirma.Dapat dirasakan tangan Puan Nirma mengeras.

"Kami pergi dulu mama.Nanti mama datanglah ke rumah kami."pelawa Zikri.

Tergamam Eira sewaktu pintu rumah dibuka dari luar.

"Selamat datang.."ucap Zikri buatkan Eira tersenyum bahagia.

Dia melangkah masuk ke dalam.Terpegun dengan hiasan yang ringkas.Sebelum ini memang dia sudah pernah datang ke sini tetapi masih kosong tanpa sebarang alat perabot atau hiasan.Tak sangka senyap-senyap Zikri masukkan perabot.

Sofa berwarna merah baldu di sentuh lembut.Masih berbau kedai.Televisyen bersaiz agak besar di gantung pada dinding.Terdapat kabinet dinding berwarna krim di gantung pada bawah tv.Nampak ringkas dan cantik.

"Suka tak?"tanya Zikri.

Eira mengangguk laju.Walaupun ini hanya rumah teres dua tingkat yang biasa berbanding banglo milik Puan Nirma tetapi nampak sangat selesa.

"Jom kita tengok bilik kita pula."Zikri memaut tangan Eira.

Terkedu terpesona itu yang Eira rasa.Katil king bercadarkan baldu unggu lembut nampak sangat mewah.Warna kesukaan Eira.

Eira sentuh perlahan katil.Hati dia terlalu gembira sangat hingga tidak terluah.Terus dia memeluk Zikri.

"Thanks sayang.I suka semua ni."katanya sambil membalas senyuman Zikri.

"I tak pandai nak hias sangat.Lepas ni you cuba hias bilik kita."kata Zikri.

"Ni pun dah cantik.I rasa nak letak gambar kahwin kita dekat dinding katil tu.Kita buat besar tau."

Zikri hanya membalas dengan anggukan.Dia tahu Eira teruja sekali.Dia juga begitu.Sudah lama dia cuba memujuk Eira untuk berpindah dan akhirnya tercapai juga.

Sekarang baru Eira dapat rasakan kebahagiaan sebenar berumahtangga.Tinggal berdua membolehkan dia menguruskan segala hal rumahtangga mereka.Walaupun pada mulanya dia sedikit penat tapi dia gembira.

Berkesan juga rupanya cadangan ibu Zikri yang mahu mereka tinggal berasingan.Selama ini Eira hanya bersangka yang tidak baik bila mahu tinggal berasingan.Ternyata semuanya salah.

Bila tinggal berdua lebih selesa malah hubungan mereka suami isteri lebih mesra.Nak pakai apa pun tak payah sembunyi-sembunyi semuanya dia boleh pakai dengan bebas dalam rumah sendiri.Tak perlu dalam bilik sahaja.

Cuma bab memasak Eira memang tidak pandai.Selama ini semua kerja rumah pembantu rumah yang sediakan.Boleh katakan satu kerja rumah pun dia tidak pernah buat.

Sekarang dia sudah belajar banyak benda.Zikri juga rajin membantunya di dapur.Boleh lah setakat mahu masak yang simple.Ibu mertuanya juga tidak kedekut ilmu.Ada saja resepi yang diturunkan pada Eira.

Eira benar-benar merasa nikmat rumahtangga yang sebenar.

Zikri juga menyokong penuh bila Eira mahu belajar membawa kereta.Siap jadi cikgu memandu lagi.Tapi Eira dihantar juga ke kelas memandu supaya skill memandunya lebih cekap.

"You,i minta maaf sebab buat you terluka sebelum ni."ucap Zikri.

Eira pandang ke dalam mata Zikri,mencari maksud disebalik ucapan itu.

"I tahu i tak patut ada perasaan pada perempuan lain.I minta maaf."ucapnya sekali lagi penuh keikhlasan.

"I tahu you masih tak dapat lupakan dia.."

"Tak sayang.Kali ni i betul-betul dah buang perasaan tu.I hanya cintakan you,Eira."

"You janji dengan i,jangan kecewakan i lagi.."

"I janji.Mulai saat ini kita buka buku baru.I nak fokus pada rumahtangga kita saja."Zikri angkat tangan berjanji.

"Promise!?jangan buat lagi.I pun nak lupakan segalanya.Bila melangkah masuk dalam rumah ni,azam i hanya nak bahagiakan suami i.I hanya perlukan you di sisi i."ucap Eira.

"Promise!"jari kelingking Eira dan Zikri di cakuk kemas tanda berjanji.

"Yangg..i rasa mengantuklah..."kata Zikri sambil tersenyum penuh makna.Senyumannya di balas oleh Eira.Faham sangat akan kehendak sang suami.

"Mama tak nak ikut El pergi Langkawi?"tanya Elman.Mereka sekeluarga baru pulang dua hari lepas.Sengaja mahu menziarahi Puan Nirma.

"Tengoklah macam mana."jawab Puan Nirma acuh tak acuh.

"Ni El balik berapa lama?Semua okay kan dekat sana."

"Semua okay.Tapi tengok lah sebulan dua lagi.Lepas tu El balik sini terus."

Asyikin sibuk menyuap nasi ke mulut Mimi.

"Mama ni sunyi.Eira pun dah pindah.Degil sungguh.Ikut sangat cakap suami dia tu."runggut Puan Vina.

"Ishh.. mama ni.Kan Zikri tu suami dia.Tak apa lah biar dia orang hidup sendiri pula."

"Mama cakap tak nak dengar.Ni mesti mak mertua dia hasut suruh pindah."

"Tak baik mama buruk sangka.Bagi El elok lah mereka berdua berpindah.Biar mereka rasa hidup sendiri.Mereka pun mesti ada impian nak tinggal rumah sendiri."

Puan Nirma mencebik.Geram.Elman pun nak sebelahkan Eira.

"Mama takut Eira tak biasa buat kerja rumah semua ni.Lagipun sekarang kes penyodol banyak.Duduk sini boleh la mama tengokkan diaorang laki bini."

Elman menggeleng melihat telatah Puan Nirma.
Curiga tak bertempat.

"Mama ni banyak sangat tengok drama pukul 7..Dah dua tahun diaorang kahwin.Pandai-pandai lah bawak haluan masing-masing.Penyondol ni tak kira tempat dia nak sondol.Hati ni yang kena kental."Elman tepuk dada sendiri.

Satu kenyitan dihantar kepada Asyikin.Asyikin menjuih bibir.Isyarat cubitan dihantar balik.Tersengih Elman.

"Mana tahu ada janda ker nak sondol.."sindir Puan Nirma.

"Janda mana pula mama ni?"

"Mana lagi..yang tengah menumpang rumah El tu la..mama memang tak percaya dia."

"Ke situ pula mama ni.Tak habis nak salahkan Liya.Dia tak pernah kacau sesiapa pun."bela Elman.

"Tunggu lah sikit hari lagi.Baru El tahu belang dia.Kalau mama jadi Ikin,mama halau dia dari rumah kamu.Tak sedar diri.Asyik nak menumpang harta orang!"

Asyikin terkejut,sampai hati Puan Nirma berkata begitu.

"Apa mama cakap ni?Liya ada kacau mama ker.Tak ada kan.Satu sen pun dia tak minta duit arwah papa.Mama pula tak habis berdendam.Tak tenteram kubur arwah papa.."

"Mama tak suka dia tinggal dengan El.Ikut hati mama,mama nak seret dia keluar dari situ."

"El tak sangka mama masih marah pada Liya.Apa salah Liya lagi.El yang nak Liya tinggal dengan El.Dia tak ada sesiapa dah.El dengan Eira masih saudara kandung dia."

"Itulah El.Asyik menangkan dia.Hati mama ni tak ada siapa yang kisah."

"Mama yang salah faham."

"Sudahlah Eira tinggalkan mama.Sekarang El pula nak marah mama.Semua sengaja nak sakitkan hati mama.."

"Bukan macam tu mama.Liya tu tetap adik kandung kami.El tak nak arwah papa kecewa sebab kami berpecah adik beradik.Hal yang dulu antara mama,arwah papa dan arwah ibu Liya.Lagipun orang dah tak ada mama.Lupakan lah..."

"El cakap senang lah.Mama yang lalui."

"Habis tu sampai bila mama nak berdendam dengan Liya?"

Pertanyaan Elman di biarkan sepi.Hati dia sakit setiap kali memandang wajah Eiliya.Mana boleh dia lupakan begitu saja.Selagi dia masih ingat selagi itulah dia akan berdendam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience