EILIYA duduk berhadapan Leon dan Hana.Mencuka saja muka Hana bila Leon datang berdua dalam satu kereta dengan Eiliya.Sedangkan dia kena naik kereta asing.Sah-sah mereka berdua datang dari pejabat yang sama.
Lepas habis waktu kerja tadi Leon memaksa Eiliya untuk bertemu dengan Hana.Entah apa lah rajuk sangat Hana sampaikan tidak sabar menunggu hari cuti.
"Liya.. cuba kau terang pada Hana hubungan kita."ulah Leon memulakan bicara
"Hana,awak tak perlu bimbang.Saya dengan Leon tak ada apa-apa."terang Eiliya.
"Habis tu kenapa sayang I ni tak boleh nak keluar macam selalu dengan I?"muncung saja mulut Hana.
Eiliya rasa nak tergelak pun ada.Memang macam ni agaknya adat orang bercinta.Kena selalu berjumpa setiap hari.Tak jumpa sehari rasa macam setahun.Makan tak kenyang.Tidur tak lena..apa lagi ya..mandi tak basah.Mahu busuk kalah bau kambing.
"Baby..kan I dah bagitahu.Kalau I keluar selalu nanti mama akan syak.Kan Liya."Leon cuba mendapatkan sokongan dari Eiliya.
Terpaksa Leon bawa Eiliya untuk menerangkan kedudukan sebenar pada Hana.
Eiliya hanya mengangguk dan mengiyakan.
"Liya.. betul ker you tak tidur sebelah sayang I ni?I takut you all berdua terlanjur!Mana tahu kan.."lancang sekali mulut Hana tak ada tapis-tapis dah.
"Betul!Tak kan saya nak tidur sebelah dia.Sorrylah.. saya tak teringin langsung nak tidur sebelah'sayang' awak ni."jawab Eiliya dengan jengkel.
Takut sangat aku 'apa-apa' kan bakal suami dia.
"I cuma risau takut you all berdua terlanjur.Mana tahu kan...."telah Hana.Atas bawah dia pandang Eiliya.
Masih kurang yakin dengan mereka berdua.Pada hal sebelum mereka berkahwin,dia juga yang bersetuju dengan 'perkahwinan palsu' mereka.Malah dia juga yang memberi cadangan 'gila' ini.
"Baby..percayalah B setia dengan you."ungkap Leon menyakinkan Hana.
Bila Eiliya fikirkan balik,terasa diri dia bodoh kerana terjebak dengan rancangan dua orang sewel di hadapannya ini.
"Awak jangan risau Hana,saya sikit pun tak ada rasa apa dekat Leon ni.Totally dia awak yang punya!"tekan Eiliya.
"Macam ni lah Hana..apa kata awak cuba ambil hati mama Leon.Mana tahu hati dia dah terbuka untuk terima awak.Saya pun nak cepat tamatkan semua ni.Tak larat nak berlakon lagi."keluh Eiliya.
Leon pandang sekilas pada Eiliya.Tidak sangka Eiliya akan berkata begitu.
"Betul cakap Liya tu Baby.You cuba lah ambil hati mama."kata Leon.Terbit rasa bersalah kerana terpaksa melibatkan Eiliya.
"Mama you tu garang sangat.I dah cuba dekatkan diri dengan dia.Dia memang tak suka I ."jawab Hana dengan hampa.
"Apa kata awak cuba ambil hati dia."cadang Eiliya.
"Macam mana tu?"
"Awak pergilah tempat yang mama Leon suka pergi.Contoh macam spa ker.Dekat sana awak cubalah rapatkan diri dengan dia.Saya yakin dia pasti berlembut hati dan mula terima awak."kata Eiliya dengan yakin.
"Bagus juga idea kau tu."Hana mula tersenyum.Kenapa selama ini dia tidak terfikir langsung.
"Boleh juga macam tu.You cuba jadi kawan mama dulu.Mana tahu dia akan terima you lepas ni ."sokong Leon.
"Okeylah...aku nak duduk dekat sana..Kau berdua pandai-pandailah rancang sendiri.."Eiliya membawa diri ke meja lain.Dia tidak mahu ikut serta dalam rancangan baru mereka.
Biarlah mereka uruskan sendiri.
Dia beralih ke meja sudut paling hujung sambil membelek beberapa mesej yang masuk.Makanan yang dipesan juga telah tiba.Harus mengisi perut juga selama menanti Leon dan Hana 'berdating'.
Baru separuh pinggan,tiba-tiba dia di sapa seseorang.
"Excuse me..Boleh saya tumpang duduk sini?"
Eiliya tercengang.Sempat mata melilar ke sekeliling.Semua meja hampir penuh.Terpaksa membenarkan lelaki ini duduk semeja dengannya memandangkan hanya dia seorang makan bersendirian.
"Sorry mengganggu..Lupa nak kenalkan diri.Saya Hazrul mungkin Cik Eiliya tak berapa kenal saya.Tapi saya kenal Cik Eiliya."kata lelaki itu sambil tersenyum nipis.
"Maaf saya tak ingat.."Eiliya memang tak kenal langsung siapa lelaki ini.
"Kita bekerja di tempat yang sama juga.Saya masih baru di situ.Mungkin Cik Eiliya dah lupa,sebulan yang lalu kita pernah diperkenalkan.Saya ditingkat lima.."
Baru Eiliya teringat,lelaki inilah yang bapa mertuanya kenalkan.Ketika itu baru seminggu dia berkahwin dengan Leon.Sebab tidak sama tingkat jadi dia terlupa.
"Sorry Encik Hazrul,saya terlupa."
"Tak apa.Panggil saya Hazrul saja.."
"Macam tu panggil saya Eiliya juga."
"Tak apa ker saya duduk sekali?Atau Eiliya tengah tunggu seseorang."
"Ehh..tak.Saya sorang jer.."
"Saya selalu singgah makan dekat sini.Tempat selesa cuma tu lah ramai orang.."
"Makanan pun sedap."puji Eiliya.Separuh nasi goreng tomyam telah dimakannya.
Mereka berbual kosong sambil menikmati makanan masing-masing.Banyak juga yang mereka bualkan.Walau masih baru kenal,Eiliya berasa selesa.Selepas setengah jam baru Leon menghantar mesej mengajaknya pulang.
"Kau cakap dengan siapa tadi?"tanya Leon sebaik mereka masuk ke dalam kereta.
"Tadi tu ker?Hazrul.Kan dia baru masuk kerja dengan syarikat.Ingat tak yang papa kenalkan hari tu."
"Orang baru tu ker?"Leon jungkit bibir.Patut rasa macam kenal.
Sebenarnya dari tadi Leon tidak senang duduk melihat Eiliya berbual dengan lelaki lain.Nampak macam mesra.
"Kau sembang apa dengan dia?"
"Saja bual kosong."
"Kau tu kena hati-hati.Baru kenal dah berani.Mana tahu dia ada niat tak baik ke apa."
Eiliya kalih pandang pada Leon yang sedang memandu.
"Dia kerja satu bangunan dengan kita.Tak kan ada niat lain pulak.Kau suka fikir negatif sangat."
"Kau tak kenal orang lagi.Ada macam-macam perangai manusia ni."Saja Leon mahu menakutkan Eiliya.
"Baik pun kalau selalu ambil kesempatan tak guna juga."sindir Eiliya.
Leon terdiam.Kan dah kena batang hidung sendiri.Mengata orang lagi.
"Assalamualaikum auntie.Sorang saja ker?"sapa Hana sambil tersenyum manis.Sopan dia tunduk menyalami tangan Puan Vina.
Puan Vina sekadar memaniskan muka.Terkejut juga dia bila Hana turut berada di situ.Selama dia buat rawatan di Spa D'Beauty belum pernah dia jumpa kawan Leon di sini.
"Saya tunggu Eiliya."beritahunya sambil berpura sibuk di telefon bimbit.
Hana cebikkan mulut bila Puan Vina memandang ke arah telefon.Sikap Puan Vina padanya acuh tak acuh saja.Dia dah agak.
'Sorry mama.Liya tak berapa sihat.'
Mesej dari Eiliya.
"Puan dah boleh masuk."kata penyambut tetamu Spa D'Beauty dengan senyuman manis.
"Cik pun dah boleh masuk."katanya pada Hana.
Hana ikut tersenyum.
"Batalkan nama yang satu lagi tu ya.Dia tak dapat datang.Tak sihat."beritahu Puan Vina.
Penyambut tetamu yang bernama Suzi akur dan menaip sesuatu di papan kekunci.
Hana sembunyikan senyuman.Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati Puan Vina.Pakaiannya juga agak sopan dari biasa.
"Jom auntie.Hana temankan.Lagipun Hana sorang juga.Ada auntie boleh juga berbual."Hana memulakan langkah pertamanya.
Puan Vina hanya menurut.Tak kan nak batalkan temujanji pula.Ingatkan bolehlah santai di hujung minggu bersama menantu kesayangan.Kesian Eiliya tak sihat pula.
Sementara itu,Eiliya duduk termenung seketika.Agaknya apa reaksi Puan Vina bila bertemu Hana.Harap mereka 'berbaik' semula.Itu saja yang boleh Eiliya tolong.Selebihnya terpulang pada Hana untuk bertindak.
Pintu bilik Leon ditolak perlahan.Dia mahu mengambil pakaian kotor.Ketika itu Leon sudah keluar seawal pagi.Entah ke mana dia pergi,Eiliya tidak ambil peduli.
Eiliya selesa bersendirian di rumah.Selepas menyidai semua pakaian,dia ke dapur untuk memasak pula.Tudung dicabut dan disangkut di tepi dinding.
Dia menyibukkan diri di dapur hingga selesai kerja memasaknya.
Leon yang baru pulang mengintai Eiliya yang sedang leka membasuh di sinki.Sikit pun dia tidak perasan akan kehadiran Leon di situ.
Ni kalau pencuri masuk dengan dia pun kena curi sekali,gumam Leon perlahan.
Leon sandarkan badan ke dinding sambil tersenyum kecil.Figura Eiliya dengan rambut diikat satu menarik perhatian dia.
Eiliya tak perlu memakai pakaian seksi seperti Hana.Dengan gaya yang sederhana sudah cukup menarik hati.
"Leon!"terperanjat Eiliya bila berpaling ke belakang.
Leon dah macam penjahat yang sedang merenung tajam pada dia.
"Kenapa terkejut ker?"Leon ketawa kecil.
"Kau ni balik memang tak reti bagi salam!Takut aku tau!"marah Eiliya sambil mengurut dada.Sungguh dia terkejut.Ingatkan pencuri sudah masuk.
"Kalau aku bagi salam bukan kau dengar pun.Kau masak apa aku lapar ni?"
Leon menggosok perut dengan wajah berkerut menahan lapar.
"Tak kan kau tak makan dekat luar tadi."omel Eiliya.
"Malas lah aku.Asyik makan luar saja.Bau kau masak pun sedap.Ada lagi tak?"Leon buat muka kesian.
"Ada.Tu ha.. ambil lah."Eiliya tunjuk ke dalam kuali atas dapur.
"Alaa... Liya...tolonglah hidangkan.Aku lapar sangat dah ni."pinta Leon.
Eiliya tarik muka.Tak sempat nak lari.Terpaksa juga hidangkan untuk Leon.
Dah siap hidang Eiliya mahu pergi dari situ.Tak betah dia berlama di situ.Mata Leon asyik melekap pada muka dia saja.Entah apa yang pelik sangat pun tak tahu.
Leon halang jalan Eiliya.
"Tepi lah Leon.Aku nak naik atas."
"Tunggu dulu.Aku nak cakap sikit."Leon tunjuk kerusi di tepi meja.
Eiliya terpaksa juga duduk sambil melihat Leon menikmati nasi bersama ayam masak kicap.
"Cakap lah Leon apa dia?"seminit dua menanti Leon tak cakap pun.
Leon senyum lebar.
"Rambut kau cantik."
Terus Eiliya besarkan mata.Dia lupa untuk memakai tudung.Kelam kabut dia bangun mencapai tudung dan menyarungnya.
"Dah tak payah nak buat malu.Bukan luak pun kalau aku tengok."kata Leon bersahaja sambil meneruskan suapan.
Muka Eiliya sudah berasa pijar.
"Dalam rumah ni kau bebas bergerak.Tak payah nak bertudung.Lagipun tak salahkan.Aku suami kau."Leon senyum-senyum.
"Dah la malas aku nak layan kau."Eiliya terus naik ke bilik.Tak toleh belakang dah.
Share this novel