BAB 20

Drama Completed 49800

"HANA..kenapa susah sangat I nak jumpa you.You sebenarnya pergi mana?"tanya Leon sebaik Hana muncul.

Dekat seminggu Hana menggelak dari berjumpa dengan Leon.

"I tak pergi mana pun.Ada saja."jawab Hana malas.

"Dah tu kenapa tak reti jawab call balas text I?"

"Kan I dah cakap I tak pergi mana pun.Saja I tak nak jawab reply mesej you."kata Hana selamba anpa riak bersalah.

Leon tergeleng.

"You tahu tak I dah plan nak bagi you jumpa dengan mama I.Rosak plan I tu."

Hana cebikkan mulut.Bosan.

"Malas lah I nak cakap apa pun.Mama you bukan suka I pun!"

Teringat sewaktu pertemuan di spa tempoh hari.Puan Vina hanya bercakap bila perlu.Langsung tidak mengendahkan Hana yang setia menunggu.Tanpa pamitan terus Puan Vina bersiap pulang selepas selesai rawatan.

Terconggok Hana di situ.Tebal muka menahan malu bila diperlakukan begitu.

"Kita cuba lagi.Mama memang macam tu tapi hati dia baik."

"I dah give up lah dengab semua ni.Terimalah hakikat Leon yang kita tak mungkin bersama."

"Tolonglah baby.. jangan putus asa.Bagi mama masa lagi."

"I tak nak!Cukup lah I tebalkan muka menghadap mama you!You tak rasa apa yang I rasa.Malu tau tak!"

"Baby.. tak kan you nak mengalah macam tu saja.Kita sama-sama dah rancang sampaikan Eiliya pun terlibat sama.You tak hargai langsung apa yang dia buat pada kita."

Sebut nama Eiliya hati Hana makin bertambah sakit hati.Mama Leon tak habis-habis memuji menantu kesayangannya di depan staff spa.Tak sabar nak bawak Eiliya ke spa pulak tu.Naik lali telinga Hana dibuatnya.

"Kalau you rasa dia lagi baik dari I..you teruskan lah perkahwinan you dengan dia!"

"Baby,I sayang kan you...cintakan you.Tak kan semudah itu you nak mengalah."

"I dah penat!Mama you memang sayang giler dekat dia.Jadi buat apa you nak kahwin dengan I?I rasa elok sangat you teruskan bersama dia.Entah dia pun dah suka kan you.."tembak Hana.

Tak mungkin Eiliya sukakan dia.Tapi kalau dia???Mengiyakan pun tidak..menidakkan pun tidak.Apa yang dia tahu,dia rasa cemburu bila Eiliya rapat dengan lelaki lain.

"Sumpah baby!I hanya cintakan you.Bagilah I masa lagi untuk cari jalan.I minta you bersabar sikit saja lagi.."rayu Leon.

"Sudah lah Leon!I rasa hubungan kita sampai di sini saja.You tak payah sibuk nak cari I lagi!"

Hana telah buat keputusan mahu putuskan hubungan mereka.

"Jangan Hana!I cintakan you!Please..jangan tinggalkan I!"

"I dah penat Leon!Cukuplah!You dengan hidup you!I dengan hidup I!"Hana terus angkat kaki pergi dari situ.Sikit pun dia tidak menoleh melihat Leon yang sudah terjelupuk jatuh atas jalan.

"Hana!Hana!"terasa lemah lutut Leon.

Panggilan dari Leon tidak di endahkan.Terus dia pekakkan telinga meninggalkan Leon termangu keseorangan.

Beberapa hari ini,Eiliya tengok Leon seperti tidak bersemangat.Muka tak payah cakap lah.Masam mencuka memanjang.Eiliya tegur pun dia buat tak tahu.Ni mesti bergaduh dengan Hana.Tapi kali ni nampak lebih teruk.

Eiliya rasa sunyi pula bila tiada usikan dari Leon.Dia jadi rindu.

Sejak Hana memutuskan hubungan mereka,Leon jadi lemah.Rasa tidak bermaya saja.Cinta yang bertahun terlerai macam tu saja.Musnah di tengah jalan.

Dia dah cuba cari dan hubungi Hana namun masih tidak berjaya.Tempat yang biasa Hana kunjungi pun dia dah pergi namun Hana tidak ada.Hana benar-benar tekad berpisah dengan dia.

Kecewa betul hati Leon bila Hana putuskan hubungan mereka begitu saja.Sedaya upaya dia yakinkan Hana tetapi Hana tetap tidak mahu teruskan hubungan mereka.

Hari itu kebetulan dia keluar meeting agak jauh dari pejabat.Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh yang amat dia rindui.

Baru sahaja Leon mahu menyapa Hana,dia terhenti di situ bila melihat Hana makan bersama seorang lelaki.Siap gelak tawa lagi.Muka Hana kelihatan ceria dan bahagia.

Leon mendekati meja mereka.Hana dan lelaki itu sedikit terkejut.Dia macam pernah nampak lelaki itu tetapi dia lupa di mana.

"Hana."panggil Leon.

Hana kalih pandang namun hanya sesaat dua.Terdengar dengusan kasar Hana.

"Ada apa lagi Leon!?Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan!"katanya sebelum sempat Leon buka mulut.

"Hana..please..I sayangkan you.Jangan buat I macam ni."

"Cukuplah Leon!I dah tak nak ada hubungan dengan you lagi.I dah ada pengganti.You nampak sendiri kan!"Hana maksudkan lelaki dihadapannya.

Lelaki itu senyum sinis.

"I tahu you sengaja nak bagi I cemburu kan."Leon tidak mahu mengalah.

"Leon sudahlah .I tak nak teruskan lagi hubungan kita.I dah bosan!"

"Takkan semudah itu you mengalah,Hana.."

"I dah cakap kan.You tak faham lagi!?Jangan cari I lagi!"marah Hana.

"Hana please.."

Leon mahu meraih tangan Hana tetapi cepat ditepis oleh tangan lelaki itu.

"Kau jangan masuk campur!"Leon sedikit marah.

"Bro..aku rasa elok kat pergi dari sini.Hana dah tak nak kau.Dia pilih aku."kata lelaki itu sambil menunjukkan penumbuk.

"Hana..Tak kan semudah itu."Leon masih enggan mahu percaya.

"Betul lah apa yang Fad cakap.I sekarang dengan dia!" kata Hana bersungguh.

"Semudah itu you lupakan I,Hana.."suara Leon mula kendur.Rasa kecewa yang teramat sangat.

"Untuk pengetahuan kau!Aku dengan Hana dah lama bersama!"lelaki itu tersenyum sinis melihat muka Leon beriak kecewa.

Leon terduduk di situ.Dia tidak percaya Hana ada hubungan dengan lelaki lain.Dia tahu Hana sengaja mahu membuat dia cemburu.

"Dah la sayang .Hilang selera I.Jom kita makan tempat lain."kata Hana sambil menarik tangan lelaki yang dikenali sebagai Fad.

Sekali lagi Hana tinggalkan Leon sendirian.Terdiam sepi.

Pintu bilik Eiliya di ketuk beberapa kali.Sebenarnya beberapa jam sebelum itu Leon masih tidak dapat melelapkan mata.Bergolek ke kanan salah ke kiri pun salah.Hati dia amat terluka.Hana tinggalkan dia begitu saja.

Sedangkan dia telah berusaha untuk buat mama terima Hana.Tak boleh kah Hana bersabar sikit.

Mereka bercinta bukan sebulan dua tapi sudah lima tahun.Kalau dia sanggup bertahan tak kan Hana tidak boleh.Macam ni sia-sia sajalah apa yang dia lakukan.

Dia tak boleh lelap.Dia kena berbual dengan seseorang untuk hilangkan perasaan yang terluka.

Diketuk lagi pintu Eiliya.Masuk kali ke empat baru dengar tombol pintu dipulas dari dalam.

Terjengul sedikit kepala Eiliya sambil mengenyeh mata.Petanda sudah tidur.Sekarang sudah pukul satu pagi.Leon saja yang masih belum tidur.

"Kenapa?"tanya Eiliya masih mamai.Separuh badan Eiliya saja yang Leon nampak.

"Aku tak boleh tidur.Boleh kau temankan aku?"

"Esok lah Leon.Aku mengantuk ni.."Eiliya terus tutup kembali pintu bilik.

Baru berapa langkah belum sampai ke katil.Tubuhnya di peluk dari arah belakang.

Terkejut Eiliya dibuatnya.Dia berusaha untuk lepaskan diri.

"Leon apa ni!?Lepaslah!"Eiliya cuba leraikan pelukan yang makin erat.

"Please Liya..I need you..."suara Leon kedengaran sayu dan lemah sekali.

Eiliya masih berusaha menempis tangan Leon yang melekap pada perut dan dadanya.Tapi tidak berhasil.Pelukan Leon semakin ketat dan sukar untuk dia lepaskan diri.

Hilang terus rasa mengantuk diganti dengan rasa berdebar bercampur takut.

Leon pusingkan tubuh Eiliya menghadap tubuhnya.Walau dalam kesamaran cahaya lampu,Leon nampak dengan jelas tubuh Eiliya yang memakai gaun tidur paras betis.Nafsunya mula bergelora.Nafas sedikit tersekat.

Leon peluk lagi sambil menghidu bau rambut Eiliya.Makin lama dia peluk dan tidak mahu melepaskan walau sekuat mana Eiliya cuba menepis.

"Leon!"Eiliya cuba leraikan lagi pelukan tetapi Leon masih seperti tadi.Tidak berganjak.Tubuh Eiliya terasa melekap ke seluruh tubuh Leon.

"Sayang please...I need you.."bisiknya ke telinga Eiliya.

Mata mereka bertentangan.Leon mencium dahi kemudia pipi Eiliya.Eiliya terkaku di situ.Dia tergamam.Sehingga lah bibirnya pula diragut perlahan.

"Aku sayang kau,Liya..."ucapnya lagi sambil mendorong tubuh Eiliya ke arah katil.

Tanpa amaran tubuh Eiliya dijatuhkan ke atas tilam.
Eiliya cuba untuk bangun tetapi Leon lebih pantas mengunci tubuhnya.Dia menolak dada Leon sekuat hati.Langsung tidak berganjak.

"Leon!Kau sedar tak ni!?Kau mabuk!?"Eiliya mula menggigil.Takut.

Leon tidak menjawab.Kedua belah tangan Eiliya di pegang dan di tekan ke tilam.

"Leon jangan!Ni aku Liya!"jerit Eiliya mahu menyedarkan Leon.

"Sayang...tolong abang...abang perlukan sayang.."kata Leon sambil mula membelai rambut Eiliya.

Turun naik dada Eiliya bersama kecut perut.

"Leon ni salah!Lepaskan aku!"Eiliya berusaha menolak tubuh Leon bersama gerak tubuhnya.

"Abang sayangkan Liya....."bersama ayat itu Leon mencumbui muka Eiliya dengan sepuas hati.

Makin Eiliya melawan makin bertalu ciuman yang dia dapat sambil Leon membisikkan khalimah cinta yang membuatkan Eiliya terkulai layu.

"Sayang please..."

"Abang sayangkan Liya..tolong jangan tinggalkan abang."

Eiliya semakin tak keruan.Pandangan mata Leon membuatkan dia rasa makin tak keruan.Hilang rasa takut diganti perasaan ingin disayangi dan dibelai.Kata-kata manis Leon buatkan Eiliya rasa dicintai sepenuh hati.

Hilang terus bayangan Hana.Yang ada hanya mereka berdua.

Saat tangan Eiliya naik menyentuh belakang Leon,tubuhnya kembali dibelai Leon dengan lembut.Dia hanyut dalam pelukan Leon.Dia hanyut dalam bisikan romantis Leon.Mereka berbalas pelukan hingga satu persatu baju Eiliya dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience