BAB 31

Drama Completed 49800

TENGAHARI itu Eiliya makan bersama Siti di kafeteria bawah.Sudah lama dia tidak makan di situ.Kak Roy pula hari ni bawa bekal.Rajin dia bangun memasak untuk suami dan anak-anak ke sekolah.Bila lah nak dapat semangat memasak macam kak Roy.Untung suami dia.

Penuh juga kafeteria hari ini.Nampaknya kakitangan syarikat tidak suka makan di luar kawasan.Mereka lebih suka makan ditempat yang dekat dengan kawasan pejabat.Jimat masa dan tak perlu terburu-buru balik ke ofis.

Nasi campur bersama segelas air suam diletakkan di atas meja.Mujur ada meja kosong di hujung sekali. Nasib mereka baik kalau tidak jenuh menunggu meja kosong.

Baru saja sesuap dua.Seseorang datang menghampiri meja mereka.

"Boleh tumpang duduk?"tanyanya pada mereka sambil membawa sepinggan nasi dan segelas air jus oren.

"Err..sila lah..."jawab Siti serba salah.Anak Tuan Bad tiba-tiba muncul di situ.

"Terima kasih.."ucapnya sambil duduk bertentangan dengan Eiliya.

Eiliya masih meneruskan suapan dan berpura tidak nampak Leon di situ.Dia mahu segera menghabiskan suapan dari berlama di situ.

"Sedapkan makanan dekat sini."Leon memulakan mukadimah dia.Dia mahu menarik perhatian Eiliya untuk berbual dengannya.Eiliya masih tayang muka selamba.Tidak hiraukan.

"Sedap Encik Leon.Lagipun dekat sini harga murah berbanding tempat lain.Lauk pun banyak pilihan."jawab Siti.

Eiliya masih meneruskan suapan tanpa mempedulikan Leon di sebelah Siti.

"Kenapa makan sikit sangat?"tanya Leon pada Eiliya yang menolak pinggan ke tepi.Masih ada nasi yang berbaki.

"Dah kenyang."

Galak mata Leon merenung wajah Eiliya di hadapannya.

Eiliya masih berlagak seperti biasa.Muka mencuka.Dia tidak langsung mahu pandang ke muka Leon.

"Awak berdua selalu makan dekat sini ker?"Leon masih cuba menarik minat Eiliya untuk berbual dengannya.

"Taklah selalu."Jawab Siti sambil tersengih.

"Lain kali kalau saya datang sini boleh kita makan sekali."pesan Leon.

Siti terangguk-angguk.Suka lah tu anak bos nak makan sekali.

"Siti,jom.."ajak Eiliya.

"Eh,nak pergi dah ker.Kita borak dulu lah."kata Leon masih mahu menghabiskan nasi di pinggan.

Eiliya meniti jam di tangan.Siti tergesa menyedut jus tembikainya.

"Dah nak habis waktu."jawab Eiliya selamba
dan terus bangun.

Leon turut bangun membuntui mereka dari belakang.Eiliya sudah rasa tidak selesa.Ini bukan kebetulan.Leon memang sengaja datang ke sini.Tapi dia tidak mahu dianggap perasan.Sebab itu dia layan Leon seperti tidak wujud.

Semasa dalam lif,Siti yang banyak berbual dengan Leon.Eiliya masih bersikap acuh tak acuh.Hanya hal-hal tertentu saja yang dijawab.Itu pun sebab Siti menyikunya beberapa kali.Ikutkan hati dia mahu tutup saja mulut bila Leon bertanya.Nanti Siti fikir apa pulak.

"Jumpa lagi.Bye..."Leon melambai pada mereka.Dia terus berjalan ke bilik Encik Bad.

Hanya Siti yang membalas.

"Bertuah kita kan Liya dapat makan dengan anak bos."Siti teruja.Tersengih saja dia.

'Malang bagi aku'gerutu Eiliya.

"Liya tahu tak anak tuan asyik pandang Liya saja.Kan Siti dah cakap Liya ni macam magnet.Ada daya tarikan."ulah Siti.

Masuk teori sains pulak minah sorang ni.

"Liya tak rasa macam tu pun.Encik Leon tu dengan semua orang dia pandang."

"Tapi Siti nampak tadi...."

"Dah la Siti.Liya banyak kerja ni."cantas Eiliya.
Dia mahu menamatkan cerita mengenai Leon.

"Harap esok Encik Leon datang makan dengan kita lagi kan."kata Siti sebelum berlalu pergi.Seronok lah tu.

Eiliya berpura sibukkan diri.Ikutkan hati tadi dia nak angkat pinggan dan makan tempat lain.Leon pun satu,datang lagi buat apa.

Terus hidup dia rasa tak aman dah.

Terkejut Encik Bad bila Leon tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya.

"Pa..dah makan ker?"tanya Leon setelah memberi salam.

"Dah.Sebelum sampai sini papa singgah makan dulu.Ni Leon saja cari papa dekat sini atau ada hal lain ?"Encik Bad pelik dengan Leon.

Tak pernah Leon datang secara tiba-tiba untuk berjumpa dengannya sampai ke sini.

"Saja..kebetulan Leon lalu tu singgah makan dekat bawah tadi.Lapar sangat.."

Encik Bad memandang Leon semacam.

"Ker Leon ada agenda lain.Jangan macam-macam.Papa tak suka Leon kacau mana-mana staff papa."Encik Bad memberi amaran.

"Ehh..mana ada Leon buat macam tu.Saja lah Leon nak borak dengan papa.Besar juga ofis papa ni."katanya sambil memerhati sekeliling menutup kegugupan diri.

"Dulu ajak datang tak nak pun.Sekarang tiba-tiba muncul."perli Encik Bad.

"Mana tahu suatu hari nanti papa nak suruh Leon ganti dekat sini ker.Papa kan sibuk nak kena urus sana lagi."Leon beri alasan.

"Sini tak apa uncle Imran ada."jawab Encik Bad bersama jelingan.

Leon tersengih macam kerang busuk.

Keesokkannya Eiliya bekerja seperti biasa.Bila tiba waktu makan,Eiliya tidak mahu keluar.Di minta Siti untuk membungkuskan makanan padanya.Dia mahu mengelak dari Leon.Seboleh mungkin dia tak mahu Leon muncul dalam mana-mana episod hidupnya.Cukuplah sekali.

"Nah Liya.Makan dulu."

Siti menghulurkan bungkusan makanan padanya.

"Terima kasih tolong belikan."ucap Eiliya sambil membuka bungkusan.

Sebenarnya perut dia sudah berbunyi minta diisi.Pagi tadi dia hanya makan beberapa keping biskut untuk melapik perut.

Siti masih duduk di sebelah Eiliya memerhati setiap suapan Eiliya hingga separuh habis.Air pun Siti tolong belikan.Laici lemon disedutnya.Sedap.

"Pandai Siti belikan.Sedap pula tu.Berapa semuanya?"tanya Eiliya sambil membuka dompet mahu mengambil duit.

"Tak payah bayar."jawab Siti tersengih.

"Ni yang Liya malas nak suruh beli ni.Cakap lah berapa?"

"Tak payah bayar.Ada orang belanja."Siti senyum.

"Siapa?"

"Encik Leon."

Jawapan Siti buatkan Eiliya rasa tercekik.Nasi ayam yang sedap terasa tersekat di kerongkong.Macam nak luah balik pun ada.

"Kenapa Liya tak habiskan?"tanya Siti bila Eiliya asyik menguis nasi.

"Rasa kenyang lah pulak."Eiliya terus letak sudu.

"Jadi tadi Siti makan dengan dia ker?"

"Eh..tak lah.Masa nak bungkuskan nasi Liya,Encik Leon datang.Dia tanya nasi siapa.Siti cakaplah Liya punya.Dia terus bayar.Siap belanja Siti dengan kak Roy lagi."kata Siti dengan terlebih gembira.

Eiliya tidak senang hati.Leon memang sengaja datang ke sini.Sudah dua tiga kali dia datang.Tak kan kebetulan pulak.

"Dia siap tanya pasal Liya lagi."tambah Siti.

"Tanya pasal apa?"berkerut dahi Eiliya.

"Selalu Liya keluar makan dengan siapa.Siti cakap benda yang betul lah.Kadang dengan Siti kadang Hazrul."

"Kenapa nak tahu pulak?"

"Encik Leon cakap dia kena ambil tahu hal semua staff Tuan Bad.Risau ada yang sakit tak makan masa kerja."

Eiliya rasa nak tergelak pun ada.Ada ker alasan macam tu.

"Saja lah tu,dia nak kenal-kenal dengan Siti."komen Eiliya.

"Siti tak rasa macam tu.Siti rasa macam dia suka Liya saja.Mana tahu dia dah lama sukakan Liya.Sebab orang kalau suka dekat seseorang tu dia akan risik dekat orang terdekat."Siti mula membuat andaian.

"Perasaan Siti saja tu.Dia kan nak Tuan Bad sebab tu agaknya kena jaga hati staff.Mungkin dia bakal jadi pengganti Tuan Bad dekat sini."alasan Eiliya.

Sikit pun dia tidak tersentuh akan keperihatinan Leon.Baginya Leon sengaja mahu berbaik dan mengambil kesempatan pada dia.Dan jawapan Eiliya tidak sama sekali.
Sejarah tidak mungkin akan berulang.

"Mana ada bos sebaik,Encik Leon tu.Kalau Siti jadi Liya dah lama terjatuh cinta tau."Siti tersengih.

"Amboi gatalnya dia.Kalau suka sangat,sila lah.."
Eiliya angkat kedua kening memberi galakan.

"Dia kan dah nak kahwin.Agak Liya umur dia berapa ya?"

"Dua puluh tujuh..."

"Macam mana Liya tahu?"Siti pandang Eiliya dengan pandangan pelik.

"Errr..Liya teka saja."Adoi nasib tak kantoi.Gatal sangat mulut ni pun.

"Tapi dia tu hensem kan.Muka dah la mix.Kalau boyfriend Siti hensem macam Encik Leon tu..eeii..rasa tak boleh nak tido lena macam ni.."

"Biar mata tu jadi macam panda baru tau.Gatal sangat.Hensem saja buat apa kalau tak pandai jaga hati kita."

"Aii Liya...macam marah nampak.Ker Liya ada sesuatu dengan Encik Leon tu?"Siti kecilkan mata mula mencurigai Eiliya.

"Ehh.. ke situ pulak dia.Dalam mimpi pun tak nak."

"Cakap besar..nanti terjatuh hati baru tau."usik Siti sambil ketawa.

Eiliya hanya diam.Tidak mahu komen lagi.Tak suka nama dia dikaitkan dengam Leon lagi.

"Okaylah Liya,Siti nak sambung buat kerja.Habiskan makanan tu jangan membazir..sayang...rezeki jangan ditolak.."kata Siti sebelum pergi.

Nasi ayam dipandang sepi.
Rasa tak tertelan dalam kerongkong bila tahu 'musuh' yang belanja.Sudah sehabis cara Eiliya cuba mengelak.Tapi Leon sengaja mahu menghampiri lagi.Motifnya hanya ada pada Leon.

Leon sedikit kecewa bila Eiliya tidak turun lunch.Niat dia mahu mendekati Eiliya lagi.Memandang Encik Bad sudah memberi amaran,dia tidak berani untuk naik ke atas.

Bila nampak kelibat Siti bersama kawan Eiliya terus dia mendekati.Malu di tolak tepi.Terus dia bertanya tentang Eiliya.

"Liya...maksud saya Eiliya tak makan sekali ker?"soal Leon.

"Ohh Liya.Dia tak nak turun tadi.Ni ha saya tolong bungkuskan utuk dia."beritahu kawan Eiliya.

"Kalau macam tu saya bayarkan sekali."

"Eh.. tak apa Encik Leon.."

"Tak apa saya belanja awak sekali."Kata Leon sambil menghulurkan not seratus kepada cashier.

"Terima kasih banyak lah Encik Leon.Encik Leon tak makan pun.."

"Tak apa.Saya kebetulan ada meeting area sini.Tu singgah."

"Terima kasih Ecik Leon.Tak nak naik jumpa Tuan Bad dulu ker?"

"Ehh..tak apa.Saya nak balik ofis dah ni.Okay jumpa lagi."

"Baik Encik Leon."

"Jangan lupa bagi pada Eiliya."pesan Leon sebelum pergi.Kedua hanya mengangguk kepala.Tak dapat jumpa tuan badan,jumpa kawan sepejabat Eiliya pun jadi lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience