BAB 38

Drama Completed 49800

KENAPA Leon membangkitkan hal yang sedaya upaya dia cuba lupakan.Leon kembali menggores perasaan wanitanya.Emosinya kembali tercalar.

Jiwa dia terluka dan terseksa.Sakit yang dia tanggung sebelum ini mengambil masa untuk di rawat.Bila sudah sembuh dia cuba bangkit kembali.Tapi kenapa Leon perlu mengungkit lagi?

Memang dulu Eiliya akui dia sukakan Leon..cintakan Leon.Tapi sekarang hati dia sudah kosong.

Saat Eiliya sedar yang dia telah jatuh hati pada Leon,dia cuba untuk masuk ke dalam hati Leon.Dia cuba untuk tarik perhatian Leon.Dia cuba untuk selami hati Leon.Tapi apa yang dia dapat.Hanya kelukaan di hati.Leon langsung tidak peduli akan kewujudan cinta Eiliya.Langsung tidak mengambil tahu perasaan sebenar Eiliya.

Ucapan sayang yang terbit dari mulut Leon tidak membawa erti buat Leon.Ia adalah kata-kata manis seorang lelaki yang tidak membawa sebarang makna.Dan Eiliya masih berharap akan cinta Leon.

Perasaan itu semakin kuat dan kuat sehinggalah Leon berani menyentuh Eiliya buat pertama kali.Dan disitu Eiliya rasa dirinya sudah dihargai Leon.Cintanya sudah diterima.

Rupanya sangkaan Eiliya salah.Perasaan cinta Eiliya tidak seiring dengan perasaan Leon.Leon datangi Eiliya kerana kekecewaaan bukannya atas dasar cinta yang hadir untuk Eiliya.

Eiliya kecewa dan terluka.Tetapi dia masih berharap.Berharap Leon akan sedar yang Eiliya cintakan dia.

Harapan Eiliya musnah sama sekali,saat Leon kembali mendapatkan Hana.Sikit pun Leon tidak pedulikan perasaan Eiliya yang tercalar.Di biarkan Eiliya pergi.Tidak sikit pun dia menghalang.

Eiliya berasa sangat kecewa dengan diri sendiri kerana terlalu berharap pada cinta Leon,akhirnya dia sendiri merana.

Eiliya mengalah dan mengundur diri.

Jatuh cinta pada orang yang salah sangat menyakitkan.Eiliya tewas dengan perasaan sendiri.

Menangis meratap menyesali sudah tiada guna lagi.Segala perasaan yang dia pernah ada pada Leon 'dibunuh' satu persatu.

Eiliya berjanji pada diri yang dia tak mahu kecewakan diri lagi.
Tapi sekarang mengapa Leon kembali membangkitkan hal yang menyakitkan itu?Tidak cukup lagi dengan kesan yang Leon telah tinggalkan.

Sudah berbulan Eiliya tidak menangis.Malam ini dia kembali meratapi nasib diri.Emosinya benar-benar terganggu.Penat letih kecewa terluka...

Perut yang kempis diraba.Dia kehilangan satu-satunya 'tanda cinta' yang dia ada.Eiliya pasrah.Ini ada lah pengakhiran cinta dia.
Kalau ada sekali pun sudah tentu Leon tidak akan memilih mereka.Kerana cinta Leon hanya untuk Hana dan bukannya dia.

Pergilah cinta,kau bukan untuk ku lagi.

************

"Kenapa mama panggil Eira balik ni?"

"Amboi suruh balik sini pun susah."Puan Nirma jeling sedas.

"Bukan salah.Ingat mama nak cakap hal penting tadi.Eira dari ofis terus datang sini."

"Memang penting sangat.Duduk dulu."

Eira membetulkan duduknya.Balik dari ofis terus dia memandu ke rumah mama.Bila dah pandai memandu srndiri senang nak bergerak ke mana pun.Tak perlu nak harapkan orang bawa.Sebelum datang ke sini dia sudah memberitahu Zikri.

"Mama cakap lah cepat.Eira nak balik masak ni."kata Eira sambil meniti jam di tangan.

"Tak sabar betul lah Eira ni.Tak kan nak tunggu sekejap pun tak boleh.Tido sini terus saja lah."bebel Puan Nirma.

"Tak boleh ma,Eira dah janji dengan Zikri nak balik."

"Ikut suka Eira lah.Mama cuma nak Eira berhati-hati sikit."

"Hati-hati kenapa pula ma?ada orang kacau mama ker?"

"Hisy budak ni.Itu lah cuba celik sikit mata tu.Buat tak tahu pula.Mama nak Eira berhati dengan perempuan tu."

"Perempuan mana pulak ni,ma?"

"Perempuan mana lagi.Adik tiri kamu lah.."

"Liya.Kenapa dengan Liya?"tanya Eira kurang mengerti maksud Puan Nirma.

"Eira ni lurus sangat kenapa."marah Puan Nirma.

"Mama dah cakap jangan pindah nak juga pindah juga.Duduk dengan mama lagi selamat."

"Mama nak cakap apa sebenarnya.Eira tak faham."

"Tak payah nak berbaik sangat dengan dia.Mama tak suka.Esok lusa di rampasnya Zikri.Baru Eira nak menangis tak berlagu."

"Mama ni suka fikir yang buruk pasal Liya.Kesian Eira tengok Liya tu.Mama tak pernah langsung bersangka baik dengan dia.Eira tengok Liya elok saja.Tak ada nak ganggu sesiapa pun."bela Eira.

"Eira memang tak percaya kan apa yang mama cakap.Satu hari nanti dia rampas Zikri dari Eira baru Eira nak percaya.Dah lah sekarang dia menjanda."

"Eira tak rasa pun Liya akan buat macam tu.Mama sendiri nampak kan malam tu,dia tak tegur pun Zikri."

"Perempuan macam tu memang licik dan pandai berlakon.Jangan tertipu lah Eira dengan air muka dia tu.Mama kenal sangat.Ibu dengan anak sama saja!"

"Eira tak faham lah dengan mama ni.Sejak papa tak ada mama makin berdendam dengan Liya.Liya pun anak papa juga.Adik Eira.Tak boleh kah mama layan dia elok-elok."

"Eira tak faham apa yang mama lalui selama ini.Ibu dia dah rampas papa dari mama.Ibu dia buat mama terseksa.Sekarang dia pula nak buat Eira macam tu."

Eira mengeluh.

"Apa yang Eira nampak sekarang ni mama yang berdendam pada Liya.Bukan salah Liya, mama.Sudah-sudah lah tu.Arwah papa pun dah tak ada.Arwah ibu Liya pun dah tak ada.Tak guna mama ungkit lagi."

"Mama tak akan lupa apa yang ibu dia buat pada mama.Mama yakin perangai ibu dia akan turun dekat dia.Dia pula akan rampas kebahagiaan Eira.Selagi mama ada mama tak akan benarkan dia kacau keluarga kita!"

"Mama,cukup lah tu.Liya bukan macam tu.Mama tak kesian ker dekat dia.Dah la Leon ceraikan dia.Sekarang dia dah jadi yatim piatu.Kita saja yang ada untuk dia."

"Huh!mama tak akan terima dia dalam keluarga kita.Dulu pun sebab arwah papa.Ikut hati mama nak saja campak dia tepi jalan."kata Puan Nirma dengan sinis.

"Walau macam mana dia tetap adik kami."

"Itu lah Eira.Mama cakap macam mana pun.Korang berdua tak percaya kan.Yang El pun satu,baik sangat sampai suruh dia tinggal dekat rumah tu.Biar saja dia hidup merempat."

"Tak baik tau mama ni.Liya ada hak juga tinggal dekat rumah ni."

"Mama tak peduli.Mama tak akan bagi satu sen harta keluarga kita dekat dia!"

Tergeleng kepala Eira dengan sikap mama nya.Keras kepala.Kesian Eiliya menjadi mangsa.Mujur abang El tidak termakan kata-kata mama.Kalau tak tak tahu ke mana Eiliya mahu tinggal.Dulu Eira juga mudah termakan hasutan mama.Sekarang Eira sendiri lihat dengan mata yang Eiliya bukanlah seperti apa yang mama fikirkan.

Susah juga mahu menghilangkan dendam dalam diri mama.Eira sendiri tidak faham dengan sikap mama.

***************

"Hana,mama tengok kamu ni macam tak kisah saja.Majlis dah nak dekat tapi kamu asyik ke hulu ke hilir.Siang malam keluar.Hana ni nak kahwin ker tak nak."rungut Puan Kartini.Anak orang lain bila nak kahwin sibuk dengan persiapan tapi Hana sibuk keluar berjimba.

"Lambat lagi kan.Bukannya nak kena buat apa pun."Hana buat muka malas.

"Mama pelik dengan kamu ni.Hari tu Leon ajak cari baju kahwin,kamu buat perangai.Sebenarnya kamu serius nak kahwin ker tidak?"Puan Kartini bercekak pinggang.Perangai Hana tidak sama dengan anaknya yang lain.Keras kepala.

"Lantak dia lah nak tempah baju ker apa.Hana dah malas nak fikir."

"Macam tu saja kamu jawab.Kamu dengan Leon ada masalah kah?"

Hana diam.

"Habis tu kenapa kamu bertunang dengan Leon.Hey Hana! kamu jangan nak malukan muka mama dengan papa.Malu kami kalau kamu buat perangai.Apa kata saudara mara kita nanti."suara Puan Kartini mula naik satu oktaf.Boleh sakit jantung dengan perangai sambil lewa Hana.

"Hana ada masalah ker?kalau ada kita pergi bincang dengan keluarga Leon."tanya Encik Kamal pula.

"Eiii bosanlah..orang tak nak kahwin dengan dia pun."

"Apa Hana cakap ni?"marah Puan Kartini.

"Hana tak nak kahwin dengan Leon!"

"Habis tu Hana nak kahwin dengan siapa?Leon dengan Hana dah lama bercinta.Tak kan nak tunggu lagi." Puan Kartini dah naik geram.

"Hana cintakan orang lain."jawabnya selamba.Jatuh rahang Puan Kartini dan Encik Kamal.Terkejut punya pasal.

"Hana jangan nak buat hal.Mana kami nak sorok muka.Malu dengan keluarga Leon."Encik Kamal mula bersuara.

Setahu mereka keluarga Encik Bad dan Puan Vina tiada masalah.

"Buat apa Hana kahwin dengan dia.Mama ingat mama Leon tu nak terima Hana.Hana dah feed up lah nak layan karenah orang tua tu.Dia ingat Hana ni tak ada perasaan."

"Hana jangan nak salahkan orang lain.Macam mana mama Leon nak terima kalau dapat menantu macam Hana.Cubalah ubah sikit diri tu.Ni keluar pagi tengah malam baru balik.Macam tu ker nak jadi isteri.. menantu orang?"marah Puan Kartini.Dia tahu sangat perangai sebenar anak sendiri.Lagi nak salahkan orang lain.

Kalau dia ditempat Puan Vina pun dia akan buat benda yang sama.Pilih peremuan yang baik untuk dijadikan menantu.Ingat dia tak tahu perangai anak sendiri macam mana.Ligat.Susah nak kawal.

"Semua nak salahkan Hana!Hana tahu lah apa yang Hana nak."bentak Hana meninggikan suara.

"Hana jangan nak kurang ajar sangat!"marah Encik Kamal.

"Apa yang Hana buat semua salah!Hana tak cintakan Leon pun.Hana sengaja nak sakitkan hati mama Leon.Biar dia tahu Hana tak akan mengalah dengan dia!"

"Apa ni Hana?Macam tu ker sikap budak zaman sekarang.Langsung tak ada hormat pada orang yang lebih tua."jerkah Encik Kamal.Dia malu dengan sikap Hana.

"Hana dah ada orang lain.Jauh lebih bagus dari Leon.Bercinta lama dengan dia pun buat apa.Mama dia tak suka Hana.Elok Hana cari orang lain."

Puan Kartini dan Encik Kamal berpandangan sesama sendiri.Bingung seketika.

"Hana nak batalkan majlis.Hana tak nak kahwin dengan Leon!Hana nak kahwin dengan Fad!"Hana tidak mahu sembunyi lagi.Biar semua orang tahu dia tak cintakan Leon.Baru padan dengan muka Puan Vina.Dia nak tengok Leon merana.

Mengucap kedua mereka dengan perangai Hana.Tak sangka Hana hanya mahu mempermainkan keluarga Leon.Tak tahu apa yang patut mereka cakap pada keluarga Leon nanti.Hana buat hal sungguh.Kurang asam punya anak.Kalau tahu dari awal baik tak payah bertunang.Buat malu muka saja.

******************

"Liya kenapa mata tu bengkak?Liya nangis ker?"soal Siti sambil duduk menghadap Eiliya.

"Mana ada nangis.Mata ni masuk habuk."bohong Eiliya.Pada hal semalam dia menangis tak henti.Bangun pagi mata dah bengkak dan merah.

"Tak kan masuk habuk sampai bengkak macam ni."Siti membelek muka Eiliya.Tidak puas hati.

"Ya masuk habuk.."

"Liya kalau ada apa masalah kongsilah dengan Siti.Siti setia mendengar."kata Siti.Sebenarnya dia sudah perasan Eiliya asyik mengelamun seperti ada masalah besar.

"Tak ada lah.Liya okey."

Siti masih tidak puas hati dengan mata Eiliya yang bengkak.Siap mengadu pada Hazrul.Jadi cerita panjang pulak.

"Betul saya tak ada apa.Semalam mata masuk habuk.Saya gosok jadi macam ni lah."jelas Eiliya pada Hazrul.

"Nampak teruk sangat bengkak tu.Merah pulak tuJom kita pergi klinik."gesa Hazrul.

"Tak apa saya dah beli ubat.Jangan risau."

"Mana tak risaunya cik Liya oii.Mata cantik terus jadi macam mata panda."kata Siti sambil ketawa.

Eiliya jeling kecil.Tersunging malu.Siti sama kan mata dia dengan mata panda.Tapi ada betulnya juga.Bangun pagi tadi mata rasa berat.Jelas lingkaran hitam bawah mata.Letak bedak pun masih jelas ketara bengkak.

"Dah tak tinggal kerja tu.Sekarang kita pergi klinik."kata Hazrul.Risau dia dengan keadaan Eiliya.

Eiliya tidak jadi bantah bila Suria masuk campur.Dia menyuruh Hazrul membawa Eiliya ke klinik.Selagi mata tak baik dia tak bagi Eiliya masuk kerja.Terpaksa Eiliya turutkan juga.Nanti tak pasal heboh satu ofis kerana matanya yang bengkak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience