BAB 46

Drama Completed 49800

"LIYA,petang ni abang tak sempat ambil Liya.Tak apa abang minta tolong papa hantarkan Liya balik ya."

"Tak payah susahkan papa.Saya boleh balik sendiri."

"Liya nak naik apa?"kening Leon berkerut.

"Grab.. tak pun tumpang Siti.Kan senang kalau ada kereta."rungut Eiliya.

Sengaja Leon tidak mahu Eiliya naik kereta sendiri ke tempat kerja.Tapi sekarang dia perlu benarkan juga.

"Okaylah.. nanti kita pergi ambil kereta Liya."Leon mengalah juga kerana sejak kebelakangan ini dia sibuk menguruskan projek baru.

Boleh katakan setiap hari asyik balik lewat tak pun ada mesyuarat di luar waktu kerja.

Eiliya menarik nafas lega.Akhirnya Leon bersetuju membenarkan dia memandu sendiri.Sudah lama kereta kesayangannya tersadai di rumah mertuanya.

"Tapi sayang kena janji."

Eiliya kerutkan dahi.

"Janji apa pulak?"tanya nya malas.

"Janji yang sayang terus balik ke rumah.Kalau sesiapa ajak pergi mana pun sayang kena bagitahu abang.Abang risau."

Melopong Eiliya dibuatnya.Faham sangat Eiliya siapa yang Leon maksudkan.

"Awak ni dah kenapa?tak kan sebab saya keluar makan dengan Hazrul awak nak ungkit sampai sekarang."Eiliya tahu Leon masih tidak berpuas hati bila dia keluar dengan Hazrul.

"Abang tak nak orang mengata pasal sayang.Sayang isteri abang.Tak elok keluar dengan lelaki lain."

"Huh! bukan buat apa pun.Makan saja.Tempat terbuka kan.."protes Eiliya.

"Abang tahu.Cuma abang tak nak lah jadi buah mulut orang."

Eiliya tarik muka masam.

"Sayang tahu kan abang sayangkan Liya..."ucap Leon.

"Berapa kali dah saya cakap jangan panggil saya 'sayang'.Awak tak faham ker Encik Leon?"kata Eiliya dengan nada geram.Rimas bila Leon asyik memanggilnya sayang.Mulut Leon tu nak kena letak gam baru berhenti agaknya panggil macam tu.

"Oh.. sayang tak suka ya..Okay lah abang tukar.Darling okay tak?"Leon sengih.

"Eeeeiii!tak nak!Jangan panggil apa pun.Saya tak suka!"Eiliya memberontak.

"Sebab abang sayangkan sayang lah abang panggil macam tu.Selamanya Liya tetap isteri abang.Abang akan terus panggil sayang."

"Siapa nak jadi isteri awak selamanya!?Saya tak ingin.Ikut hati sekarang juga saya nak awak lepaakan saya."ungkit Eiliya sudah lama perkara ini terpendam begitu saja.Bila dia buka mulut Leon akan memesong ke aeah lain.

Leon sudah agak.Eiliya masih berkeras.

"Abang tak boleh.Liya kena faham abang sayangkan Liya.Abang dah tak boleh hidup tanpa sayang."

"Sayang konon.Simpan saja sayang awak untuk perempuan lain yang lebih layak untuk awak."

"Liya sorang saja yang layak.Abang hanya perlukan Liya bukan orang lain"

Eiliya mengeluh.Sampai bila mereka harus begini.Sudah sebulan lebih mereka berkahwin.Tiada tanda-tanda Leon mahu melepaskan dia.

"Liya..jangan cakap pasal ni lagi boleh tak.Abang tak sanggup nak berpisah dengan Liya lagi.."

"Dulu boleh pulak..."sindir Liya.

"Dulu salah abang...Cuba Liya bagi abang peluang untuk betulkan balik hubungan kita.Abang tak akan sakitkan hati Liya lagi..."

"Sudah lah Encik Leon.Tak perlu nak cuba-cuba.Saya memang tak akan rasa apa pun dengan awak."

"Ye ker?Tak kan Liya tak rasa apa-apa bila abang dekat macam ni."Leon berjalan mendekati Eiliya yang sedang berdiri menyusun baju di dalam almari.

Tak sempat Eiliya nak elak,Leon sudah mengepung dirinya di situ.

Leon tundukkan wajahnya mendekati wajah Eiliya.
Eiliya menekur memandang lantai.

"Tepilah sikit.Saya nak lalu..."Eiliya sedikit gelabah dalam keadaan tidak bersedia.

"Tadi cakap tak rasa apa.Cuba sayang tengok muka abang kejap.."

"Tak nak.Tepi lah."Dia cuba loloskan diri namun dikepung Leon sepenuhnya.

"Tak boleh.Kecuali sayang panggil abang.Tak boleh panggil Encik Leon lagi."Leon tetapkan syarat.

"Awak ni macam-macam kan..kalau saya tak nak macam mana?"Berani Eiliya beradu pandang dengan Leon.

"Kalau tak nak ya....Abang nak...nak.."Leon kecilkan mata.Pipi sudah naik.Bibir tersenyum sungging.Diusap pelipis beberapa kali.

"Awak jangan macam-macam."Eiliya buat berani.

"Cuba sayang panggil abang jap.Abang teringin nak dengar.."

"Tak nak!"

"Kalau tak nak kita kena macam ni lah sampai esok pagi.Sayang kan tak rasa apa-apa pada abang.Tapi abang rasa luar biasa bila dekat dengan sayang macam ni.Cuba sayang dengar bunyi jantung abang ni.Dup..dap..dup..dap saja."Leon makin menghimpit Eiliya hingga dadanya berada di paras kepala Eiliya.

"Saya tak nak dengar!Dah pergi sana.Saya nak lalu.."Tubuh Leon ditolak menjauh.Sikit pun tidak berganjak.

"Sayang bagilah abang peluang.Abang minta untuk kali ni saja."

"TAK BOLEH!"

"Betul ni tak boleh.Macam tu abang terpaksalah guna taktik sendiri untuk pikat sayang."

Eiliya sudah gelabah.Senyuman Leon seperti sesuatu.

"Awak nak buat apa!?"

"Buat apa yang abang boleh buat."Leon sengaja tenung muka Eiliya dari atas hingga ke dagu.Dan naik semula ke bibir.

Leon sudah menelan liur.

Wajahnya semakin dekat dengan Eiliya.Namun sempat Eiliya pekup mulut sendiri.Cium Leon mengenai belakang tangan Eiliya dan bukan di sasaran.

"Leon,awak buat apa ni!"marah Eiliya.

"Buat apa?mana abang buat apa.Sayang tu yang fikir yang bukan-bukan."

"Awak sengaja kan!"

"Tak kena pun.."Leon kulum senyuman.

"Kalau kena tadi macam mana!?"

"Macam mana apa?Hadiah untuk abang."Leon sengih suka.

Tangan Leon naik pula membelai rambut Eiliya.Eliya makin gelabah.Ingatkan Leon sudah berhenti setakat itu.

Pantas tangan Leon ditepis kuat.Tangan dengan tuan sama saja tak makan saman.Semuanya mahu disentuh.

"Leon!Lepaslah!"

Tangan Leon makin galak membelai rambut Eiliya.Tak cukup dengan itu,rambut hitam pekat itu dicium dan disedut lama.Wangian yang terbit dari helaian rambut Eiliya sangat mendamaikan jiwa lelakinya.

"Awak ni saja kan nak kenakan saya!"Eiliya masih berusaha melepaskan diri namun masih gagal.Tangan Leon sebelah lagi telah mengepung dirinya daripada lolos.

Sekejap sahaja tangan Leon sudah berada di belakang leher Eiliya.

Eiliya agak terkejut dengan tindakan berani Leon.Tanpa diduga Leon memegang belakang kepala Eiliya dan mendorongnya sedikit kehadapan.

Tanpa menunggu lama bibir Eiliya di pagut penuh kelembutan.Eiliya kekagetan.Belakang badannya juga di usap dengan lembut.Entah bila kedua belah tangan Leon melekap di tubuhnya.Dia meronta cuba melepaskan diri.

Belum sampai ke tahap sererusnya,rontaan Eiliya berjaya dan dia cepat melarikan diri ke bilik air.Hanya di situ tempat yang paling selamat.

Malam ini,perangai Leon makin menjadi-jadi.Sewaktu duduk berehat di ruang tamu,Leon duduk di sebelah Eiliya.

Leon sengaja menghimpit Eiliya hingga tiada ruang untuk Eiliya bergerak ketepi sofa.

"Apa ni Leon?"Eiliya cuba untuk mengelak dari bersentuhan dengan Leon.Cukuplah apa yang terjadi semalam.

"Sayang cakap tak rasa apa pun.Kenapa nak elak?"

"Dah tu awak himpit saya.Sana lah sikit.Sempit tau tak!"marah Eiliya.

Leon beranikan diri memegang muka Eiliya.

"Lepaslah..."

"Abang nak tengok sejauh mana sayang nak elak dari abang."Leon tersenyum nakal.Bukan dia tak nampak muka Eiliya yang sudah merah.

"Saya tetap akan elak!"terus Eiliya bangun naik ke bilik.

Niat mahu menonton drama kesukaannya terus terbantut.Kenakalan Leon sekarang makin bertambah dan menjadi.Semakin Eiliya melarikan diri semakin Leon mengejar.Eiliya pula perlu lebih berhati-hati dengan tindak tanduk Leon yang sukar dijangkakan itu.

***************

"You ni sejak balik dari makan hari tu, i tengok diam saja."

"Tak ada apa i nak cakap."

"Tak ada apa atau you sembunyikan sesuatu dari i."

"Sembunyi apa pulak?"Hana mendengus.

"You ingat i tak nampak dekat hotel tadi you cakap dengan siapa."Fad bukan serkap jarang.Dia nampak Hana berbual dengan Leon.Malah setiap butir bicara mereka pun dia dengar.

"Tak ada apalah.I terserempak saja bukannya apa pun."

"I kenal you Hana.Tak kan terserempak saja you terus diam macam ni."

"Percayalah i okay.."jawab Hana acuh tak acuh.

"I cuma nak ingatkan you.You dah buang dia takkan you nak kutip balik."Fad pandang muka Hana yang kelihatan resah.

"Sayang...you tahu kan,i sayang kan you.Tak kan i nak berubah fikiran lagi."

"You sendiri cakap yang Leon dah kahwin balik dengan ex wife dia.Tak kan you nak ganggu dia lagi.Lupakanlah dia..dia dah bahagia pun."

"I tahu lah apa yang i buat.You jangan risau lah."

"I dengar semuanya Hana.Terangan Leon cintakan wife dia sekarang.You nak apa lagi dari dia?!"

"Sekarang i nak tahu,you masih ada hati dengan dia ker?"

Pertanyaan Fad dibiar tanpa jawapan.Dia tahu Fad dapat baca segala gerak geri dia.

"I..I...I keliru sebenarnya.I tak tahu sama ada i masih sayang dia atau tak.Tapi i tahu i sayangkan you,Fad."ujar Hana.Dia tahu segala isi hati dia Fad dapat baca.Jadi sorok macam mana pun tak akan berjaya.

"Itu lah masalah sebenar you kan.Keliru dengan perasaan sendiri.You nak apa sebenarnya Hana?!"Fad sedikit marah.Hana seolah mempermainkan perasaan dia.

"I'm sorry Fad.I tahu i salah..Tapi tolonglah jangan marah i.I janji tak akan ulang lagi.."rayu Hana.

"You tahu tak Hana.I sayangkan you.Tapi kalau you masih keliru macam ni.Macam mana i nak percaya you?"Fad sedikit kecewa.

"Fad,i minta maaf.I tahu i bodoh sebab tak ada pendirian.I memang dah cuba lupakan Leon tapi bila i bertemu dengan dia,i rasa..."Hana tak dapat teruskan.

"Rasa cinta?sayang?"

Hana angguk kemudian menggeleng.Nampak sangat dia masih dalam keadaan keliru.

"You rasa dia cintakan you lagi ker Hana?"

Hana angkat kepala.Perlahan dijatuhkan kembali.

"You sendiri dengar kan.Dia pilih wife dia dari you.Maknanya dia lebih cinta dan sayangkan wife dia.I tahu dulu you cinta pertama dia tapi you kena terima hakikat yang dia tidak cintakan you lagi."

"Kadang Hana bila kita sayangkan sesorang bukan untuk kita simpan dan miliki.Tak semestinya dia ditakdirkan untuk kita selamanya.Ada kalanya kita perlu melepaskan dia pergi.Walau ada kasih yang tersisa tapi dia bukan untuk kita.Kalau bersama pun,kita cuma tipu perasaan masing-masing.Tak ada
gunanya bila saling tidak menyintai.Percayalah i pernah berada di tempat itu."jujur Fad mengakui.

Hana pandang muka Fad mencari kejujuran disitu.
Betul juga apa yang Fad cakap.Dia bertemu dengan Fad saat Fad dalam proses melepaskan isterinya.Bukan kerana dia Fad bercerai tetapi mereka sudah tidak sehaluan.

Pertemuan Hana dan Fad tidak dirancang.Malah mereka saling jatuh cinta.Hati mereka mula terikat antara satu sama lain disaat Hana bergelar tunangan Leon.

"I minta maaf Fad.I sayangkan you.."ucap Hana.Dia tahu dia bersalah.Tak sepatutnya perkara begini berlaku lagi.Tidak tega dia melukakan hati Fad kerana mahu mendapatkan semula hati Leon.

"I tak paksa you Hana.Andai cinta kita sekadar persinggahan you.I faham..."Fad tidak mahu dianggap memaksa Hana untuk menyintai dia.Cukuplah dengan apa yang dia lalui sebelum itu.Tapi tanggungjawab dia pada anak-anak tidak dilupakan.Dia masih berkawan baik dengan bekas isteri dia demi anak-anak mereka.

"Fad jangan cakap macam tu.I cintakan you.I yakin kali ini i tak akan keliru lagi.I sayangkan hubungan kita.I sedia menjadi isteri you.I akan belajar untuk menerima anak-anak you."ucap Hana sambil merenung sepenuh jiwa ke dalam mata Fad.

"Baiklah Hana.I pun minta maaf.I memang cintakan you.I takut kehilangan you.I akan cuba bantu you.."

Fad membalas dengan rasa cinta yang sama.Hana genggam kuat jari jemari Fad.Mereka saling tersenyum bahagia.Saling menyintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience