BAB 37

Drama Completed 49800

SELAMA seminggu ini Eiliya berasa lega kerana tiada gangguan dari Leon.Rupanya Leon outstation selama seminggu.Itu yang Eiliya terdengar dari perbualan kak Suria.
Rimas juga Eiliya bila Leon asyik menghampiri dia.Tak pasal heboh satu ofis Eiliya cuba goda anak bos.Tunangan orang pulak tu.

"Eiliya,jom kita jumpa Tuan Imran,ada hal sikit nak bincang."kata Suria.

Dia sudah sedia dengan dokumen di tangan bersama sebatang pen.

Eiliya tanpa banyak soal terus mengekori Suria dari belakang.Sambil itu Suria menunjukkan beberapa helaian kertas berkaitan dengan perbincangan mereka sebentar lagi.

Saat pintu lif terbuka,mata Eiliya dan Leon bersatu tanpa sengaja.Cepat Eiliya mengalihkan pandangan ke arah lain.Terkejut pun ada bila Leon tiba-tiba muncul.

"Encik Leon."panggil Suria dan menunduk hormat.Eiliya turut tunduk sedikit kepala.

Mereka menanti untuk Leon keluar terlebih dahulu.Tetapi Leon seakan teragak mahu keluar.

"Lupa pulak.Saya tertinggal barang dekat atas."kata Leon.Dia menekan semula butang lif untuk naik ke tingkat atas.

Suria dan Eiliya terus melangkah masuk ke dalam lif.

"Nak jumpa Tuan Bad ker?"

"Ya ada hal sikit.Ni tertinggal pula barang terpaksa naik balik"jawab Leon sambil tersenyum.

Suria ikut tersenyum.Dia juga perasan kebelakangan ini Leon kerap datang ke sini.Nak kata hal bisnes memang tak ada kaitan.Mungkin hal berkaitan keluarga atau hal syarikat sana.Dia sambung berbual dengan Eiliya mengenai kertas kerja mereka.Eiliya juga tidak menghiraukan Leon yang kerap memandang ke arahnya.

Leon bergerak ke belakang mereka sedikit.Eiliya asyik menumpukan perhatian dengan apa yang Suria sampaikan.Dia tak sedar Leon semakin medekati kerana Leon berdiri dibelakang Suria.

Dengan perlahan jari-jemari Eiliya dicapainya.Eiliya agak tersentak dengan tindakan berani mati Leon.

Suria masih sibuk berbicara dengan Eiliya.Sedangkan hati Eiliya sedang berperang.Dia berusaha menolak jari-jemari Leon namun makin kuat tautan jemari Leon bertaut pada jarinya.

Eiliya pandang sekilas pada Leon dan memberi isyarat mata agar Leon melepaskan jarinya.Namun Leon sikit pun tidak makan saman.Eiliya sangat bimbang dilihat Suria yang asyik bercakap tanpa menyedari akan 'keadaan' Eiliya.

Leon senyum lebar bila jari-jemarinya dapat menggengam erat tangan Eiliya.Makin kuat dia genggam bila tangan Eiliya masih berusaha untuk melepaskan diri.

Makin Eiliya meronta kecil makin galak tangan Leon bertaut kemas pada tangannya.

Ting!

Lif sudah berhenti di tingkat enam.Perlahan jari jemari Leon longgar.Eiliya cepat menarik tangannya.Mujur Suria tidak perasan.

Suria memberi laluan pada Leon terlebih dahulu.

"Bila Encik Leon balik?"tanya Suria.

"Semalam."

"Baru sampai dari Dubai terus masuk ofis dah.Tak letih ker?"

"Letih juga tapi bila dapat tengok muka orang tersayang,hilang terus letih tu.."

Sekilas dia melirik pada Eiliya.

"Mesti Encik Leon rindukan cik Hana kan...bertuah cik Hana dapat tunang yang penyayang dan romantik macam ni."puji Suria buatkan Leon senyum panjang.

Eiliya berpura tidak mendengar.

"Saya bila dah sayang memang susah nak cari yang lain..."

Dalam hati Eiliya mencebik.Nak cakap setia konon.Tadi yang gatal pegang tangan aku tu apa.

"Wahh!bertuahnya siapa yang dapat Encik Leon."

"Saya yang bertuah sebenarnya tapi tak pandai nak hargai."Kata-kata Leon sebenarnya dituju kepada Eiliya.

Eiliya masih berekpresi yang sama.Dia buat pandang ke arah lain.Malas sebenarnya mahu melayan karenah Leon yang entah apa-apa.

"Encik Leon kena cepat bertindak.Perasan sayang tu kena tunjuk bukan hanya ucapan."Suria gelak-gelak.

"Terima kasih atas nasihat awak Suria.Saya akan berusaha."ucapnya lagi.Sekali lagi mata melirik pada Eiliya.Eiliya masih berekperisi sama.Tiada perasaan.

"Kami minta diri dulu.Nak jumpa jumpa Tuan Imran kejap."Suria meminta diri.

Leon hanya mengangguk dan memberi laluan kepada mereka berdua.Pada Eiliya sempat dia senyum semanis gula.Tetapi tidak dibalas oleh Eiliya.

Tak nak lah Eiliya balas senyum.Masih marah dan geram dengan sikap Leon sebentar tadi yang sengaja menyentuh tangannya sesuka hati.

Lupa kah Leon yang mereka bukan halal lagi?Suka hati saja Leon nak pegang.Dulu masa halal tak nak pegang pun.

Ingatkan seminggu ini Leon sudah berputus asa tetapi makin menjadi pulak.Terus rasa lemah semangat Eiliya.

Baru sahaja mahu membuka pintu kereta,dia terperasan akan sebuah beg kertas kecil berwarna putih yang diletakkan di atas cermin hadapan keretanya.

Eiliya pandang kanan kiri namun tiada siapa yang peduli.Semua mahu segera pulang.

Terpaksa Eiliya ambil dan bawa masuk ke dalam kereta.Beg tadi diletakkan di sebelahnya.Terus Eiliya memandu pulang.

Sampai di rumah terus Eiliya masuk dan membersihkan diri seperti biasa.Hingga lah dia mahu masuk tidur baru dia teringkatkan kembali beg kertas tadi.

Terus dia turun ke bawah dan mengambil di dalam kereta.Entah siapa yang meletakkan pada keretanya petang tadi.

Penuh berhati-hati Eiliya memasukkan tangan ke dalam.Dia menarik keluar sebuah kotak sederhana berwarna hitam.Di goncang perlahan kotak itu namun tiada satu bunyi pun.

Perlahan Eiliya membuka kotak itu.Tertera perkataan 'SAYANG KAMU' di tulis atas kad kecil.Dan isinya sebentuk geaang tangan emas bersama butiran mutiara yang bersinar.

Eiliya baca sekali lagi kad kecil itu.Baru perasan dibawahnya tertera nama LEON.

Eiliya berdecit geram.Gelang tangan dimasukkan semula ke dalam kotak tersebut.

Bertambah geram bercampur marah kembali bersarang di hati.Dia tahu Leon sengaja mahu mempermainkan perasaan dia.Kali ini jangan harap Eiliya mahu beri peluang lagi untuk Leon mengambil kesempatan.

Jenuh tadi semasa mandi Eiliya tonyoh guna sabun mandi sampai merah tangan mahu hilangakan kesan DNA tangan Leon pada tangan dia.Sakit hati sungguh bila Leon sikit pun tak ada perasaan bersalah langsung.

Dulu masa halal tak ingin pula nak pegang.Sekarang bila dah tak halal baru sibuk dan pegang.

Berdongkol marah Eiliya pada Leon.Esok dia mahu pulangkan semula pada tuan yang tak sedar diri itu.Tak payah nak ucap 'Sayang Kamu' sangat kerana ucapan itu lansung tiada bermakna.

Sengaja Eiliya melambatkan waktu balik.Dia menunggu di lobi sambil berpura menatap telefon di tangan.Dia tahu Leon akan datang lagi ke situ.Dalam hati sudah tidak sabar mahu pulangkan beg kertas itu.

Leon baru berjalan selangkah dua dan ternampak kelibat Eiliya di lobi.
Terus Eiliya mendapatkan Leon.Leon tersenyum melihat Eiliya yang tergesa berjalan menghampiri dia.

"Liya.."panggil Leon.

Eiliya rasa nak palam saja mulut tu guna salotap agar tidak memanggil namanya lagi.Sakit hati geram marah semua bercampur aduk.

"Saya ada benda nak cakap dengan Encik Leon.Mana kereta Encik Leon?"tanya Eiliya.Turun naik dadanya menahan amarah.

Leon segera menunjukkan kereta hitam nya yang terpakir elok di tempat pakir.

Eiliya arahkan Leon untuk membukanya.Segera Eiliya mengisyaratkan Leon untuk masuk ke dalam.Eiliya juga masuk dan duduk di tempat penumpang hadapan.

Beg kertas putih segera di keluarkan di letakkan atas dashboard kereta di hadapan Leon.

Leon terpinga.Tapi tangan cepat saja menghidupkan enjin kereta.Tidak mahu mereka sesak nafas di dalam.

"Saya rasa Encik Leon tersilap orang.Ambil balik barang ni.."kata Eiliya dengan serius.

Muka Leon dipandang seperti mahu telan hidup-hidup.

"Betul lah hadiah ni untuk Liya..."Leon cuba menahan perasaannya yang semakin berkocak.Rindu.

"Saya tak nak!Bagi saja pada tunang Encik Leon!Kenapa nak libatkan saya."marah Eiliya.

"Saya beli untuk Liya sebagai tanda perghargaan saya pada Liya.."

"Penghargaan apa?Saya rasa tak ada benda yang saya buat untuk Encik Leon.Jangan nak bagi alasan.Dan tolong jauhkan diri dari saya!"

Leon senyum.Rindu dia mahu mendengar suara Eiliya.Seminggu tidak berjumpa rasa membuak di dada.

"Liya..saya nak kita macam dulu balik.Saya nak Liya ada dengan saya.Saya sayangkan Liya..."ucap Leon.

Eiliya juliingkan mata ke atas.Sudah bosan dengan 'mainan' Leon.Rasa berasap saja telinga mendengar suara Leon.

"Saya tak nak ada kaitan dengan Encik Leon lagi!Faham tak!?"bentak Eiliya.

"Liya..tolong bagi saya satu lagi peluang."rayu Leon.

"Peluang untuk Encik Leon ambik kesempatan pada saya lagi?Cukuplah Encik Leon,saya dah tak nak ada kaitan dengan Encik Leon!"

Eiliya pandang lurus ke hadapan.Dia tidak mahu memandang muka Leon.Pandang saja hati dia semakin sakit.

"Liya..."Leon cuba mencapai tangan Eiliya.

"Jaga batasan awak,Encik Leon!"Eiliya beri amaran.

"Liya boleh tak kita mula kan balik.Saya rindukan Liya yang dulu.Saya betul-betul minta maaf atas apa yang saya dah lakukan pada Liya."

"Tak ada apa yang Encik Leon nak kesalkan.Semua dah berlalu."

"Liya tolong bagi peluang pada saya..."rayu Leon.

"Dah terlambat Encik Leon.."

Eiliya cuba buka pintu namun berkunci.Tidak sedar bila Leon mengunci.Dia kalih pandang pada Leon yang masih enggan membuka pintu kereta

Muka Eiliya sudah bertukar merah.

"Buka."kata Eiliya dengan kasar.

"Liya...saya lelaki pertama yang sentuh Liya.Saya tak akan benarkan lelaki lain sentuh Liya lagi..."sayu suara Leon.Dia terpaksa cakap juga walau dia tahu Eiliya akan bertambah marah dan benci pada dia.

Eiliya ketap bibir dengan kuat.Kata-kata Leon umpama merobek kembali luka lama.Luka yang baru sembuh berdarah kembali.Terus dia keluar dan menghempas pintu kereta dengan kuat.

Leon di dalam meraup muka.Dia tahu lepas ini Eiliya pasti akan lebih benci dan marah dengan dia.Tapi dia tetap nekad mahu mendapatkan Eiliya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience