BAB 3

Drama Completed 49800

"BETUL ker Liya nak kahwin dengan Leon?"tanya Zikri.

Ketika itu Eiliya Sofia sedang mencuci pinggan dan cawan kotor di sinki dapur.

Hampir terlepas cawan di tangan Eiliya.Mujur dia sempat sambut.Tiba-tiba suara Zikri kedengaran dalam jarak dekat.

"Betul la tu."jawab Eiliya sambil melihat ke arah pintu tengah bimbang menjadi salah sangka yang lain.

"Liya setuju?"tanya Zikri lagi.

"Kenapa awak nak tahu sangat.Memang saya setuju."jawab Eiliya dengan malas.

"Bukan Leon sudah ada kekasih ker?"tanya Zikri masih tidak puas hati.

"Itu masalah dia kenapa awak nak ambil tahu."suara Eiliya kedengaran tegas tetapi masih perlahan.

"Saya tak nak awak kecewa.Leon tak cintakan awak Liya.Saya tahu."kata Zikri dengan penuh yakin.

"Boleh tak awak jangan masuk campur!?Jaga urusan awak sudah lah.Awak tak ada kena mengena dengan saya, jadi jangan sibuk!"Eiliya sedikit marah.

Dia ingin segera keluar dari dapur.Takut ada yang melihat.Timbul pula salah faham.

Tangan Zikri diletakkan pada pintu peti sejuk.Menghalang laluan Eiliya.

"Tepilah!"marah Eiliya.

"Ada benda lagi saya nak cakap.Tolong dengar dulu, Liya."kata Zikri.

"Apa lagi?"marah Eiliya sambil menjeling kasar pada Zikri.

"Saya.."

Belum sempat Zikri habiskan ayat,Puan Nirma berdehem kuat.Terkejut keduanya.

Matilah!mama mesti marahkan aku!kata Eiliya dalam hati.

Kan betul!mama sudah menjeling tajam pada dia dan Zikri.

"Hah!tak siap lagi basuh."tegur Puan Nirma dengan garang.

Kalut Zikri tinggalkan ruang dapur.Tinggal Eiliya seorang diri.

Masaklah aku!

"Dah siap,mama.."jawab Eiliya dan mahu segera pergi dari situ.Kalau lambat alamat berasap lah telinga.

"Kau ni tak habis-habis nak mengatal kan!"kata Puan Nirma dengan mata terbuka luas.

Kan dah cakap.

"Tak mama...Liya tak buat."jawab Eiliya mahu mempertahankan diri.

"Habis tu kau buat apa lama sangat.Sempat lagi kau berasmara dana kat dapur ni!Ingat sikit,dia dah jadi abang ipar kau!Jadi kau jangan sesuka hati nak rampas hak orang!"marah mama.

Eiliya rasa mahu menangis.Mama tak habis menuduh dia mahu merampas Zikri dari Eira.Sejak kakaknya dan Zikri berkahwin hingga sekarang,ada saja yang tidak kena di mata mama.Selalu yang jadi punca adalah Eiliya.Walaupun dia tidak bersalah.Mama seolah meletakkan Eiliya sebagai penyebab segala masalah.

"Sumpah mama!Liya tak buat apa-apa pun!"

"Kau ingat aku nak percaya!Hei..aku belum buta lagi!Ingat aku tak nampak cara dia pandang kau macam mana.Kau pun bukan main lagi seronok!"sindir mama.

"Liya tak pernah terfikir pun nak rampas dia dari kakak.Liya tak ada hati pun dekat dia."

"Huhh!tak ada hati konon.Pada hal di belakang,kau mengedik sakan.Kau memang sengaja nak sakitkan hati anak aku!"marah Puan Nirma.

"Mama percaya lah...Liya tak simpan apa pun perasaan pada dia.Liya sayangkan kakak Eira."kata Eiliya.

"Kau ingat dengan mulut manis kau tu aku nak percaya!Mati hidup balik pun aku tak akan percaya orang macam kau!"herdik mama.

Eiliya berasa sedih atas tuduhan yang tidak sepatutnya.Sebesar zarah pun dia tidak menyimpan perasaan pada Zikri.Sejak Zikri memilih Eira dia sudah menutup pintu hatinya untuk lelaki itu.

Memang sebelum kahwin Zikri ada meluahkan perasaan pada Eiliya tetapi Eiliya menolak.Dia tahu Eira juga suka kan Zikri.Tak kan kerana seorang lelaki dia sanggup berebut dengan kakaknya.

Bila mama dapat tahu Zikri pernah ada hati pada Eiliya,terus mama menaruh syak wasangka buruk pada Eiliya.

Segera mama kahwinkan mereka dan memujuk Eira dan Zikri untuk tinggal bersama.Tujuannya adalah untuk memantau segala gerak-geri Eiliya dan Zikri.

Mama memang tak pernah percayakan Eiliya.Langsung tak pernah!

"Kau dengar sini!Aku tak akan terpedaya dengan muka kau yang acah baik tu!Orang lain kau boleh tipu tapi bukan aku!Aku akan pastikan kau tak usik langsung hak anak aku!"keras dan tegas amaran dari mama.

Eiliya terdiam.Tak guna dia mempertahankan diri.Mama tetap akan salah kan dia juga.

Kekadang Eiliya rasa lelah dengan semua yang dia hadapi.Dia tak tahu kenapa mama begitu bencikan dia.

"Mama,Liya...Kenapa ni?"tanya Eira sambil menantang pinggan kotor.

"Tanya lah adik kesayangan kau ni!"kata Puan Nirma dengan panas hati lalu keluar dari dapur.

Meluat dia mahu menatap wajah Eiliya di situ.Kalau boleh dia mahu mengusir Eiliya keluar dari rumah.Niatnya masih terhalang bila suaminya sentiasa menjadi 'penyelamat' Eiliya.

"Kenapa Liya?"tanya Eira penuh tanda tanya.

"Tak ada apa lah kak Eira.Liya naik bilik dulu."jawab Eiliya dengan mata merah.

Dia tidak mahu melukakan hati Eira dengan perkara yang tidak benar.Biarlah dia beralah demi kebahagian Eira.

******************

"Kalau semua dah setuju.Kita teruskan saja.Lagi sebulan kita buat majlis."kata Encik Bad pada semua.

Semua yang ada di situ ikut bersetuju.Lebih-lebih lagi Puan Nirma.

Sedari dari tadi mama asyik memandang tajam pada dia.Eiliya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Tiga bulan adalah masa untuk Eiliya melarikan diri dari 'cengkaman' mata mama.Sekurangnya dia dapat jauhkan diri dari Zikri dan tidak timbul fitnah lagi antara mereka.

Disebabkan itu juga Eiliya tanpa berfikir panjang ikut setuju dengan rancangan 'gila' Leon.

"Lepas ni kita dah boleh buat persiapan."kata mama Leon.

"Harap majlis berjalan lancar.Leon dengan Liya dah boleh pilih tema majlis.Nanti mama tolong apa yang patut."kata Puan Vina.Tidak sabar dia mahu menjadikan Eiliya menantu kesayangan dia.

"Leon ikut saja."jawab Leon bersahaja.

Terpaksa berlakon setuju.

"Liya macam mana?"tanya mama Leon.Tangan Liya disentuh lembut.

Sejak dari tadi Eiliya Sofia hanya mendiamkan diri.Sesekali saja dia ikut senyum dan mengangguk.

Eiliya pandang muka Leon.Leon bagi isyarat mata agar bersetuju.

"Liya ikut saja.Apa pun boleh."tak tahu apa yang dia jawab.Dari tadi sibuk temringat peristiwa semalam.

"Mana boleh macam tu.Mama tahu Liya malu nak cakap kan.Tak apa nanti mama bawa Liya pergi butik pengantin.Mesti Liya pun ada tema tersendiri.."ujar Puan Vina.

"Dia memang macam tu.Ikut saja apa yang kita rancang.Asalkan cepat majlis berlangsung."sampuk Puan Nirma.

Eiliya mengangguk seraya tersenyum nipis.

Buatlah tema apa pun,dia hanya ikut saja.Dia langsung tiada perasaan untuk perkahwinan ini.

"Leon, jangan lupa bawa Liya cari cincin.Tanya Liya mana satu dia suka.Kalau papa jadi Liya,papa nak satu set diamond."usik Encik Bad sambil ketawa gembira.

Yang lain turut ketawa.

Leon menjeling Eiliya sekilas.Dari tadi Eiliya seperti mengelamun.Entah apa yang ada dalam fikiran gadis itu.

"Liya..nanti kita pergi beli cincin tau."sengaja Leon bersuara bagi menambah seri suasana.

"Okey."jawab Liya sepatah.

"Leon dah boleh ubah panggilan.Cuba panggil Liya.. sayang....kan romantik sikit.."usik mama Leon.

Eiliya nampak mulut Puan Nirma mencebik.Meluat barangkali.

"Nantilah mama.Leon tunggu jabat tangan tok kadi dulu."jawab Leon buatkan yang lain mengusik sakan.

"Orang sekarang ada saja panggilan.Baby lah... biy lah.. anje...macam-macam pulak tu."kata Encik Bad.

"Amboi Bad,kau lagi tahu dari aku."kata Encik Ahmadi sambil ketawa.

"Aku tengok dalam tv."jawab Encik Bad sambil tersengih pada isteri di sebelah.

Encik Bad ni kuat mengusik isteri dia.Ada saja gurauan.Sebab tu Puan Vina sentiasa tersenyum bila bersama papa Leon.

Itu yang Eiliya nampak.Mereka sekeluarga sangat akrab dan saling menyokong antara satu sama lain.

Tidak seperti keluarga dia.Masing-masing buat hal sendiri.Kakak Eira juga sudah jarang mahu berbual dengan Eiliya seperti dahulu.

Abang El pula sudah tinggal berasingan.Jarang balik ke rumah papa.Tapi abang El sentiasa ada waktu Eiliya memerlukan.Jarang sekali nampak abang El marah.Macam papa juga.Sentiasa tenang.

Cuma papa lebih banyak diam dari bercakap.Apa saja keputusan dalam keluarga,mama yang putuskan.

Kadang Eiliya berasa kasihan akan kakak Eira.Dia pun mesti nak hidup berumahtangga berdua dengan suami.Tapi mama tak benarkan kakak Eira pindah ke mana.Alasan kakak Eira tidak pandai menguruskan rumahtangga.

Habis tu kenapa bagi kakak Eira kahwin.Semuanya mama yang tentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience