EILIYA keluar semula dari bilik air dengan wajah sedikit gembira.Dia mengambil pad di dalam beg pakaian.Mujur dia ada membawanya bersama.
"Kenapa tak mandi lagi?"tanya Leon.
"Err..saya nak ambil barang."jawab Eiliya.Rasa gembira bila ada tompokan darah pada seluar dalam.
Sekarang baru dia rasa selamat.Ternyata dia tidak mengandung.
"Kenapa senyum?"soal Leon kehairanan melihat Eiliya senyum sorang.
Eiliya meraba pipinya.Ketara sangat kah senyuman dia.
"Saya tak mengandung."kata Eiliya.
"Abang tahu."jawapan selamba Leon.
"Tahu apa?"tanya Eiliya kembali.Dia curiga akan jawapan Leon.
"Tahu..yang Liya tak mengandung.Kan Liya tengah pegang pad."Mata melirik pada benda di tangan Eiliya.Eiliya sedikit malu.Leon perasan rupanya.Plastik Kotex berwarna biru ni orang kenal sangat.
"Maknanya saya tak mengandung.Jadi saya tak perlu buat semua ni."kata Eiliya dengan rasa teruja.
"Maksud Liya?"
"Kita tak perlu teruskan perkahwinan ini.Encik Leon tak perlu bertanggungjawab."
Leon kerutkan kening.
"Kejap lagi kita bincang.Liya pergi mandi dulu."kata Leon.Menghalau Eiliya masuk ke dalam bilik mandi semula.
Ligat otaknya mencari idea untuk menangkis setiap patah Eiliya.
Dia perlu mencari jalan agar Eiliya tidak membangkitkan lagi akan hal yang telah terjadi antara mereka.
Eiliya akur dan masuk semula ke bilik mandi.Rasa tak sabar hati mahu menyelesaikan segalanya.Ternyata dia tidak hamil.Sekaligus terus membunuh syak wasangkanya selama hampir dua minggu ini.
Cepat dia menyudahkan mandian.Dia sudah tidak sabar mahu menamatkan semua ini.Selepas Eiliya selesai mandi,Leon pula mengambil giliran.
Eiliya masih menanti dengan sabar.Leon membentangkan sejadah dan mula bersolat.Biar betul Leon sudah bersolat dulu liat sungguh.Nampak kuhsyuk sekali Leon bersolat sehinggalah selesai berdoa.Panjang pula doa Leon.
Eiliya duduk di birai katil sambil membetulkan selendang.Malam ini dia mahu berbincang tentang hal mereka.Dia tidak mahu bertangguh lagi.
Selesai Leon melipat sejadah,songkok diletakkan atas meja solek.Eiliya pula duduk di birai katil.Sabar menunggu Leon sehingga selesai.Eiliya memeluk sebuah bantal.
Leon mendekati dengan bibir penuh senyuman.Eiliya hanya senyum sedikit di hujung bibir.Jangan perasan dia bukan senyum pada Leon.Tapi sebab dia tidak mengandung.
Leon pula nampak tampan dengan kain pelikat dan baju melayu.Aura lelakinya terserlah.Cepat Eiliya sedarkan diri.
"Kenapa sayang tak tidur lagi?"
Eiliya dah gelabah.Leon ni dah kena sampuk ker.Cakap pun suara lembut.
"Saya tunggu Encik Leon.Kan kita nak bincang pasal tu.."
"Esoklah.Abang penat."
"Habis tu bila nak bincang.Saya nak kita selesaikan malam ni juga."
"Baiklah.Apa yang Liya nak sebenarnya?"
"Saya rasa tak perlu lagi kita teruskan..sebab saya tak mengandung."
"Liya pasti?"tanya Leon sambil memandang tepat ke muka Eiliya.
Laju Eiliya angguk.
"Saya datang bulan kan.Sudah tentu saya tak mengandung."jawabnya dengan yakin sekali.
Leon hela nafas berat.
"Abang tahu sayang tak mengandung.Tapi perkahwinan kita sah."
Eiliya mengeluh kecil.
"Kenapa kita nak teruskan sedangkan kita tak perlu untuk berbuat demikian.Awak tak perlu bertangungjawab lagi.Lepaskan saya."ucap Eiliya dengan lancar.
"Liya sedar tak apa yang Liya cakap.Kita kahwin tak sampai 24 jam lagi.Liya nak abang lepaskan Liya."keluh Leon.Dia sudah menjangka akan hal ini.Namun tidak lah secepat ini.
"Kita cerai."kata Eiliya lagi.
"Astagfirullah al azim.."mengucap Leon.Malam pertama Eiliya dah minta cerai.
Leon hembus nafas berat.
"Abang tak nak.Abang tak akan ceraikan Liya."katanya dengan tegas.Mana mungkin dia lepaskan Eiliya sesingkat ini.Susah payah dia mengatur rancangan untuk mendapatkan Eiliya.
"Untuk apa kita teruskan perkahwinan yang tak bermakna ini.Encik Leon boleh teruskan dengan tunang encik dan saya..."
"Dengan Hazrul."sambung Leon dengan riak kecewa.
"Well,iya.."Eiliya angkat bahu.
Sakit hati Leon bila nama Hazrul nasih meniti di bibir Eiliya.Bukan dia tak tahu Hazrul ada hati pada Eiliya.Sorotan mata Hazrul menyatakan segalanya.
"Liya..Liya tahu tak selama ini abang terseksa bila berpisah dengan Liya.Abang tak sanggup untuk kali yang kedua.Liya tetap isteri abang untuk selamanya."ucap Leon denga penuh kesyahduan.
Leon ingin capai tangan Eiliya.Tetapi cepat Eiliya tepis.
"Apa Encik Leon cakap ni.Saya terima kerana saya ingat saya mengandung.Sebab tu saja.Bukan sebab lain.Encik Leon yang salah faham.Sekarang ternyata saya tak mengandung!Jadi saya nak bebas dari ikatan perkahwinan ini!"
"Abang tak akan lepaskan Liya.Abang nk tebus segala kesilapan lalu abang."
"Jadi Encik Leon sengaja perangkap saya?"Eiliya sudah bangun berdiri.
Rasa diri tertipu.
"Abang nak Liya tahu yang abang sayangkan Liya.Cintakan Liya."
"Sayang itu hanya mainan di bibir Encik Leon saja.Saya dah penat dengan segala kata manis yang keluar dari mulut Encik Leon."
Mata Eiliya mula bergenang.
"Liya percayalah.Abang cintakan Liya.Baru abang sedar yang abang cintakan Liya sejak dulu."
"Kenapa baru sekarang?Tak cukup lagi nak seksa hati saya!?"marah Eiliya.
"Memang salah abang.Abang dah sedar.Abang tak ada cara lain untuk dapatkan Liya."
"Maknanya tak ada apa yang terjadi antara kita malam tu?"
Kebisuan Leon menjawab segalanya.
Eiliya seka airmata yang merembes keluar.Perasaan marah kecewa geram bersatu.Hidup-hidup dia kena tipu.Tapi macam mana pula dengan pakaiannya yang berganti.Siapa yang tukarkan?Jangan cakap Leon.Kalau Leon cakap 'dia' yang buat memang Eiliya mahu belasah dia sekuat hati.
"Abang hanya nak kahwin dengan Liya.Abang nak hidup dengan Liya."rintihnya sayu.
"Sudah Encik Leon!Saya tak nak dengar.Saya nak awak ceraikan saya malam ni jugak!"desak Eiliya.
"Permintaan Liya abang tak dapat tunaikan."
"Awak sanggup tipu saya sebab nak dapatkan saya.Tapi macam mana baju saya boleh berganti?"Eiliya dah kepal penumbuk.Leon salah cakap memang lebam biji mata dia kerjakan.Tiba-tiba saja aura kekuatan muncul.
Leon terdiam seketika.
"Abang mengaku.. bukan abang yang tukar.Abang upah pekerja perempuan dalam hotel.Abang tahu Liya akan marah.Abang cakap yang Liya bukan isteri abang tapi Liya sangat istimewa untuk abang.Sumpah abang tak buat apa pun dekat Liya.Abang mengaku abang guna taktik kotor untuk dapatkan Liya tapi abang tak tidur dengan Liya pun.Abang risau Liya tak bangun sampai pagi.Lepas mandi abang terus kejutkan Liya."panjang lebar Leon menerangkan.
Hampir terkeluar biji mata Eiliya mendengar.Sampai macam tu sekali Leon sanggup buat.Telinga pula rasa naik geli bila Leon bahasakan diri 'abang'.Sakit hati Eiliya bila Leon jelaskan hal sebenar.Maknanya memang betul Leon guna cara kotor untuk dapatkan dia.Seminggu Eiliya cuba hadam benda yang tidak berlaku.Dengan masalah period terganggu.Macam mana boleh jadi kebetulan.
Geram betul Eiliya dengan Leon.Rasa nak cekik batang leher Leon.
"Liya abang minta maaf.Abang dah tak ada jalan lain.Niat abang hanya untuk bersama Liya.Abang rasa bersalah pada Liya.."
"Awak memang kejam Leon!Sanggup awak tipu saya.Awak ingat semudah itu saya boleh terima awak.Saya benci awak Leon!"
"Liya..abang minta maaf.Abang nak tebus kesilapan lama abang pada Liya.Abang mengaku abang tak boleh hidup tanpa Liya.Selama ini abang buta.Abang tak sedar abang yang telah merosakkan cinta kita."
"Awak dah terlambat.Hati saya bukan untuk awak lagi.Lepaskan saya pergi."
"Tidak Liya.Abang tak akan benarkan Liya pergi lagi..."
"Fikirkan mama, sayang.Mama tentu sedih kita berpisah lagi."
"Kenapa nak babitkan mama?"mencerlung mata Eiliya.
"Liya tahu tak betapa gembira mama siapkan segalanya untuk kita.Mama nak tengok kita bersama.Mama sayangkan Liya lebih dari abang."
Terus terbayang wajah Puan Vina yang penuh ceria menyambut tetamu.Senyuman tak lekang dari bibir.
"Awak sengaja gunakan mama kan."
Eiliya jeling geram.
"Maafkan abang.Bagi abang peluang?"
Eiliya diam.Bibir diketap kuat.Geram marah dengan Leon.
"Abang tahu banyak salah abang pada Liya.Abang akan cuba perbaiki segalanya."
Eiliya berdecit geram.
"Abang nak tanya Liya sesuatu boleh kan?"
Leon pandang ke dalam mata Eiliya.
"Kenapa Liya tak pernah bagitahu abang pasal Liya gugur?"
Pertanyaan Leon buatkan Eiliya tersentak.Mungkin Puan Vina yang bocorkan rahsia selama ini dia simpan.
"Awak tak perlu tahu.Bukan penting pun untuk awak pun."sindir Eiliya.
"Liya silap.Abang patut tahu.Kalau abang tak dengar sendiri apa yang Liya cerita dekat mama,sampai sekarang abang tak tahu.Abang minta maaf sangat-sangat.Abang tak sepatutnya biarkan Liya pergi.."kata Leon dengan nada penuh kekesalan.
"Benda dah jadi tak akan boleh undur balik.Tak guna ingat lagi."kata Eiliya keras.
"Tak sama Liya."
"Awak tetap pilih Hana kan masa tu.Jadi memang tidak bermakna bagi awak."
"Memang salah abang.Abang alpa dalam menilai cinta Liya.Liya adalah segalanya.Abang lupa Liya adalah orang yang sangat penting dalam hidup abang.Liya adalah segalanya."
"Ohh..sebab saya pernah mengandungkan anak awak baru awak sedar.Dah terlambat.."
"Abang tahu dah terlambat.Tapi beri abang peluang sekali lagi..Kalau Liya tak mengandung pun abang tetap rasa kesal.."luah Leon.
"Jangan mimpi!"cemuh Eiliya.
Sakit hati melihat muka Leon.Ingat senang dia nak lupakan yang dia pernah mengandung dulu.
"Kita cuba sekali lagi Liya.Abang janji tak akan ulangi lagi kesilapan lalu."
Leon cuba memujuk.Walau dia tahu hati Eiliya sekeras kerikil.
"Semudah itu kan.Selama kita kenal pernah awak peduli akan perasaan saya?Saya tak rasa sikit pun Encik Leon rasa apa yang saya rasa."
"Maafkan abang.Memang semua salah abang.Abang cuma nak sayang tahu,abang sayangkan Liya."
"Dah terlambat.Hati saya bukan untuk Encik Leon lagi."
"Jadi untuk siapa?Hazrul?"sedikit rasa cemburu.
"Tak perlu Encik Leon sibuk nak tahu.Saya cuma minta kita tamatkan segera hubungan ini."
"Abang minta maaf memang tak boleh!Abang sayangkan Liya.Mana mungkin abang biarkan Liya dengan orang lain!"
Leon menyapu mata dan hidungnya yang berair.
"Saya tak akan terima Encik Leon dalam hati saya!"
"Abang yakin cinta Liya pada abang masih ada.Abang akan buat Liya jatuh cinta semula pada abang.Cuma abang minta jangan pergi jauh dari hidup abang.Abang perlukan Liya.."
"Kenapa susah sangat nak faham!?Saya tak akan jatuh cinta dengan awak!"
Eiliya beranikan diri menentang mata Leon.Sikit pun dia tidak mahu mengalah.Dia sudah lelah pada kenangan lalu.
Tangan Leon disentuh.Di angkat tinggi sambil menyulam jari jemari kasar Leon.
"Tengok saya dah tak rasa apa-apa pada awak.Tak ada langsung perasaan berdebar bila dekat dengan awak.Hati saya dah lama tertutup untuk awak.Tak mungkin saya akan terima awak lagi."kata Eiliya bersungguh.
Leon terpana dengan tindakan Eiliya yang tidak di sangka.
Leon terus menarik rapat tubuh Eiliya ke tubuhnya.Eiliya pula terkejut dengan tindakan berani Leon.Dia berusaha meronta namun pelukan Leon semakin erat.
"Apa ni awak!?"marah Eiliya sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri.
Semakin Leon ketatkan pelukan.Sambil berbisik ke telinga Eiliya.
"Abang akan buat Liya cintakan abang.Abang tak akan berputus asa!"kata Leon sambil memandang ke dalam mata Eiliya dengan penuh rasa cinta.
Dengan sepenuh tenaga Eiliya segera menolak tubuh Leon menjauhinya.Gigi diketap.Nafas dihembus kasar.Leon tetap berkeras.Dia tahu Leon tidak akan mengalah.Dia juga bertekad untuk tidak mengalah lagi.
"Liya tahu apa yang abang rasa bila kita macam ni?Abang rasa berdebar...abang tak boleh kawal diri abang bila dekat dengan Liya."Leon senyum nipis.
Makin sakit hati Eiliya.
"Saya tak peduli apa yang awak rasa.Saya tak akan jatuh cinta dengan orang macam awak!"
"Liya perlahan sikit suara nanti mama dengar."
"Awak yang mula kan dulu.Saya benci awak!"
"Baiklah abang tahu Liya penat.Abang pun sama.Jom kita tidur dulu."
"Tak ingin saya tidur dengan awak!"kata Eiliya dengan hati jengkel.Memang dia juga keletihan.Letih bertekak dengan Leon.
"Liya yang salah faham.Bukan abang maksudkan tidur tu.Tidur macam biasa.."Leon tersenyum nakal.Sengaja mahu menyakat Eiliya.
Eiliya yang geram terus membaling bantal.Kena tepat ke dada Leon.
"Awak jangan berani nak tidur atas katil ni.Kalau awak naik jugak,saya jerit!"amaran keras dari Eiliya.Dia juga perlukan rehat.Esok sambung berdebat lagi.
Leon angkat kedua belah tangan tanda menyerah.Asalkan Eiliya masih ada bersama.Kempunan dia mahu tidur sebelah Eiliya.Dia tahu bukan senang Eiliya mahu menerima dia semula.Dia akan terus berusaha hingga tercapai.Caiyok Leon!
Share this novel