Bab 27

Romance Completed 30326

Bab 27

Zurin memandang Ikha dan Farhan yang sedang melangkah masuk ke dalam pejabat. Zurin memandang Ikha. Kenapa muka minah ni ketat semacam je? Pelik lah pulak!

Farhan pula tanpa menyapa Zurin terus masuk ke dalam pejabatnya. Yang sorang ni pun pelik! Selalunya Farhan ni kalau pasal happy dengan Ikha, dia akan share dengan aku. Kena siasat ni!

Zurin melangkah ke pejabat Farhan. Ketika dia masuk, Farhan sedang termenung jauh. Apalah yang mamat ni fikir hah? Dia menepuk bahu Farhan membuatkan Farhan menoleh ke belakang dalam keadaan terkejut.

“Kau dah kenapa Zurin?” soal Farhan sambil menghembuskan nafas beratnya.

“Kau tu yang dah kenapa. Selalunya kalau baru lepas lunch dengan Ikha, muka tu macam ada special day je! Ni dah kenapa monyok macam tok wan beruk je ni. Cuba cakap!”

Farhan mengeluh. Lagilah menambah naik kepelikan Zurin. Zurin menepuk-nepuk bahu Farhan.

“Hello? I’m waiting and can you tell me what happen between you and Ikha?” desak Zurin. Farhan meraup mukanya.

“I think this is not right thing I’ve ever done!”

“Apa ni??”

“I just show her our new home and she can’t accept when I say I want to take a serious next stage with her…”

“Wait! Kau cakap apa tadi? Our new home?! Rumah baru kau dengan dia?! Are you already died?!” Zurin pula yang tak puas hati.

“Kenapa kau nak marah-marah aku pulak ni?”

“Hello! You’re too early and you were too gluttonous! That you realize it?”

“Kenapa kau nak bebel pulak ni?”

“Hello! Kau ingat Ikha tu sejenis perempuan yang pantang diajak berkahwin dia akan accept terus?! Come on Farhan! She’s not like other woman ok! Bukan macam perempuan yang kau suka menggayat tu!”

“Zurin…aku just cakap apa yang aku rasa nak cakap.”

“Yes…I know it but you were too fast! Kau tak boleh ke bersabar sikit? Ikha tu tak lari manalah!” mamat ni pun! Terdesak sangat dah ke?

“Oklah…aku salah! Habis tu? Apa aku nak buat sekarang ni?? Aku ingatkan Ikha akan bersetuju nak kahwin dengan aku lepas aku tunjuk rumah tu. Kalau kau, aku tahulah memang tak akan terima!” even Syed Izzul Raziq pun dia anti!

“Mintak maaflah Farhan ku sayang! Takkan benda tu pun aku nak kena ajar??? Kata playboy famous but actually hampeh!”

“Amboi kau! Sedapnya mengata aku!” Zurin ni kalau tak menyakitkan hati aku, tak boleh ke hah??

“Dahlah! Kau layan jelah angan kau tu! Aku nak pergi buat kerja!” Zurin segera melangkah keluar.

“Zurin!” Zurin menoleh ke belakang.

“Thanks!”

“No thanks…” Zurin segera melangkah keluar. Dia melangkah ke tempat kerja Ikha. Ikha pula sedang tekun menyiapkan pelan tersebut.

“Ikha…” Ikha memandang ke arahnya sebelum dia kembali memandang pelan tersebut.

“Yes Zurin sayang? Ada apa?” tanya Ikha sambil menanda sesuatu pada pelan tersebut.

“Boleh aku lepak dengan kau?”

“Boleh! Masuklah…” baru sahaja nak melangkah masuk, dirinya disapa oleh Dani.

“Zurin…Datin Noraini datang! Prepare!”

“Oh ok! Sorry ok! Next time!” Zurin segera melangkah ke meja kerjanya. Tak lama kemudian, dia ternampak kelibat Datin Noraini melangkah masuk ke ruang pejabat.

“Assalamualaikum aunty…eh Datin!” tersasul pulak! Lupa ni pejabat!

Datin Noraini ketawa dengan kelam-kabut Zurin. “Apalah Zurin ni. Panggil je aunty. Tak salah kan?”

“Memanglah tak salah aunty tapi ni pejabat…” Zurin tersengih. Apalah kau ni Zurin! Boleh pulak jadi Parkinson separuh jalan tadi!

“Farhan ada?”

“Ada! Jom!” Zurin mengiringi Datin Noraini ke pejabat Farhan. Diketuk dahulu sebelum masuk. “Masuk!” Farhan memberi arahan dari dalam.

“Bos!” Farhan memandang Zurin pelik.

“Kau dah kenapa panggil aku bos?” soal Farhan. Pelik pulak Zurin ni! Wayar terbalik ke apa?

“Errr…aunty eh Datin Noraini datang!”

“Hah???” Datin Noraini melangkah masuk.

“Ibu datang ni…kenapa?” soal Datin Noraini. Zurin segera melangkah pergi.

“Ibu…” Farhan menyalami tangan Datin Noraini. “Ibu datang dengan sapa?”

“Soranglah! Nak harapkan abah…hmmm memang taklah! Sibuk dengan kawan-kawan dia dekat club Squasy tu!” cemuh Datin Noraini.

“Oh…duduklah ibu!” pelawa Farhan. Farhan duduk bersebelahan dengan ibunya.

“Kenapa Farhan tak balik?” soal Datin Noraini. Rindunya terhadap Farhan terlalu membuak-buak sehingga membawa dirinya ke sini sekarang.

“Bukan Farhan tak nak ibu tapi…”

“Abah kan?” Farhan mengangguk. Itulah puncanya.

Tak lama kemudian, Zurin datang bersama dua cawan berisi air oren lalu diletakkan di atas meja berhadapan dengan Farhan dan Datin Noraini.

“Jemputlah minum datin…” ujar Zurin selamba.

“Datin?” tegur Datin Noraini.

“Opppss! Sorry aunty! Zurin keluar dulu ye?” Datin Noraini sekadar mengangguk. Zurin melangkah keluar.

“Zurin tak pernah berubah kan?” soal Farhan kepada ibunya.

“Yelah…tengok still macam tu!” Datin Noraini tersenyum kecil. Zurin…Zurin…

“Actually ibu datang ni ada benda sikit ni…nak bincang dengan Farhan!”

“Apa dia ibu?” Datin Noraini memandang anaknya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Farhan pula terpinga-pinga. Apa yang ibunya nak bincangkan???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience