Bab 24

Romance Completed 30326

Bab 24

Ikha membelek telefonnya. Telefon ni senyap je? Dia cuba on namun tak menyala. Bateri habislah ni! Ikha mencapai power bank lalu dicucuk kepada telefonnya. Telefonnya menyala.

Mak aiii! Banyaknya missed call dari Farhan. 10 mesej dari Farhan jugak. 2,000 lebih dekat what’s app group chat. Fulamak! Nasib baik henset aku tak hang! Kalau tak…menangis lah aku!

Dia membuka mesej daripada Farhan.

(1) Assalamualaikum Ikha…awak buat apa tu? (8.10 pm)

(2) Takkan tak nak chat dengan saya kot?? (8.20 pm)

(3) Ikha…awak masih marahkan saya ke? Hari tu awak cakap awak dah maafkan saya? (8.40 pm)

(4) Ikha…kalau awak masih marahkan saya, saya mintak maaf banyak-banyak. (9.00 pm)

(5) Ikha…are you there? (9.05 pm)

(6) Saya tahulah awak tak nak chat dengan saya, but at least reply satu mesej saya… (9.13 pm)

(7) Ikha…??? (9.20 pm)

(8) Ikha…saya menunggu awak untuk balas mesej saya. Saya akan tunggu sampai awak balas! (9.30 pm)

(9) Ikha…awak tahukan saya sayangkan awak? Takkan awak tak percayakan saya? Saya berani sumpah Ikha… (9.40 pm)

(10) Ikha…I need you please…?? Tak boleh ke playboy macam saya ni bertukar menjadi seorang lelaki yang setia? (9.50 pm)

Ikha mengeluh. Farhan…kenapa awak jadi macam ni? Kenapa awak perlu sukakan saya? Saya ni tak ada apa-apa yang istimewa pun! Ikha membuka what’s app group chat. Dia scroll hingga ke mesej yang akhir sekali. Mesej dari Maisarah.

Maisarah: Beb! Pakat-pakat datang ye lusa! Aku nak bertunang!

Ikha: Congrats Mai!!! Insha-Allah! Aku akan pergi.

Maisarah: Kau wajib datang Ikha!

Ikha: Insha-Allah.

Ikha menutup what’s app nya. Dia membuka inbox dan membaca kembali mesej daripada Farhan. Dia terlampau mengharapkan aku. Tapi…betul ke dia perlukan aku? Nadzra dia nak buang mana? Sasha???

“Hai anak mak ni…sampai langsung tak sedar yang mak tercegat dekat sini. Tengok telefon tu lama sangat. Ada apa?” soal Puan Lydawati. Dia duduk di sebelah anaknya.

“Mak…jahat sangatkah kita kalau kita membuatkan seseorang itu terlampau mengharapkan kita?” Puan Lydawati mengerutkan dahinya.

“Apa yang Ikha cakapkan ni?”

“Mak…actually bekas anak murid mak dulu…” percakapan Ikha terhenti.

“Apa?”

“Errr…dia…dia…”

“Dia apa?!”

“Dia sukakan Ikha!” opsss!!!! Terlepaslah pulak! Aduh Ikha!”

“Hah?! Dia sukakan kamu?” isy! Anak aku ni biar betul?

“Amboi kak! Takak-takat la ada peminat aihhhh??” Adli menyakat Ikha. Adik nombor 1.

“Kau senyaplah!” Ikha mencebik. Adli terus beredar pergi. Malas nak campur urusan orang tua.

“Kamu biar betul?” Ikha mengangguk. “Dia hantar mesej lagi mak. Ikha…entahlah! Ikha rasa bersalah pun ada. Yalah…dia kan CEO dekat tempat Ikha kerja.”

“CEO??? Budak nakal tu jadi CEO??? Murahnya rezeki dia…jodoh kamu pulak tu!”

“Isy mak ni! Apa pulak jodoh-jodoh???”

“Yelah! Lagipun, kesiankan dia Ikha…dia terlampau mengharapkan kamu. Kesian dekat dia Ikha. Bagilah dia peluang?”

“Ikha tak tahulah mak. Ikha…Ikha keliru!”

Puan Lydawati mengusap bahu anaknya. “Tak apalah…Ikha fikirlah dulu. Fikir masak-masak. Lepas tu, barulah Ikha buat keputusan ya?”

“Lagipun Ikha sayangkan dia…” terluah juga perasaan Ikha. Puan Lydawati hanya tersenyum lalu beredar keluar dari bilik anaknya.

Ikha mengeluh. Perlukah aku terima Farhan dalam hidup aku??? Atau…dia cuma hendak main-mainkan aku? Benda ni aku kena bincang dengan Zurin. Hanya Zurin sahaja yang tahu sama ada Farhan betul-betul sukakan aku atau tak.

Ikha menghubungi Zurin. Panggilan pertamanya tidak berangkat. Dia mencuba lagi…dan akhirnya berangkat.

“Assalamualaikum…” suara Zurin kedengaran di talian.

“Waalaikumussalam! Beb! Kau kena tolong aku beb!”

“Kau pehal pulak ni? Ada masalah ke?”

“Memang! Memang ada masalah! Masalah besar punya!”

“Masalah apa pulak?”

“Masalah hati!”

Zurin yang berada di talian tercengang. Masalah hati? Apa pulak lah yang minah ni mengarut.

“Hati apa ni? Cuba kau cakap direct je!”

“Ok…first at all, ini kes aku dengan Farhan!”

Farhan??? Kenapa dengan Farhan??? Farhan buat something dekat Ikha ke? Zurin tanpa berlengah segera memanggil Farhan datang ke biliknya. Farhan yang blur hanya mengikut lalu duduk di atas katil berhadapan dengan Zurin. Zurin buat isyarat supaya dengar. Dia membuka loud-speaker.

“Apa yang Farhan dah buat dekat kau?” Farhan memandang Zurin minta penjelasan.

Zurin memberi isyarat mulut mengatakan di talian adalah Ikha. Farhan hanya mengangguk.

“Dia…dia…entahlah! Aku…”

“Kau kenapa ni Ikha?”

“Aku jahat sangat ke hah membuat Farhan mengharapkan aku?” Zurin memandang Farhan dan Farhan mengangguk tanda jahat.

Zurin hanya tertawa kecil lantas berkata, “memang kau jahat!”

“Alah…kenapa pulak??”

“Sebab kau dah buat dia mengharapkan kau! Dan kau…langsung tak nak bagi dia peluang!” Farhan mengangkat thumbs up tanda bagus.

“Alah…aku bukannya tak nak bagi peluang tapi aku…err aku…”

“Apa Ikha? Kau tahukan yang Farhan sukakan kau. Bukan kau tak tahu…”

“Zurin…aku confuse Zurin. Kau tahukan dulu dia macam mana? Aku takut kalau aku terima cinta dia, aku akan disakiti. Aku tak nak Ikha….lagipun dia kan playboy?”

Zurin memandang Farhan minta jawapan. Farhan menjungkitkan bahunya.

“Ikha…terserahlah dekat kau sama ada nak percaya atau tidak tapi apa yang aku nampak dari mata aku ialah Farhan ikhlas sukakan kau. Aku bukan bodek kau sebab dia tu kawan aku tapi ini yang sebetulnya Ikha.”

Ikha mengeluh di talian. Betul ke apa yang Ikha cakapkan ni?

“Ikha…aku tak paksa kau tau sebab aku pun tak ada hak nak tentukan siapa yang kau pilih dalam hidup kau. Cuma apa yang aku boleh cakap dekat sini ialah Farhan memang sayangkan kau sangat-sangat.”

“Zurin…sebenarnya aku pun sayangkan dia…”

Kata-kata Ikha itu menarik senyuman Farhan dan Zurin.

“Kau serius ke Ikha?”

“Betul…kau tahukan yang aku crush kan dia dari dulu lagi? Tapi…lepas dia dengan Sasha, aku back off. Aku tak nak kacau hubungan dia dengan Sasha.”

Wah! Sebuah pengakuan. Farhan buat tanda yes! Mengaku jugak akhirnya!!! Yes! Yes! Yes! Zurin melihat Farhan yang buat gaya yes itu. Gedik!

“Tapi sekarang dia dah tak ada apa-apa kan dengan Sasha?”

“Nadzra…”

“Hello! Kau tak tengok ke macam mana Farhan halau dia teruk! Dahlah! Lupakan dua manusia yang menyemak kepala tu. Apa kata kau terima je Farhan?”

“Tengoklah dulu…”

“Jangan tengok je Ikha oiii! Kau ingat senang ke nak dapat lelaki macam Farhan sekarang ni??”

Ikha mengeluh lagi. “Mahu ke dia terima aku?”

“Mestilah mahu!” Farhan mencelah. Zurin menampar lengan Farhan. Sibuk je!

“Zurin?? Kenapa suara Farhan pulak ni? Farhan ada sekali ke? Kau bagi Farhan denganr apa yang aku cakap tadi?”

Zurin menyumpah seranah terhadap Farhan. Geram aku dengan mamat ni!

“Zurin??”

“Ye…arrr dia…dia…”

“Saya ada dekat sini. Terima kasih sebab sudi luahkan perasaan.”

“Farhan!” terjerit kecil Ikha dibuatnya.

“Ye saya? Ada apa Cik Ikha?”

“Zurin!!!!” jerit Ikha geram.

“Ikha! Ikha! Jangan marah aku! Farhan yang mulakan semua ni!”

“Eiii!!!” terus dia end call.

“Ikha?! Ikha?!” Zurin mengeluh lalu memandang Farhan dengan pandangan tajam.

“Ni semua kau punya pasal! Lain kali boleh tak just shut up???”

“Hehehe…sorry lah! Aku excited gila tadi kot! Tak sangka dia masih sukakan aku…”

“Yelah! Tapi tak payahlah nak menyampuk bagai! Hesy! Rosak plan!” gumam Zurin tak puas hati.

“Dah! Balik bilik kau! Balik!”

“Yelah…” Farhan beredar keluar dari bilik Zurin lalu pintu ditutup. Namun, pintu bilik Zurin kembali terbuka. Tersembul wajah Farhan.

“Ada apa lagi Farhan ku sayang oii??”

“Aku nak tanya kau sikit boleh?” Zurin mengerutkan dahinya.

“Apa?” Farhan hanya memandang Zurin.

“Cincin tu kenapa kau pakai tiap-tiap hari erkk??” Zurin memandang cincin yang tersemat kemas di jari Zurin.

“Ini cincin hadiah pemberian arwah mak ngah aku…”

“Kau tahu mana?”

“Ibu aku yang cakap. Kenapa?” Farhan hanya tersenyum.

“Tak ada apalah…cantik dengan kau!” Farhan terus pergi.

Farhan ni berapa kali nak tanya aku soalan yang sama? Pelik pulak aku! Dia membelek cincin itu. Memang cantik! Trend zaman sekarang. Tapi, kenapa ibu dengan abah tak benarkan aku buang hah??? Peliklah pulak…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience