Bab 16

Romance Completed 30326

Bab 16

Zurin kembali ke tempat kerjanya. “Aku sebagai lelaki aku tahulah cara dia pandang kau. Kalau dia nak menggayat, bukan macam tu caranya dia pandang kau.”

Ayat Farhan tadi kembali menghuni pendengarannya. Eleh! Tak mungkinlah seorang playboy boleh jatuh cinta dengan perempuan bertudung! Macam drama lah pulak! Tundukkan Playboy Itu! Ceh!

Ikha sibuk print draft yang dipesan oleh Farhan. Lagipun dia nampak kelibat Zurin masuk ofis tadi. Maknanya mereka dah balik dari meeting. Cetakan terakhir dan serentak itu interkomnya berbunyi. Dari bilik bos.

“Hello?”

“Hello Ikha. Dah siap draft? Awak dah cetak?”

“Emmm dah! Kejap lagi saya hantar. Saya nak print yang last punya.”

“Ok…”

Ikha menekan print untuk cetakan yang terakhir. Dia yakin yang semua rekaan itu sempurna. Dia keluar bersama-sama draft di tangannya lalu ke pejabat Farhan. Dia mengetuk perlahan pintu pejabat itu.

“Masuk!” arah Farhan dari dalam.

“Nah bos…” Ikha menyerahkan kertas-kertas draft itu kepada Farhan. Farhan menyambut lantas memerhatikan draft-draft tersebut.

Namun ada satu yang membuatkan dia tak puas hati. Kenapa draft ni lain daripada yang aku dapat dari Akram?!

“Kenapa draft yang ini lain design dari draft yang saya dapat dari Akram?!” soal Farhan tegas. Bab-bab design ni dia cukup sensitif.

“Hah?!” Ikha mula kecut perut. Dia tak pernah tengok Farhan sebegini tegas.

“Kenapa lain?! Saya nak awak buat balik! Now!!” Farhan hampir terjerit. Ikha pula hendak menangis.

“Boleh tak jangan nak tengking?! Dahlah tukar saya ke bahagian arkitek tiba-tiba! Bila kesalahan satu, saya diherdik!” Ikha terus keluar.

“Ikha! Ikha!” Farhan menampar mukanya sendiri. Yang kau nak marah pehal?! Duh! Kawan dahlah baru lagi dalam bahagian arkitek!

Farhan keluar dari pejabatnya lalu menuju ke pejabat Ikha. Dilihat Ikha sedang ralit membetulkan kembali design itu.

“Ikha…” Ikha hanya menyepi. Malas nak layan! Kau layanlah mood marah kau tu!

“Ikha…Ok…I’m sorry ok? Saya tak sengaja termarah awak. Saya cukup sensitif bab-bab ni!”

Ikha tetap dengan suasana sunyinya. Aku malas nak layan! Apa? Dia fikir aku ni Barbie doll? Tak ada perasaan macam tu! Hesy!

“Ikha! Please jangan macam ni…”

“Apa?! Awak ingat kita ni zaman sekolah menengah ke?! Boleh herdik saya macam dulu?!”

Farhan mengeluh. “Ikha…kan saya cakap yang saya tak sengaja.”

“Dahlah! Malas nak layan awak! Pergilah keluar! Kang design ni jadi kot lain pulak awak marah!” Ikha langsung tak endahkan Farhan. Hati aku sakit! Apa yang dia tahu?!

Ketika dia lalu di depan meja kerja Zurin, Zurin memandang dia dengan pandangan tak puas hati.

“Macam ni ke kau nak ngorat perempuan? Macam ni ke cara kau nak tackle dia?” soal Zurin tak puas hati.

“Oklah…aku tahu aku salah! Aku tak sengaja ok! Aku sensitif kalau bab pelan salah design!”

“Kalau ye pun, tak payahlah nak marah teruk sangat! Abang kau tak marah macam kau marah dia tadi!”

“Entahlah!”

“Aku nak balik dulu! Jumpa dekat rumah!”

“Ok…” Zurin bergegas pergi.

Makin lama suasan ofis makin lengang. Ikha pula tengah sibuk meneliti pelan tersebut manakala Farhan turut sibuk melihat draft yang diberi oleh Ikha tadi. Dia melukis pada kertas pelan yang besar.

Usai siap meneliti pelan tersebut, dia mengemas barang-barangnya sebelum pulang. Dia menutup PC dan mencapai beg tangannya lalu keluar dari pejabat.

“Ikha!” laung Farhan. Serta-merta langkah Ikha terhenti. Dia tidak menoleh.

“Dah nak balik?” Ikha hanya mengangguk.

“Jom!” Ikha berasa pelik. Dia menoleh.

“Pergi mana?”

“Temankan saya makan? Saya dari tadi tak makan lagi…”

“Ada orang suruh tak makan?” Farhan menggeleng.

“Dahlah! Saya nak balik…” Ikha meneruskan langkahnya.

“Ikha! Awak tak sayang saya ke?!” automatic langkahnya terhenti lagi. Jantungnya berdegup pantas.

“Apa yang awak merepek ni?!”

“Saya tahu Ikha! Awak masih sayangkan saya! Saya tahu!”

“Jangan nak merepek boleh tak?!”

“Oklah…kalau awak tak sayangkan saya…awak sangguplah tengok saya sakit? Kalau awak masih anggap saya ni kawan awak, temankan saya makan?” pinta Farhan lagi.

Ikha mengeluh. Duhai…inilah yang aku lemah ni! Perlu ke dia guna ayat macam tu semata-mata nakkan aku teman dia pergi makan?

“Ikha?”

Ikha menghembus nafas beratnya. “Ok fine! Tapi kali ni saja! This is the last!”

“Ok…” Farhan menarik senyumannya. Plan yang dia atur dengan Zurin tadi berjalan lancar. Memang betul kata Zurin. Ikha ni hanya perlu ayat memujuk.

“Jom!”

“Tapi! Saya drive kereta saya sendiri!”

“Ok…no problem!” mereka berdua melangkah keluar dari pejabat.

MEREKA tiba di gerai mamak yang menjual pelbagai makanan. Nama pun kedai mama kan?

“Mau makan apa?” tanya salah seorang mamak yang menjadi pelayan di situ.

“Errr…saya mau roti nan dengan ayam tandoori satu dengan teh o ais! Awak nak apa?” soal Farhan kepada Ikha.

“Errr…bagi saya teh o ais sudahlah…”

“Makan?” Ikha menggeleng.

“Tak apa..macam ni. Bagi dia roti canai telur satu dengan teh o ais!”

“Ok!” terus mamak itu berlalu pergi.

“Isy! Yang pergi order untuk saya tu buat apa?! Saya tak nak makan!” ada pulak dia pi order untuk aku? Aku tak nak makan!

“Makanlah sikit…saya tahu awak tak keluar lunch kan tadi?”

Aikkk??? Macam mana dia tahu yang aku tak keluar lunch? Haish…musykil musykil!

“Kenapa tak keluar lunch?”

“Saja…” ayat selalu orang guna. Saja…

5 minit mereka terdiam sehinggalah mamak datang menghantar pesanan mereka tadi.

“Makanlah…” kata Farhan apabila melihat Ikha diam tidak menyentuh roti canai dihadapannya.

“Ikha…makanlah. Jangan macam ni. Ok, saya tahu awak mesti kelirukan kenapa saya berbaik dengan awak?”

“Entahlah Farhan! Kadang-kadang saya pelik dengan awak! Sometimes awak ni baik, sometimes awak lain sangat. Apa sebenarnya attitude awak ehh??”

Farhan hanya tertawa kecil dengan soalan yang diutarakan oleh Ikha. “Kenapa awak gelak? Awak ingat soalan saya lucu ke?”

“Ok…ok…saya mintak maaf ok? Ikha…you know what? Saya dah lama sebenarnya nak mintak maaf dekat awak sebab tuduh awak macam-macam dekat awak dulu dan selepas saya tengok rakaman video macam mana Sasha perangkap awak baru saya percaya. Saya mintak maaf?”

“Perkara dah lama pun!”

“Please cakap yang awak dah maafkan saya?”

Ikha mengeluh. “Saya dah maafkan awak…” kata Ikha acuh tak acuh.

“Lega saya mendengarnya…” Farhan menarik nafas lega walaupun dia tahu sebenarnya Ikha mengucapnya dengan terpaksa. Tak apa…asalkan dia kata dia dah maafkan aku itu pun dah cukup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience