Bab 8

Romance Completed 30326

Bab 8

Ikha melangkah masuk ke dalam banguna Ecomas Executive Holdings yang berdiri gah di hadapannya. Fuh! Dia menuju ke kaunter sambut tetamu.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam. Cik cari siapa?”

“Errr…sebenarnya saya nak jumpa dengan CEO kepada Ecomas Executive Holdings ni…”

“Oh…cik pergi tingkat 20.”

“Tingkat 20? Ok…thanks!”

“Welcome!” Ikha terus melangkah menuju ke lif. Punat 20 ditekan. Ikha memerhati skrin yang tertera di atas pintu lif. Aduh! Baru tingkat 5. Dia menanti dengan penuh sabar.

Akhirnya! Sampai juga dia di tingkat 20. Dia memerhati suasana di pejabat itu. Nampaknya ini semua pekerja atasan. Fuh! Muka semuanya…tak leh nak kata apa!

Dia menuju ke hujung pejabat. Ada kaunter yang ditulis setiausaha. PA lah tu kot!

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” Zurin mengangkat mukanya. “Weyh Ikha! Kau dah sampai?!” Zurin terus bangun lalu memeluk Ikha.

“Gila kau aku tak sampai? Aku kena usahalah beb! Tingkat 20 kot! Naik boring aku duduk dalam lift tu.”

“Hahaha…nasiblah! By the way, nah borang interview kau. Kau isi dalam ni. Habis isi, kau serah dekat aku balik.”

“Alright!” Ikha duduk di meja kecil yang disediakan. Nama…IC…

Selesai mengisi semuanya, Ikha menyerah kembali borang itu kepada Zurin. Zurin mengambil lalu diperiksa setiap isi borang itu.

“Ok, tunggu kejap tau!” Zurin masuk ke pejabat bosnya. Tak sampai lima minit, dia keluar balik.

“Tunggu kejap…” arah Zurin.

“Zurin…aku nervous lah!” mulalah dia rasa nak terberak nak terkencing! Tangan dan kaki pun mula rasa sejuk.

“Ikha! Rileks ok! Bos aku tu baik orangnya!”

“Baik tu baiklah tapi ini first time kot! Aku nervous lah!”

“Ok ok…macam ni! Kau baca al-Fatihah banyak-banyak. Selawat sama. Insha-Allah…tenanglah hati kau tu.”

Ikha mengikut seperti apa yang disuruh oleh Zurin. Tiba-tiba interkom di meja Zurin berbunyi. Dari bilik bos.

“Yes bos?”

“Suruh Ikha masuk…”

“Alright bos!” talian diputuskan. Zurin memandang Ikha.

“Bos aku suruh kau masuk sekarang. Caiyok Ikha! Baca bismillah…”

Ikha hanya mengangguk. Beg tangan dan failnya dibawa bersama. Sebelum masuk, dia membaca bismillah lalu melangkah masuk.

Ikha melangkah masuk ke dalam pejabat yang serba luas itu. Berdebar-debar jantungnya. Ya Allah! Macam nak tercabut jantung aku ni.

“Nur Ain Zulaikha?” soal Fakhrul.

“Ya saya…” kata Ikha sambil memandang bos Zurin di hadapannya.

Fakhrul memandang Ikha. Nampkanya dia tak cam aku. “Duduk…” Ikha menurut. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan bos Zurin.

“Ok…before saya interview awak, biar saya intro diri saya dulu. Nama saya Fakhrul Razi b. Dato Aswad. Awak boleh panggil saya Encik Fakhrul atau encik atau bos. So now, introduce yourself…”

Bismillahi rahmanu rahim! “Nama saya Nur Ain Zulaikha binti Ahmad Izham. Saya berumur 24 tahun dan berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang management and officer. Saya merupakan anak sulung dari 4 adik beradik.”

“Ok…so kenapa awak nak kerja di sini dan kenapa saya perlu terima awak untuk bekerja di sini?”

Alamak! KBAT lah pulak! Aku tak suka soalan KBAT lah!

“Saya memerlukan kerja bagi menampung kehidupan saya serta adik beradik yang lain. Ayah saya dah tak mampu untuk bekerja lagi. Mak saya pun dah berhenti dari mengajar budak-budak KAFA. Untuk soalan kedua encik saya tak tahu hendak jawab kerana saya belum lagi ada pengalaman bekerja sebagai seorang pekerja di mana-mana syarikat.”

Fakhrul terangguk mendengar jawapan Ikha. Jawapan yang sangat teratur.

“Awak yakin yang awak mampu untuk handle projek besar yang akan datang kalau saya terima awak bekerja di sini?”

“Insha-Allah saya boleh encik. Saya akan berusaha sedaya upaya.”

“Tapi jawatan awak ialah Board of Director. Jawatan besar tu!”

“Insha-Allah saya akan cuba gunakan jawatan saya dengan sebaiknya…”

“Baik…cukup sampai di sini sahaja. You may go dan tunggu surat saya dalam masa 2 hari lagi…”

“Baiklah…saya minta diri dulu. Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam…” Ikha segera melangkah keluar dari pejabat Fakhrul.

“Macam mana weyh? Kau dapat tak?”

“Gila kau? Takkan interview hari ni, nak approve sekarang jugak? Agak-agaklah! Dia suruh aku tunggu dalam 2 hari lagi.”

“Alah…huhuhu 2 hari pun 2 harilah! Aku ok je…harap-harap kau dapat kerja tu.”

“Amin! Aku pun sama!”

FARHAN bersiar-siar sekitar kawasan Kuala Lumpur lalu berhenti di sekitar kawasan tanah lapang yang berdekatan denagn Istana Budaya. Hari-harinya terasa amat bosan. Memanglah awek keliling pinggang tapi…entahlah!

“Hensemnya! Ya Allah!” telinga Farhan dapat menangkap kata-kata wanita yang tidak berjauhan dari nya. Dia menoleh.

“Wei!! Dia tengok kita wei! Anak sapa tu? Kalau dia jadi laki aku, perghh seronok hidup aku!”

“Hai sayang…” tiba-tiba suara Nadzra kedengaran. Automatik Farhan menoleh.

“Hei! Sejak bila balik ni? Tak inform dekat I pun?” Farhan tersenyum dengan kehadiran Nadzra.

Nadzra duduk di sebelah Farhan. “Kalau I bagitahu, tak surpriselah namanya!” Nadzra melingkarkan tangannya di tangan Farhan.

“You…jom temankan I jalan-jalan? I bosanlah! I teringin nak spend time dengan you…” Nadzra mula merengek.

“Ok…jom!” Farhan dan Nadzra mengorak langkah ke kereta.

DI shopping mall, Nadzra asyik je pegang tangan si Farhan. Pandangan mata orang sekeliling langsung tak dihiraukan. Yelah! Dahlah pakai tudung, langsung tak jaga batas pergaulan.

Namun, tanpa mereka sedari ada yang mengikuti langkah mereka. Sasha yang sedang tadi menghendap lantas mengikut pergerakan mereka berdua. Oh! Patutlah kau tinggalkan aku! Rupanya kau ada Nadzra! Patutlah masa zaman sekolah menengah dulu, kau buat bodoh je dekat aku. Rupanya kau ada dengan Nadzra!

Bodohnya aku dulu tak dengar cakap kawan-kawan aku! Huh! Sekarang ni aku yang terima! Tapi macam manalah si Farhan boleh dekat dengan Nadzra! Dahlah Nadzra tu playgirl.

Dia menuju ke arah mereka berdua. “Well, well, well, look who stands here! It’s playboy and playgirl.”

“Kau nak apa perempuan?!” soal Nadra tak puas hati.

“Aku tak nak apa-apa pun tapi aku just pelik. Macam mana playboy and playgirl boleh seiring hah? Oh ya! Aku lupa! Dah nama pun playboy, playgirl kan?? No wonder boleh together!”

“Sasha! Watch out your word! Ikut suka hati akulah nak dengan sapa pun!Yang penting kita berdua dah tak ada apa-apa! Dahlah sanggup khianati kawan sendiri kononnya kawan dia tu sukakan aku!” sengaja Farhan memerli kembali.

Flashback…

“Farhan!” panggil Maisarah. Dia berlari ke arah Farhan.

“Apa? Aku malaslah nak layan!”

“Hey! Kau better tengok video ni sebelum kau sendiri menyesal! Kau tahu tak, Ikha pindah sebab kaulah!”

“Video apa? Pengakuan Ikha? Sorry, aku tak ada masa!”

“Farhan! Tengok!” suara Zurin pula mencelah. Katrina dan Nadrah memandnag Farhan dengan pandangan jelek.

“Ok fine!” akhirnya Farhan terpaksa bersetuju. Maisarah membuka video rakamannya.

“Tengok!”

Farhan memerhati rakaman itu. Hatinya berdegup kencang. Sasha yang rancang untuk kenakan Ikha? Oh my…what the heck?

“Tak mungkin…”

“Apa yang tak mungkinnya? Takkan kau tak percaya lagi? Hari tu kami cakap kau tak percaya. Kononnya nak bukti! Hari ni aku dah bagi bukti kau tak percaya?!” berang Maisarah dibuatnya.

“Farhan! Please ok! Jangan terlalu percayakan Sasha! Dia hipokrit!” nasihat Zurin. Katrina dan Nadrah hanya mengangguk.

“Aku pun tak suka kau dekat dengan Sasha!” giliran Nadrah meluahkan rasa.

“Aku pun!” sahut Katrina.

“Mustahil…”

“Farhan! Takkan kau tak percaya?! Apa yang Zurin cakap tu semuanya betul! Takkan kau tak percayakan Zurin kawan baik kau sejak sekolah rendah lagi?!” Maisarah memang betul-betul marah kali ini. Angkara Farhan, Ikha pindah sekolah.

“Dahlah Mai…buat habis air liur je kita explain dekat dia. Dia bukannya nak dengar pun! Keras kepala! Jomlah!” mereka semua blah meninggalkan Farhan sendirian.

“Mungkin…” akhirya hati Farhan menyatakan kemungkinan video itu.

End flashback…

“Aku malas nak layan perempuan hipokrit macam kau ni! Jomlah sayang!” Farhan menarik tangan Nadzra pergi. Nadzra pula tayang muka kemenangan berpihak kepadanya.

“Kau ingat kau sapa Nadzra?” gumam Sasha tak puas hati.

Dari jauh, Ikha hanya memerhati. Sekarang Farhan dengan Nadzra pula? Untung aku sebab Farhan tidak suka aku. Kalau tak, nasib aku akan sama dengan Sasha.

Ikha memasuki butik yang menjualkan jubah. Semuanya cantik-cantik. Harga pun berpatutan.

“Ye cik? Boleh saya bantu?”

“Saya nak tengok baju jubah yang simple tapi grand!”

“Oh…ada! Jom ikut saya…” Ikha mengikut wanita itu ke bahagian tengah. Di situ ada banyak jubah yang simple tapi cantik mata memandang.

Mata Ikha tertumpu kepada jubah yang berwarna maroon dicampur dengan warna turquoise. Memang cantik. Manik-manik keliling pinggang. Dia melihat harga. 50 ringgit. Oklah ni!

“Saya nak yang ini…” kemudian, mata Ikha menumpu kepada baju yang berwarna cream dan ada tompokan manik-manik di bahagian dada. Memang cantik!

“Yang ini juga…” dan dia memandang satu lagi jubah yang memang cukup menawan. Berwarna kuning mustard. Plain di atas dan bermanik di bawah.

“Dan yang ini…that’s it.” wanita itu segera beredar dengan baju-baju yang dipilih oleh Ikha tadi. Dia membungkus baju itu kemas dan diletakkan dalam plastik.

“Semuanya berharga RM 100 sahaja…”

“Aikk?? Bukannya RM 150?”

“Memandangkan cik beli dua, jadi kami beri diskaun kepada cik…”

“Oh…” Ikha mengeluarkan 2 not 50 dan dihulurkan kepada jurujual itu.

“Terima kasih…datang lagi…” Ikha hanya membalasnya dengan senyuman dan disaat itulah ada mata yang menumpu ke arahnya.

“Ikha…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience