Bab 34

Romance Completed 30326

Bab 34

“Macam mana dengan dia doktor?” soal Farhan kepada doktor itu.

Doktor itu tersenyum. “Alhamdulillah…dia selamat. Mujurlah pendarahan dia tidak berlaku dengan banyak…”

“Alhamdulillah…” Farhan mengucapkan syukur. Begitu juga Zurin dan Syed Izzul Raziq.

“Thanks doktor…tapi boleh saya masuk?”

“Boleh tapi jangan terlalu banyak berbual dengan dia ya? Keadaan dia masih lemah…”

“Baiklah…” doktor itu melangkah pergi.

“Aku rasa baik kau masuk Farhan. Kau better jaga dia elok-elok.”

“Thanks beb…aku masuk dulu. Kau dengan Raziq tak nak masuk?” mereka berdua hanya menggeleng.

“Tak apalah…lagipun aku datang esok jelah. Aku letih derr…ada orang buat surprise tiba-tiba tadi!” perli Zurin. Syed Izzul Raziq hanya tersengih.

“Ok…” Farhan masuk ke dalam wad. Zurin dan Syed Izzul Raziq menuju ke arah kereta.

Syed Izzul Raziq memandu pulang ke rumah Zurin. Dia memandang Zurin sebelum bertanya sesuatu.

“Saya nak cakap sikit boleh?” pinta Syed Izzul Raziq.

“Apa?”

“Rapat betul awak dengan Farhan kan?” ada nada cemburu di situ.

“Emmm…memang rapat pun. Kami kawan sejak sekolah rendah lagi.”

Oh…sejak sekolah rendah lagi. Sampai sekarang?? Takkan tak ada perasaan suka sama suka??? “Takkan awak tak pernah sukakan dia?”

“Sapa? Farhan tu? Oh come on. Dia kawan saya ok. Even saya suka dia sekalipun, it’s just kawan sama kawan. Nothing more than that. Lagipun saya tahulah, dia masih sukakan Ikha dari dulu sampai sekarang.”

“So? Awak tak jeles?”

Zurin memandang hairan ke arah Syed Izzul Raziq. “Hairan? What for to? Saya langsung tak jeles dengan mereka berdua. Tak ada gunanya saya nak jeles. Dia bukannya suami saya ataupun tunang saya.”

“Ok…”

“Kenapa? Awak jeles?” giliran Zurin pula mengutarakan soalan.

“Memanglah saya jeles. Saya jeles sangat-sangat! Awak boleh berbaik-baik dengan Farhan even he’s a playboy tapi kalau dengan saya yang tunang awak ni, langsung tak ada perasaan nak berbaik-baik dengan saya…”

“Hai…takkan dah putus asa? Kata nak tackle saya? So? Where’s your plan?” Zurin menjongketkan keningnya.

“Bukanlah nak putus asa tapi plan nak tackle awak tu ada. Just wait and see ya?”

“Ok…fine! Saya akan tunggu dan tak sabar-sabar nak tahu apa plan awak tu Mr Playboy…”

Syed Izzul Raziq mengangguk kecil. Tomorrow will gonna be fun day! Just you wait sayang…erkk??? Sayang? Raziq! Gatal sangat kau ni!

IKHA mencelikkan matanya. Pandangannya masih kabur. Dia menenyeh sedikit matanya. Dia memandang sekeliling. Dekat mana ni? Ikha cuba bangun namun rasa sakit dan sengal menguasai.

“Ouch!” Ikha terjerit kecil. Dia memegang bahu kirinya dan terasa pedih sedikit.

Farhan terjaga apabila terdengar ringisan kesakitan dari Ikha. Dia meluru ke arah Ikha.

“Kenapa? Sakit?” soal Farhan prihatin. Ikha mengangguk kecil.

“Awak tak boleh banyak bergerak. Takut jahitan awak terbuka balik…” Ikha hanya mengangguk.

“Nadzra macam mana?” Farhan memandang Ikha dengan perasaan yang aneh. Dalam keadaan macam ni pun, dia masih boleh terfikirkan Nadzra? Tak ada langsung ke perasaan marah terhadap Nadzra?

“Kenapa tanya pasal dia pulak?”

“Tak delah…just nak tahu.”

“Dia dah masuk lokap pun!”

“Lokap?”

“Ya! Dia tikam awak semalam! Takkan nak biarkan macam tu je? Hello! Unfair ok!”

“Tapi, dia kan perempuan?” Farhan mengeluh kecil.

“Kenapa nak berlembut sangat ni? She deserves it after what she done! Dah…jangan nak fikir pasal dia sekarang ni. Apa yang penting ialah kesihatan awak. Kejap lagi dalam 1 jam lagi nurse dan doktor akan datang periksa condition awak. Saya nak turun beli makanan. Awak nak apa?”

Ikha hanya menggeleng. Farhan memandang Ikha. “Janganlah macam ni…awak kena makan untuk sembuhkan luka awak ni. Awak nak kena makan ubat dan sebelum kena makan ubat, perut mesti terisi dengan makanan dulu. Saya belikan awak nasi goreng nak?” Ikha menggeleng.

“No protest this time okay? Awak kena makan…awak nak ke mak ayah awak sedih tengok awak macam ni?” Ikha menggeleng.

“So, makan ok? Nasi goreng?” Ikha mengangguk. Farhan menarik senyuman lalu berlalu keluar.

“Macam mana Zurin?” soal Zurin ketika baru tiba.

“Dia dah sedar…oklah sikit cuma mungkin dia rasa sengal dan pedih dekat bahu dia tu.”

“Ok tapi kau nak pergi mana?”

“Aku nak pergi kantin kejap. Nak belikan dia makanan. Sebab dalam 1 jam lagi doktor dan nurse akan pantau dia dan cuci luka dia. So, dia kena makan sebab confirm masa doktor datang check dia, dia nak kena makan ubat.”

“Oklah…aku masuk dulu tapi kau ke ofis tak hari ni?”

“Aku pergi tapi aku masuk lewat sikitlah…”

“Ok…” Zurin segera melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Ikha.

“Assalamualaikum…” ucap Zurin ketika masuk. Ikha yang nampak kelibat Zurin terus menarik senyuman.

“Waalaikumussalam…kau datang beb? Kang kau lambat pulak masuk kerja!”

“Tak apa…Farhan tahu. By the way, macam mana boleh terjadi? Semalam aku tak sampai hatilah aku nak tanya dekat Farhan sebab muka dia memang urghhh…teruk gila tunggu kau habis operation semalam!”

“Aku pun tak tahu Zurin…semalam tu memang tiba-tiba betul. Ketika aku sembang dengan ayah Farhan, tiba-tiba je Nadzra muncul maki hamun marah aku then tiba-tiba je dia tikam aku. Farhan tak sempat nak halang…”

“Gosh! Sampai macam tu sekali? Sekarang ni macam mana si bengong tu?”

“Ada dalam penjara…”

“Good news!” Zurin tersenyum.

“By the way, aku singgah kejap je. Kejap lagi Katrina, Maisarah dengan Nadrah datang lawat kau. Aku dah what’s app mereka semalam.”

“Ok…thanks sebab datang!”

“No hal beb! Oklah…aku pergi dulu. Nanti lepas habis kerja, aku datang melawat kau ok?” Ikha mengangguk. Zurin melangkah keluar dari wad.

Ketika dia melintasi satu lobi utama, dia terperasankan seseorang. Seseorang macam dia kenal tapi siapa hah?? Zurin menyorok di sebalik dinding lalu memerhatikan gerangan tersebut. Syakir??? Apa yang dia buat dekat sini? Dan…dia seorang doktor???

Kejap! Bukan ke Syakir ni orang yang Ikha pernah reject masa sekolah dulu semata-mata kerana Farhan??? Dan aku tahu yang dia…

“Hoi? Kau buat apa dekat sini? Tercongok-congok macam tengah usha orang?? Hah…kau suka kat orang lain erkk??” usik Farhan.

“Taklah! Aku rasa macam aku kenal seseorang. Tak palah…aku chau dulu!” Zurin segera beredar pergi. Farhan pula pelik dengan sikap Zurin. Kenapa pulak minah ni???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience