Bab 1

Romance Completed 30326

Bab 1

Zaman sekolah…

Farhan sibuk membuat kerja sekolahnya tanpa menghiraukan mata-mata perempuan yang sedang melirik ke arahnya. Apa yang penting, kerja sekolah harus siap!

Akhirnya, kerja sekolahnya siap juga. Dia meyimpan buku-buku latihannya ke dalam beg sekolah.

“Woii! Siap dah ke?” soal Zurin. Kawan kepada Farhan sejak zaman sekolah rendah lagi.

“Aku siap dah! Kau tahu kan yang aku rajin orangnya?” Farhan menjongket-jongket keningnya. Zurin mencebik tanda menyampah.

“Menyampah pulak aku dengan keperasanan kau ni!” Zurin menyiapkan kerjanya. Tiba-tiba pulak soalan Sains ni dia tak faham.

“Weyh, mai sat buku sains hang! Aku nak tiru lah! Tak faham!”

“Amboi! Ikut sedap kau je nak tiru aku! Penat-penat aku yang buat, kau copy je?” Farhan buat gaya kedekut.

“Alah kau ni. Janganlah kedekut sangat! Selama ni aku bagi je kau tiru aku. Takkan aku tak boleh pulak?” Zurin tayang muka kucing kesian.

“Hmmm yelah!” Farhan membawa buku latihannya keluar dari beg dan diberikan kepada Zurin.

Zurin tersengih seronok. “Thanks! Ni sayang kau lebih ni!”

“Hah!!!” tiba-tiba meja Zurin ditepuk kuat. Akibatnya, Zurin terlatah. “Oh mak kau terjun laut!” Zurin memandang orang yang sedang mengetawakan dia. “Nak mati? Sedap-sedap je nak kenakan aku!” kemudian, Zurin terdengar ketawa kecil dari mulut Farhan. Dia menjeling tajam. “Seronoklah?!” soal Zurin. Farhan berhenti ketawa.

Ikha ataupun namanya Nur Ain Zulaikha memandang Farhan tanpa berkedip. Sebenarnya, dalam hatinya memang crush kan si Farhan ni tapi nak confess, malulah pulak!

“Weyh, kau pasaipa?!” Puteri mencuit bahu Ikha. Ikha memandang Puteri yang sedang memandang pelik ke arahnya. Bukan sahaja Puteri tapi Maisarah, Katrina, Nadrah, Sasha dan Hazra.

“Errr…tak ada apa-apalah…” Ikha segera mengalihkan pandangannya. Takut dapat di detect oleh kawan-kawannya. Zurin dan Maisarah dapat detect sudah! Maisarah menarik Ikha ke luar kelas.

“Kau sukakan Farhan?” soal Maisarah perlahan.

“Tak adalah…” Ikha cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Maisarah. “Lagipun, dia bukannya pandang aku. Aku nikan chubby! Mana dia pandang!”

“Hesy! Kau ni! Ke situ pulak! Jadi, maknanya kau sukakan Farhan lah?” lambat-lambat Ikha mengangguk.

“Kau tahukan yang dia tu diminati ramai! Tambah-tambah lagi si Sasha tu! Aku tengok dia lain macam! Pelik!”

“Pelik?” Ikha tidak faham apa yang cuba dimaksudkan dengan pelik si Sasha tu.

“Yelah! Dari mata akulah kan, aku rasa dia sukakan Farhan! Yelah, lagipun kebelakangan aku tengok dia try rapat dengan Zurin. Yelah! Zurin kan kawan lama Farhan dari sekolah rendah lagi dan Zurin ada cakap dengan aku yang Sasha tu kira tanya pasal Farhan je!”

Mula terbit rasa cemburu dalam hati Ikha. Tak boleh! Mana boleh dia sukakan Farhan!

“Entahlah…kalau dia sukakan Farhan…”

“Hah! Bincang apa ni?!” tiba-tiba Zurin terjah.

“Syhhh!!! Kau ni! Aku tampar jugak kang!” Maisarah buat gaya nak tampar.

“Sorry…sorry…” Zurin hanya tersengih.

“Kau rasakan si Sasha tu sukakan Farhan lagi ke?” soal Maisarah kepada Zurin.

“Errr…aku pun tak tahulah sebenarnya! Dia ni asyik tanya aku pasal Farhanlah1 Itulah…memanglah aku satu sekolah dengan Farhan tapi takkan hal luaran dalaman dia aku nak ambik tahu?”

Ikha memandang Sasha yang sedang ralit bersembang dengan Farhan. Farhan pun melayan si Sasha tu. Ikha yang cemburu terus berlalu dari memandang pasangan itu!

“Eh! Ikha!” Maisarah mengejar Ikha yang entah jalan ke mana.

Aku dah agak! Dia mesti ada hati dengan Farhan! Mustahillah kalau dia tak ada perasaan sebab dari gaya dia blah tadi…memang! Zurin menoleh melihat Farhan dan Sasha yang sedang rancak bersembang.

Aku kena chat dengan Farhan petang ni jugak! Lagipun, aku memang tak suka kalau dia dengan Sasha. Entah macam tak tau aku tengok si Sasha ni! Makin menjadi-jadi gedik dia ni!

IKHA membuka laman what’s app. Dibuka laman chat Farhan dan tertera online. Yes! Dengan senyuman, dia menulis chat untuk Farhan.

Ain Zulaikha: Hello, buat apa tu? [send]

Kemudian, mesejnya di baca. Namun, hanya meninggalkan blue tick sahaja. Langsung tak dibalas. Isy! Kenapa dia tak balas ni???!

Ain Zulaikha: Kenapa tak balas chat aku?

Arghhh!!!! Blue tick lagi yang dia tinggal! Bencilah macam ni! Dia mencampak telefonnya ke tepi. Mesti chat dengan Sasha ni! Bencilah! Tak suka! Tak suka! Ikha menumbuk-numbuk bantalnya tanda geram.

ZURIN menaip dengan perasaan marah. Geram pulak aku dengan si Farhan ni.

Zurinxxx: Kau dah pehal hah?! Takkan minah siot tu yang kau nak?!

Hesy! Dia sukakan si Sasha tu?! Sungguh tak sesoai!

Farhan: Apa masalahnya? Hello, lagipun kau ingat aku ni akan sukakan dia habis-habisan ke? Hello, ini Farhan Hanief ok! Akukan playboy famous!

Playboy famous?! Euuuu! Perasan sendiri!

Zurinxxx: Isy! Apa-apa pun aku tak suka kau rapat dengan dia! Please lah! Kalau kau nak playboy sekali pun, kau carilah minah yang lain! Bukan SASHA ok!

Farhan: Biarlah aku ambik Sasha pun! Bukannya kacau hidup kau! Ke…kau jeles ha?

Zurinxxx: Oh please lah…aku? Nak jeles dengan kau dan Sasha? Sungguh tak kena timing! Well, you’re not my type and I’m not your type right?

Farhan: Eh??? Siapa kata? Kau kan kawan aku dari sekolah. So, kau type aku apa? Lagipun aku sayang kau! Sebagai adik!

Zurinxxx: Eiii! Sapa nak jadi adik kau? Ok…as adik kau lah kan, aku nak advice kaulah! Jangan dekat dengan Sasha ok!

Farhan: Kenapa pulak? Biarlah! AKu nak ‘main’ dengan dia!

Zurinxxx: No way!!!! Kalau kau sayang aku, kau dengar cakap aku!

Farhan: Tengoklah…

Tiba-tiba status online jadi last seen. Hesy! Dia off pulak!!!! Geram pulak aku! Tiba-tiba chat masuk. Dari Ikha.

Ikha: Kau chat dengan farhan?

Errr…dia tanyalah pulak!

Zurinxxx: Tak pun. Kenapa?

Ikha: Tak ada apa-apalah…aku hantar chat dekat dia, dia just tinggalkan blue tick dekat aku. Tak palah…aku nak tidur! Bye…

Zurinxxx: Bye…

Dah pulak! Minah ni pulak yang jadi masalah! Fuh! Dahsyat! Dahsyat! Lama-lama aku pulak yang mereng!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience