Bab 3

Romance Completed 30326

Bab 3

Ikha mengambil hensetnya apabila terdengar hensentnya berbunyi. Dia memandang penghantar chat kepadanya. Farhan?? Tiba-tiba dia rasa lain macam.

Farhan: Sorry pasal semalam aku tinggal blue tick…

Terus cair hati Ikha dibuatnya apabila ada perkataan ‘sorry’.

Ikha: It’s okay. Aku tak ambik kisah pun…

Farhan: Serius? Kau tak marah aku?

Ikha: Yep!

Farhan: Tak apalah kalau macam tu…aku nak off dulu. Aku nak kena pergi makan sekarang ni! Adik aku panggil.

Ikha: Ok…

Ikha menutup laman what’s app. Dia baring di atas katil. Syurganya!!! Arghhh!!!! Dia balas chat aku! Bukan senang!

SELEPAS makan, hati Farhan tergerak nak telefon Zurin. Dia ingin tahu lebih pasal Sasha.

Dia mencari nombor telefon Zurin lalu mendail. Panggilannya berjawab.

“Hello Zurin!”

“Hmmm apa hal?”

“Amboi! Garangnya!”

“Kalau tak ada apa-apa, aku end call!” ugut Zurin di talian.

“Ok, ok…sorry! Kau ni! Aku nak berlawak pun tak boleh.”

“Cakaplah apa yang kau nak?! Kalau setakat nak buat lawak kambing, baik tak payah!”

“Ok, ok. Actually aku nak tahu pasal Sasha.”

“So?”

“Aku nak tahu lebih details lah! Kau faham kan?”

“So what?”

“Isy kau ni! Langsung tak sporting lah!”

“So what?”Farhan menggigit jarinya. Geram pulak aku dengan si Zurin ni!

“Tolonglah aku!”

“Hello playboy famous! Takkan aku nak kena tolong kau! Kau kan playboy? So, kalau setakat nak tackle kacanglah! Kau tengok cerita Tundukkan Playboy Itu. Kau belajarlah dari situ!”

“Apa kena mengena?? Zurin…tolonglah aku!”

“Apa kejadahnya aku nak tolong kau hah?! Sorry lah…aku tak minat!”

“Zurin!”

“Dah! Jangan ganggu aku!” tut…tut…tut…

Eiiii! Zurin!!!! Geramnya aku! Tak habis-habis perangai sekolah rendah dia tu! Macam nak gigit je! Aipp! Anak dara orang! Hmmm…aku ada idea! Kihkihkih…dia menulis mesej untuk Zurin.

Kalau kau tak nak tolong, aku akan datang rumah

kau malam ni then aku akan jerit depan rumah parents

kau I love you! Nak?

Berani ke kau nak buat??

Kau jangan ingat aku tak berani!

Datanglah…aku tak kisah.

Kau tunggu malam ni pukul 8.30! Kau tunggu!

Alright…

Oh…kau tak kisah erkk?? Ok! Ini Farhan Hanief lah! Pantang dicabar! Kau tunggu malam ni Zurin!

TEPAT jam 8.30 malam, dia tercangak depan rumah Zurin. Hehehe…bersiap sedia Zurin!

“Zurin! Zurin!” Farhan menjerit nama Zurin. Memang cari mampuslah!

Zurin yang terdengar suara memekik diluar segera menarik tirai tingkap ke tepi. Alamak!!! Dia ni! Memang bangang betullah! Buatnya abah aku baling parang macam mana?

“Zurin! Zurin! Seperti yang aku janji Zurin! I love you!!!”

Zurin menepuk dahinya! Memang cari nahas betullah Farhan ni!!! Zurin segera keluar dari bilik dengan bertudung. Dia berlari ke ruang tamu dan…pintu sudah terbuka!!

“Hoi! Yang kau menjerit depan rumah pak cik ni kenapa?” alamak! Abah dah keluar!!!

“Errr…tak pak cik! Saya nak jumpa dengan Zurin je…”

“Lepas tu, perlu ka terpekik macam orang gila?! Siap dengan I love you lagi!”

“Tak pak cik…saya just test Zurin je pak cik…”

“Kejap! Kamu ni bukan ke budak yang kawan dengan Zurin masa sekolah rendah dulu?” abah dapat detect dah!!!

“Sayalah tu pak cik…” Farhan hanya tersengih. Kuat jugak ingatan ayah Zurin ni!

“Hoi Farhan! Kau pehal hah?” Zurin berdiri di sebelah abahnya.

“Jomlah masuk Farhan,” pelawa Encik Mukhriz.

“Eh! Tak payah! Tak payah! Kita sembang dekat luar jelah!” Zurin menarik tangan Farhan ke taman yang berdekatan.

“Isy! Kau ni memang kan?! Nak mati awal?!” marah Zurin. Mamat ni memang nak kena betullah!

“Kau yang cabar aku kan? Come on Zurin! Takkan kau tak kenal kawan kau ni lagi?” Farhan menjongket-jongket keningnya.

“Hmmm apa-apa jelah! Apahal?”

“Pasal Sasha lah!”

“Hesy! Tak ada nama lain ke hah kau nak sebut?”

“Kau pehal nak marah?” pelik pulak Farhan dibuatnya. Apasal semua nak moody dengan Sasha ni?

“Tak ada apalah! Pehal? Kau nak tahu apa?”

“Ciri-ciri dialah!”

Ciri-ciri dia? Oh please! Dahlah gedik macam sotong! Meluat aku!

“Ciri-ciri dia? Kau nak tahu apa?” Farhan mengangguk. “Sotong! Gedik! Tak ketahuan hala! Bengong! Bangang! Lembap! Bodoh! Siot! Jebon hutan!” terus Zurin blah meninggalkan Farhan.

“Woi! Kejap!” Farhan berdiri di hadapan Zurin.

“Apa lagi?!”

“Kenapa kau bagi ciri-ciri macam tu!”

“Sebab itulah the fact!!! Not fake! Harap maklum!” Zurin terus blah masuk ke dalam rumah.

Farhan hanya mengeluh. Kenapa dan ada apa sebenarnya??

“Eh? Mana Farhan?”

“Dia dah blah! Kalau dia ada lagi depan rumah, jangan jemput masuk!” tegas Zurin berkata. Pintu bilik ditutup lalu dikunci.

“Semaklah! Sasha! Sasha! Sasha! Dahlah gedik! Pikiaq semua laki suka dekat dia kot! Si mamat pun dia layan!” Zurin merebahkan dirinya di atas katil. Fuh! Rileks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience