Bab 43

Romance Completed 30326

Bab 43

Semuanya sudah berkumpul di masjid. Pengantin perempuan pun sudah tiba. Tunggu masa untuk akad nikah sahaja.

Zurin yang duduk di sebelah emak dan kakaknya hanya mampu menahan gentar di hati. Tak lama lagi kau akan jadi isteri orang Zurin dan kau akan pikul tanggungjawab yang besar.

Kak Lin pula mengusap lengan adiknya. Dia tahu Zurin sedang gentar sekarang ini. Tangan Zurin pun sejuk semacam.

Syed Izzul Raziq memerhati Zurin yang tunduk memandang karpet masjid tersbeut. I’m sorry Zurin…

“Semuanya dah bersedia ya?” soal tok kadi tersebut. Mereka semua mengangguk. “Bolehlah kita mulakan ya?”

“Bismillahirahmunarhim…Syed Izzul Raziq b. Syed Mokhtar…”

“Ya saya…”

“Aku nikah akan dikau dengan Nazlili Zurin bt Mukhriz berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 5 ribu ringgit tunai…”

“Aku terima nikahnya Nazlili Zurin bt Mukhriz dengan mas kahwinnya 5ribu ringgit tunai…”

“Sah?”

“Sah!” suara lain menyahut.

“Alhamdulillah…” sekali lafaz sahaja….Zurin dah sah menjadi milik Syed Izzul Raziq.

Menitis air mata Zurin ketika lafaz itu diucap. Air mata kesedihan. Bukannya air mata germbira. Arghh!!! Zurin menjerit dalam hatinya. Seraya itu juga pandangnnya mula berpusing dan makin lama makin kabur dan terus gelap. Zurin rebah di pangkuan kakaknya.

“Ya Allah! Zurin!” terjerit Kak Lin dibuatnya. Dia menepuk-nepuk pipi Zurin beberapa kali namun tiada respons. Semua mula mengeremuni Zurin.

Syed Izzul Raziq meluru ke arah Kak Lin dan Zurin yang sudah rebah tidak sedarkan diri.

“Kenapa ni kak?”

“Ini semua sebab kau!” kata Kak Lin bengang. Syed Izzul Raziq mula dihantui rasa bersalah.

“Bawak dia masuk kereta…cepat!” arah Encik Mukhriz. Syed Izzul Raziq akur lalu mencempung tubuh Zurin lalu dibawa keluar menuju ke keretanya.

“Kesian dekat Zurin…” kata Ikha dengan nada sayu.

“Dia stres tu…” sampuk Farhan. Ikha memandang Farhan di sebelahnya.

“Lagi stres tengok muka awak!” Ikha terus pergi meninggalkan Farhan. Geram pulak auku tengok muka mamat tu!

ZURIN membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa bedenyut-denyut. Aku dekat mana ni? Zurin cuba bangun dari pembaringannya perlahan-lahan. Diperhati bilik tersebut. Oh…bilik aku rupanya tapi…macam mana aku boleh ada dalam bilik aku sedangkan tadi bukan ke tadi aku ada dekat masjid?

Bunyi cengkerik di luar rumah menandakan hari sudah malam. Zurin memerhati jam yang tergantung di dinding biliknya. Dah pukul 8.30 malam? Ya Allah! Lamanya aku pengsan! Tak pernah cenggini aku pengsan punya lama!

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam biliknya. Diperhati lama Syed Izzul Raziq. Tiba-tiba rasa sebal mula mejalar di hati.

“Puas hati awak sekarang ni?!” soal Zurin geram. Syed Izzul Raziq duduk di birai katil berdekatan dengan Zurin.

“Saya tak puas hati sebab saya tak tahu sama ada awak masih virgin atau tak…”

“What?! Dalam keadaan saya sekarang ni, awak masih fikirkan tentang virgin saya?!” ya Allah! Apa sebenarnya ada dalam otak dia ni?!

“Pergi mandi! Kejap lagi turun bawah makan…” arah Syed Izzul Raziq. Mahu tak mahu, Zurin terpaksa juga ikut arahan.

SELEPAS mandi, Zurin baring di katilnya. Entah kenapa rasa lemah satu badannya. Rasa macam nak demam pun ada. Zurin membiarkan rambutnya mengurai. Lagipun rambutnya baru lepas dicuci. Biarlah kering secara semulajadi. Entah bila dia turut terlelap.

Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam bilik. Matanya terpandang tubuh Zurin yang terbaring di atas katil dengan rambutnya mengurai ke sisi katil. Syed Izzul Raziq menelan liurnya. Dia ni nak goda aku ke?

Perlahan Syed Izzul Raziq melangkah lalu duduk di sisi katil. Tangannya gatal menjalar pada rambut Zurin. Hailah Raziq! Behave. Nak behave macam mana? Aku dah tergoda ni!

Matanya memandang bibir comel Zurin. No! Tapi aku dah tak tahan! Cakaplah! Suami mana yang tak bernafsu bila tengok hidangan tersedia ni??? Syed Izzul Raziq baring di atas tubuh Zurin. Dia memerhati wajah yang lena itu. Gayanya macam kepenatan.

Zurin terasa sesak untuk bernafas. Kenapalah pulak aku rasa berat dan panas tiba-tiba ni? Zurin mencelikkan matanya. Terkejut kepalang dia bila Syed Izzul Raziq berada di atasnya. Hampir terjerit dibuatnya.

“Apa yang awak cuba buat ni?” soal Zurin. Jantungnya mula berdegup pantas.

“Awak cuba goda saya?” soal Syed Izzul Raziq pula sambil jarinya bermain dengan pipi dan bibir Zurin.

Zurin menepis jari Syed Izzul Raziq yang bermain dengan bibirnya. “Sejak bila pulak saya goda awak ni? Dahlah! Ke tepi! Saya nak bangun ni!”

“No…you can’t…”

“Raziq! Please ok? Saya penat ni!”

“You know what I want right and I know you can know what I feel now…”

Zurin menelan liurnya yang terasa kesat. “No Raziq…not this time.”

“You can’t say no to me.”

“Raziq! Tolonglah jangan jadi budak-budak sekarang ni…”

“Kenapa dengan Farhan awak boleh bagi?”

“Apa kena mengena dengan Farhan pulak ni?!” tiba-tiba pulak nak libatkan Farhan dalam kes ni!

“So? Awak mesti tak kisahkan kalau saya nak rasa awak?” Zurin menggigit bibirnya. Tangan Syed Izzul Raziq mula merayap.

“No!” Zurin menghalang tangan Syed Izzul Raziq dari merayap ke tempat yang tak sepatutnya.

“Why?”

“Sebab saya masih dara!” Syed Izzul Raziq ketawa kecil.

“Seriously? Then let me feel you…”

“Please Raziq…saya tak nak…saya masih dara!!! Tolonglah percaya! Saya dengan Farhan tak ada apa-apa!”

“Kalau betul awak masih dara, buktikan pada saya!” suara Syed Izzul Raziq mula tegas. Dia mencengkam tangan Zurin. Zurin langsung tak boleh bergerak. Zurin mula rasa takut. Tangan Syed Izzul Raziq tangkas menutup lampu sisi dan suasana menjadi gelap.

IKHA cuba menelefon Zurin namun telefon bimbit Zurin tak aktif. Zurin…kau ni suka buat orang risau! Kau ok ke tak? Demam ke???

“Apalah yang Zurin tengah lakukan sekarang ni?” fikir Ikha. Kesian Zurin…gara-gara Raziq, dia jatuh pengsan sampai macam tu sekali.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia memandang pemanggil tersebut. Ikha mengeluh…Farhan!

Dia menjawab panggilan tersebut. “Hello!” sapa Ikha kasar.

“Amboi! Kasarnya my fiancé ni.”

“Tak payah nak fiancé sangatlah! Ada apa call ni?!”

“Saja nak call tunang saya ni…tak boleh?”

“Memang tak boleh! Mengganggu ketenteraman awam!”

“Ok sorry…by the way saya call ni pun ada sebab. Awak ada call Zurin tak? Saya try call tapi fon dia tak aktif.”

“Saya dah try call jugak. Samalah macam awak…tak aktif.”

Ya Allah…ada apalah dengan Zurin? Farhan call pun tak aktif. Aku call pun tak aktif. Mintak-mintak Zurin ok.

“Saya risau sebenarnya…takut Zurin buat benda yang tak sepatutnya…”

“Saya pun sama…tak apalah. Saya off dulu. Saya try call dia ok?”

“Hmmm oklah. Good night my fiancé. Mimpikan saya ok?”

“Ei! Gedik! Sekian!” Ikha memutuskan talian. Ikha membuka mobile data lalu check group what’s app. Banyak mesej yang masuk.

Maisarah: Woi! Korang ada call Zurin tak? Aku dah call banyak kali tapi…tak dapatlah! Fon dia tak aktif.

Katrina: Aku pun dah try call…

Nadhrah: Aku pun sama jugak. Tapi operator yang jawab.

Puteri: Dia ada masalah kot…

Maisarah: Yelah…tapi kalau sampai fon tak aktif, aku risaulah! Takut dia jatuh sakit ke apa…

Puteri: Insha-Allah dia oklah tu…lagipun dia kan dah ada laki.

Maisarah: Memanglah tapi boleh percaya ke Syed Izzul Raziq tu? Aku tahulah dia macam mana! Mata-mata aku cakap dia tu playboy tersohor ok!

Ikha: Aku pun dah try call Zurin even Farhan pun dah try call tapi fon dia tak aktif jugak…

Katrina: Fon dia habis bateri kot?

Nadhrah: Maybelah…tak apalah. Kita doakan dia yang baik-baik sudah. Nanti kalau ada masa dala 2-3 hari ni, kita pi jenguk dia. Amamcam?

Ikha: Setuju derr…

Puteri: Aku pun sama…

Ikha menutup laman what’s app serta mobile data. Dia mengeluh. Aku harap kau ok Zurin…

Walhal keadaan sebenar di sana…tak ok sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience