Bab 53

Romance Completed 30326

Bab 53

“Waalaikumussalam…” jawab Syed Izzul Raziq. Panggilan daripada adiknya. Hahaha…mesti nak marah akulah ni! Sediakan telinga cepat!

“Abang! Kenapa abang letak jawatan abang dekat Dahlia?! Abang tahukan yang Dahlia tak pandai dalam bidang tu! Tahulah Dahlia ambik jurusan business pun tapi tak payahlah sampai nak suruh handle syarikat abang!” fuh! Berdesing telinga Syed Izzul Raziq. Dia menjarakkan telefonnya seketika. Kalau macam nilah, aku boleh dapat syndrome telinga pekak! Adik aku ni memang kuat beletiaq!

“Adik! Woo…wooo rileks ok? Kenapa nak leter abang sampai macam ni sekali ni? Hello! Abang suruh adik ganti je! Bukannya buat apa-apa pun.”

“Ganti je? Tak buat apa-apa pun? Hello, didn’t your warn I’m gonna miss my class just because of you huh my kitty brother? Don’t you feel it?”

“Abang pun tengah rasa sekarang ni…”

“So?! Pilihlah orang lain! Hello! Banyak lagilah boleh ganti tempat abang!”

“No one of them Dahlia…tak ada yangs sesuai.”

“Apa yang tak sesuainya? Hello! Abangkan banyak stok dekat pejabat yang boleh dipercayai. Orang yang abang pilih ni masih mentah tau! Sharifah Nur Dahlia ni masih mentah dan kalau syarikat abang bankrupt sebab Dahlia macam mana? Nak suruh Dahlia bertanggungjawab? Oh no…”

“Alah…banyak songehlah adik ni! Boleh tak kalau abang mintak tolong sekali ni, buat dengan ikhlas? Nawaitu tu biar ikhlas. Ada faham?”

“Hih! Tak habis dengan nawaitu dia tu! Bajetlah abang ni. Yelah…Dahlia masuk ofis esok. Tapi ingat! As a reward, abang kena belikan Dahlia souvenir khas dari Europe! Boleh?”

“Ok…asalkan Dahlia tolong ofis abang sudah! No cheating ok?”

“Ok!”

“Oklah adik…abang nak kena off dulu. Abang ada banyak kerja nak kena buat…nanti kita sambung chat lain ok?”

“Wait! Wait! Abang!”

“Ya?”

“Kenapa abang larikan diri dari Kak Zurin?”

Syed Izzul Raziq meraupkan wajahnya. Tolonglah…time macam ni jugak yang dia nak tanya?

“Abang tak lari, abang jalan.”

“Abang! Cakap biar serius lah! Why?!”

“Adik…better adik fikir tentang diri adik sendiri.”

“No abang! You know what, the other day adik pergi ke rumah parents dia and you know what?! Kak Zurin looks like having a mental disorder. Don’t you pity on her?”

Syed Izzul Raziq terus menyentuh butang end call di skrin telefon. Dia menarik-narik rambutnya. Is she?

“ZURIN? Kau ok tak ni? Kenapa aku tengok kau serabut sangat ni?” soal Ikha. Mula fikir macam-macam. Jangan cakap yang sakit Zurin dah datang. Tak mungkin penyakit mental disorder dia dah menyerang.

“Ikha…aku ok…” jawab Zurin lemah namun dalam keadaan blur. Gaya macam kena rasuk pun ada.

Ikha memegang kedua-dua belah pipi Zurin. “Zurin! Tengok aku! You have to wake up! Jangan hidup dalam dilema kau! Kau tak boleh macam ni Zurin!”

“Macam ni apa? Aku mental?” soal Zurin sambil tersengih.

“Zurin! Oh please stand on your feet now! Kau kena teruskan hidup kau! Kau jangan risau, aku ada! Farhan ada! Kawan-kawan kita yang lain pun ada!”

“Tak ada sapa yang sayangkan aku Ikha…kihkihkih…” sudah! Memang minda dia dah terganggu. Macam mana ni?! Ubat dia memanglah tak ada! Dah lama Zurin tak diserang penyakit mental dia ni.

“Zurin! Kau perempuan kuat Zurin! Kau kuat! Kalau setakat Syed Izzul Raziq tu, kau tak payahlah fikir!”

“Raziq? Raziq? Siapa pulak Raziq ni?” Ikha mengetap bibirnya. Sudah! Memang sah 100% otak dia dah terganggu!

“Ya Allah! Zurin! Please jangan macam ni!” tak boleh jadi, aku kena jugak call Raziq! Oh no! Doktor yang lebih penting sekarang ni!

“Kau nak call sapa tu?!” soal Zurin tegas. Matanya tajam menikam mata Ikha. Ikha mula ketakutan.

“Aku…ak…aku…aku nak call Farhan! Yes! Aku nak ajak dia berbual-bual dengan kau…”

“Farhan? Ok…call lah!” tiba-tiba Zurin tersenyum.

Ikha segera mencari nombor telefon Farhan lalu segera didail. Panggilan berjawab.

“Hello Farhan!”

“Tolong datang rumah parents Zurin sekarang ni! Urgent!”

“Tolonglah jangan banyak tanya! Ini ada kaitan dengan Zurin! Cepat!” Ikha memutuskan taliannya.

Ikha melangkah ke arah penyidai tempat menyangkut segala jenis tudung yang dipakai oleh Zurin.

“Zurin…kau pakai tudung erkk??? Kejap lagi Farhan nak datang. Kau kan ada aurat dengan dia?”

“Oh…kena pakai…???” Zurin memakai tudung di kepalanya. Ikha pula berasa simpati dengan keadaan Zurin.

“Zurin…aku turun kejap erkk? Kau nak air apa? Aku bawakkan.”

“Boleh ke?!” soal Zurin teruja.

“Of course lah boleh! Kau nak air apa?”

“Aku nak air susu HL dalam peti ais tu. Aku nampak semalam abah aku beli. Boleh kan?”

“Boleh! Tunggu kejap ye?” Zurin mengangguk. Ikha lantas melangkah keluar lalu menuju ke dapur. Dia berbicara dengan Puan Zaria.

“Macam mana dengan Zurin?” soal Puan Zaria.

“Saya kesian tengok dia mak cik…penyakit mental disorder dia tu dah datang balik. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Kalau cakap pasal Raziq, dia langsung tak ingat tentang Raziq.”

“Astaghfirullahalazim!” Puan Zaria mengalirkan air matanya. Sedih dengan perkhabaran yang diucap oleh Ikha.

“Sebenarnya ini semua salah kami Ikha…” Ikha makin berasa pelik.

“Kenapa pulak salah mak cik dengan pak cik?”

“Sebenarnya kami dulu teringin sangat nak tengok dia berjaya sampaikan hantar dia ke tuisyen tiap-tiap hari. Pagi petang malam non-stop. Lepas tu, kami asyik mendesak dan marahkan dia supaya berjaya. Sejak itulah, minda dia terganggu bila dia menumbuk dinding rumah sampai tangan dia berlumuran dengan darah.” Ikha menekup mulutnya. Sungguh tak menyangka yang…tak boleh terbayang aku kalau hidup aku macam Zurin. Mungkin aku dah mati!

“Dia mengalami mental disorder ni sejak tingkatan 1. Sebab tulah bila dia pergi ke sekolah dia kerap menangis dan diamkan diri.” sambung Puan Zaria.

“Assalamualaikum!” suara Farhan kedengaran.

“Waalaikumussalam!” sahut Ikha dan Puan Zaria serentak. Ikha pula mencapai gelas lalu menuang air susu seperti yang dipinta oleh Zurin.

“Apa yang dah jadi dengan Zurin?” soal Farhan cemas.

“Jom kita pergi bilik dia!” Farhan mengikut langkah Ikha menuju ke bilik Zurin. Ketika mereka sampai, Zurin sedang membelek bajunya sambil tertawa.

Tak mungkin Zurin diserang penyakit mental lagi…oh gosh! Farhan meraupkan wajahnya. Tak sangka perkara sebegini akan menganggu minda Zurin. Ya Allah! Nak buat macam mana sekarang?

Ikha melangkah mendekati Zurin. “Zurin…nah air yang kau mintak tadi.”

“Terima kasih!!!” sambut Zurin lalu meneguk air susu tersebut. Zurin memandang Farhan yang berdiri di sebelahnya.

“Farhan!!!” Zurin tersengih ke arah Farhan. Farhan membalas dengan senyuman.

“Hai Zurin! Kau ok tak?”

“Aku ok! Aku happy sangat! Kau tak tahu ke?!” nadanya seakan memerli. Farhan menggeleng kepalanya perlahan.

“Errr…korang berborak dulu. Aku nak keluar kejap ye?”

“Kau nak pergi mana?” soal Zurin. Dia tak nak Ikha berlalu pergi. Sapa nak main dengan kita…???

“Aku nak buat call kejap. Nak inform dekat mak aku yang aku balik lewat hari ni.”

“Ok!” Ikha melangkah keluar lalu duduk di sofa ruang tamu. Dia menelefon doktor yang merawat Zurin waktu dahulu.

“Assalamualaikum doktor…”

“Waalaikumussalam…ini siapa ye?”

“Saya Ikha…kawan kepada Zurin.”

“Oh ok. So? Anything yang berkenaan dengan Zurin ke?”

“Yes doktor! Boleh tak doktor datang ke rumah keluarga Zurin sekarang ni? Ini betul-betul urgent doktor…minda Zurin dah terganggu!”

“Baiklah! Kamu tunggu sana kejap. Dalam 20 minit lagi saya sampai…”

“Baik doktor. Terima kasih…” Ikha memutuskan talian. Aku berharap sangat agar gangguan minda Zurin hanyalah seketika dan bukannya untuk selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience