Bab 78

Romance Completed 30326

Bab 78

Imran berbaring di atas katilnya. Kebetulan ke memang Allah nak tunjukkan yang memang jodoh aku dengan dia sebenarnya? Selama 7 tahun aku tak pernah terserempak, kali ini aku terserempak dengan dia.

Imran melepaskan keluhannya. Kenapa perangai dia makin jauh berbeza dengan yang dulu? Yang dahulunya tak adalah segila macam ni. Ke ini ada kaitan dengan perkahwinan dulu? Mustahil sebab tu dia berubah tapi tak mustahil jugak. Ingatannya kembali menghantui minda 7 tahun yang dahulu.

Flashback…

“Mama, kenapa mama nak kahwinkan An dengan perempuan yang An tak kenal?! Dia tu siapa ma?” sudah! Dengan perempuan mana pulak yang aku nak dikahwinkan?

“An, mama bukannya apa. Cuma, mama nak An lebih rasa bertanggungjawab! Mama nak An berubah! An dah menduda lama. Lupakanlah si Veen tu. Dia tak layak untuk kamu An.” kata Puan Munirah.

“Mama! Listen here okay? Perempuan yang mama nak jodohkan kepada An tu langsung An tak kenal ma then mama nak An senang-senang terima dia? Not that easy mama!”

“Dia ni anak kawan mama. I’m sure she’s the suit one for you.”

“I don’t think so mama.”

“Papa nak kamu kahwin dengan perempuan tu. Papa tak kira! Apa yang kamu gilakan sangat dekat si Veen tu? Dia dah tinggalkan kamu! Apa yang kamu tunggu lagi? Kamu nak dia balik dekat kamu? Papa tak harap langsung sebab papa tak suka dia buat anak papa macam ni!”

“Papa…masalahnya perempuan tu langsung An tak kenal! At least, bagilah gambar ke? Kalau tak pun, paling cikai bagi tahulah nama! Simple kan?”

“Kalau mama bagitahu nama, An nak kahwin dengan dia?” soal Puan Munirah. Soalan straight tu!

“An akan pertimbangkan! Siapa nama dia?”

“Sasha…”

“Sasha? Amboi! Anak mat salleh mana pulak yang mama kebas ni?”

“Anak mat salleh apanya? Melayu plus Cina. Jadi? Kamu nak kahwin dengan dia?”

Imran menggaru kepalanya. Duh! Mama nak straight sangatlah…aku ni pun belum tentu nak kahwin dengan dia sebab aku masih sayangkan Veen. Macam mana ni?

“Apa yang kamu menungkan? Jawablah soalan mama tu!” giliran Encik Yusof pula turun padang.

“Ma, pa? Boleh tak bagi space untuk An berfikir? Ini bukan soalan main-main tau! Ini pasal masa depan An jugak!”

“Ok, papa bagi kamu masa 24 jam untuk berfikir!”

“24 jam?! Papa! Mana cukup! At least, bagilah 3 hari!”

“No! I say 24 hours, that’s it! Tak boleh nak lebih-lebih!”

“Ok fine!” Imran menuju ke kamar tidurnya. Apa yang harus aku buat? 24 jam je papa bagi aku masa untuk berfikir. Ergh! Serabutlah! Macam mana aku nak kahwin sedangkan hati aku masih sayangkan Veen? Boleh ke budak tu terima aku kalau dia tahu yang aku ni masih sukakan bekas isteri aku tu? Huh! Serabutlah macam ni!

Keesokannya, Imran turun ke ruang makan. Dalam otaknya, sudah ada jawapan. Mungkin agak terlalu obvious tapi nak buat macam mana kan? Puan Munirah pula sudah tersenyum. Encik Yusof hanya buat bodoh sambil membaca surat khabar.

“Jadi, apa jawapan An?” soal Puan Munirah tidak sabar.

“Kalau An cakap yang An tak setuju, An takut An sakitkan hati mama jadi An pilih jawapan untuk terima je demi untuk menyenangkan hati mama dan papa.”

Encik Yusof dan Puan Munirah menarik senyuman lebar. Alhamdulillah! Akhirnya, An terima jugak! Imran tayang senyuman kelat. Terpaksa!

Selepas beberapa hari, berlangsung perkahwinan Imran dan Sasha. Perkahwinan mereka hanya dibuat kecil-kecilan. Mereka hanya menjemput saudara yang terdekat sahaja.

Selepas akad nikah segala, Imran dan Sasha masuk ke dalam bilik. Imran menutup pintu.

“Memang kau ni sejenis merancang untuk berkahwin ke hah?!” sergah Imran tiba-tiba.

“Kau ni pehal hah nak marah-marahkan aku?! Kau ingat aku suka ke dengan perkahwinan kita ni?! Sorrylah! Aku langsung tak minat dengan perkahwinan ni! Inipun aku setuju pasal mama aku! Yang kau pun tak tolak pehal?! Kau pun sama naik taraf bodoh! Dahlah duda!”

“Hey! Mulut kau ni memang lama tak kena basuh kan?!” geram pulak aku dengan mulut cabai dia ni!

“Lantak akulah! Kau yang lancarkan perang, aku pun lancarkan senjata nuclear aku! Fair and square right?” suka-suki hati dia je nak marah aku! Ingat dia sorang je tersepit? Aku ni pun tersepit jugaklah!

End flashback…

“Duh! Konflik jugak hidup aku dengan dia ni! Tapi…nak buat macam mana? Aku dengan dia masih suami isteri? Takkanlah aku nak ceraikan dia ikut suka hati aku? Mesti mama dan papa kecewa dengan aku…” Imran melepaskan keluahnnya. Susah betullah hidup dalam perkahwinan yang tergantung macam ni! Tak tahu apa kesudahannya!

SASHA mendengus geram. Kenapalah dalam banyak-banyak masa, masa ni jugak yang aku nak kena jumpa dengan Imran?! Geram pulak aku! Kenapa dia mesti datang balik? Rosak plan aku nak dapatkan Raziq! Macam mana aku nak singkirkan dia? Yang boleh menjatuhkan talak hanyalah dia bukannya aku!

Tak mungkin jodoh aku dengan Imran! Dahlah duda! Kau fikir aku suka dpaat lelaki duda ni? Oh please! Tak pernah terdetik di hati aku nuntuk berlakikan seorang duda! Tapi…dah jadi pun dalam hidup aku!

Sasha bangun lalu membuka almarinya. Dia mencari khazanah yang dah lama terkubur. Kad kahwinnya pun entah dia letak di mana. Sijil dan surat nikahnya. Huh! Entahlah masih ada ke tak! Aku ni bukannya spesis nak simpan sangat!

Kemudian, dia ternampak satu sampul besar yang berwarna coklat terselit di antara fail-fail sijilnya dahulu. Dia mengeluarkan sampul warna coklat tersebut. Dia duduk di atas katil. Dia membuka sampul itu dan terpamparlah sijil serta surat nikahnya. Kad kahwin turut ada dalam tu.

Perlu ke aku buang semua ni? Aku tak suka dengan perkahwinan ni dan buat apa aku nak simpan?! Sasha ambil sijil nikah itu lalu hendak mengoyak namun ada satu kuasa tak membenarkan dia mengoyak sijil tersebut. Kenapa aku tak mampu nak koyak sijil ni? Kenapa aku rasa tak sampai hati nak koyakkan sijil ni? Mustahil aku simpan perasaan terhadap Imran sedangkan aku baru beberapa jam je jumpa dia tadi!

Sasha terkejut bila secara tiba-tiba Nurina masuk ke dalam biliknya. Tak sempat dia hendak menyimpan segala khazanahnya. Nurina meletakkan mug berisi air coklat di atas meja solek lalu menghampiri Sasha yang sibuk hendak menyimpan beberapa helai kertas. Nurina menghalang niat Sasha. Dia mencapai sijil dan surat tersebut.

Mata Nurina terbuntang. Dia memandang Sasha dengan pandangan yang tak percaya. Tak mungkin Sasha dah kahwin! Nurina duduk di birai katil berhadapan dengan Sasha.

“Sasha…betul ke ni kau dah kahwin?” Sasha hanya diam membatu. Nurina mengeluh.

“Sasha…cakaplah. Aku just tanya je. Kalau betullah kau tak kahwin, dari mana datangnya sijil dan surat nikah ni? Siap ada nama kau dengan lelaki mana ni?” Nurina membaca nama lelaki tersebut. “Ahmad Imran Firuz…”

“Dahlah…kau tak payahlah nak serabut kepala fikirkan aku.”

“Aku kenalah Sasha! Kau kawan aku! Aku mesti tolong kau. Sejak bila ni kau kahwin?” kad nikah turut diambil. Bila masa Sasha kahwin? Kenapa aku tak tahu.

“Ini cerita lamalah Nurina. Tak ada apapun. Tak affect mana-mana pihak pun. Perkahwinan aku ni direstui kedua-dua pihak keluarga!”

“Yelah…tapi kenapa muka kau tak happy?”

“Aku sukakan Raziq Nurina. Tapi, bila Imran hadir balik, semuanya kacau bilau! Dah tujuh tahun aku terpisah dengan dia tapi sekarang saat aku tergilakan Raziq, kenapa dia datang balik?”

Nurina mengusap bahu kawannya. “Itu tandanya Allah nak tunjukkan kau jalan yang sebenarya. Allah nak bagitahu dan nak ingatkan kau yang kau ni dah berkahwin dan Allah nak suruh kau stop terkejar-kejarkan Raziq sebab kau ni dah bersuami.”

Sasha mengeluh. Takkan aku perlu terima Imran dalam hidup aku? Sasha memandang Nurina.

“Kau rasa patut ke aku balik ke Imran?”

“Yes! Exactly! Itulah yang tepat sekali! Kau isteri dia selagi dia belum menjatuhkan talak ke atas kau.”

“Tapi…aku tak cintakan dia…”

“Sasha…dengar sini. Cinta tu boleh dipupuk bila-bila masa sahaja. Mungkin sekarang kau langsung tak rasa cinta pada Imran tapi Insha-Allah bila dah lama-lama, hati kau akan terbuka jugak pada Imran. Percayalah!”

“Tapi…”

“Dah! Tak payah nak tapi-tapi sangat! Ambik air ni dan minum! Bagi kau manis sikit malam ni!” Sasha tertawa. Inilah kali pertamanya dia bercakap dengan Nurin elok-elok.

“Macam nilah kawan aku! Ketawa memanjang! Bukannya moody!” Sasha mengangguk lalu meminum air yang dibancuh oleh Nurina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience