Bab 65

Romance Completed 30326

Bab 65

“Raziq! Raziq! Tunggulah!” Sasha cuba berlari pantas dengan kasut tumit tingginya. Kalau kau gedebuk kejap lagi, biar padan dengan muka kau. Syed Izzul Raziq hanya buat tak endah.

Gedebuk! Sasha terjatuh. “Auwww!” Sasha mengurut kakinya. Aku dah cakap! Dia akan jatuh. Lantaklah dekat dia! Malas aku nak masuk campur!

“Raziq!” Sasha cuba berdiri namun tak boleh. Kakinya terasa sakit sangat. Ada tangan menghulur ke arahnya. Sasha memandang gerangannya. Syakir? Sasha menyambut tangan Syakir dan cuba untuk berdiri.

“Ouch!” Sasha mengaduh sakit. Naik terkepak kaki aku!

“Tulah! Siapa suruh you tergila-gilakan si Raziq tu? Tolonglah Sasha…kalau you tetap dengan perangai you ni, I tak rasa yang akan ada seorang pun akan terima you sebagai isteri.”

“Huh! Whatever!” Sasha berlalu pergi dengan terjengket-jengket. Sakit di kaki aku tak sesakit hati aku dengan perangai don’t know Raziq!

Syakir hanya menggeleng. Lantak kaulah pompuan! Orang nasihat kau tak nak dengar. Buat rugi maruah kau je! Syakir melangkah masuk ke dalam ofis.

Sasha menutup pintu keretanya dengan kuat. Tak guna kau Raziq! Aku panggil kau, kau buat bodoh je! Kau ingat aku ni apa?! Sasha mengetuk stereng keretanya. Sasha mengurut kakinya. Ergh! Gara-gara aku kejar dialah kaki aku jadi macam ni!

FARHAN bersalaman dengan Isyraf Lee. Mereka berpelukan sementara. Dani dan Akram turut bersalaman dengan Isyraf Lee.

“Are you sure want to leave?” soal Isyraf Lee. Kalau boleh, dia nak kawan dia stay lebih lama dekat sini.

“Sorry Isyraf but I can’t stay here for long. I’ve many works to be done. Sorry…I hope we meet next time ya?”

“Ya…I hope too. So, have a safe flight. I’ll miss you bro…”

“Me too…so I’ve to go in first,” Isyraf Lee hanya mengangguk. Mereka semua beredar ke balai perlepasan. Selepas di check keselamatan apa semua, mereka segera keluar menuju ke kapal terbang. Mereka mengambil seat masing-masing. Ikha duduk di sebelah Fina lah kan? Takkan nak duduk sebelah Farhan pulak?

SYAKIR menuju ke arah Zurin. Kenapa dan beberapa hari dah aku tak nampak Ikha! Dia ke mana?

“Zurin!” Zurin menoleh. Dia mengeluh. Lah!!!! Apa yang mamat ni nak lagi?! Rimas betullah aku!

“Zurin! Kejaplah!” Syakir memegang tangan Zurin. Menahan dari Zurin berjalan pergi.

“Hoi! Kau pehal hah pegang tangan aku?!” Zurin merentap tangannya kembali. Nak je aku penampar mamat ni! Dia ingat tangan aku ni tangan touch n go kot!

“Sekarang ni aku nak tanya kau, mana Ikha?!”

“Manalah aku tahu! Yang kau tanya aku pehal?! Kau ingat kain dalaman dia pun aku nak kena jaga ke?!” hesy! Sikit-sikit tanya aku! Pergilah tanya mamat bangla hujung simpang tu!

“Aku tanya kau sebab kau kan rapat dengan dia!” Syakir menahan geram. Minah ni je aku sumbat dengan timun mulut dia ni.

“Memanglah rapat tapi takkan segala hal peribadi dia aku nak kena ambik tahu? Suka suki hati dialah nak ke mana pun! Kau bukannya suami dia yang kau nak kena pantau pergerakan dia 24 jam!” hih! Rimas aku! Jumpa aku, soalan yang sama! Dia tak bosan ke?

“Zurin…”

“Apa?! Hey! Kalau kau desperate sangat nak kahwin, kau carilah orang lain! Berlambak lagi dekat KL ni! Kenapa pulak Ikha yang kau pilih?”

“Kau tahukan yang aku minat dekat Ikha sejak dulu lagi.”

“Minat tak guna pun sebenarnya dengan perangai kau yang macam ni. Kau sebenarnya nak balas dendam je pun.”

“Memang! Memang aku nak balas dendam tapi bukan dekat Ikha tapi dekat Farhan! Sebab dia, Ikha berpaling tadah dan langsung tak pandangkan aku!”

“Kau bukannya hensem mana pun,” Zurin mencebik. Bajet lebih lah jantan ni! “Sekarang ni! Aku malas nak tahu pasal kau ok? Kau boleh blah!” Zurin jalan ke keretanya. Layan mamat tu pun menyakitkan hati, menyesakkan hati!

NURINA memandang Sasha yang berjalan masuk sambil terjengket-jengket. Kakinya berbalut. Dah kenapa dengan Sasha ni? Sasha melabuhkan punggungnya di sofa. Tudung dibuka.

“Kau dah kena Sasha? Kaki berbalut segala ni?” Nurina membelek kaki Sasha.

“Sakitlah!” marah Sasha.

“Aku tahulah sakit tapi kenapa? Kaki kau ni kenapa?” Nurina duduk di sebelah Sasha.

“Aku terjatuh!”

“Macam mana kau boleh jatuh? Haish, pelik betullah kau ni Sasha! Jalan pun boleh jatuh!”

“Bukanlah! Aku jatuh sebab aku kejar Raziq tadi! Raziq pun satu! Orang panggil dia, dia buat bodoh je?!”

“Hmmm…kau jatuh sebab Raziqlah ni? Kau kejar Raziq? No wonder kaki kau tergeliat! Kenapa tak bagi patah terus kaki kau? Biar padan muka!” perli Nurina kembali lalu berlalu ke dapur.

“Eh! Biadap mulut kau eh?” Nurina hanya tayang muka bodoh.

Dia kembali ke arah Sasha bersama secawan mug yang berisi air coklat lalu dihulurkan ke arah Sasha. Sasha menyambutnya lalu meminum sedikit. Nurina membuka saluran astro Ria. Dilayan cerita Aku Bukan BIMBO. Tak tahu nak tengok cerita apa.

“Sasha, aku rasa kau berhenti jelah kacau hidup Raziq. Kau sendiri tahu dia tu kasanova tahap awan dulu! Yang kau lagi crush kan dia buat apa?”

“Kau tak tahu apa yang aku rasa tau bila aku sayangkan dia! Kau tak tahu..!”

“Memang aku tak tahu but please jaga maruah kau sebagai wanita Islam yang pakai tudung! Kau tahu tak, kau pakai tudung habis tu tergedik-gedik dekat orang menampakkan wanita Islam ni tak ada apa yang beza dengan orang Barat! Tolonglah!”

“Kau tak payah nak ceramahkan akulah Nurina!”

“Aku tahu aku bukannya ustazah tapi aku yang tak pakai tudung ni pun boleh jaga maruah diri aku sedangkan kau yang pakai tudung ni langsung tak rasa malu langsung! Tolonglah Sasha. Jaga diri kau!”

Sasha berhenti meminum air coklat tersebut lalu memandang Nurina. “Kau siapa nak kongkong hidup aku?!”

“Aku kawan kau dan aku tak kongkong hidup kau pun! Yang aku cuma mintak satu, jaga maruah kau! Jangan sampai maruah kau tergadai tau dengan perangai kau macam ni! Aku takut satu hari nanti kau hilang maruah kau!” Nurina terus bangun menuju ke biliknya. Malas aku nak cakap dengan dia lebih-lebih. Bukannya dia nak dengar pun!

Sasha hanya mencebik. Lantak kaulah Nurina. Aku malas nak dengar songeh kau! Apa yang aku rasa aku nak buat, aku buat. Tak ada siapa boleh halang aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience