Bab 72

Romance Completed 30326

Bab 72

Zurin menuju ke pejabat suaminya. Entah apa mimpi suaminya suruh dia datang ke ofis bawak sekali dengan bekal mi goreng. Mi goreng?! Kau rasa?! Kedai mamak depan tu pun ada mi goreng! Duh! Sengaja nak buli aku.

Zurin keluar dari lif menuju ke pejabat suaminya. Ketika dia hendak membelok masuk ke pejabat suaminya, dia terserempak dengan Syakir. Ergh! Sungguh tak kena timing! Sumpah! Tapi, memang Syakir kerja dekat pejabat suami aku ke?! Bukan ke hari tu dia dekat hospital dengan baju doktor segala?

“Hello Zurin…at last kita berjumpa jugak kan?” suara Syakir. Zurin hanya mencebik. Menyampah pulak aku!

“Kenapa? Salah ke aku datang sini? Dan untuk pengetahuan kau, aku tak teringin pun nak berjumpa dengan kau sekarang ni.”

“Well, tak apalah kalau kau tak nak jumpa aku pun kan tapi aku nak tanyalah kan? Kenapa kau datang ke sini eh?”

“Kenapa? Ini bapak kau punya syarikat ke?” tajam Zurin menikam mata Syakir.

“Aku tak kata bapak aku punya syarikat tapikan aku just wonder buat apa kau datang ke sini? Dan…tu untuk sapa?” mata Syakir terpandang pada Tupperware yang dipegang oleh Zurin.

“Yang kau banyak soal pehal?! Ikut suka hati akulah nak bawak balang ke mangkuk ke apa!” dia ni sengaja nak bagi aku naik darah!

“Apa yang jadi ni?” tiba-tiba soal Syed Izzul Raziq kedengaran. Zurin dan Syakir menoleh serentak ke arah Syed Izzul Raziq.

“Aikk sayang? Sayang dah datang?” Syed Izzul Raziq menghampiri isterinya. Dia memandang Syakir dan isterinya silih berganti.

“Sayang kenal ke dengan Syakir ni?” tadi rancak je mereka simbang. Bila aku datang, senyap pulak?

“Errr…” Zurin memandang Syakir. Janganlah mamat ni pergi cakap yang dia tu kawan aku masa sekolah menengah.

“Sebenarnya kami ni kawan je Encik Raziq. Tak ada apa-apa pun. Tak sangka pulak saya yang Zurin ni isteri Encik Raziq.” kata Syakir. Zurin mengetap bibirnya. Hesy! Cakap jelah yang kau tak kenal aku!

“Oh…” Syed Izzul Raziq hanya mengangguk sambil memandang isterinya yang tayang wajah kelat.

“Kenapa ni sayang?” pelik pulak bini aku ni.

“Tak ada apa-apalah. Nah…bekal yang awak nak tukan? Saya balik dululah…” Zurin ingin berlalu namun tangannya segera dipegang.

“Kenapa ni?” Syakir pula sudah menghilang. Zurin hanya mengetap bibirnya. Syed Izzul Raziq merenung dalam anak mata isterinya. Macam ada yang tak kena pulak.

“Kenapa ni?”

“Mana ada apa-apa!” hesy! Suami aku ni pun! Tanya apa tak tau banyak-banyak?

“Bohong! Saya nampak tadi sayang cakap dengan Syakir tadi dan muka sayang nampak cemberut tahu tak? Tahu tak macam mana?”

“Macam mana?” Syed Izzul Raziq membuat muka beruk. Mancung ke depan gitu. Spontan Zurin menampar muka Syed Izzul Raziq.

“Oh…awak nak cakap yang saya ni adik-beradik beruk lah?” geram pulak aku dengan mamat ni! Suka hati dia je nak tiru gaya muka beruk untuk aku?!

“Eh! Tak! Tapi…adalah persamaan!” Zurin tersenyum kecil. “Sampai hati tau!” hailah…suami aku ni sejak bila pulak pandai buat lawak?

“Dahlah…saya nak balik ni. Nah…bekal untuk awak. Saya ada banyak kerja!” baru sahaja nak melangkah pergi, tangannya ditarik kembali.

“Ada apa lagi cik abang oi?” suka nak mengada! Chup! Dahinya dikucup seketika. Terbuntang mata Zurin dibuatnya.

“Isy! Tak reti nak malu langsung! Agak-agaklah! Ni ofis kot!” suka hati dia je nak cium aku.

“Habis tu, dekat rumah bolehlah sambung?” Syed Izzul Raziq tersengih gatal.

“Tak boleh!” Zurin segera menekan punat lif. Pintu lif terbuka.

“Sayang!” Zurin mengeluh. Dia memandang Syed Izzul Raziq. “I love you…” Zurin tersenyum kecil. Dia tidak membalas sebaliknya hanya menghadiahkan senyuman kecil. Zurin segera melangkah ke dalam lif. Syed Izzul Raziq kembali ke pejabatnya.

IKHA dan Farhan menuju ke butik Datin Yulia. Katanya baju sudah siap. Baju resepsi pihak lelaki nanti. Datin Yulia menyambut dengan gembira kehadiran mereka.

“Taraa!!! Ni bajunya!” Datin Yulia membawa keluar baju yang baru siap dijahit semalam. Ikha memerhati baju tersebut. Warna pink peach. Dua gabungan warna. Cantik gila weyh!

“Cantiknya aunty!” puji Ikha. Dia tersenyum melihat rekaan tersebut. Farhan turut terpukau dengan rekaan yang elegan baju tersebut.

“Ini pulak baju untuk kamu Farhan…” satu baju yang berwarna agak peach disertakan bersama kot. Memang sedondon.

“Perfect aunty!” puji Farhan. Tak lama kemudian, ahli keluarga Farhan datang untuk test baju. Abang Fakhrul turut ada. Yelah! Adik nak kahwin! Mana boleh tak balik kan?

“Fakhrul! Amboi! Baru sekarang aunty nampak batang hidung kamu. Ke mana kamu pergi?” soal Datin Yulia apabila ternampak kelibat Fakhrul. Fakhrul hanya tersengih.

“Alah aunty. Biasalah…sibuk sikit urus syarikat dekat JB tu…”

“Hmmm…jangan disibukkan sangat diri tu dekat kerja. Kenalah jugak cari bini buat jadi peneman kamu tu. Ni tengok Farhan. Dah nak kahwin. Kamu tu bila?”

“Errr…Insha-Allah aunty. Nanti adalah tu…”

“Tak apalah Fakhrul. Nanti kalau ada, cakap je dekat aunty. Aunty nak design baju yang cantik-cantik untuk Fakhrul!”

“Insha-Allah aunty…” Datin Yulia memandang pula Farhee dan Fikri.

“Dah besar rupanya dua beradik ni. Lama aunty tak jumpa dengan kamu berdua. Jomlah test baju dulu. Farhan dan Ikha pergi test baju tu. Fitting room beza-beza ok? Jangan gatal nak satu bilik! Ingat Farhan!”

“Hehehe…apalah aunty ni!” Farhan hanya tersengih. Ikha sudah menghilang di fitting room.

Farhan turut melangkah ke fitting room bersama adik-adik dan abangnya. Satu fitting room tu boleh memuatkan 10 orang. Memang besar.

Mereka keluar dari fitting room. Ikha dengan baju pink peach ditubuhnya menaikkan seri di wajahnya. Seri? Takkan kot?

Farhan terpegun melihat kecantikan Ikha. Fuh! Gugat iman aku! Fakhrul dan Farhee hanya tersengih nakal memandang abangnya yang syok melihat Ikha.

“Oi! Jagalah mata! Belum kahwin lagi…” tegur Fakhrul. Farhan menyigung lengan abangnya.

“Sakitlah!” Fakhrul menggosok lengannya.

“Abang galak erkk??” Fikri pula mengusik abangnya. Farhan memberi amaran supaya diam.

“Ikha suka?” soal Datin Yulia. Memang muat-muat betul dengan tubuh Ikha.

“Suka aunty. Cantik…pandai aunty design baju ni.”

“Tak adalah Ikha. Ini pun dengan bantuan pekerja-pekerja aunty jugak yang pernah ambik dalam bidang fesyen ni. Aunty bersyukur sangat sebab Ikha suka. Farhan? Macam mana baju? Ok?”

“Ok aunty…”

“Hensem Farhan! Fakhrul, Farhee dengan Fikri ok ke baju? Kalau ada yang tak kena ke, aunty nak perbetulkan balik.”

“Tak adalah aunty. Semuanya ok je…” jawab Fakhrul mewakili pihak adik-adiknya. Datin Yulia hanya mengangguk. Semuanya berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience