Bab 71

Romance Completed 30326

Bab 71

Syakir menghentak tangannya di atas meja. Dia betul-betul rasa tercabar dengan perangai Ikha. Dia pula rasa Farhan ialah musuhnya yang terang lagi nyata! Macam mana aku nak buat supaya Ikha jatuh dekat tangan aku?!

Kenapa kau susah sangat nak terima aku hah Ikha?! Kenapa susah sangat?! Apa?! Sebab aku ni kuli dekat pejabat orang, kau tak nak terima?! Kau nak terima aku sebab aku bukan CEO?! Huh! Tapi aku kayalah! Aku anak dato! Anak dato! Aku pun ada sendiri syarikat aku tapi aku suruh adik aku yang handle sebab aku tak berminat dengan urusan syarikat.

Kau memang mata duitan Ikha. Hanya sebab Farhan tu CEO, kau tolak aku lagi! Kau reject aku lagi! Huh! Kau tunggu Ikha! Aku akan hancurkan majlis perkahwinan kau nanti! Dan kau Farhan, aku tak akan pernah benarkan kau ambik Ikha dari aku! Ikha hak aku dan hanya hak milik aku sorang!

Dulu masa zaman sekolah, kau reject Ikha terang lagi suluh. Eh? Ada ke terang lagi suluh? Argh! Apa-apa jelah! Bila aku nak Ikha, Ikha reject aku sebab kononnya dia cintakan kau Farhan. Sekarang, bila Ikha dah cantik, dah lawa, kau nak dia balik?! Oh no! Not that easy Farhan! Kau kena lawan dulu!

Kau langsung tak layak untuk Ikha! Ikha tak layak untuk hidup bersama playboy macam kau! Aku seorang yang setia kepada Ikha. Kau?! Apa yang kau ada?! Dulu Nadzra, sekarang Ikha?! Oh no, no, no! That’s ridiculous! All this so stupid! Dengan mudahnya, kau dapat ikat Ikha tapi aku yang dah lama bertahunnya menunggu Ikha, kau senang je dapat Ikha macam petik jari! Ini tak fair!

“Hello Encik Syakir! Are you’ve any problem sampai saya ketuk meja awak punya kuat pun awak tak dengar?” soal Syed Izzul Raziq. Apalah yang dia ni bernangan hah?

“Hah?!” Syakir berdiri menghadap bosnya. “Err…sorry, sorry. Ada apa ye bos?”

“Aikk? Takkan dah lupa? Kita kan ada meeting sekarang ni dengan client dari Jakarta?”

Aduh! Macam mana pulak aku boleh lupa?! Ergh! Ini semua pasal Ikha dan Farhanlah ni!

“Ok, ok. Kita ke meeting sekarang bos. Sorry…”

“Tak apa tapi make sure next time jangan buat lagi macam ni. Ini meeting penting.”

“Yes bos…”

“Jom!” Syed Izzul Raziq melangkah ke arah bilik meeting. Syakir melepaskan keluhannya. Fuh! Nasib, nasib! Syakir membawa iPad miliknya lalu segera ke bilik mesyuarat. Lama jugak aku berkhayal pasal Ikha dan Farhan.

ZURIN membaca mesej yang dihantar oleh suaminya. Alahai dia ni memang banyak songehlah! Suruh aku masak nasi putih dengan ayam masak merah. Fuh! Alamatnya, aku nak kena baliklah ni?

Zurin menuju ke bilik Farhan. Pintu bilik diketuk kejap lalu masuk bila Farhan mengarahkan untuk masuk.

“Ada apa?” soal Farhan sambil meneliti fail projek yang diberikan oleh Dani tadi.

“Farhan…aku nak balik kejap boleh tak?”

“Huh? Kau nak half day ke?”

“Eh! Tak…aku nak balik je.”

“Kenapa?”

“Aku nak kena balik masaklah bro. Laki aku pulak tiba-tiba nak makan nasi putih dengan ayam masak merah katanya.”

Farhan tertawa kecil. Zurin pula melihat pelik ke arah Farhan. “Dah kenapa kau gelak?”

“Lawaklah korang berdua ni. Sepatutnya kau yang kuat makan Zurin. Yang teringin ni semua dekat kau sebab kau tengah pregnant. Ini tak, laki kau pulak yang teringin…”

“Nak buat macam mana kan? Kenalah terima hakikat! So? Boleh tak aku balik kejap ni?”

“Hmmm…baliklah lama sikit. Makan dengan suami kau tu. Kau tak makan lunch lagi kan?” Zurin menggeleng perlahan.

“Kau kena jaga jugak makan minum kau. Kalau ye pun kau rasa tak nak makan, kau kena ingat jugak yang dalam tu perlukan makanan…”

“Yelah Mr. Doktor perasan! Aku akan ingat. Aku balik dulu ok?”

“Ok…well Zurin, nanti kita akan pergi meeting dekat Putrajaya dalam pukul 3 petang macam tulah. Make sure kau datang balik sebelum pukul 3 ok?”

“Ok bos!” Zurin segera melangkah pergi.

USAI menghidangkan makanan di atas meja, Zurin duduk di sofa. Fuh! Penat! Zurin membuka tv. Ada siaran apa pagi-pagi ni eh? Zurin menekan 611. Channel Astro Ceria. Woah…ada Robocar Poli! Layan! Apa? Ingat budak-budak je yang boleh tengok?

Tak lama kemudian, Zurin terdengar deruman enjin kereta suaminya memasuki perkarangan rumah. Zurin memandang suaminya yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah. Syed Izzul Raziq menghadiahkan senyuman untuknya.

“Hai sayang…” Syed Izzul Raziq duduk di sebelah isterinya. Dia melihat rancangan yang dilihat isterinya. “What?! Robocar Poli? Alamak aii sayangku Zurin. Ini rancangan budak-budaklah sayang oi!”

“Biarlah! Dah saya minat, tengoklah. Awak tu! Kata nak makan tadi, pergilah makan. Saya dah siap masak…”

“Dah siap?” Syed Izzul Raziq menuju ke meja makan. Tudung saji dibuka. Fulamak! Hailah…dan-dan berkeroncong hebat perut aku ni!

“Sayang tak nak makan sekali?” Zurin hanya menggeleng. Entahlah…tak ada selera. Kalau aku makan pun, aku uwek balik. Buat bazir je.

“Sayang…temankan abang makan jom?”

“Alah…saya nak tengok Robocar Poli ni…”

“Sayang…” Zurin mengeluh. “Ok fine! Saya ni isteri je kan?!” Zurin memerli Syed Izzul Raziq.

“Makan sekali ok?”

“Tak naklah…saya tak laratlah. Tadi masa masak pun, dah uwek!”

“Makan sikit je please? Kalau sayang tak makan untuk diri sayang, at least bagilah makan yang dalam tu ye?” alahai…arahan yang sama macam Farhan tadi! Zurin mengalah. Dia mencapai dua pinggan lalu dicedok nasi. Dia membawa pinggan berisi nasi ke meja makan.

Syed Izzul Raziq membaca doa makan setelah Zurin duduk di kerusi. Usai membaca doa makan, Syed Izzul Raziq mencedok ayam masak merah kepada isterinya. Alahai…sweet nya. Laki sapo lah ni? Ceh! Tak mengaku pulak! Mereka mula makan.

Baru je masuk 3 suapan, Zurin dah berlari ke dapur. “Uwekk!” apa yang dimakan sebentar tadi terkeluar balik. Syed Izzul Raziq mengurut lembut belakang isterinya. Kesianlah isteri aku ni…sampai bilalah dia nak muntah-muntah macam ni?

“Kan saya dah cakap?” Zurin mengelap mulutnya. Penat!

“Ok, kalau macam tu sayang nak makan apa? Saya pergi beli ya?” Syed Izzul Raziq membasuh tangannya lalu memimpin isterinya ke sofa.

Zurin hanya menggeleng. “Saya tak nak apa-apa. Saya just nak rehat boleh? Kejap lagi pukul 3 saya ada meeting.”

“Tak payahlah sayang. Saya tengok sayang ni pun macam tak larat sangat dah. Awak ambik half day hari ni ya? Saya akan call Farhan.”

“No, no. Tak payah. Lagipun memang saya kena attend meeting tu. Kalau saya tak pergi, siapa yang akan temankan Farhan?”

“Alah…kan dia banyak lagi staf? Tak apa. Awak half day je hari ni. Jangan bantah!” Syed Izzul Raziq bangun dari sofa. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Farhan.

“Hello Farhan…aku ada benda sikit nak cakap dekat kau. Aku nak cakap yang hari ni Zurin takkan masuk ofis. Dia half day je hari ni. Dia lemah sangat…condition dia sangat lemah.”

“Ok…thanks bro!” Syed Izzul Raziq mendail Shiqin. PA nya.

“Hello Shiqin. Saya tak akan masuk ofis hari ni. Hari ni saya tak ada meeting kan?”

“Ok…thanks Shiqin. Any information, just call me okay?” Syed Izzul Raziq memutuskan talian lalu telefon disimpan dalam kocek seluar.

“Sayang…jomlah masuk bilik. Rehat apa dulu…” Zurin hanya mengikut tanpa banyak helah. Syed Izzul Raziq memimpin Zurin ke kamar tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience