Bab 10

Romance Completed 30326

Bab 10

Ikha menuju ke bilik Akram. Katanya ada sesuatu yang hendak dibincangkan pasal projek yang terbaru. Err…mintak-mintaklah aku faham apa yang dia nak bincangkan! Amin…

Tok! Tok! Tok! Ikha mengetuk pintu pejabat Akram. Yelah…takkan nak main redah je kan? Tak sopan namanya.

“Masuk!” Ikha masuk apabila diberi arahan. Dia menutup pintu.

“Ada apa Encik Akram nak jumpa saya?” soal Ikha sambil berdiri di hadapan meja kerja Akram.

“Saya ada something nak discuss dengan awak about the new project yang bos baru je proceed sebelum awak masuk kerja di sini. So, saya nak cerita tentang details projek ni. Bawak buku catatan?” Ikha hanya mengangguk.

“Good. Awak harus catit apa yang saya cakap ya? Bila date nak proceed apa semua tu. Deadline bila ok??”

“Ok!” kemudian, mereka memulakan perbincangan. Ikha tekun mendengar setiap apa yang dikatakan oleh Akram.

“Ok…you as a board of director, you kena bijak meneliti setiap pelan yang dilukis oleh arkitek. Especially saya punya design.”

“Ok…”

“Awak yakin awak boleh buat?”

“Insha-Allah Encik Akram! Saya boleh buat kalau Encik Akram berikan tunjuk ajar yang padu kepada saya…”

“Ok…saya akan tolong awak! Janji semangat bekerja tu sentiasa ada dalam hidup awak.”

“Yes Encik Akram.”

“Okay…you may go. And one more thing, suruh Dani masuk bilik saya ya?”

“Ok…” Ikha terus melangkah keluar. Ketika dia berpaling, hampir luruh jantungnya apabila Farhan berada di belakangnya.

“Hai Ikha…”

“Emmm…h…hai! Bos nak apa?”

“Bos? Since when you start calling me boss?”

“Since you become my boss.”

“I see…”

“Kalau tak ada apa-apa, saya mintak diri dulu. Saya ada banyak kerja yang perlu dibuat. Sorry…” Ikha terus pamit. Tak boleh lama-lama depan playboy ni! Ada saja dia nak menggayat!

Ok…kau makin susah dank eras erkkk untuk didapatkan, Ikha?? Kau jual mahal?? Farhan hanya tersenyum.

“Encik Dani! Encik Akram panggil!” kata Ikha apabila dia lalu dihadapan bilik Dani. Pengarah syarikat.

“Alright!” Dani terus bangun menuju ke arah bilik Akram. Farhan pula kembali ke pejabatnya. Terdengar ada suara yang memuji. Tak sangka dekat pejabat abang ni banyak yang gedik nakkan aku! Puihh!!! Perasan!

“Kak Lia…jangan nak gedik sangat erkk! Akak tu dah kahwin!” kata Fina smabil menjeling Kak Lia yang dari tadi asyik memerhatikan bos baru itu.

“Akak berkenanlah dengan si Farhan tu Fina! Hensem sangat!”

“Apa-apa jelah akak oiii! Ingat! Dah beranak pinak bagai!” Fina menyambung kembali kerjanya.

Farhan berdiri di hadapan meja Zurin. Zurin yang tekun menaip itu langsung tak sedar kehadiran Farhan di meja kerjanya.

“Hoi!!!”

“Hoi mak kau melambung!” latah Zurin. Dia mengurut dadanya. Berdegup kuat macam sakit jantung!

“Eiiii!!! Kau nikan?! Kalau tak kejutkan aku macam tu tak boleh ke?!” marah Zurin. Buatnya aku kojol macam mana? Dahlah amalan aku pun tak cukup lagi!

“Hahaha…tak sangka perangai latah kau masih ada! Kahkahkah!!!” Farhan masih mentertawakan Zurin.

“Woii!! Agak-agak arr nak gelak kuat pun! Ni ofis! Bukannya MLM!” Zurin meneliti fail yang perlu buat salinan semula. Macam soft copy lah.

“Apa-apa jelah Zurin oiii! Aku nak masuk pejabat! Nak buat kerja!”

“Memang patut pun!” Zurin mengenakan Farhan balik. Farhan melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia duduk di kerusi empuk itu.

Fikirannya merewang teringat kepada Nur Ain Zulaikha. Orangnya bertambah cantik sekarang! Dengan jubah yang dia pakai tu…fuh! Mantop!

“Macam manalah aku nak pikat si Ikha hah?? Aku tengok gaya dia tadi pun macam dah…” akhirnya Farhan mengeluh.

Ikha pula termenung. First day kerja dah termenung! Hailah…fikirannya jauh melayang kepada Farhan. Kenapa Farhan layan aku mesra? Kenapa Farhan tiba-tiba mahu layan aku? Kenapa Farhan…

“Hoi! Mengelamun!” suara Zurin menerjah gegendang telinganya. Terbangun Ikha dari kerusi.

Zurin mentertawakan Ikha. “Tahu terkejut! Nasib baik bukan Encik Akram yang terjah!” kata Zurin lalu duduk di hadapan Ikha.

“Kau ni! Macam Farhan! Suka main terjah!” kus semangat!

“Nama pun kawan beb! Kau pehal termenung tadi? Tak best kerja?”

“Bukanlah…aku just terfikir apa mimpi Farhan tegur aku? Bukan ke dia tak sukakan aku?”

Zurin hanya tersenyum. Aku tahu sebab apa! Sebabnya kau dah cantik sekarang ni Ikha! Dulu dia nilai kau dari segi fizikal! Bila fizikal kau dah mengecil, dia tertawan! Aku tahu sangat! Lagipun, dia nak tebus rasa bersalah dia tu dekat kau. Monolog Zurin dalam hati.

“Entahlah Ikha. Maybe sekarang ni dia dah bertambang matang kot walaupun playboy tu masih ada!”

“Ye ke?” Zurin hanya menjongket bahu. Sengaja buat-buat tahu.

“Weyh Zurin! Cik Nadzra datang!” seloroh Fina. Dia memang anti dengan si Nadzra tu! Tak padan dengan berhijab! Gedik tak ketahuan hala!

“Nadzra?!” Zurin segera bangun menuju ke pejabat. Alamak…jadi scenes lagilah ni! Euuu…

“Sayang!!!” ujar Nadzra bila masuk ke dalam pejabat.

“Eh? Nadzra? You buat apa datang sini?” soal Farhan terkejut. Kalau abah tahu ni, mampus aku! Aku dengan abah dahlah tak sekaki plus abah tak sukakan Nadzra! Full stop!

“I datang jumpa youlah sayang…yalah you kan jadi CEO sekarang! I can’t believe it! You’re so gorgeous!”

“Of course! Lagipun I kesianlah dekat abang I tu…yelah! Takkan dia nak kena handle sampai 5 syarikat kan? So, yang ni biarlah I handle!”

“Oh…sayang! Jom temankan I shopping?”

“Sorry Nadzra! Today I can’t okay? Hari nikan hari pertama I masuk kerja! Takkan I nak blah macam tu je?”

“Oh come on! Ofis ni pun dah atas nama you! So, blah jelah!”

“No! I tak boleh buat macam tu ok? I perlu lebih rasional! I tak boleh nak keluar ikut suka hati I!”

“Habis tu? Bila you nak keluar dengan I?”

“This night?”

“Promise?”

“Promise!”

“Oklah kalau macam tu. I balik dulu then malam ni kita jumpa ok? Bye! Muah!” Nadzra segera beredar pergi. Farhan menarik nafas panjangnya.

Zurin menjeling melihat Nadzra yang keluar dengan gaya gedik.

“Hello Zurin! Long-time no see ya?”

“So what? I never take it as a big deal! Remember you? Oh please! Just check my mind!”

“Kenapa snobbish sangat ni hah?”

“I’m not snobbish guy but I’m feeling disgusting with a person in front of me…so ewwww!”

Nadzra mengetap bibirnya geram. “Kau jangan nak kurang ajar erkk?? Kau tahu tak siapa CEO kepada syarikat ni dan kau tahu tak apa hubungan aku dengan dia?!”

Zurin hanya buat bodoh. “So what? Do I look I care? Lantak kaulah kau nak berangan sorang-sorang! Take this as note! He’s a playboy dan bila-bila masa sahaja dia boleh tukar pasangan dia and you question me who he is? Dia kawan aku dari sekolah rendah lagi dan nama dia Farhan Hanief Dato Aswad dan mak dia bernama Datin Noraini dan abang dia bernama Fakhrul Razi, adik dia bernama Farhee Aiman dan yang last sekali bernama Fikri Azim! So? Kau nak suruh aku label kan apa lagi? Oh ya? Apa hubungan kau dengan dia? Sorry lah Nadzra! Aku tak pernah nak ambik tahu pasal kau dengan dia. Kau ni balak dia je!”

“Kurang ajar kau! Aku akan pastikan yang kau akan dipecat!”

“Kau try lah! Kau trylah mengadu dekat dia! Kau ingat dia akan ikut cakap kau senang-senang je? Huh! Mimpilah kau! Aku ni best friend dia dari dulu lagi dan aku ni satu-satunya tempat dia bergantung! Dia sayangkan aku!”

Nadzra mengetap bibirnya. Malas nak layan Zurin terus dia beredar pergi. Meluat dia dengan perangai Zurin yang boleh dikatakan berlagak itu.

“Oh gosh! Kenapa dengan perempuan itu?” soal Ikha. Dia melihat Nadzra yang melangkah pergi sambil menghentak-hentakkan kakinya.

“Mereng! Tak sedar diri…”

“Kenapa ni?” suara Farhan kedengaran. Ikha yang mendengarnya terus beredar pergi.

“Where are you going Ikha?”

“Nak sambung kerja!” laung Ikha lantas masuk ke bilik pejabatnya.

“Kenapa dia tak nak cakap dengan aku?” tanya Farhan.

Zurin hanya mencebik tanda tak tahu. “Aku rasa kau ada jawapannya. Well, ingat tak macam mana kau treat dia dulu? Mungkin disebabkan tu kot dia tak bertegur dengan kau.”

“Tapi…”

“Dah-dahlah tu bro. Takkan kau nak hina dia lagi? Nak kena penampor aku lagi?”

“Bukanlah tapi aku just nak perbaiki hubungan ni…tak best lah kalau ada yang masih menyimpan perasaan tak puas hati dekat kita.”

“Kau tahu pun!” Zurin menekiti projek yang baru approve oleh Fakhrul hari tu.

“Zurin! Aku baru dapat tahu dari abah tadi yang petang ni aku dengan kau dan Ikha dan Akram kena lawat site!”

“Hello! Aku ni just PA ok! Yang patut pergi ialah kau, Ikha dan Akram!”

“Alah tapi ini arahan abah!” Zurin mengeluh. Duh! Dahlah aku ni jenis pemalas nak ke site.

“Oklah…dah arahan abah kan?” Zurin hanya bersetuju.

Bolehlah aku nak try dekat dengan Ikha! Aku tak tahulah kenapa aku begitu tertarik dengan Ikha! Serius!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience