Bab 21

Romance Completed 30326

Bab 21

Pagi itu Ikha datang awal semata-mata untuk siapkan kerjanya. Aduh! Dahlah meeting hari ni! Pelan pun takberapa nak siap lagi! Nasib baik draft untuk pembentangan dah siap. Tinggal pelan besar sahaja yang belum siap sepenuhnya. Ikha pantas membuka PC nya dan juga pelan nya.

“Hai Ikha? Awal nampak?” ujar Akram yang baru tiba di ofis.

“Emmm…kenalah awal jugak! Pelan ni hah tak siap lagi. Kan hari ni meeting pasal projek ni kan?”

“Kesian awak. Kali ni pelan besar tau. Tak apa…meh saya bantu.” Akram melangkah ke pejabat Ikha.

“Tak payahlah Encik Akram. Nanti bos marah pulak…”

“Buat apanya bos nak marah? Lagipun awak under saya. Bos pun suruh saya tolong awak. Jadi, dia tak marah punyalah.”

“Oklah kalau macam tu…” Akram menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Ikha.

Farhan yang baru sampai segera menuju ke bilik Ikha apabila bunyi suara sedang bercakap. Dia melihat di sebalik dinding. Bush!!! Hati Farhan diserang cemburu. Oh wait! Farhan! Buat apa kau nak jeles? Dia dengan Akram kan satu team?

Mahunya aku tak jeles?! Dengan Akram boleh pulak dia cakap elok-elok. Kalau dengan aku?! Hampeh rasanya! Nak layan aku baik-baik macam tu lagilah payah! Farhan segera beredar ke pejabatnya daripada dia diserang cemburu.

Farhan meneliti fail-fail projek yang akan dibawa ke meeting. Tak lama kemudian, Zurin tiba di pejabat. Bilik Ikha dah terang. Dia datang awallah tu.

Aku pergi kemas bilik Farhan dululah. Lepas tu, aku akan prepare bahan-bahan yang akan dibawa ke meeting.

Dia memulas tombol pintu pejabat Farhan. Terkejut dia bila ternampak Farhan sedang memerhati ke arahnya.

“Huih! Awal kau datang?” soal Zurin. “Selalunya tak pernah awal sangat. Apa mimpi kau datang awal?”

“Saja…aku nak teliti fail projek yang aku nak bawak masuk meeting kejap lagi. Kau kenapa masuk bilik aku pagi-pagi?”

“Hello! Ini rutin aku pagi-pagi ok? Masuk bilik kau kemas barang-barang kau yang bersepai atas meja ni.”

“Tak payahlah Zurin. Leave me alone. Aku nak sediakan bahan untuk meeting kejap lagi…”

Zurin memandang Farhan pelik sebelum dia melangkah pergi. Kenapa dengan Farhan pagi ni? Pelik! Semalam ok je! Apa yang tak kena dengan Farhan pagi ni erkk?? Ke ada kena mengena dengan Ikha? Perlahan-lahan Zurin melangkah ke pejabat Ikha. Emmm…mesti kes cemburu bila nampak Ikha dengan Akram berdua-duaan untuk siapkan pelan tu.

Farhan..Farhan…cemburu tak habis! Takkanlah dengan Akram pun nak jeles? Bukan kau ke yang dah bagi kebenaran mereka under satu team?

“Thanks Akram. Lega jugak kerja saya dengan bantuan awak. Kalau awak tak tolong, entah bilalah saya boleh siapkan pelan ni.”

“Tak apa Ikha. Kalau awak perlukan bantuan, awak mintak je bantua saya ataupun Dani. Fina pun boleh.”

“Thanks…” ucap Ikha sekali lagi. Kali ini memang aku rasa free gila! Ikha melangkah keluar dari pejabatnya lalu ke pantry. Rasa haus pulak. Dia menuang air kosong ke dalam gelas.

“Ehem!” Ikha berhenti meneguk air kosong itu. Suara itu cukup dia kenali. Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang. Dia mengeluh perlahan. Ikha hanya buat bodoh dengan kehadiran Farhan di belakangnya.

“Awak ada apa-apa dengan Akram?” soalan Farhan itu membuatkan Ikha nak tersedak. What the speech??

“Saya tanya awak Ikha dan tolong jawab saya.” desak Farhan bila Ikha hanya buat bodoh dengan soalannya.

“Perlu ke saya jawab soalan tak munasabah awak tu?” soalan dibalas soalan kembali.

“Sekarang saya perlu tahu apa hubungan awak dengan Akram! Susah sangat ke nak jawab?!” Farhan mengetap bibirnya. Ada jugak yang kena kang!

“Kalau saya ada hubungan dengan dia pun, apa kena mengena dengan awak? Awak nak jeles ke?” Ikha terus melangkah keluar dari pantry ke tempat kerjanya kembali. Layan Farhan ni buat aku jadi mental!

Farhan mengetap bibirnya geram. Aku tanya dia buat bodoh je?! Dia blah macam tu je?! Memang nak kena ni! Dia ternampak kelibat Akram yang lalu di hadapan pantry. Dia segera mendapatkan Akram.

“Masuk bilik saya sekarang!” Arah Farhan tegas. Akram yang tercengang hanya mengikut langkah Farhan ke pejabat.

Akram berdiri berhadapan dengan Farhan. Kenapa pulak dengan bos ni?? Sakit ke apa? gumam Akram dalam hati.

“Saya nak tanya awak. Awak ada hubungan dengan Ikha?” mata Farhan merenung tajam mata Akram.

Memang sah! Bos demam! “Mana ada apa-apa bos. Saya dengan dia hanya sebagai pekerja dan pekerjalah.”

“Kamu tak bohong? Kalau kamu bohong, tak halal tau rezeki kamu nanti!” sengaja Farhan mengugut.

“Be…betul bos! Buat apa saya nak tipu bos? Saya dengan ikha hanya berkawan. Tak ada yang lebih. Kenapa? Bos jeles?” mengusik pulak! Sempat lagi tu.

“Kamu dah tahukan yang saya suka Ikha? Jadi, jangan cuba nak menggedik dengan dia ya!” amaran kad kuning keluar.

“Yes bos!!!” Akram membuat gaya tabik.

“Dah-dahlah cita-cita nak jadi askar! Pergi buat kerja balik…”

“Baik bos!” Akram melangkah keluar dari pejabat Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience