Bab 60

Romance Completed 30326

Bab 60

Zurin terasa seperti kepalanya diusap perlahan. Perlahan-lahan dia membuka mata. Terserlah wajah Syed Izzul Raziq di hadapannya. Zurin membuka matanya luas.

“Dah pukul berapa?” soal Zurin. Dia bangun dari pembaringannya.

“Dah pukul 6 petang sayang. Sayang bangun erkk? Mandi lepas tu solat.” Zurin hanya mengangguk lantas bangun dari katil menuju ke bilik mandi.

Usai mandi, Zurin melangkah keluar dari bilik mandi dengan berbaju lengkap. Diambilnya telekung dan sejadah lalu mendirikan solat. Syed Izzul Raziq pula menghilang entah ke mana.

Selepas memberi salam kedua, Zurin mengangkat tangannya. Ya Allah Ya Tuhanku…aku bermohon kepadaMu Ya Allah…engkau tolonglah hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menjalani kehidupan seharian ku Ya Allah serta kau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku tentang alam perkahwinan ini Ya Allah. Sesungguhnya aku seorang isteri yang banyak kekurangan. Aku nusyuz kepada suami ku ketika dahulu. Kau ampunilah dosa-dosaku dan juga dosa silam suami ku. Kau berilah sinaranMu kepada rumah tangga kami agar berkekalan hingga ke jannahMu Ya Allah…Amin ya Rabbal Alamin…Zurin meraupkan tangannya ke muka. Zurin membuka telekungnya lalu dilipatkan dan disangkut kepada penyidai.

Dia menoleh. Syed Izzul Raziq tersenyum ke arahnya. Syed Izzul Raziq melangkah ke arah isterinya.

“Isteri saya ni doa apa tadi?” nak tahu jugak apa yang dipinta oleh isterinya kepada Allah.

“Tak ada apa-apalah…saya cuma minta diberi saya kekuatan untuk bawak baby ni dan bagi sinar kebahagiaan untuk rumah tangga kita ni sampai ke Jannah. Insha-Allah…” Syed Izzul Raziq mengusap lembut kepala isterinya apabila mendengar doa yang dilontar oleh isterinya kepada Maha Esa.

“Awak…saya mintak maaf. Saya tahu saya banyak buat salah. Saya mintak maaf dekat awak dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.”

“Sayang…kalau awak tak mintak pun, saya dah maafkan sayang. Lagipun, saya tahu punca sayang marahkan saya disebabkan dari saya jugak kan?” Zurin hanya tersenyum senget.

“Jadi, sayang dah boleh terima saya?” Syed Izzul Raziq menjongketkan keningnya.

“Sampai bila saya harus nafikan awak ni suami saya kan? Jadi, baik buruk awak saya kena terimalah. Terima kasih sebab sabar dengan perangai saya…” hehehe…Zurin dah jadi jinak!

“No thanks. Saya dah biasa dan saya tahu manalah ada perempuan sudi nak jadikan playboy sebagai suami dalam hidup dia. Lagipun, sayakan dalam senarai rejected playboy sayang kan?”

“Macam mana tahu?”

“Eleh! Mustahillah orang tak dapat tahu! Cara sayang layan saya dulu pun saya dah tahu yang sayang dah letak saya ni dalam senarai rejected playboy to be husband. Kan???”

“Pandai pun! Tapi, sekarang taklah. Awakkan dah jadi suami saya? Lagipun tak lama lagi, akan ada seorang akan menyerikan rumah tangga kita. Takkanlah saya nak buat don’t know je kan?”

“Betul! Pandai isteri saya ni. Lagipun kan sayang…apa kata kita balik kondo saya? Saya dah lama tinggal kondo saya tu. Entah dah berhabuk apa…”

“Boleh tu boleh. Saya tak kisah…tapi bagi tahu dulu dekat ibu dan abah.”

“Itu dah settle. Saya dah cakap awal-awal lagi. Abah dengan ibu ok je…”

“Oklah kalau macam tu.”

“Tapikan, nak tak kita singgah rumah mama dan papa nanti? Dah lama rasanya tak balik sana…”

“Ok je. Saya tak kisah. Mama dan papa awak mama dan papa saya jugak.” Syed Izzul Raziq tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

IKHA leka menyiapkan pelan projek di Korea tersebut. Diperhati betul-betul segenap inci bangunan tersebut.

“Ikha…” panggil Dani. Ikha memandang Dani.

“Ada apa Encik Dani?”

“Tak nak keluar lunch ke?” Ikha memandang jam di tangannya. Dah waktu lunch rupanya.

“Tak apalah Encik Dani. Saya ada banyak kerja nak kena siapkan ni. Saya tak keluar lunch kot.”

“Eh! Mana boleh macam tu! Kerja-kerja jugak. Makan tetap nak kena makan. Dah! Jom. Saya belanja awak hari ni.”

“Eh, tak payahlah Encik Dani. Tak apalah…Encik Dani pergi jelah…”

“Jom! Jangan gatal nak skip lunch. Kalau pengsan ke apa, susah! Jom!” Ikha hanya mengeluh.

“Ok, ok…” Ikha mengemas mejanya. Monitor ditutup. Beg tangan dicapai lalu mengikut langkah Encik Dani.

Farhan yang menghendap di sebalik pintu pejabatnya hanya menahan rasa. Dengan Encik Dani boleh pulak nak berbaik-baik, kalau dengan aku? Hmmm…niat Farhan untuk keluar lunch terbantut. Tak ada seleralah pulak.

Ikha dan Dani lunch di area ofis. Yelah…dah katanya Ikha busy. So, makan jelah area ofis ni. Sedap pun sedap.

“So? Nak makan apa?” soal Dani.

“Errr…kalau saya prefer Nasi Goreng boleh?”

“Lah…order lah yang lain. Spaghetti ke?” budak ni! Aku nak belanja dia, dia nak makan yang tu je?

“Seganlah Encik Dani. Lagipun, Encik Dani kan senior saya selain Encik Akram. Jadi, saya rasa seganlah kalau nak belanja saya lebih-lebih ni. Kalau dengan kawan sendiri, tak apalah jugak.”

“Lah…awak nak malu apanya dengan saya Ikha? Kita ni satu teamwork. Awak kerja dengan saya dah nak dekat setahun dah. Nak malunya apa lagi?”

“Saya tak biasa Encik Dani…”

Seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. “Nak makan apa?”

“Errr…bagi saya Nasi Goreng Ayam satu dengan teh o ais…” sebelum Encik Dani buat pesanan untuk aku dulu, baik aku yang cakap.

“Saya pulak bagi Nasi Goreng Paprik dengan fresh orange…”

“Itu saja ye?” mereka berdua mengangguk. Pelayan itu berlalu pergi bersama pesanan mereka.

“Dah kenapa Encik Dani order nasi goreng? Kenapa tak order Spaghetti?” Ikha mengulang kembali ayat yang diguna Dani tadi.

“Saja…dah memandangkan awak makan nasi, so saya pun prefer nasi jugaklah.” senang je jawapan dia.

“Ada pulak macam tu!” kemudian, suasana mereka krik krik sehinggalah pesanan mereka sampai.

“Terima kasih…” ucap Dani dan Ikha serentak.

Ikha membaca doa makan lalu memulakan suapan pertamanya. Dani turut makan.

“Oh ya…lupa pulak saya nak tanya. Awak jadi ke pergi Korea nanti?” soal Dani ingin tahu.

Ikha berhenti mengunyah. “Maybe…lagipun nak tak nak saya kena pergi jugak kan sebab saya ni arkitek. Lagipun bos suruh saya pergi jugak.” Ikha menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Oh ya…cakap pasal bos, awak dengan bos macam mana? I mean, bila nak nikah?” Ikha tersedak. Cepat-cepat air teh o ais disedut. Fuh lega!

“Kenapa tiba-tiba tanya ni?” Ikha memandang Dani di hadapannya. Dani menelan nasi yang dikunyahnya.

“Yeah…just nak tahu. Lagipun awakkan dah tunang dengan bos. Kenapa nak tangguh lama-lama. Lagipun kan Ikha, saya tengok bos tu memang sayang betul dekat awak. Kenapa awak tak nak terima dia?” Dani menyedut air minumannya.

Ikha berdehem kecil. “Bukan saya tak nak terima Dani tapi saya belum bersedia. Saya takut saya tak dapat pikul tanggungjawab saya. Tanggungjawab sebagai seorang isteri ni besar tau. Tengok rumah tangga Zurin yang tak seimbang 2 bulan lepas buatkan saya takut.”

“Ikha…kenapa awak pilih jalan untuk takut dengan diri awak? Sedangkan selama ini pelan kerja projek awak boleh buat dengan yakin even saya tahu awak tengah serabut apa semua? Kenapa benda tu awak boleh buat?” Ikha hanya menjongket bahu.

“Macam nilah Ikha…saya pun dah kahwin. Saya just nak cakap. Saya pun pernah berpengalaman menjadi seorang arkitek dan saya tahu susah-senang seorang arkitek meneliti dan membentangkan data-data tentang projek. Tapikan, tanggungjawab awak sebagai seorang isteri macam pelan projek awaklah…” Ikha mengerutkan dahinya. Tak fahamlah tu!

“Ok, macam ni…” Dani meletakkan sudu dan garfunya. “Point yang saya nak bagi ialah hidup awak sebagai ister nanti samalah dengan pelan lakaran projek awak. Means macam mana awak lakar dekat kertas tu, macam tulah jadinya lukisan. Macamlah rumah tangga. Terpulang macam mana tahap awak terima Farhan dan macam mana awak handle rumah tangga. Itulah saya maksudkan…”

“Oh…” Ikha mula mengerti.

“Jadi Ikha, jangan tunggu lama-lama. Kalau dia dah fade up tunggu awak, tak mustahil dia akan cari orang lain…” tiba-tiba Ikha rasa tergugat. Errr…kenapa pulak aku nak kena rasa macam ni? Ikha hanya tersenyum tawar. Tak tahu nak describe macam mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience