Bab 63

Romance Completed 30326

Bab 63

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Mereka keluar dari balai perlepasan. Beg diambil lalu menuju ke arah van yang sedang menunggu ke arah mereka.

“Assalamualaikum Mr. Farhan!” sapa Mr Lee Kim Hyung atau nama islamnya Mohd Isyraf Lee.

“Waalaikumussalam…how are you?” sapa Farhan sambil tersenyum. Sahabat lama ni. Satu university masa dia belajar di Korea dulu.

“Alhamdulillah…good. So, all of this are your staff?”

“Oh yes and meet my fiancé, Ain Zulaikha…”

Ikha menjegilkan matanya. Eiii! Yang dia pi cakap aku ni tunang dia dah kenapa?! Sengaja kan?

“Ikha…meh la sini jumpa kawan saya. Sahabat saya masa satu university di sini dulu…” mahu tak mahu Ikha terpaksa mengorak langkah ke sisi Farhan. Diukir senyuman kepada kawan Farhan.

“Manis…” ujar Isyraf Lee.

“Thank you…” Ikha tersenyum bangga.

“Ok, so let me introduce you with my staff. This is Akram, my board of director in company and this is Dani my senior architect in position director for a while and this cute girl name is Fina, she’s the part one of our presentation soon.” ujar Farhan memperkenalkan stafnya kepada Isyraf Lee.

“Assalamualaikum Mr. Handsome…” puji Fina sambil tersengih.

“Handsome? Thank you? I’m appreciating a lot. Awak sorang je cakap saya handsome…” agak nak terbelit lidah bila Isyraf Lee cuba bercakap Bahasa Melayu.

“Memanglah! Hehehe…” Dani menyiku lengan Fina. Tak padan betul minah ni! Agak-agaklah! Oppa jugak yang dia pilih! Takleh ke nak stick je dekat bangsa Melayu kita ni?

“Isy! Sakitlah! Biarlah…eleh! Encik Dani jeles kan?” Fina menjongket-jongketkan keningnya.

“Tak ada masa saya nak jeles! Saya dah kahwin pun!” perbualan mereka terhenti bila Farhan menyampuk.

“Dah-dahlah tu! Jom masuk van. Kita balik hotel dulu, rehat apa semua. Petang karang kita lawat site.”

“Baik bos!” Fina sengaja melanggar bahu Dani. Dani menggigit bibirnya geram. Budak ni memang nak kena betul! Dani hanya menggeleng.

Sampai di hotel yang boleh dikatakan taraf 5 bintang, mereka segera keluar dari van bersama beg masing-masing. Farhan melangkah masuk ke dalam hotel. Selepas check in, Farhan menyerahkan kunci sorang satu kepada stafnya.

“Ok, ambik kunci ni then masuk bilik, mandi, rehat apa semua. Makan dulu. Jangan lupa, lepas Zohor kita bertolak ke tempat projek…”

“Baik bos!” mereka segera menuju ke bilik masing-masing. Farhan menghampiri Isyraf Lee yang sedang duduk di sofa lobi utama.

“Isyraf…I think better we meet after Zohor because all of my staff need to rest first. So, we meet after Zohor? Can we?”

“Of course Farhan…anything for you.”

“It’s okay if you wanna stay in my room.”

“No thanks. It’s okay. You must need your privacy. So, better I take a move now.”

“Okay…thanks for fetch us!”

“No thanks bro…” Isyraf Lee segera menuju ke van miliknya. Farhan pula menuju ke biliknya. Dia perlu mandi, solat dan rehat.

ZURIN jalan keluar dari restoran. Baru je habis lunch. Namun, langkahnya terhenti apabila ada seseorang menegurnya dari belakang. Zurin menoleh ke belakang.

Syakir sedang tersenyum sinis ke arahnya. Zurin memandang wajah itu dengan penuh rasa…aku pun tak tahu nak cakap macam mana! Menyampah, meluat semua ada!

“Kau nak apa?” soal Zurin kasar.

“Well, aku just nak say hello kepada kawan lama yang dah lama tak jumpa ni…”

Zurin mencebik mendengar ayat poyo dari Syakir. “Kau ingat aku ingin sangat ke tengok muka kau ni? Tolong sikit erkk Syakir. Aku tahulah. Dari segi muka kau pun, aku dah dapat cam yang kau sebenarnya jumpa aku ni nak tanya tentang Ikha kan?”

Syakir menepuk tangannya. “Syabas my friend. Kau boleh baca fikiran aku. So, tolonglah aku!” Syakir berdiri di hadapan Zurin. Zurin undur ke belakang sikit.

“No way! Buat apa aku nak tolong kau? Lagipun Ikha dah ada pilihan dia sendiri. And one more, you don’t ever suit to her. Remember and take it as a note in your mind.”

“Kau jangan cakap besar Zurin. Aku boleh buat apa yang aku mahu macam ni je…” Syakir memetik jarinya.

“Then? Do it! Buat apa kau nak mintak tolong kalau macam ni kau boleh buat?” Zurin meniru balik gaya Syakir.

“Kau ni memang tomboy dari dulu kan?”

“Excuse me?! Tomboy? Oh my mind! Kau dapat info dari mana aku ni tomboy huh? Aku rasa aku tak tomboy. Engkau sebenarnya yang pondan! Kau tahu tak?! Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya nak balas dendam dekat Ikha kan sebab Ikha reject kau dulu face to face.”

“Ini semua kerana Farhan!”

“Yes! Aku tahu benda tu…”

“Farhan tu kawan baik kau. Takkan kau tak pernah ada rasa perasaan suka dekat dia?” Syakir mula menghasut.

“Kau ni gila Syakir! Buat apa aku nak ada perasaan suka dekat dia kalau aku dah sayang dia? Sayang sebagai kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Stop nak persetankan aku!” Zurin segera melangkah pergi. Baik aku pergi. Lagi lama duduk situ, lagi bara hati aku!

“Tak apa Zurin…kau mungkin terlepas tapi kau jangan ingat kau akan terlepas dari cengkaman aku. Tambah-tambah lagi Ikha, kawan kau!” Syakir menggenggam penumbuk.

Zurin menghidupkan enjin kereta. Penghawa dingin dipasang. Telefon dibawa keluar. Dia mendail nombor Farhan. Jawablah fon! Zurin mendail lagi. Berjawab!

“Hello dan assalamualaikum Farhan! Weyh, aku nak cakap something yang…” ayat Zurin terhenti bila Farhan menyampuk di talian.

“Wooo…rileks my dear. Kenapa ni dan waalaikumussalam!”

“Ok, ok…aku nak cakap dekat sini ialah kau jaga Ikha elok-elok!”

“Kenapa pulak? Dia ok je dekat Korea ni!” Zurin menepuk dahinya.

“Duh! Apa yang kau bengong sangat ni?! Kau faham tak apa yang aku cakap ni?!”

“Tak…” Zurin mengetuk stereng keretanya tanda geram.

“Dengar sini baik-baik Farhan! Ada orang nak rampas Ikha dari kau dan orang tu kau kenal sebenarnya!”

“Siapa yang nak rampas Ikha pulak ni?”

“Kau kenal!”

“Yelah…siapa?”

“Syakir!”

“Syakir? Syakir mana pulak ni?!”

“Ya Allah!!!!” stress betullah aku cakap dengan Farhan ni! Buat sakit otak aku betullah!

“Apa yang kau bengap sangat ni Farhan?! Kau tahu tak Syakir atlet sekolah menengah dulu tu? Yang suka bertanding dengan kau kononnya dia hebat sangat tu?!”

“Ya?”

“Dia tulah! Ya Allah! Aku boleh jadi gila cakap dengan kau ni!”

“Ok, ok, rileks Zurin! Janganlah stress! Kau janganlah risau. Aku akan jaga dia no matter what…”

“Dahlah…aku nak drive balik ofis. Apa-apa aku akan call kau…”

“Ok…” tut…tut…tut… Zurin menyimpan telefonnya ke dalam handbag. Kenapa kau mesti hadir Syakir? Kenapa?! Kenapa kau perlu muncul di saat kau tak diperlukan?!

Ting! Ada satu mesej dari what’s app. Zurin mengambil telefonnya. Dari suami.

Mr. Suami: Sayang dekat mana tu?

Zurinxxx: Saya ada dekat area restoran lagi ni. Baru habis lunch. Kenapa?

Mr. Suami: Boleh tak balik sekarang?

Zurinxxx: Hah? Nak buat apa? Lagipun saya banyak kerjalah dekat ofis.

Mr. Suami: Lah…baliklah. Urgent ni!

Zurinxxx: Apa yang urgentnya Mr Suami?

Mr. Suami: Balik jelah! Nanti awak tahu! Balik dekat rumah kita!

Zurinxxx: Yelah!

Zurin menutup what’s app nya lalu drive pulang ke rumah Mr. Suami. Ketika memandu, fikirannya terlayang kepada perbualannya dengan suami di what’s app. Apa yang urgent sangat eh?

Mas Kiara Residence…kondo suaminya. Ditunjuk pass pemilik kondo. Guard itu membuka gate untuk Zurin. Zurin memandu masuk. Ada apalah agaknya. Zurin memakirkan keretanya di ruang parking yang disediakan. Dia keluar dari kereta lalu menuju ke lif. Button no.10 ditekan.

Zurin keluar dari lif bila pintu lif terbuka di tingkat 10. Kunci pendua dibawa keluar. Tombol pintu dipulas lalu dia melangkah masuk. Sampai di ruang tamu…

“Kenapa kamu buat benda tak senonoh ni dengan Ara?!” marah Syed Mokhtar. Apa ni? Hati Zurin berdebar-debar. Dia menuju ke arah Syed Mokhtar.

“Ada apa ni papa?” soal Zurin. Dia melihat ke arah suaminya dengan seorang perempuan. “Siapa ni papa?” dia melihat perempuan tu sedang menangis. Syed Izzul Raziq pula menundukkan kepalanya.

“Apa semua ni Raziq?” soal Zurin kepada suaminya pula.

“Zurin…”

“Saya tanya ni Raziq. Jawablah!”

Syed Izzul Raziq memegang bahu Zurin namun segera ditepis. Zurin melangkah setapak ke belakang.

“Jangan cakap awak buat benda tak senonoh dengan dia…”

“Akak…”

“Awak siapa?!” soal Zurin tegas.

“Sayang…”

“Shut up! I’m asking her and not you!” mata Zurin tajam menikam mata suaminya. Syed Izzul Raziq terdiam.

“Papa…apa sebenarnya dah jadi ni?”

“Zurin…papa mintak maaf sebab perkara ni berlaku tapi papa tak sangka Raziq akan berperangai macam ni lagi. Mereka berdua ditangkap buat benda tak senonoh dalam rumah ni…” terus mata Zurin menikam tepat anak mata suaminya.

“Jadi…selama ni awak tipu saya?! Awak permainkan saya?!” tangan Syed Izzul Raziq yang hendak memegang dirinya ditepis kuat.

“Sayang…saya tak…”

“Shut up! Maknanya awak tipu sayalah selama ni?! Memang awak nak saya jadi gila ke hah Raziq?!”

“Sayang…listen to me first. Ini semua bukan apa yang awak fikirkan…”

“Oh…bukan apa yang saya fikirkan? Habis tu, awak separuh bogel dekat sini dengan dia baju terkoyak rabak di bahu! Awak rasa saya fikir apa?!” air mata Zurin bercucuran keluar. Menahan sebak di hati. Sampai hati Raziq buat aku macam ni!

“Sayang…let me explain ok?”

“You don’t have too!” Zurin segera lari keluar dari rumah.

“Akak!” suara Ara turut kedengaran. Syed Izzul Raziq memaut erat tangan Zurin.

“Lepaslah!” Zurin cuba merentap tangannya namun tak berjaya.

“I won’t let you go until you know the truth…”

“Apa yang betulnya hah?! Awak nak saya percaya yang awak diperangkap atau tergoda dengan dia hah?!”

Syed Izzul Raziq memeluk erat tubuh isterinya. Hailah… “Apa kata kita masuk dulu?”

“No! Saya tak nak!”

“Please? Kita bincang elok-elok ya? Please?” Zurin hanya akur. Bila kaki dia dan kaki Syed Izzul Raziq mencecah masuk ke ruang tamu…

“Tadaaa!!!!” terdengar jeritan dari seluruh ahli keluarganya dan ahli keluarga suaminya. Ahli keluarga Farhan pun ada. Naik terkejut Zurin dibuatnya.

“Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan Nazlili Zurin…Allah selamatkan kamu…wuuu!!!” pakat-pakat bertepuk tangan. Zurin senyap tak berkutik.

Apa semua ni? Tadi bukan ke tadi Raziq kena tangkap basah dengan perempuan tadi tu dan sekarang apa benda ni? Zurin confuse. Happy birthday? Zurin menilik tarikh yang terdapat di jam. Ya Allah! Hari ni birthday aku! Macam manalah aku boleh lupa yang hari ni hari jadi aku? Kahkahkah…kau dah tualah Zurin! Zurin memandang ke arah suaminya. Syed Izzul Raziq hanya tersenyum.

Zurin memandang ke arah ahli keluarganya dan ahli keluarga suaminya. Ahli keluarga Farhan turut ada.

“Happy birthday sayang…dah genap umur sayang 24 tahun sekarang ni…”

Zurin tersenyum ke arah Syed Izzul Raziq. “Terima kasih…siapa plan semua ni?” panjang tangan Syed Izzul Raziq menunjuk ke arah adik Farhan, Fikri dan Farhee.

“Oh! Koranglah plan semua ni?! Jaga korang! Akak lenyek korang nanti! Tapikan…siapa perempuan tadi tu?”

“Akak…” Ara tersenyum ke arah Zurin.

“Ini sepupu sayalah sayang…nama dia Ara.”

“Oh…comel orangnya!” puji Zurin. Ara hanya tersenyum manis. Bajunya sudah pun diganti.

“Well, gempak tak plan birthday sayang?”

“Gempak! Gempak sangat!” geram pulak Zurin dibuatnya.

“Dah…jom pergi potong kek. Saya laparlah…” Zurin memicit hidung suaminya lalu berlari ke arah ibu dan abahnya.

“Sakitlah!” Syed Izzul Raziq menuju ke arah Zurin. Zurin main aci sorok. Semuanya hanya menggeleng melihat telatah suami isteri itu. Macam budak-budak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience