Bab 17

Romance Completed 30326

Bab 17

“Assalamualaikum!” ujar Farhan ketika dia masuk ke dalam rumah. Mukanya tersenyum.

“Dah kenapa kamu ni senyum-senyum?” soal Encik Mukhriz.

“Tak ada apalah pak cik. Senang hati sebab kerja dah siap!” sengaja Farhan berdalih. Isy! Takkan nak cakap yang aku ni fall in love dan hati tengah berbunga-bunga sekarang ni?

“Yelah tu! Kalau kerja dah siap, bukannya sengih macam orang tengah bercinta!” sakat Encik Mukhriz.

Alamak! Tepat benor dia tembak aku. “Eh! Mana adalah pak cik…”

“Hmmm…yelah tu! Tak apalah…kamu pergilah mandi.”

“Baik pak cik…”

“Farhan kalau nak makan, makanan mak cik dah siapkan da nada dekat dapur tu…”

“Terima kasih mak cik…” Farhan segera ke biliknya. Dia perlu mandi. Tapi memandangkan bilik ini tiada bilik air, dia harus gunakan bilik air yang berada di dapur.

Zurin pula masuk ke dapur untuk makan. Perut pun dah start lapar ni. Dia tidak menyedari yang Farhan ada di dalam bilik air. Apa yang difokusnya ialah untuk makan!

Farhan dengan hanya bertuala keluar dari bilik air. Lupa pulak nak bawak baju ke bilik air! Nasib…nasib!

“Arghhh!!!!” tiba-tiba saja dia terdengar Zurin menjerit. Dia memandang Zurin yang sedang menutup mukanya.

“Kau dah kenapa Zurin?” lupa pulak yang dia hanya bertuala.

“Kau dah kenapa Zurin?” soal Farhan bodoh.

“Zurin?! Kenapa ni?” soal Puan Zaria cemas. Kenapa dengan anak aku ni? Nampak lipas ke apa?

“Tu!” jari Zurin menghala tepat ke arah Farhan yang hanya bertuala tercegat di tepi dinding.

“Lah…” Puan Zaria dan Encik Mukhriz tergelak.

“Kenapa ibu dan abah gelak?! Suruhlah dia pakai baju!”

Encik Mukhriz mengisyaratkan Farhan supaya segera ke blilik. Farhan pula hanya tersengih. Dia ni jerit sebab aku tak pakai baju je? Hahaha…lawaklah Zurin ni!

“Dah...dia dah masuk bilik pun!” kata Encik Mukhriz. Zurin perlahan-lahan menurunkan tangannya. Fuh!

“Ibu ingatkan apalah kamu ni! Nampak si Farhan je pun!”

“Hesy mak ni! Tak sukalah tengok body orang! Dahlah tak mahram! Kalau mahram tak palah jugak!”

“Amboi! Nak kahwin ke?” sengaja Encik Mukhiz menyakat anaknya.

“Abah ni! Ke situ pulak!” Zurin menyuap nasi ke dalam mulutnya. Puan Zaria dan Encik Mukhriz ke ruang tamu.

Tak lama kemudian, kelibat Farhan berbaju lengkap datang menyapa Zurin di dapur.

“Kau dah kenapa jerit tadi?” timbul pula rasa nak menyakat Zurin ni.

“Isy! Kau ingat body kau lawa dengan beroto tu? Please lah!” Zurin buat muka meluat. Farhan mengambil pinggan lalu mencedok nasi. Dah alang-alang Zurin makan, dia pun boleh tumpang makan sekali. Eh?? Tadi bukan ke dah makan dengan Ikha?? Hmmm…tak kenyanglah tu!

“Bukan ke kau dah makan dengan Ikha tadi?” soal Zurin. Pelik pulak mamat ni nak makan lagi.

“Alah! Dia tak naklah ke restoran mewah-mewah ni. At last, kami berdua tersadai dekat kedai mamak.”

“Kedai mamak? Makan apa?”

“Aku makan roti nan dan dia makan roti telur.”

“Yang tu je?!”

“Yelah! Kau nak expect apa lagi? Dia tak nak makan kot! Susahlah nak tackle dia balik…”

“Kau nak fade up?”

“Bukanlah tapi aku tengok cara dia tu macam dah tak ada peluang untuk aku perbaiki kesemuanya balik. Dia maafkan aku pun sounds tak ikhlas! Huh…” Farhan mengeluh perlahan.

“Farhan! Kau rileks ok? Alah…kau kan playboy! Takkan tak pandai nak bersabar??? Tak apa. Kejap lagi kita usya Tunddukkan Playboy Itu errkkk??? Kau belajarlah!”

“Alah kau ni! Cerita tu si Nurin yang tunddukkan si Harraz tu! Aku nak belajar apa?”

“Kau tak tengok episode semalam? Dia try nak pikat Nurin ok??”

“Hesy kau ni! Apa-apa pun Nurin yang nak kena tundukkan dia!”

“Ok ok…macam nilah! Aku tolong kau dengan dia berdua-duaan. Tapi, jangan nak terlajak pulak ye?”

“Macam mana?”

“Adalah cara aku! Kau tengoklah…” Zurin tersenyum penuh makna.

SASHA cuba menghubungi Farhan namun gagal dihubungi. Manalah Farhan ni??? Dia cuba lagi namun tetap sama. Operator yang jawab.

Where are you Farhan??? Please I need you…I can’t stay away from you Farhan! I’m sorry for what I’ve done!

“Kau dah kenapa Sasha?” soal Nurina. Housemate Sasha.

“Aku tengah cuba call Farhan. I miss him…”

“For what again Sasha? Miss him? Oh please Sasha! Kau dengan dia dah tak ada apa-apa kan? Buat apa kau nak meroyan bagai ni? Please lah Sasha! Banyak lagi lelaki dekat dunia ni yang kau boleh pilih jadi teman hidup kau! Kenapa si Farhan yang kau pilih jugak?”

“Kau tak faham Nurina! Aku ni cinta dia setengah mati tau!”

“Habis tu? Setengah lagi hidup?? Sasha! Listen here! Forget him! He’s a playboy! Takkan kau nak playboy jadi laki kau? Kalau aku, aku tak nak sebab apa? Aku tak nak hati aku merana tengok suami dia usung perempuan sana-sini!”

“Farhan takkan buat macam tu!”

“Urghh!!! Susahlah cakap dengan orang yang mabuk cinta macam kau ni…” akhirnya Nurina hanya diam melayan drama di tv.

NADZRA mendengus geram. Dilihatnya teman lelaki yang baru dia couple 2 hari lepas sedang berdamping dengan wanita yang seksi.

“What are you doing?!” serang Nadzra tiba-tiba.

“What???” lelaki itu berpura-pura.

“You…siapa perempuan ni?” soal wanita itu sambil memandang jengkel ke arah Nadzra.

“I pun tak tahu…”

“What?! Damn you! You tak kenal I huh??? Hello! I ni girlfriend you dan you just buat tak tahu dekat I?” soal Nadzra tak puas hati.

“Perempuan macam you ni Nadzra dah banyak I jumpa! Banyak sangat! Harap je pakai tudung tapi hampeh! Perangai pun macam bohsia!” balas lelaki itu kembali.

“Fine! Kita break!” terus Nadzra beredar.

“Eiii! Sewelnya perempuan tu!” kata wanita seksi itu.

“Dahlah…tak payah melayan!”

Nadzra menghentak-hentak kakinya. Kurang ajar punya jantan! Berani kau buat aku macam ni?! Tak apa! Kau tak kenal siapa Nadzra sebenarnya! Setakat kau je yang reject aku, tak luak manalah! Banyak lagi lelaki yang nakkan aku!

Sedang membebel sorang-sorang, dia terlanggar bahu seseorang. “Woi!” marah Nadzra. Dia memandang lelaki di hadapannya.

“Farhan???”

Farhan pula terus berlalu. Buat apalah aku jumpa Nadzra dekat sini?! Semak betullah!

“Farhan! Farhan! Wait!” tangan Farhan diraih dari belakang.

“Apa?! Kau nak apa dari aku hah?!” soal Farhan kasar.

“Farhan…I’m sorry.”

Farhan ketawa sinis. “Sorry?! Pergi mamposlah kau dengan sorry kau tu! Kau dengan aku dah tak ada apa-apa! So, get out of my way!”

“Farhan! Wait! Ok…I tahu I salah. Forgive me? Kita berbaik balik?”

“Berbaik balik? Dengan kau?” Farhan tersenyum sinis. “Tak payahlah! Daripada aku dengan kau, baik aku dengan Ikha!”

“Ikha?! Apa yang cantiknya dia tu hah?! I ni lagi cantik dari dia!”

“Kau memang cantik tapi tak cantik dari segi akhlak sebagai wanita bertudung. Aku suka Ikha sebab dia menjaga akhlak dia. Dia bukannya simply nak bagi orang pegang tangan dia! Tangan kau ni dah tak ada virgin! Dahlah! Malas nak layan kau!” Farhan segera beredar dari situ. Semak betul!

Nadzra mendengus geram. “Kurang ajar punya Farhan!” Nadzra mengetap bibirnya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience