Bab 57

Romance Completed 30326

Bab 57

Doktor Mia melihat ke arah Ikha dengan wajah yang sukar digambarkan. Ada sesuatu yang dah terjadi kepada Zurin. Ini susah untuk digambarkan.

“Kenapa doktor?” Doktor Mia mengeluh perlahan.

“Penyakit yang satu ni susah untuk wanita elak…” Ikha mengerutkan dahinya. Susah untuk wanita elak?

“Maksud doktor?” Ikha mula pening. Takkan period kot? Kalau period, memanglah susah nak dielakkan tapi macam tak logic je.

“Sebenarnya ini penyakit buatan orang…” masih berdalih lagi. Bertambah pening Ikha dibuatnya.

“Straight lah doktor…” Ikha mengalah. Boleh pulak dia buat teka-teki dekat sini.

“Ok…actually Zurin punya penaykit nothing serious cuma dia pregnant.”

“Oh…pregnant. Hah?! Pregnant?!” Ikha menekup mulutnya! Amboi! High tone aihhh!

“Yes…pregnant. Kalau nak tahu berapa months, kena pergi buat check -up dekat klinik. Paling senang, datanglah ke klinik saya.”

“Oh…ok. No problem. Tapi serius ke doktor yang dia pregnant?”

“Ya…kalau ikut kadaran jantung dia memang dia sedang mengandung sekarang ni. Kalau muntah, normally bagi orang yang mengandung. Ada kadang kala orang muntah bukan sebab pregnant, ada sebab-sebab yang tertentu. Dia tak cukup makan ke, perut masuk angin, salah makan dan sebagainyalah.”

“Oh…ok. Tak apa. Nanti saya bawak Zurin ke klinik…”

“Ok…kalau boleh bawak dia kejap lagi ya? Better buat check-up awal.” Ikha hanya mengangguk. Dia memandang Zurin yang nyenyak tidur. Dahlah kau tertekan Zurin, hadir pulak orang baru.

Tiba-tiba sahaja Zurin bangun dari pembaringannya lalu menuju ke tandas. “Uwekk!” Zurin muntah lagi. Tak lama kemudian, Zurin keluar dari tandas. Tubuhnya nampak tak bermaya.

Dia terlihat Doktor Mia yangs sedang merenung ke arahnya. Zurin menghadiahkan senyuman.

“Doktor buat apa datang sini?” soal Zurin. Mindanya turut mulai pulih.

“Saya nak jenguk Zurinlah. Ok,memandangkan Zurin dah bangun sekarang ni, apa kata Zurin ikut doktor ke klinik nak?”

“Buat apa doktor?”

“Doktor nak buat pemeriksaan dekat Zurin kejap je. Boleh tak?”

“Untuk?”

“Saja…doktor nak pastikan Zurin ni sihat sepenuhnya. Zurin tak nak sakit dah kan?” Zurin menggeleng.

“Ok, kalau macam tu. Zurin siap sekarang. Kita pergi sekarang ya?”

“Baiklah doktor…” Zurin segera bersiap-siap.

SASHA datang ke bilik penginapan Syed Izzul Raziq. Loceng ditekan. Sasha setia menunggu di luar bilik Syed Izzul Raziq. Sasha mengeluh. Ditekan lagi loceng. Tiada sahutan. Ditekan lagi loceng namun kelibat Syed Izzul Raziq tidak kelihatan.

Sasha mendengus. Mungkin dia dah keluar ke pantai atau jumpa Mr Schuzberg. Sasha pantas mengorak langkah keluar dari hotel tersebut. Dia menuju ke café yang selalu dikunjungi oleh Syed Izzul Raziq. Tak adalah pulak! Hesy! Dia ke mana pulak?! Sasha memandang ke arah pantai. Tak ada pun! Ke manalah mamat ni pergi?!

Sasha kembali ke hotel. Dia menuju ke kaunter pertanyaan. “Sorry miss, err can I ask you for a while? Do you’ve seen a guy who from room number 612?”

“Oh…emm are his name is Syed Izzul Raziq?”

“Yes…”

“Oh…he’s check out about few minutes ago…”

“Check out?”

“Yes miss.”

Oh my gosh! Dia check out tanpa pengetahuan aku?! Erghhh!!! Raziq! You gonna get it from me!

“Ok…thanks!” Sasha segera beredar menuju ke biliknya. Panas hatinya bila dapat tahu Syed Izzul Raziq sudah check out. Erghhh!!! Mesti dia balik jumpa pompuan tu! Geram betullah aku!

Syed Izzul Raziq dan Farhan segera masuk ke dalam balai perlepasan bila terdengar pengumuman flight ke Malaysia sudah bersedia.

“Thanks bro sebab datang sini sedarkan aku! Aku…aku…entahlah! Aku tak tahu aku kuat ke tak nak berhadapan dengan Zurin nanti.”

“Kau tak boleh macam ni Raziq! Kau kena kuat! Zurin needs you! Kalau aku sebagai kawan dia, boleh tolong dia kenapa kau sebagai suami dia tak boleh nak tolong?”

“Entahlah Farhan…”

“Kau jangan cakap kau nak kahwin dengan dia sebab nak lampiaskan nafsu kau?!”

“Eh! Mana ada!” telefon Syed Izzul Raziq berbunyi. Tertera nama Sasha. Huh! Apa yang perempuan ni nak?!

“Sorry sir, can you silent or off your phone right now because we’re gonna fly in a moment…” tegur pramugari tersebut.

“Sure…” Syed Izzul Raziq segera mematikan telefonnya lalu telefon disimpan di dalam poket seluar.

“Siapa?”

“Sasha…dahlah. Jangan cakap pasal dia sekarang ni. Aku malas nak dengar…” putus Syed Izzul Raziq. Farhan hanya mengangkat bahu tanda no cares.

IKHA membaca mesej yang dihantar oleh Farhan. Oh…Alhamdulillah! Jumpa jugak dia dengan Raziq dekat Europe tu. Fuh! Ikha kembali fokus kepada Zurin yang baru keluar di sebalik tirai itu. Entah, katanya nak scan apa entah.

Zurin duduk di sebelah Ikha sambil memandang ke arah Doktor Mia. Ikha dan Doktor Mia sabar menanti jawapan dari Doktor Mia.

“Jadi, keputusannya ialah…memang sah Zurin hamil. Positif…”

“Hah?!” aku mengandung? Zurin memandang perutnya. Ada nyawa dalam ni? Apa yang harus aku buat ni? Mampukah aku menampung anak ini sorang-sorang?

“Ok Zurin…jangan stres ya? Sebenarnya kehadiran baby dalam perut Zurin tu adalah satu anugerah. Anugerah yang Allah kurniakan untuk Zurin supaya menjadi ibu yang baik dan anak itu juga boleh membawa Zurin ke syurga. Lagipun Zurin, jadi seorang ibu ni bukannya membebankan tapi sesuatu yang memang darjatnya besar menjadi seorang ibu ni. Kalaulah kita meninggal semasa bersalin, itu namanya mati syahid dan Allah meletakkan kita di syurga. Zurin tak suka ke nak duduk di syurga Allah?” hujah Doktor Mia panjang lebar. Dia takut Zurin bertindak lebih agresif. Mungkin akan affect kepada bayi dalam perut tu.

“Suka tapi…”

“Pasal bapa dia Zurin jangan risau. Walau macam mana pun, anak tu tetap anak sah kepada Raziq…”

Zurin mengusap perutnya perlahan. Sedih! Aku sepatutnya menjadi seperti pasangan yang lain. Bahagia bila dapat tahu dalam perut ada benih yang akan membuatkan si isteri dan suami bahagia. Tapi aku? Apa Raziq suka ke dengan berita macam ni?

“Zurin…jangan banyak fikir ya?” Zurin hanya mengangguk. “Insha-Allah, tak lama lagi Raziq baliklah tu. Dah! Tak nak sedih-sedih! Kenalah happy!” Zurin hanya tersenyum senget.

“Berapa usia kandungan Zurin doktor?” soal Ikha.

“Baru je 3 minggu…tapi make sure Zurin tak buat kerja yang berat sebab kandungan dia masih di peringkat awal.”

“Baik doktor…”

Zurin tiba-tiba rasa nak termuntah. Segera dia lari menuju ke sinki. Dimuntah kembali apa yang dia makan. Urgh…sakitnya! Badan Zurin rasa tak bermaya. Zurin bersandar di sinki. Susahlah…apa yang aku makan semuanya nak keluar balik.

“Tak apa ke doktor kalau dia muntah-muntah macam tu? Risau pulak saya doktor…”

“Tak apa. Tapi, kalau sampai dia tak bermaya, pengsan dan lesu bawak dia jumpa saya. Lagipun perkara muntah-muntah ni normal bagi ibu hamil. Ada yang tak mengalami muntah-muntah macam ni. Ada yang selera makan naik, mengidam yang pelik-pelik dan ada jugak isteri mengandung tapi yang muntah-muntahnya suami. Dia tak semua akan berlaku macam Zurin.”

“Oh…” fesyen erkk kalau orang mengandung? Suami yang kena, mengidam…

“Tak apa…saya akan bagi Zurin vitamin Obimin. Selalunya vitamin inilah yang akan dimakan oleh ibu mengandung. Nak memastikan ibu mengandung sihat dan baby dalam kandungan tu pun sentiasa sihat.”

“Oh…oklah kalau macam tu. Ada apa-apa lagi doktor?”

“Tak ada dah…cuma sekarang awak bawak Zurin balik. Biarkan dia berehat ya? Tapi bagi dia makan dulu sebab dia kena makan Obimin ni…”

“Baik doktor…” Ikha berjalan menuju ke arah Zurin. “Jom balik ok? Kau kena makan, rehat.” Zurin mengangguk lalu membawa Zurin keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience