Bab 7

Romance Completed 30326

Bab 7

9 tahun kemudian…

Selepas tamat pengajian, Ikha bercadang untuk mencari kerja. Dalam bidang apa-apa pun dia tak kisah. Kalau dapat dalam bidang management pun tak kisah sebab dia memang berkelulusan dalam bidang itu.

Ikha memandu kereta untuk mencari kerja. Seluruh tempat dia mencari namun tiada jawatan kosong. Huh…dekat mana lagi aku nak cari kerja?? Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Zurin di skrin.

“Hello Zurin…”

“Hello Ikha! Kau dekat mana ni?”

“Aku dalam kereta beb! Cari kerja! Dah keliling KL aku cari tapi tak dapat jugak!”

“Kau cari kerja? Kau kelulusan apa?”

“Dalam bidang management office macam tulah! Kenapa?”

“Hah! Kebetulan! Kau datang dekat ofis tempat aku kerja nak? Ofis aku kerja ni memerlukan management di bahagian arkitek! Amacam?”

“Dekat mana? Weyh, send address ofis kau! Aku nak weyh! Lagipun boring lah tak kerja!”

“Ok, ok. Aku akan send then kita pergi lunch?”

“Ok! Dekat tempat sama?”

“Yep! Jumpa kat sana. Bye!” talian diputuskan. Ikha segera memandu ke restoran yang selalu mereka kunjungi.

“SO? What’s up? Macam mana dengan kehidupan kau lepas kerja ni?” soal Ikha.

“Alhamdulillah…ok! Bos aku memang baik gila tau!”

“Kau kerja dekat mana?”

“Dekat Ecomas Executive Holdings! Syarikat ternama woo!” tapi sebenarnya ada makna disebaliknya. Hanya Zurin sahaja yang tahu dan dia ada sebab kenapa memilih Ikha untuk bekerja di situ.

ZURIN mengetuk pintu ofis Fakhrul iaitu bosnya. Tapi, katanya tak lama lagi akan digantikan dengan adiknya. Hmmm!

“Ada apa Zurin?” soal Fakhrul yang sedang meneliti fail projek.

“Errr…boleh tak saya nak mintak bantuan bos?”

Fakhrul memerhati Zurin di hadapannya. “Bos? Bukan ke saya suruh awak panggil saya Abang Fakhrul je? Kan kita dah macam adik beradik?”

Zurin mengetap bibir. “Sorry bos eh abang eh bos!! Isy! Kejap! Bos! Eh abang!”

Fakhrul tergelak melihat telatah Zurin di hadapannya. Kalut! “Tak apa! Awak panggil je saya bos! Lagipun awak memang tak biasa kan? So? Ada apa?”

“Errr…macam ni bos! Ada kawan saya nak mintak kerja! Dia kelulusan dalam bidang management ofis macam tulah!”

“Oh ya…lagipun saya hampir lupa yang bahagian tu masih belum ada pengganti. Jadi, apa nama dia?”

“Nama dia Nur Ain Zulaikha…”

Nur Ain Zulaikha?? Macam pernah dengar nama ni. Kejap! Otaknya cuba memproses. Bukan ke nama ni yang Farhan selalu sebut? Yang Farhan cari?

“Hello bos! Kenapa pulak?” Zurin melambai-lambaikan tangannya di hadapan Fakhrul.

“Tak ada apalah. Ok, so bawaklah dia datang ke pejabat untuk temuduga. Saya akan temuduga dia. Suruh dia bawak document yang penting ya?”

“Alright!” Zurin segera keluar dari pejabat Fakhrul. Dia menelefon Ikha.

“Hello?” panggilannya bersambung.

“Hello Ikha! Weyh! Aku dah pujuk bos aku and the important is kau kena datang interview esok! Bos aku nak temuduga kau!”

“Seriously? Kau bagi bos kau makan apa?”

“Isy kau ni! Jangan fikir teruk sangat!” kalau Ikha tahu yang sebenarnya Fakhrul itu adalah abang kepada Farhan, macam mana reaksi dia agaknya?

“Hahaha…sorry!” tit…tit…tit… ada incoming call.

“Ikha! Hold on! Ada incoming call! Kejap!” Zurin memerhati nombor tersebut. Fikri?

“Weyh! Aku kena jawab call ni! Nanti kita sambung lain erkk?? Yang penting esok kau harus datang!”

“Alright. Thanks beb!”

“No thanks! Bye!” talian diputuskan. Dia menjawab panggilan dari Fikri.

“Akak!” Zurin mula cuak. Kenapa dengan Fikri?

“Kenapa ni Fikri? Fikri sakit ke?” Zurin mula cuak.

“Fikri…Fikri…” kemudian, kedengaran suara pekikan Farhan.

“Fikri! Fikri tunggu kejap ye? Akak on the way dengan Abang Fakhrul!” terus Zurin bergegas ke pejabat Fakhrul.

“Bos! We need to go back! There’s something not right at your home!”

“Serius? Siapa yang call?”

“Fikri! Suara dia memang nak menangis. Lepas tu terdengar Farhan marah seseorang!”

“Ok! Jom!” Fakhrul menutup PC nya lalu segera berlalu bersama Zurin.

“ABAH memang tak gunalah! Kalau Farhan tahu yang abah pentingkan diri sendiri, Farhan dah lama blah dari sini!”

“Kau jangan nak biadap Farhan! Selama ni aku yang besarkan kau! Kau langsung tak pandai nak bersyukur!”

“Apa yang Farhan tak bersyukur?! Sekarang ni abah sakitkan hati ibu! Mahunya Farhan tak marah! Ibu ni punyalah baik! Abah buat macam ni! Sedarlah sikit!”

Zurin segera masuk ke dalam rumah bungalow itu. Dia mendapatkan Fikri yang sedang menangis di penjuru rumah.

“Fikri!” terus Fikri memeluk tubuh Zurin walaupun Fikri dah berusia 16 tahun. Dia dah anggap Zurin seperti kakak kandungnya sendiri.

Fakhrul cuba meleraikan pergaduhan antara Farhan dan abahnya. “Sudahlah! Malulah jiran dengar!”

“Abang! Abang tahu tak yang abah ni memang tak guna! Sanggup dia pukul ibu!!”

“Farhan! Enough! Abah! Please! Jangan nak mulakan kes!”

Farhan dengan perasaan serabut terus keluar dari rumah. Dia melihat Zurin sedang menenangkan Fikri. Dia menuju ke arah Fikri dan Zurin.

“Fikri…” Farhan duduk di sebelah adiknya.

“Abang jahat!” macam budak-budak pulak cara dia cakap!

“Abang bukannya bermaksud nak marahkan Fikri tadi! Tapi, Fikri tahukan macam mana keadaan abang dengan abah? Abang tak pernah sekaki dengan abah!”

“Kalau ye pun, tak payahlah marahkan Fikri!”

“Sorry…” Farhan mengeluh.

“Masih tak baik-baik lagi?” Farhan hanya menggeleng.

“Entahlah! Aku serabut dengan abah!”

“Dahlah…jangan nak difikirkan sanagat! Aku faham perasaan kau! Well, bila kau akan start ganti tempat Abang Fakhrul?”

“2 hari lagi. Lagipunkan Abang Fakhrul nak kena handle ofis dekat Kelantan tu. Kesian pulak kalau aku tak tolong abang.”

“Oklah tu…lagipun daripada kau terperap tengok hand phone bergayut dengan awek, baik kau kerja!”

“Hmmm…”

IKHA memerhati gambar Farhan di dalam Wechat. Walaupun luarannya dia nampak tak kisah, namun dalam hatinya. Siapa yang tahu? Teringat dia bagaimana dia kecil hati sewaktu dia membaca chat antara Sasha dan Farhan.

Ikha mengambil telefon Sasha lalu membaca chat antara Farhan dan Sasha di what’s app.

Biy Farhan: Tengah buat apa tu? Dah makan ke sayang?

Sasha: Belum lagi…teringatkan biy lah!

Biy Farhan: Alololo…kesiannya! Biy pun baru nak makan! Sayang pergilah makan. Kang gastrik kan susah!

Luruh jantung Ikha membaca text tersebut. Mesranya…

Sasha: Biy yang suap!

Ikha terus menutup chat antara Sasha dan Farhan. Tak sanggup lagi nak baca. Mesranya mereka. Tahu tak yang aku jeles hah?! Aku jeles! Sumpah 360 darjah!

Ikha! Kau kena terima fakta yang mereka berdua tu memang couple dan Farhan tak akan sukakan kau sampai bila-bila! Farhan ada taste! Tak mungkin dia akan sukakan kau yang bertubuh chubby ni. Lainlah kalau badan kau lawa macam miss world!

Eloklah kalau dia berkenan dekat Sasha sebab tubuh Sasha yang langsing dan tinggi serta warna kulitnya yang agak cerah mampu menarik perhatian Farhan. Aku ni kalau setakat putih tapi gemuk, buat apa? Memang dia tak pandang! Kau kena ada pakej yang lengkap!

Balik rumah, dia terus masuk ke dalam bilik. Malas nak layan moodnya. Moodnya yang spoil tiba-tiba apabila chat Sasha dan Farhan tadi. Moodnya semua terus lesap entah ke mana!

Emak Ikha, Puan Lydawati masuk ke dalam bilik anaknya. Sejak kebelakangan ni, anaknya selalu mendiamkan diri. Dia duduk di sebelah anaknya.

“Kenapa dengan Ikha ni? Mak tengok Ikha selalu diamkan diri? Dah tak seceria dulu.”

Ikha memandang emkanya dengan pandangan kosong. Entah perasaan apa yang harus diungkapkan ketika itu.

“Entahlah mak…”

“Ikha ada masalah dekat sekolah? Kawan-kawan?”

“Entah…”

Puan Lydawati mengeluh. “Ikha…kalau ada cerita tolonglah cerita dekat aku! Jangan nak berdiam diri macam ni je…” Puan Lydawati cuba memujuk anaknya.

“Mak…kalau kakak cakap yang kakak sukakan seseorang, mak marah tak?”

Puan Lydawati memandang anaknya bersama kerutan di dahinya. “Anak mak ni suka dekat siapa? Cuba cerita?”

“Dia anak murid mak masa di KAFA.”

“Anak murid mak?!” amboi anak aku ni! Dia fall in love dekat anak murid aku pulak!

“Siapa nama dia?”

“Farhan Hanief…”

“Farhan Hanief??” rasanya aku macam pernah dengar nama tu tapi…dia cuba imbas kembali wajah Farhan Hanief.

“Oh…ya! Mak ingat! Yang muka dia nak sama dengan adik-adik dia tu?” Ikha hanya mengangguk.

“Macam mana anak mak boleh sukakan dia ni?”

“Entahlah mak…tapi bila Ikha chat dengan dia, Ikha rasa lain macam!”

“Macam tu pulak? Hmmm apa-apa jelah anak mak ni!”

“Tapi dia dah berpunya. Dia seorang playboy mak! Playboy famous!”

“Playboy? Ya Allah budak ni! Budak playboy jugak yang dia pilih? Pilihlah orang lain! Kalau ayah tahu, habislah Ikha!”

“Mak jangan cerita dekat ayah!”

“Kak!” terus lamunan Ikha pergi. Dia memandang Armaya yang sedang tersengih comel kepadanya.

“Apa dia?”

“Kau menung apa kak??”

“Sibuk je dia ni! Apahal kau masuk bilik aku?”

“Mak panggil makan!”

“Aku malas nak makan! Pergilah!”

“Hmmm…” Armaya terus keluar dari bilik Ikha. Budak kecik ni kalau tak ganggu aku berangan tak sah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience