Bab 44

Romance Completed 30326

Bab 44

Syed Izzul Raziq berhenti melakukan ‘kerja’nya. Dia tergamam. Zurin pula menangis teresak-esak. Rasa sengal mula menjalar seluruh tubuhnya. Sampai hati Raziq memperlakukan tubuhnya seperti binatang.

Syed Izzul Raziq memandang tubuh Zurin yang sudah pun memerah akibat perbuatannya.

“Zurin…” Zurin masih lagi menangis. Dengan senangnya, mahkotanya yang satu-satu dia simpan sudah diragut oleh suaminya dalam keadaan dia tak rela.

Syed Izzul Raziq menyeka air mata yang mengalir di pipi Zurin. Kau cakap kau sayangkan dia Raziq, kau cakap kau akan jaga dia Raziq, kau cakap kau cintakan dia Raziq tapi apa yang kau dah buat sekarang ni?

“Zurin…I’m sorry…” pinta Syed Izzul Raziq.

“Kau jantan tak guna!!” marah Zurin. Tangan Zurin memukul dada bidang Syed Izzul Raziq.

“Kau ingat aku ni apa?! Patung?! Kau rogol ikut suka hati!” jerit Zurin. Untunglah bilik hujung. Tak ada sapa yang dengar kalau dia menjerit pun.

“I’m sorry Zurin…saya…saya…”

“Pergi mampuslah kau! Aku dah cakap aku ada dara! Apa yang susah sangat kau nak percaya?!” Zurin menumbuk-numbuk dada bidang Syed Izzul Raziq.

“Syhhh…I’m sorry…” Syed Izzul Raziq mendakap tubuh Zurin erat.

“Kau jahat…” suara Zurin mulai lemah.

“Saya mintak maaf Zurin…saya tak tahu dan saya…urgh!” bodohlah kau Raziq! Terlajak perahu boleh diundur tapi ini kalau dah terlajak buat, tak boleh undur balik!

Lama-lama tangisan Zurin makin reda. Syed Izzul Raziq baring di sebelah Zurin lalu tubuh Zurin dibawa ke dalam dakapannya. Dia membelai tubuh dan rambut Zurin lembut. Waktu Zurin menjerit kesakitan, baru dia tersedar. Sedar yang Zurin masih berdara.

Syed Izzul Raziq memerhati isterinya yang sudah tertidur kepenatan. Sisa air mata yang ada di pipi isterinya diusap pergi. Dahi isterinya dikucup. Akhirnya, dia turut terlelap.

PAGI itu Ikha cuba lagi mendail nombor Zurin namun tak dapat juga. Tak berjawab. Dia mengeluh. Ke manalah Zurin pergi ni? Mustahil dia pengsan sampai ke pagi sekarang. Aku sure mesti ada something tak kena ni. Dia menaip mesej untuk Zurin.

Me: Zurin…kau ok? Tolonglah reply mesej aku kalau kau baca mesej aku ni…

Ikha menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan lalu melangkah keluar dari bilik. Ikha duduk di meja makan.

“Hai…dah kenapa monyok ni?” soal Encik Ahmad Izham. Pagi-pagi mood tak ada.

“Tak ada apalah ayah…”

“Ye ke? Kenapa muka tu nampak stress sangat? Gaduh dengan Farhan?”

“Isy ayah ni! Mana ada. Cuma terfikirkan Zurin…”

“Lah…kenapa dengan Zurin tu? Kan dia dah kahwin. Pandai-pandailah laki dia jaga dia…”

“Bukan macam tu ayah cuma kelmarin lepas je lafaz akad nikah, Zurin pengsan. Bila try call dia, langsung tak berjawab. Mesej pun tak balas. Sampai pagi ni langsung tak ada missed call atau mesej dari dia.”

“Jangan risaulah…mungkin dia ada masalah sendiri kot…” tukas Encik Ahmad Izham. Dia menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

“Mungkin…” fikiran Ikha masih terlayang kepada Zurin.

“Tak apalah…Ikha pergi dulu erkk??? Bye…” Ikha menyalami ayahnya lalu beredar keluar.

“Tak nak makan dulu ke?”

“Tak apalah! Breakfast dekat ofis!”

“Dengan Farhan?”

“Tak ada masa!” Ikha masuk ke dalam keretanya. Telefonnya berbunyi. Hah! Mungkin Zurin. Tanpa melihat panggilan dari siapa, terus dia menjawab.

“Zurin! Kau ok?”

“Zurin??? Ini akulah Katrina…”

“Oh…Katrina. Ada apa?”

“Aku nak tanya pasal Zurinlah…”

Ikha mengeluh. “Entahlah Kat…aku dah try call dan SMS tapi kesemuanya tak berbalas. Aku risaulah…”

“Tulah…aku pun try SMS dia tapi langsung tak berbalas. Puteri dengan Mai pun dah cuba tapi sama jugak. Tak berbalas.”

“Ke dia ada penyakit?” soal Katrina di talian.

Ikha menjongketkan keningnya. “Aku rasa tak mungkinlah. Mungkin dia tak ada mood kot nak bercakap dengan orang. Yelah…dia kan kena nikah secara paksa. Macam dalam tv tu!”

“Tulah…semalam dia tiba-tiba pengsan. Memang dia tak suka betul dengan pernikahan dia tu…”

“Memanglah derr. Dia kan tak sukakan Syed Izzul Raziq. Tapi, aku rasalah kan ada something between Zurin dengan Raziq.”

“Apa dia?”

“Aku tak boleh nak cakap lama-lama dalam fon. Apa kata waktu lunch kita jumpa?”

“Ok…aku akan ajak Puteri dengan Mai sekali. Nadhrah dia baru bertolak ke overseas. Katanya ada kerja…”

“Hmmm…ok…jumpa dekat tempat biasa.”

“Ok…” talian diputuskan. Ikha mencampak telefonnya ke seat sebelah. Dia menghidupkan enjin kereta lalu memandu ke ofis.

ZURIN terjaga dari tidurnya. Dia mengusap matanya yang kabur. Mungkin dek penangan dia menangis semalam. Perkara semalam bermain di mindanya. Tak semena-mena dia menangis.

Syed Izzul Raziq terjaga apabila terdengar esakan kecil dari Zurin. Dia memerhati jam. Dah pukul 9 pagi??? Dia menoleh kembali ke arah Zurin yang membelakanginya.

“Zurin…”

“Kau jangan sebut nama aku!” marah Zurin. Hatinya benar-benar tak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Syed Izzul Raziq semalam. Meragut kesuciannya dengan sewenang-wenangnya dalam keadaan dia tak rela.

“Zurin…saya mintak maaf atas apa yang saya buat dekat awak semala. Sorry sayang…”

“Sayang?!” Zurin menoleh tubuhnya menghadap Syed Izzul Raziq. “Sapa sayang kau hah?! Aku gelilah! Kau jangan pernah sebut perkataan sayang depan aku sebab aku jijik dengan kau!”

“Sayang…”

“Kau tak faham bahasa ke hah?!” jerkah Zurin. “Kalau kau sayang aku, kau takkan buat benda tu semalam dekat aku! Kau ingat aku pelacur?!”

Syed Izzul Raziq tak mampu berkata lagi. Dia menarik Zurin ke dalam dakapannya. Zurin menolak dari dipeluk.

“Jangan peluk aku! Tepi tangan kotor kau tu!” Zurin menolak-nolak tangan Syed Izzul Raziq yang menyentuhnya.

“I won’t let you go my dear. I always stand by you. Never let you go even you hate me round the world…”

“Kau jangan nak buat ayat jiwang playboy kau tu! Kalau dah playboy tu, tetap playboy dan aku tak suka bersuamikan playboy!” Zurin menolak tubuh suaminya kuat. Terlepas jugak dia dari pelukan mamat playboy ni.

Zurin membungkus tubuhnya dengan selimut. Takkan aku nak naked depan dia. Aku perlu mandi! Namun baru sahaja bangun, dia rebah kembali. Betisnya terasa kejang dan seluruh tubuhnya terasa seperti direnjat elektrik. Sengal…

“Kenapa sayang?” Syed Izzul Raziq memegang tangan Zurin untuk berdiri namun segera ditepis.

“Kau jangan pegang aku!” Zurin cuba bangun dengan diri sendiri namun bila dia berdiri, dia rebah kembali.

Syed Izzul Raziq terus mendukung tubuh Zurin lalu dibawa ke bilik mandi. Zurin pula menjerit minta diturunkan. Dipukulnya tangan Syed Izzul Raziq namun Syed Izzul Raziq hanya buat bodoh.

Diletak Zurin di dalam bilik mandi. “Mandilah…kalau dah siap, panggil saya…”

“Tak akan!” Zurin terus menutup pintu. Berdegum bunyinya. Sikit lagi nak kena hidung Syed Izzul Raziq. Kalau kena, agaknya penyet tak?

Syed Izzul Raziq duduk di birai katil. Diperhati katil tersebut. Di atas inilah aku memperlakukan Zurin seperti binatang. Di sini jugalah Zurin menjerit agar dirinya memberhentikan perbuatan bodoh itu namun dia buat tak endah. Akhirnya, siapa yang tanggung sakit di hati? Aku jugak kan? Syed Izzul Raziq meraup mukanya. Cuba membuang rasa sesal di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience