Bab 77

Romance Completed 30326

Bab 77

Selepas pulang dari berbulan madu, Ikha dan Farhan kembali ke pejabat macam biasa. Wajah seri pengantin tu masih ada. Zurin hanya tersenyum melihat gelagat dua manusia yang sedang bersawit tak jauh dari tempat kerjanya.

Ikha melangkah ke meja kerjanya manakala Farhan masuk ke pejabatnya. Sempat lagi Zurin mengusik.

“Amboi! Takkan tak puas lagi berseronok?” sengaja Zurin nak kenakan Farhan. Farhan mengetap bibirnya. Minah ni sengaja nak kenakan aku!

“Eleh! Kau jeles kan?”

“Eiii! Tak ada masa nak jeles! Suami aku lagi sweet dari kau tahu tak?!” Zurin mencebik.

“Eleh!”

“Dah! Pergi masuk!” Zurin malas nak layan Farhan. Kalau layan, dia akan menjadi lemak.

SEMAKNYA kepala aku!!!! Gerutu Syed Izzul Raziq apabila Sasha kembali mencarinya. Dah beberapa hari aku tenang tanpa dia tapi hari ni? Ergh! Geram pulak aku!

“Raziq! Kenapa you sombong sangat sekarang ni hah?” soal Sasha tak puas hati. Asal aku panggil je, dia lari!

“I sombong? Huh! Tak ada masa I ni nak sombong dengan perempuan gila bin mental macam you! You ingatlah sikit yang I ni dah kahwin! Dah kahwin! Dah nak ada anak pun!”

“I tak kisahlah you dah ada anak ke apa?! Yang I tahu I nak you! I nak you sorang je Raziq! I tak nakkan orang lain!”

“Hey! Boleh tak you berambus dari hidup I huh?! Semaklah!”

“Oh…you cakap I semak Raziq? Habis tu? Hati I ni macam mana? You dah buatkan I gilakan you sampai macam ni then you say you nak I blah macam tu je dari hidup you? Tak semudah tu Raziq!”

“Apa-apa jelah Sasha! I dah malas nak layan you yang otak dah biul dan sewel ni! Yang I tahu orang yang paling penting dalam hidup I ialah wife I dan anak yang bakal lahir nanti! That’s all!”

“Sampai hati you kan Raziq? Sampai hati you buat I macam ni? I dah separuh gilakan you! You tahu tak benda ni?!” Sasha mula melalak. Sudah! Nak buat scenes tak berbayarlah pulak dekat sini.

“I tak kisahlah Sasha! You nak melalak ke? You nak melolong ke apa I tak kisah sebab seluruh ofis I ni dah tahu I ni dulu macam mana? So, up to you lah kalau you nak letak maruah you dekat longkang depan pejabat I ni!” Syed Izzul Raziq meluru ke arah lif. Malas nak layan perempuan gila tu.

Syed Izzul Raziq melangkah ke tempat kerjanya. “Selamat pagi bos!”

“Selamat pagi Shiqin. Saya ada apa-apa appointment or meeting today?”

“Tak ada bos. Bos just relax je hari ni…”

“Macam mana saya nak rileks Shiqin? Ada perempuan gila melalak dekat ruang utama bawah.”

“Serius? Dia kacau bos lagi ke?”

“Macam tulah! Dahlah…saya nak masuk dulu. Kalau ada apa-apa, inform ok?”

“Baik bos!” Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke pejabatnya. Dia duduk di kerusi. Terfikirkan zamannya dulu.

Aku dah banyak sakitkan hati perempuan dan yang sorang tu terlampau gilakan aku! Huh…macam manalah aku nak buat yang ni huh? Apa patut aku penampar je? Tapi, aku bukan lelaki dayus nak tampar wanita. Macam mana aku nak buat supaya Sasha menjauhi aku? Huh! Susahnya!

SASHA menghentak-hentak kakinya. Geram dengan sikap Syed Izzul Raziq yang makin lama makin kasar pada pandangannya.

Tak guna punya Raziq! Dia layan aku macam sampah! Argh!!! Bencinya aku! Dalam membebel, dia terlanggar tubuh seseorang. Sasha mengusap bahunya yang terasa perit. Mamat ni bahu dia tu besi ke tulang? Sakit bahu aku dibuatnya.

“Sorry…” ucap lelaki tersebut.

“Tak apa. Saya yang salah…” Sasha memandang lelaki tersebut. Dia terpegun melihat lelaki di hadapannya begitu juga lelaki yang sedang merenung dirinya sekarang.

“Imran?” nama itu meniti kembali di bibirnya setelah sekian lama nama itu terkubur jauh di lubuk hatinya. Nama yang langsung tak ingin diingati langsung!

“Sasha?” Imran cuba mengukirkan senyuman namun tak boleh. Dia tak mampu! Dah 7 tahun tak jumpa dengan wanita yang sudah bergelar seorang isteri kepadanya. Hubungan suami isteri terputus akibat tiada persetujuan antara dia dan Sasha.

“Errr…saya pergi dulu…”

“Kejap!” Imran menegah. Sasha mengetap bibirnya. Kenapa harus aku jumpa lagi dengan lelaki yang…urgh!

“Sasha?”

“Apa?!”

“Do you remember me?”

“What do you think?” sengaja Sasha bertanya dengan sinis. Imran mengeluh.

“I don’t think you’ll ever think about me…”

“Pandai! Brilliant! Aku memang tak nak ingat kau pun! Sebab apa?! Sebab kau manusia paling semak aku rasa dalam hidup aku!”

“Tak boleh ke kita lupakan perkara yang dah jadi?”

“Lupa?” Sasha tergelak sinis. “Nak lupa? Oh gosh! Tak mungkin aku nak lupa apa yang dah jadi?! Kau tahukan yang kita ni tak sehaluan! Kau pun tak setuju dengan perkahwinan kita dulu dan kenapa sekarang ni kau nak suruh aku lupa perkara dulu?!”

“Aku redha kalau kau jodoh aku Sasha.”

“Apa? Redha? Hahaha…kau ni lawaklah Imran! Aku nak kau ingat satu je! Orang yang aku sukakan sekarang ni ialah Syed Izzul Raziq! Hanya dia sorang sahaja yang bertakhta dalam hati aku!”

Syed Izzul Raziq? Bukan ke itu nama lelaki yang berjumpa dengannya di hospital?

“Buat apa nak kacau dia? Dia kan dah beristeri!”

“Kau tahu mana?” mustahil Imran kenal dengan Raziq! Tak mungkin!

“Aku tahu mana tak penting tapi apa yang aku nak kau jangan dekat dengan Raziq sebab dia dah kahwin! Aku tak nak kau jadi perosak rumah tangga orang! Mungkin bagi kau tak ada apa-apa tapi kau ingat! Aku suami kau dan dosa-dosa kau aku yang tanggung!” Imran beredar pergi. Panas pulak hati aku! Sasha dah banyak berubah!

Sasha mencebik. Ada aku kisah Imran? Kalau dia yang aku nak, pasti aku akan dapatkan walau dengan cara macam mana pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience