Bab 40

Romance Completed 30326

Bab 40

Ikha masuk ke pantry. Tiba-tiba pulak tekaknya terasa haus. Ketika dia menuang air panas…

“Hai!” sapa Farhan tiba-tiba. Akibatnya, air panas yang sedang dituang oleh Ikha terperesong ke tangannya. Terlepas gelas yang dipegang oleh Ikha. Akibatnya, pecah berderai.

“Auch!!!!” Ikha menjerit kesakitan. Air panas tu! Sapa yang tak panas??? Kalau tak rasa tu maknanya deria rasa dia dah tak ada. Neuron dah tak berfungis. Impuls tak menghantar maklumat ke otak.

“Ikha!” Farhan mendekati Ikha lalu tangan Ikha dicapai dan diletakkan ke bawah air paip. Dia membasuh tangan Ikha.

“Tak payahlah…” Ikha menarik tangannya. Ikut suka dia je nak pegang tangan aku!

“Tangan awak kena air panas tu!” minah ni! Aku nak tolong, dia marah? Pelik betul.

“Taklah…awak tu bukannya muhrim saya! Jadi, tak bolehlah nak pegang tangan saya ni ikut suka hati. Kan dapat dosa free namanya?”

“Ok…sorry!” Farhan mengangkat tangannya tanda meminta maaf. Bukan niat pun tapi tindakan refleks ok.

“Ikha…actually saya ada something nak bagitahu awak…”

“Apa dia?” Ikha meniup-niup tangannya. Nasib baik kena sikit je!

“Saya half day hari ni. So, hari ni Zurin tak masuk. Katanya ada hal! Jadi, awak boleh tolong?”

Ikha memandang Farhan. “Tolong apa?”

“Tolong gantikan tempat Zurin?”

Aku? Gantikan tempat Zurin??? Gosh! Mana satu sebenarnya kerja aku ni? Arkitek ataupun PA??

“Tapi kenapa?”

“Arkitek ataupun PA??

“Tapi kenapa?”

“You’ve too Ikha…please tolong saya sekali ni? Fail-fail yang Zurin perlu semak tu penting! Lagi sebulan nak kena show. Tolong ya?”

Kesianlah pulak dekat mamat ni. Zurin confirm busy dengan barang-barang perkahwinan dia tu. Yalah…tiba-tiba pulak Raziq cakap langsung lagi 2 minggu. Gila tak gila??

“Oklah…”

“Good!” Farhan tersenyum lebar. Plan dah sedia untuk dilaksanakan! Kihkihkih…

Farhan segera menuju ke luar. “Saya keluar dulu ya?” Dia segera beredar keluar. Ikha termangu sorang-sorang. Isy mamat ni! Ikha menuju ke tempat Zurin.

Allahuakhbar! Bertimbunnya fail! Biar betul??? Ikha duduk di kerusi Zurin. Dia membuka setiap fail tersebut. Allah mak! Banyaknya! Boleh corrupted terus otak aku macam ni! Blank!

Farhan masuk ke dalam keretanya. Dia menelefon papanya. “Hello abah…Farhan dah keluar ni. Farhan on the way. Abah dapat tak location yang Farhan hantar tadi?”

“Ok…abah pergi dulu ok? Farhan rasa jalan jammed sikit kot. Sekarang tengah lunch hour.”

“Ok…see you there!” Farhan memutuskan talian. Dia terus memandu keretanya pergi. Today will gonna big day!

PUAN Lydawati menjenguk kepalanya ke luar. Siapa pulak yang datang ni? Kereta mewah pulak tu! Dahlah rumah ni penuh dengan kucing! Nak ke orang kaya ni masuk? Or dia nak jumpa orang sebelah? Orang sebelah kot…

Baru sahaja Puan Lydawati mengorak langkah, kedengaran ada yang memberi salam. Alamak! Dia datang sinilah! Puan Lydawati menjenguk ke arah luar.

“Waalaikumussalam…” sahut Puan Lydawati. Dia bersalaman dengan wanita yang sebaya dengannya. Nampak anggun.

“Ini ke rumah Nur Ain Zulaikha?” soal wanita itu. Puan Lydawati memandang pasangan suami isteri di hadapannya. Dia tanya nama anak aku kan tadi?

“Errr…yelah. Ni rumah Ain Zulaikha…anak saya. Ada apa ya puan dengan tuan cari dia?” apa pulak yang Ikha buat kali ni??

“Sebenarnya, kami datang ni ada sebab.”

“Sebab???” Puan Lydawati mula bingung. Sebab??? Sebab apa pulak?

Tak lama kemudian, sebuah kereta BMW Sport membelok masuk. Seorang lelaki berkot keluar dari kereta itu. Ramai mata yang mula menjenguk ke arah rumah Puan Lydawati.

Tak lama lagi, adalah ‘internet’ akan menyiarkan berita! Orang kaya datang rumah Lydawati oii!

“Assalamualaikum mak cik…” Farhan menyuakan tangannya untuk bersalaman. Puan Lydawati hanya menyahut.

“Waalaikumussalam…ini siapa pulak?” sudah! Lelaki depan ni macam peguam pun ada! Macam CEO dalam tv tu pun ada.

“Saya Farhan mak cik. Farhan Hanief…kawan kepada anak mak cik, Ikha.”

“Farhan Hanief?” macam biasa dengar nama ni tapi dekat mana erkk???

“Ini anak kami…” kata wanita itu lagi.

“Oh…kacak orangnya. Eh! Marilah masuk. Tercegat pulak kita depan pintu. Masuk-masuk…maaflah rumah ni bersepah sikit. Maklumlah Ikha ni suka bela kucing. Habis kucingnya buat sepah!” komen Puan Lydawati. Ikha ni pun satu hal! Dah beli sangkar, bukannya pandai nak letak kucing dia dalam sangkar. Dilepas jugak kucing dia ni!

“Biasalah…rumah kami pun macam nilah bila kucing si Fakhrul tu terlepas…” wanita itu tersenyum.

“Siapa pulak Fakhrul?”

“Abang kepada si Farhan ni…”

“Oh…kejap ye? Saya buatkan air…” Puan Lydawati segera menuju ke dapur. Dia ternampak kelibat suaminya masuk.

“Abang! Abang!” Encik Ahmad Izham memandang ke arah isterinya. Dah kenapa dengan bini aku ni?

“Ada apa?” soal Encik Ahmad Izham sambil membuang boot di kakinya.

“Ada tetamulah!”

“Tetamu? Cik Kiah propa tu?”

“Taklah! Ini tetamu besar!” matanya terarah ke isterinya. Tetamu besar?

“Siapa?”

“Entahlah…katanya anak dia tu berkawan dengan Ikha…”

“Kawan dengan Ikha???”

“Ye! Abang pergilah berbual apa dulu. Saya nak sediakan air kejap!”

“Hmmm yelah!” Encik Ahmad Izham menuju ke biliknya untuk menukar baju. Takkan nak pakai baju lusuh dia ni depan tetamu kan? Katanya tetamu besar.

Usai menukar baju, dia menuju ke ruang tamu. Mata-mata tetamu itu melihat ke arahnya. Amboi! Macam tak pernah nampak orang pakai kain pelikat pulak!

“Assalamualaikum…” ucap Encik Ahmad Izham lalu bersalaman dengan ayah Farhan manakala Farhan menyalami tangan ayah Ikha.

“Waalaikumussalam…” sahut mereka.

“Apa tujuan datang ni?” soal Encik Ahmad Izham. Pelik! Susah lah aku ni nak dapat tetamu besar macam ni.

“Sebenarnya kami datang ni ada hajat…” kata Dato Aswad. Encik Ahmad Izham ligat memandang Dato Aswad di hadapannya.

“Hajat? Hajat apa? Nak pajak gadai ka?”

Dato Aswad tertawa kecil. “Mana ada kami ni nak datang pajak gadai. Kami datang ni atas arahan anak kedua kami ni.”

“Kenapa?”

Puan Lydawati datang bersama air dan kuih muih yang lebih tadi. Dia menghidangkan air tersebut. “Jemputlah makan…minum…”

“Terima kasih…” ucap Datin Noraini.

“Anak kedua kami ni dah berkenan dengan anak encik.”

“Uhuk! Uhuk!” terus Encik Ahmad Izham tersedak. Minat kat anak aku?

“Anak saya si Ikha tu?”

“Ya…tujuan kami datang ni pun sebab nak masuk meminang anak encik untuk anak kami ni…” Datin Noraini mengeluarkan sekotak baldu merah lalu diletakkan di atas meja.

Kejap…Farhan Hanief??? Puan Lydawati cuba memproses kembali perbualan dia dan anaknya. Oh!!! Aku dah ingat! Yang katanya anak murid KAFA aku dulu tu? Lah…dah besar sekarang.

“Farhan ni bekas murid mak cik di KAFA dulu kan?”

Farhan Hanief memandang Puan Lydawati dengan senyuman. “Sayalah tu mak cik…”

“Hah…dah besar orangnya. Budak nakal masa KAFA ni.” kata Puan Lydawati. Farhan tertawa kecil. Dulu dia selalu kena batch dengan mak Ikha. Ustazah Lydawati.

“Ikha dah tahu perkara ni?” soal Encik Ahmad Izham. Farhan menggeleng.

“Saya sengaja tak nak bagitahu dia pak cik. Saya nak buat surprise untuk dia. Tolong ya jangan bagitahu dia?”

“Kamu betul ke sukakan anak pak cik ni?”

“Suka pak cik…”

“Harap-harap terimalah ye? Lagipun, saya berkenan dengan anak encik Izham ni. Baik orangnya…” sampuk Dato Aswad.

Encik Ahmad Izham memandang isterinya. Adik-adik Ikha pulah menghendap di sebalik tirai yang memisahkan ruang tamu dengan ruang dapur.

“Woi…Kak Ikha nak kahwin ke?” tanya Aina perlahan.

“Manalah aku tahu!” sampuk Adli.

“Yeah! Kak Ikha nak kahwin!!!” jerit Armaya. Aina segera menekup mulut adiknya.

“Hesy! Jangan jeritlah!” suara Aina tegas. Suka nak menjerit pasaipa tak tau!

“Serius ke Kak Ikha dah nak kahwin? Tapi Kak Ikha tak cakap apa-apa pun!” kata Adli sambil mengetuk dagunya.

“Entahlah…takkan kau tak tahu yang Kak Ikha tu banyak berahsia dari kita? Macam sekaranglah!”

“Tapi hensemlah abang tu!” terus Armaya berlari keluar.

“Armaya!!” Aina dan Adli menepuk dahi mereka serentak. Armaya ni!!!

“Hai abang!” sapa Armaya dengan muka comelnya.

“Hai…” Puan Lydawati memandang geram ke arah Armaya. Macam mana budak montel ni boleh terlepas???

“Nama apa?” soal Farhan.

“Armaya…”

“Armaya…Armaya dah sekolah?”

“Dah!”

“Darjah berapa?”

“Darjah 4!”

“Armaya!” tegur Puan Lydawati. “Masuk dalam!”

“Tak nak…nak main dengan abang hensem! Abang! Jom main dengan kucing?!” tangan Armaya memegang tangan Farhan.

“Armaya!” tegas suara Puan Lydawati.

“Tak apa mak cik…dia nak mainkan?” Farhan bangun lalu mengikut langkah Armaya ke belakang rumah. Memang banyak kucing. Anak kucing pun ada!

“Ini kucing Kak Ikha! Nama dia Kabu!”

“Kabu? Kenapa nama dia Kabu?”

“Entahlah…satunya kakak cakap yang dia punya bulu gebu macam bantal kabu. Lagi satu, dia cakap pasal warna dia kelabu.”

“Pulak!” fesyen betul minah ni! Nama kucing Kabu?

“Comel kan?” ujar Armaya lalu mengangkat satu kucing yang berwarna hitam putih tapi gebu.

“Comel! Nama apa pulak yang ni?”

“Lembu!”

“Lembu?” nak ketawa Farhan dibuatnya. “Kak Ikha yang bagi nama?”

“Tak! Ini Armaya yang bagi!”

“Kenapa Armaya pilih nama lembu?” kesian kucing ni! Dicopnya nama lembu?

“Sebab dia punya warna macam warna lembu dekat rumah mak tok! Sebab tulah Armaya pangil dia lembu!”

“Lah…” Farhan mengusap kepala Armaya lembut. Matanya tertumpu kepada kucing yang berwarna putih namun matanya berwarna putih. Spesis Birman ni.

Farhan mengangkat kucing itu. “Nama apa yang ni?”

“Yang ni nama dia Gogo…”

“Kenapa nama Gogo?” unik betul nama kucing Ikha ni.

“Sebab entah! Kami pakat letak je…” Farhan mengusap kucing itu lembut. Mulalah kucing tu nak manja.

Mata Farhan tertumpu pula kepada kucing yang berwarna koko dan berbelang macam harimau. Perfect! Macam kucing abang Fakhrul!

“Yang ni?”

“Nama dia harimau!”

“Sebab dia berbelang?” Armaya mengangguk. Sementara di dalam…

“Jadi macam mana? Terima atau tidak?” soal Dato Aswad.

“Jika ini yang terbaik, kami terima je…” kata Encik Ahmad Izham.

“Alhamdulillah…” Dato Aswad dan Datin Noraini mengucap syukur. Akhirnya…Farhan tentu gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience