Bab 81

Romance Completed 30326

Bab 81

Usai siap masak apa semuanya, Zurin mencapai telefonnya lalu menaip mesej kepada Farhan.

Me: Farhan! Bersiap sedia untuk plan kita hari ni!

Farhan: Ok…no hal beb!

Zurin menyimpan telefonnya. Dia menghidangkan makanan di atas meja makan. Kejap lagi! Semuanya akan bermula! Dulu prank aku sangat kan? Sekarang ni, tunggulah Mr Suami! Mrs. Isteri pulak nak kenakan Mr Suami ya? Tunggu! Sasha turut ada dalam rancangan ni. Telefon Syed Izzul Raziq turut diculik dan diletakkan di atas meja kecil ruang tamu.

Tak lama kemudian, kelibat Syed Izzul Raziq turun bersama anak mereka kelihatan. Zurin tersenyum lalu mengambil Razi dari pegangan suaminya.

“Alolo…anak ibu ni tak mandi lagi ke? Ayah tak mandikan ke? Kesian ye?”

“Alah…ayahnya mana pandai nak mandikan. Sabun apa entah yang digunanya! Kalau tersalah sabun, affect pulak!”

“Hmmm yelah. Abang tolong pergi ambilkan baju dia ya? Saya nak mandikan Razi kejap…” Syed Izzul Raziq hanya akur lalu berlalu ke kamar. Zurin menuju ke bilik mandi. Dia membuka pampers lalu dibuang ke dalam tong sampah kecil di hujung pintu bilik mandi.

Usai memandikan Razi, Zurin duduk di ruang tamu. Lapang je nak pakaikan anaknya baju. Minyak Yu Yi cap Limau disapukan di perut anaknya. Taklah kembung nanti.

Ting! Satu mesej masuk di telefon Syed Izzul Raziq. Zurin perlahan mengambilnya. Dia membuka mesej tersebut.

Sasha: Hai sayang…you tak keluar lagi ke dari rumah? I dah tunggu you ni. Cepatlah…

Kebetulan pula Syed Izzul Raziq turun ke ruang bawah dengan baju yang segak. “Sayang!” Syed Izzul Raziq melangkah ke arah isterinya.

“Hey? Kenapa ni?” soal Syed Izzul Raziq cemas bila melihat mata isterinya berair. Kenapa pulak dengan isteri aku ni? Kemudian, matanya terpandang pada telefonnya. Apa yang dibacanya sehingga dia menangis? Syed Izzul Raziq mengambil telefonnya lalu membaca SMS dari Sasha. What?!

“Sayang???”

“Jangan panggil saya sayang! Awak masih boleh panggil saya sayang sedangkan di belakang saya awak ada orang lain! Apa ni?! Awak pergunakan saya ke?!” suaranya cuba ditegaskan. Nak berlakon ni! Kenalah act sikit!

“Sayang…abang tak ada apa-apalah dengan Sasha…dia yang gila!”

“Awak bohong! Buktinya dah terserlah depan saya! Kenapa awak pakai segak-segak?! Awak nak keluar dengan Sasha kan?!” marah Zurin sedangkan dalam hatinya dah nak tergelak melihat wajah keruh suaminya.

Tok! Tok! Tok! pintu rumah mereka diketuk. Farhan bangun lalu segera membuka pintu. Wajah Farhan tersembul di balik pintu.

“Farhan!” Zurin berlari ke arah Farhan lalu memeluk Farhan. Syed Izzul Raziq yang memandangnya terbuntang mata. Dia peluk Farhan depan aku?!

“Apa ni?!” marah Syed Izzul Raziq. Dia cuba menarik tangan Zurin namun dengan kuat Zurin menepis tangannya.

“Kenapa ni?” soal Farhan. Tudia! Dah mula berlakon!

“Farhan…kau ambik aku balik Farhan. Aku dah tak sanggup hidup dengan penipu!”

“Apa maksud kau ni?”

“Raziq masih berhubung dengan Sasha! Patutlah pakai segak-segak! Rupanya nak keluar dengan Sasha!” serta-merta mata Farhan memandang ke arah Syed Izzul Raziq.

“Apa yang kau buat ni Raziq?! Kau permainkan hati Zurin lagi?!” marah Farhan.

“Apa?! Semua ni salah fahamlah! Zurin!” dia cuba menarik tangan Zurin namun dengan pantas Zurin menolak tubuh badannya ke belakang.

“Awak jangan sentuh saya!” Zurin masih dengan sisa air matanya.

Ya Allah! Kenapa semuanya jadi begini? Kenapa salah faham jadi seteruk begini?

“Kau memang tak boleh diharapkan Raziq! Sekarang ni, kau back off! Aku akan bawak balik Zurin dan jaga dia! Harapkan kau, macam tunggul kayu!”

“Hello guys!” tiba-tiba suara Sasha kedengaran. Semua mata terpandang ke arah Sasha.

“Sasha?! Apa yang you buat dekat sini?!”

“Lah…kan semalam you cakap you nak keluar dengan I hari ni? Takkan dah lupa?”

“Bila masa I cakap I nak keluar dengan you?! Apa yang you mimpi huh?!”

“Alah…you ni memang sengaja kan? Depan isteri you, you berlagak suci tapi kalau dekat belakang, you layan je I ni.”

“Apa yang kau merepek ni?!” kesabaran Syed Izzul Raziq mula habis.

“Raziq…” Sasha merengek.

“Oh my god! Damn you Sasha!” Syed Izzul Raziq menarik rambutnya.

“Dahlah! Zurin! Jom ikut aku balik!” Farhan membawa Zurin keluar.

“Hoi! Kau nak bawak bini aku ke mana?!” elok sahaja kaki Syed Izzul Raziq mencecah luar, kedengaran jeritan happy birthday. Semuanya pakat bersorak manakala Farhan, Zurin dan Sasha tertawa.

“Apa ni?” Syed Izzul Raziq mula berasa blur.

“Abang! Hello? Wake up! Hari nikan birthday abang? Lupa dah ke cik abang oii? Nyanyuk?”

“Tadi tu…”

“Prank!” lah…aku di prank rupanya! Mati-matian aku ingatkan betul nak jadi! Siap guna Sasha lagi. Eh? Sasha?

“Sayang dah baik dengan Sasha?” Zurin mengangguk. Sasha berdiri di hadapan Syed Izzul Raziq.

“I nak mintak maaf dekat you Raziq sebab I lah punca rumah tangga you goyah. I tahu kalau I kerja keras sekalipun untuk dapatkan you, I takkan pernah dapat sebab I tahu yang cinta you kuat untuk Zurin. Maafkan I Raziq?”

“You…”

“Yes. I tahu dulu I jahat Raziq but please give me a chance to prove you I’m not do that again. Lagipun, I dah kahwin…”

“You dah kahwin? Dengan siapa?”

“You kenal orang tu. Nama dia Imran. Orang yang you jumpa masa dekat hospital dulu.”

“Imran?” oh ya! Lelaki yang jadi saksi tu.

“Tapi…since when?”

“7 tahun yang lalu…dahlah! Jangan bagi I bukak cerita lama. I malas nak ingat benda lama.”

“Hello bro!” sapa Imran bersama senyuman. Syed Izzul Raziq bersalaman dengan Imran.

“Hai! Saya tak sangka yang awak dah kahwin dengan Sasha?” terkejut jugak! Banyak ye news yang terbongkar hari ni.

“Eh? Tercegat pulak kita depan ni! Jemputlah masuk! Saya dah masakkan! Jom! Ibu abah!” mereka semua masuk ke dalam rumah Syed Izzul Raziq. Puan Zaria mendukung Razi. Cuculah katakan.

“Tulah…saya pun tak sangka selama 7 tahun ni jodoh saya dengan dia masih kekal. Alhamdulillah…” mereka sambung berbual di ruang tamu. Zurin pula sibuk menyediakan makanan.

“Jom makan?” mereka menujuke meja makan.

“Amboi! Banyaknya makanan!” kata Ikha. Dalam pregnant ni, nafsu kuat makan ni selalu menjengah.

“Makan, makan! Memang aku masak untuk kau pun Ikha! Biar gemuk!” Zurin ketawa. Ikha hanya mencebik. Eleh! Nak kenakan aku nombor satu!

Syed Izzul Raziq berdiri di sebelah Zurin. “Thanks sayang untuk birthday surprise abang ni. Abang percaya bulat-bulat yang sayang nak tinggalkan abang.”

“Tengoklah sapa dalangnya kan?” Syed Izzul Raziq mencubit kuat pipi isterinya.

“Auww! Sakitlah!” Zurin menampar lengan Syed Izzul Raziq. Tiba-tiba…Sasha terasa nak uwek. Dia terus berlari ke sinki dapur. Zurin mendapatkan Sasha.

“Kau dah kenapa?

“Entahlah…”

“Dah berisilah tu!” sahut semuanya. Zurin hanya tersengih. Hehehe! Ada mak buyung baru! Sasha pula tersengih malu. Hailah…nak jadi dekat rumah orang jugak!

“Tahniah Sasha! Aku happy untuk kau sebab akhirnya kau jumpa cinta sejati kau.”

“Thanks untuk kau jugak Zurin sebab tak melenting. Kalau kau melenting, tak tahulah apa yang akan jadi dekat aku.”

“Alah…kita kan manusia? Tak lari punya dari kesilapan…dahlah! Sembang pulak dekat dapur ni. Kita pergi makan apa dulu. Mesti kau laparkan?” Sasha mengangguk.

“Jom!” mereka berdua menuju ke meja makan. Mereka menikmati jamuan tersebut sambil bergelak tawa. Syed Izzul Raziq memeluk bahu isterinya. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi, dapat juga mereka atasi. Terima kasih kepada Allah sebab dah kurniakan kepadaku bukan sahaja isteri yang baik tapi juga penyayang. Yang paling penting, stick to one!

Farhan turut bersyukur kerana usaha selamanya ini tidak sia-sia. Berkat doa dan kesabaran membuatkan hubungan dia dengan Ikha berkekalan sehingga hari ni sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata walaupun agak lama mereka menanti kehadiran seseorang yang melengkapkan hidup mereka.

Bagi Sasha pula, tak ada apa yang bahagia selain hidup bersama suami yang dia cintai dan juga bersama anak yang dikandungnya. Siapa sangka selama 7 tahun berpisah akhirnya dipertemukan kembali. Memang betul cakap orang! Kalau dah jodoh tu, tak ke mana. Dan kepada Syakir pula, diucapkan al-Fatihah dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

Cerita pasal Maisarah. Insha-Allah, dia akan berkahwin hujung minggu ini bersama jejaka pilihan hatinya. Takkan pilihan lain kan? Puteri pula katanya akan melahirkan anak yang ke-5 bulan depan. Katrina dan Nadhrah masih lagi membujang. Katanya tak ready lagi nak mendirikan rumah tangga. Hahaha…apa-apa jelah. Janji jangan jadi anak dara tua sudahlah ya? Apa yang boleh dikatakan di sini ialah semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke Jannah. Amin…

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience