Bab 80

Romance Completed 30326

Bab 80

“Apa?!” nak terjerit Farhan dibuatnya. Tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh doktor tadi.

“Betul encik. Isteri encik ni dah mengandung 5 minggu…” Farhan memandang Ikha. Ikha pula tersenyum gembira.

“Alhamdulillah…” ucap Farhan. Akhirnya penantian dia selama ini telah membuahkan hasil. Terima kasih Ya Allah!

Keluar dari bilik doktor, mereka duduk di kerusi. Tangan Farhan mengelus lembut perut Ikha.

“Tak sangka penantian abang selama ni tak sia-sia!” perasaan gembiranya tak dapat dibendung lagi. “Kita balik rumah ibu dan abah nak?”

“Boleh jugak!” terima kasih Ya Allah! Selepas mengambil ubat, Farhan segera memandu pulang ke rumah ibu dan abahnya.

Setelah memakirkan kereta, mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah. “Assalamualaikum!” ucap Farhan. Tak sabar rasanya nak cakap dekat ibu da abah!

“Waalaikumussalam! Farhan! Ikha! Ibu rindu dengan kamu berdua. Kenapa lama sangat tak balik ni?”

“Banyak kerjalah ibu. Abah mana?”

“Abah ada dalam bilik itu…kejap ye? Abang! Abang! Turunlah! Farhan dengan Ikha datang ni!”

“Kejap!” tak lama kemudian, Dato Aswad turun ke ruang tamu. Mereka berdua menyalami Dato Aswad.

“Ada apa kamu berdua ni datang tiba-tiba?” tanya Dato Aswad. Farhan dan Ikha hanya tersenyum.

“Lah…senyum pulak budak berdua ni. Dah kenapa ni?” soal Dato Aswad pelik.

“Sebenarnya kami ada berita gembira nak bagitahu dekat ibu dan abah…”

“Apa dia?” kata Dato Aswad dan Datin Noraini serentak.

“Sebenarnya…tak lama lagi kan ibu dengan abah akan timang cucu.” Datin Noraini dan Dato Aswad memandang ke arah mereka dengan pandangan yang tidak percaya.

“Betul ke ni Farhan?” tanya Datin Noraini tidak percaya.

“Betul ibu…”

“Alhamdulillah!” seronok rasanya bila dapat tahu mereka akan menimang cucu tak lama lagi.

“ALHAMDULILLAH…” Zurin turut mengucap syukur bila Ikha telahpun disahkan mengandung.

“Berapa usia kandungan kau?”

“5 minggu? Alhamdulillah…rezeki kau dengan Farhan. Kan aku dah cakap kalau rezeki tu ada memang ada.”

“Oklah Ikha…kita jumpa esok ok?” Zurin meletakkan telefonnya. Dia menoleh ke arah suaminya yang leka bermain dengan anaknya. Oh ya! Lupa pulak nak bagitahu nama dia. Nama Syed Izzul Raziq junior ni ialah Syed Izzul Razi.

“Abang…memang dah sah yang Ikha tu mengandung…”

“Ye? Berapa usia kandungan Ikha?”

“Baru je 5 minggu. Mesti Farhan senyum sampai ke telinga sekarang ni kan?”

“Yelah…dah setahun mereka tunggu kehadiran cahaya mata tapi tak dapat-dapat. Sekarang ni bila dah ada, mestilah happy kan? Kalau orang tu tak happy, memang dia tu gilalah…”

“Hahaha…kan??? Abang, boleh tak saya nak keluar kejap?” Syed Izzul Raziq memandang isterinya kejap.

“Ke mana?”

“Saya nak ke shopping mall kejap. Nak beli barang wanita. Tempat tu khas untuk wanita je. Abang tak boleh masuk.”

“Ok boleh tapi jangan leka sangat ok?”

“Baik bos!” Zurin mencium pipi suaminya lalu segera ke bilik. Syed Izzul Raziq hanya menggeleng dengan perangai manja isterinya.

Anaknya merengek sedikit. “Alolo, anak ayah ni tidur ya?” Syed Izzul Raziq menepuk sedikit anaknya supaya tidur kembali. Akhirnya sekali dengan dia terlelap.

USAI membeli barang yang dikehendaki, Zurin segera menapak keluar. Kesian pulak Raziq dekat rumah tu jaga anak sorang-sorang. Ketika dia hendak masuk ke dalam kereta, tangannya dipegang. Zurin menoleh melihat gerangannya.

“Sasha?” Zurin pula memandang pelik ke arah Sasha. Apa yang dia nak sekarang ni?

“Boleh kita berjumpa kejap?” pelik pulak aku dengan minah ni? Bukan ke selalunya dia akan…

“Aku tahu apa yang kau fikir pasal aku tapi boleh kita berjumpa kejap? Dekat situ je…” Sasha menunjuk ke arah café yang berhadapan dengan mall.

“Ok…” Zurin hanya mengikut. Dia menjejak langkah Sasha yang sedang menuju ke café.

Sampai di café, mereka berdua duduk di tempat yang privasi. Tak nak perbincangan mereka terganggu. Seorang pelayan datang.

“Bagi saya fresh orange dengan wedges ya? Kau nak apa Zurin?”

“Errr…bagi teh o ais laici je ya?”

“Tak nak makan ke?” soal Sasha.

“Tak apalah…”

“No, no, no. Bagi dia French fries satu ok?” pelayan itu mengangguk.

“Ada apa-apa lagi?”

“No, thanks…” pelayan itu segera beredar pergi.

Suasana mereka sunyi. Tak tahu nak mulakan ayat macam mana. Sasha pula hanya memandang muka Zurin. Zurin pula hanya buat don’t know. Yang bersarang dalam kepalanya ialah apa muslihat Sasha sebenarnya sampai nak ajak dia makan segala ni?

“Zurin…” Zurin mengangkat mukanya memandang Sasha. “Boleh aku cakap something?”

“Sure…”

“Kau sayangkan Raziq?” Zurin mengerutkan dahinya. Apa pulak punya soalan ni?

“Ye…aku sayang dia. Kenapa? Kau ada niat nak rampas dia dari aku?” Sasha tersenyum nipis.

“Not anymore again Zurin. Aku dah tak berminat nak kejar orang yang langsung tak ada perasaan dekat aku…”

Aikk??? Cepat betul dia mengalah? Betul ke ni? Tak mungkinlah! You better watch out Zurin. Dia ni bukan boleh! Banyak muslihat!

“Kau serius ke Sasha? Ataupun ini sebahagian daripada rancangan kau untuk tagih simpati aku?”

Sasha mengeluh. “Aku tahu kalau aku cakap macam mana sekalipun, orang tak akan senang-senang percayakan aku. Tapi, aku try untuk berubah. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi sejahat macam ni.”

“Apa maksud kau ni?”

“Ok…dulu memang yes aku yang hasut Raziq supaya bencikan kau kononnya kau dengan Farhan dah pernah terlanjur and my assumed wrong me tightly. Cintak Raziq dekat kau cukup kuat Zurin. Walaupun aku tahu, ada kejadian antara kau dengan dia yang membuatkan kau jadi mental kan?”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku yang rancang semua ni…entahlah Zurin! Aku dah banyak jahat sangat dekat kau. Gambar mesra aku dengan Raziq masa di Europe tu pun semuanya aku yang plan. Raziq tak buat apa-apa pun cuma aku buat posisi supaya gambar tu nampak lagi real kononnya Raziq sukakan aku dan curang dengan kau masa di Europe.”

“What?! Sampai hati kau kan Sasha? Kau buat semua ni dekat aku? Kenapa eh? Aku rasa aku tak pernah buat jahat dekat kau! Ok, kalau sekali dua mungkin! Tapi…kau???”

“Ok, aku tahu aku salah Zurin. Sebab tulah aku jumpa kau dan aku nak perbetulkan semuanya balik. Please Zurin? Maafkan aku?”

Rupanya…kenapa susah dan konflik sangat hidup aku dengan Raziq? Kenapa semua ni mesti berlaku dan pengakhirannya ada berita yang sebegini? Satu demi satu kebenaran terbongkar.

“Aku sebenarnya dah kahwin…” kata-kata itu lagi membuatkan Zurin terlopong.

“Hah?! Kahwin? Bila masa kau dah kahwin?”

“Aku dah kahwin 7 tahun lepas Zurin. Ini atas desakan keluarga. Lelaki tu duda. Dia dah kahwin dan bini dia tinggalkan dia after they married one year.”

“Siapa lelaki tu?”

“Mungkin laki kau kenal…nama dia Imran. Dialah orang yang bawa Syakir ke hospital masa Syakir kemalangan dan dari situlah jugak laki kau dengan Imran kenal…”

“Jadi, sekarang? Apa yang kau nak aku buat?”

“Tak ada apa-apa yang perlu kau buat Zurin. Aku just nak kau wish kan aku supaya aku hidup bahagia dunia akhirat.”

“Insha-Allah. Amin…! Oh ya! Esok birthday Raziq. Kalau kau nak, kau boleh datang esok? Aku nak jamuan makan sikit-sikit.”

“Tak naklah! Segan aku…aku nikan jahat…”

“Tak apa! Datang ok?”

“Insha-Allah! Aku akan datang esok. Kau tak ada ke plan nak kenakan suami kau?”

“Ada tu adalah…tapi aku tak tahu nak buat plan apa…”

“Ok, aku ada idea.” Sasha memberikan idea yang bernas kepada Zurin. Zurin tersenyum puas. Hahaha…masa untuk kenakan suami aku esok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience