Bab 39

Romance Completed 30326

Bab 39

Mata Farhan melilau mencari kelibat Zurin. Lah…ke mana budak ni menghilang? Baru je nak tanya mana dia letak fail projek dekat Korea tu. Farhan menggaru-garu kepalanya. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Zurin.

1 saat…2 saat…3 saat… tak berangkat. Farhan mencuba lagi. Gagal. Dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam kocek seluar. Ke mana budak ni pergi? Kemudian, dia ternampak kelibat Ikha menuju ke tempat kerjanya.

“Ikha?” Farhan mengorak langkah ke tempat kerja Ikha. “What are you doing here?”

Ikha memandang Farhan yang tercegat di depan meja kerjanya. “Apa?”

“Bukan ke awak sepatutnya rehat for a few days left dan kenapa awak datang kerja hari ni? Kan saya dah bagi cuti dekat awak?”

“Alah…bosanlah! Duduk rumah, tengok tv, makan ubat, tidur! Mana best! Baik datang buat kerja!”

“Tapi tangan awak tak sembuh lagi!” budak ni! Degil betul nak dengar cakap orang!

“Alah…bukannya saya kena tulis tangan kiri pun! Saya kena tulis tangan kanan dan rekaan saya pun saya buat tangan kanan. So, no harm right?”

Ya Allah! Sabarlah hatiku! Budak ni memang terlalu payah dan degil untuk mendengar kata! Fuh! Sabar!

“Make sure kalau awak rasa lain dekat bahu awak tu, cakap cepat-cepat!”

“Yelah bos! Ada apa awak datang bilik saya ni?”

“Oh ya…saya nak tanya. Zurin mana?”

“Zurin? Dia adalah dekat tempat kerja dia tadi…”

“Mana ada Cik Ikha oii! Kalau Zurin ada dekat tempat dia, saya takkan datang tanya mana dia sebenarnya.”

“Tak ada? Pelik! Errr…dah try call?”

“Dah! Tapi tak berjawab!” Farhan mencekak pinggangnya. Manalah si Zurin ni! Selalunya kalau dia nak keluar walau urgent macam mana sekalipun, dia mesti text ataupun call.

“Kenapa?”

“Tak…saya nak fail projek dekat Korea tu. Lupalah Zurin letak mana. Dia ada cakap hari tu!”

“Hmmm…saya tahu! Dia dah pesan dekat saya awal-awal…” Ikha melangkah keluar menuju ke tempat Zurin. Laci belakang tempat Zurin dibuka lalu satu fail putih dibawa keluar.

“Nah…” Ikha menghulurkan fail tersebut kepada Farhan.

“Ok thanks…” Farhan tersenyum lantas menuju ke ofisnya. Ikha hanya menggeleng. Mamat ni selalu biul! Cepat sangat lupa!

ZURIN pulang ke pejabat selepas menikmati lunch dengan siapa lagi kalau si mamat sewel Syed Izzul Raziq. Dipaksanya aku lunch dengan dia. Katanya teman bakal suami makan. Cliché tak???

Zurin menghembus nafas berat lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Dia memejamkan matanya. Penatnya tak terkira! Dahlah dipaksa aku lagi ke mall semata-mata nak tengok cincin. Kau tahu berapa harga cincin yang dia beli untuk aku??? Nak dekat setengah juta! Kau rasa??? Aku yang tengok ni pun boleh pengsan!

Kawasan ofis masih lengang. Semua lunch tak habis lagilah tu! Tak lama kemudian, derap kasut tumit tinggi kedengaran. Zurin hanya buat bodoh. Mungkin ada staf-staf yang sudah pulang ke pejabat. Namun, derap tapak kasut tumit tinggi itu berhenti di betul-betul hadapan mejanya.

Zurin mengangkat mukanya. Alangkah terkejutnya apabila wajah sangat familiar baginya berhenti di hadapannya.

“Kau buat apa dekat sini Sasha?” Zurin bangun dari tempat duduknya.

Sasha hanya tersenyum sinis. “Kenapa? Kau terkejut ke? Lagipun, nikan pejabat bekas boyfriend aku. Jadi? Ada masalah ke?”

“Memanglah!”

“Whatever Zurin. Sekarang ni kau dengar baik-baik! Kau jauhkan diri dari Syed Izzul Raziq!”

Syed Izzul Raziq? Dia mention nama Syed Izzul Raziq tadi kan? “Kau kenal mana Syed Izzul Raziq?”

Tiba-tiba Sasha ketawa sambil bertepuk tangan. Lah…dah kenapa dengan minah ni? Dah biul??? Ke baru keluar dari Tanjung Rambutan?? Ka…hahaha wad sakit jiwa???

“Kau dah kenapa gelak macam hantu?” Sasha memandang Zurin dengan pandangan sinis.

“Kau tahukan yang dia tu playboy?”

“Ya…aku dah lama tahu yang dia playboy? So what? Ada masalah ke dengan kau?”

“Yes! Memang! Memang ada masalah! Kau tahu tak dia boyfriend aku???!”

“Boyfriend???” giliran Zurin pula ketawakan Sasha. “Syed Izzul Raziq tu boyfriend kau??? Hahahaha…you must be ridiculous girl!”

“Kau ingat aku main-main?!”

“Sapa kata kau main-main??? Cuma aku tak sangka kau dah tersenarai dalam list calon sementara!”

Sasha mengetap bibirnya lalu menampar pipi Zurin. Zurin terkejut dengan perbuatan Sasha.

“Kau sentuh pipi aku?!” marah Zurin. Dia pula menghadiahkan penamparnya kepada Sasha.

“Kau tu yang lapar penampar! Kau tahu tak angkara kau, aku dan Raziq tak jadi!”

“Hahahaha!!!! Well- being congrats! Tahniah!”

“Kau memang biadap kan!” tangan Sasha naik meninggi. Zurin pantas mencengkam tangan Sasha membuatkan Sasha mengaduh kesakitan.

“Sekarang ni siapa yang biadap?! Kau ke aku??? Lagipun, kalau kau tu gilakan sangat si Raziq tu, kau ambik kau simpan dalam almari sampai kau mampus! Kau ingat aku teringin sangat nak kahwin dengan dia?! Tapi disebabkan talian pertunangan yang terikat sejak 4 tahun ni membuatkan aku terpaksa terima dia! Kau faham tak?!” tangan Sasha dilepaskan. Sasha mengurut pergelangan tangannya yang terasa pedih dengan cengkaman Zurin tadi.

“Masalah kau dengan dia, kau selesaikan dengan dia! Bukan dengan aku! Lagipun, dia yang gilakan aku bukan aku yang gilakan aku! Sekian! Kau boleh berhambus!” temperature Zurin dah naik. Suhu takat didih pun dah melebihi 100 d/c. Penghawa dingin yang tadi sejuk tiba-tiba bertukar rasa panas.

Sasha dengan muka angkuhnya segera beredar keluar. Zurin menghenyak punggunya di atas kerusi. Darah panas menyerbu ke mukanya. Sabar Zurin! Sabar! Nafasnya turun naik turun naik. Kalau ikutkan hati aku, aku bunuh je pompuan tu!

“Zurin…awak ok?” soal Fina yang baru melangkah masuk ke dalam ofis.

“Saya ok…”

“Kenapa perempuan tu datang?”

“Entah…gila kot!” balas Zurin selamba. Fina hanya mengangguk. Dia beredar pergi.

Kenapa Sasha boleh berubah mendadak hanya kerana seorang lelaki??? Aku betul-betul buntu! Maknanya, Raziq pernah menjalinkan hubungan dengan Sasha??? Zurin mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip mesej kepada Syed Izzul Raziq.

Me: Saya nak tanya something boleh?

Tak sampai seminit, mesejnya dibalas. Amboi! Cepatnya mamat ni balas!

Mamat bipolar: Apa dia? Saya sedia menjawab… ?

Geli pulak aku yang membacanya.

Me: Awak pernah ada hubungan dengan Sasha?

Zurin memandang skrin telefon bimbitnya. Amboi! Kemain lambat dia nak jawab! Buat karangan ke apa?

5 minit kemudian, mesejnya baru dibalas.

Mamat bipolar: Kenapa awak tanya?

Me: Tak adalah…just curious sebab tadi dia datang ofis saya then marah-marah saya. Dan cakap awak tu boyfriend dia…jadi awak letak dia dalam list calon sementara lah ni?

Mamat bipolar: Saya malaslah nak bincang pasal ni…

Me: Kenapa? Awak ada rahsia something dari pengetahuan saya ke?

Mamat bipolar: Errr…tak. Saya tak ada sorok apa-apa pun.

Me: Habis tu??? Cakaplah…saya bukannya nak mengamuk pun! Mungkin kalau satu hari saya tahu perkara yang sebenarnya, saya akan mengamuk teruk! Pilih! Sekarang atau kemudian?

Mamat bipolar: Tak ada rahsia besar pun sebenarnya…saya just main-mainkan dia je. Tak sangka dia akan jadi obsess sampai macam tu dekat awak. Sorry… ?

Me: Lah…ingatkan apalah tadi! Kasi buat saspenlah! Tak apalah kalau macam tu…manalah tahu awak pernah ehem dekat dia kan? Sebab tulah dia marah bila dia dapat tau yang awak nak kahwin dengan saya. Tapi, kejap! Macam mana dia boleh tahu?

Pelik pulak aku! Setahu aku berita aku nak kahwin dengan Syed Izzul Raziq ni tak delah tersebar tapi macam mana minah pulun ni boleh tau?

Mamat bipolar: Saya yang bagitahu dia…saya dah tak tahan nak kena ganggu dengan dia.

Me: Oh ok. Done! Saya nak sambung kerja! Bye!

Mamat bipolar: Ok…bye!

Zurin meletak telefonnya kembali. Kerap sangat ke Raziq kena kacau dengan Sasha??? Nampaknya Sasha ni memang obsess betul dengan si Raziq ni. Mungkin Raziq pernah buat something special untuk dia sampai dia naik gila suka dekat Raziq. Who know right?

Ting! Satu mesej masuk. Zurin membuka mesej. Dari Puteri.

Puteri: Jom keluar nak? Aku dah buat janji dengan geng-geng lain. Mereka dah setuju nak lepak hujung minggu ni. Dekat tempat biasa.

Me: Insha-Allah aku akan pergi tapi aku tak janji lah sebab kebelakangan ni aku busy sangat.

Busy? Busy apa? Busy nak prepare perkahwinan kau???

Puteri: Lah…tak bestlah!

Me: Alolo…jangalah nak merajuk sangat! Insha-Allah! Kalau aku jadi, aku akan inform dekat kau ok?

Puteri: Hmmmm…yelah! Ikha dah confirm tau! Tunggu kau je ni!

Me: Ye!

Zurin menyimpan telefonnya ke dalam laci. Tak nak diganggu. Dia check kesemua fail. Oh…nak kena ambik tandatangan mamat ni pulak! Zurin segera menuju ke ofis Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience