Bab 73

Romance Completed 30326

Bab 73

Sebulan kemudian…

Zurin dan Syed Izzul Raziq melangkah masuk ke dalam masjid. Hari ini Farhan akan diakad nikahkan bersama pasangannya tak lain tak bukan mestilah Ikha. Takkanlah dengan orang lain?

Zurin duduk di sisi Ikha. Ikha hanya tersenyum gentar ke arahnya. Farhan pula bersalaman dengan Syed Izzul Raziq. Zurin memegang tangan Ikha. Menyalurkan semangat. Tangan Ikha sejuk sangat.

“Kau getar ke?” Zurin berbisik perlahan. Ikha mengangguk.

“Dahlah…kau janganlah getar sangat. Buat rileks sudah. Tarik nafas banyak-banyak.” Ikha menurut seperti yang disuruh oleh Zurin namun tak berjaya jugak. Getar lebih mengusai dirinya.

Tak lama kemudian, kelibat tok kadi masuk ke dalam masjid sambil diiringi oleh abah Farhan. Tok kadi duduk berhadapan dengan Farhan.

“Jadi, inilah pengantinnya?” soal tok kadi sambil tersenyum. Dia mengeluarkan satu fail.

Setelah selesai membuat test ke atas pengantin lelaki, tok kadi sedia untuk memulakan sesi akad nikah.

“Boleh kita mulakan?” semuanya mengangguk. Tok kadi itu menyuakan tangannya. Farhan menyambut.

“Farhan Hanief b. Aswad…”

“Ya saya…”

“Aku nikah akan dikau dengan Nur Ain Zulaikha bt Ahmad Izham berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai…”

“Aku terima nikahnya Nur Ain Zulaikha bt Ahmad Izham dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai…”

“Sah?”

“Sah!”

“Alhamdulillah…” semuanya mengucap syukur. Mereka mengangkat tangan untuk doa.

Air mata Ikha mengalir. Zurin memeluk bahu Ikha. “Congrats Ikha…kau dah jadi isteri Farhan sekarang ni.” Ikha mengelap air matanya perlahan. Aku dah jadi milik Farhan yang sah.

Mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi tersebut. Farhan bangun lalu datang ke arahnya. Farhan tersenyum menawan. Datin Noraini menyerahkan cincin kepada anaknya. Farhan mengambil cincin tersebut lalu disarungkan ke jari Ikha. Giliran Ikha pula menyarung cincin ke jari Farhan lalu tangan itu disalam dan dibalas bersama ciuman di dahi.

Ikha hanya tersenyum. Lepas ni, aku akan habiskan hidup aku hanya dengan Farhan. Aku bukan lagi dibawah jagaan abah. Tanggungjawab abah dah habis dah dialihkan kepada Farhan untuk menjagaku.

Farhan menyalami abah Ikha. Encik Ahmad Izham berkata sesuatu kepada Farhan. “Farhan…abah dah lepaskan Ikha untuk kamu sebab abah percaya kamu boleh menjaga Ikha dengan baik. Cuma, abah nak pesan satu sahaja, kalau kamu tak nakkan Ikha suatu hari nanti, pulangkan dia kepada abah dengan cara yang elok ya?”

“Insha-Allah abah…Farhan akan jaga Ikha dengan baik-baik. Abah jangan risau ya?”

“Abah percayakan kamu…” Ikha menghampiri abahnya lalu tubuh abahnya dipeluk erat. Air matanya mengalir deras.

“Dahlah tu. Jangan menangis lagi. Manalah anak abah yang bravo ni?” sempat lagi nak buat lawak. Ikha tergelak kecil.

“Anak abah nikan dah besar panjang. Lagipun, sekarang ni Ikha bukannya dibawah tanggungjawab abah dah. Tanggungjawab abah, abah dah serahkan kepada Farhan sebab abah percaya yang dia boleh jaga kamu.”

“Abah sayangkan Ikha tak?”

“Gila tak sayang? Mestilah abah sayang.”

“Kalau macam tu, abah kena janji yang abah takkan tinggalkan Ikha!”

“Ikha…benda tu abah tak boleh nak janji sebab ajal maut ni di tangan Allah. Kita tak boleh nak tentu bila kita nak mati…”

“Bukan yang tulah…maksud Ikha ialah bila Ikha susah ke apa, abah takkan tinggalkan Ikha ya?”

“Ya…Insha-Allah…”

Farhan tersenyum melihat gelagat Ikha. Sayang dan manja betul Ikha dengan abah dia.

“Ingat! Kamu dah ada tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang isteri. Jaga Farhan elok-elok. Jaga makan minum dan pakai dia…lagi satu…”

Ikha meleraikan pelukannya. Dia memandang abahnya. “Apa dia abah?”

“Janganlah lupa bagi abah cucu! Kahkahkah…” Encik Ahmad Izham tertawa bila melihat muka kelat anaknya. Farhan turut tertawa lucu. Sempat lagi buat permintaan!

“Eiii! Abah ni tak baiklah! Time orang sedih dia buat lawak pulak!” Ikha mencubit lengan abahnya.

“Abah guraulah…”

“Ikha! Congrats! Farhan! Jaga kawan aku elok-elok! Kalau tak…” ujar Maisarah tegas. Farhan mengangguk.

“Oklah Ikha…aku balik salin baju apa dulu. Nanti kita jumpa masa kenduri kau ok?”

“Ok…thanks sebab datang! Tapi, mana Zurin?”

“Zurin dia dah balik sebab dia masih muntah-muntah lagi. Tak boleh nak lama-lama…”

“Oh…ok.”

“Kita orang balik dulu ok?” Nadhrah memeluk tubuh Ikha.

“Congrats Ikha. Tak sangka kau akan kahwin dengan Farhan yang bajet ni!” mereka ketawa.

“Amboi! Sedap ye mengata aku?”

“Congrats!” giliran Katrina pula bersalaman dengan Ikha. Akhirnya, jodoh Ikha dengan Farhan jugak.

Puteri datang bersama anak-anaknya. “Salam aunty Ikha…” anak-anak Puteri menyambut tangan Ikha. Pandai Puteri ajar anak-anak dia.

“Farhan!” panggil Puteri. Farhan memandang Puetri.

“Ya?”

“Jaga dia elok-elok. Jangan sia-siakan dia!”

“Yelah…tapikan ni anak-anak kau ke?” Farhan mencangkung depan anak-anak Puteri.

“Halah…kenapa?! Kau ingat anak menakan aku? Memang taklah!”

Comel anak-anak Puteri ni. Banyakkannya ikut muka Haziq. Cuma mata sahaja yang ikut Puteri. Kalaulah aku ada anak yang comel macam anak Puteri ni…

“Dah-dahlah tu berangan nak dapat anak!” macam tahu-tahu je Puteri ni. Farhan hanya tersengih. Muka Ikha tiba-tiba memerah.

“Dah kenapa muka kau merah?” soal Puteri. “Hah…entah-entah kau pun berangan nak dapat anak?”

“Isy! Mana ada!”

“Yelah tu…”

IKHA siap memakai baju berwarna merah ubi untuk majlis resepsi pihaknya. Pihak lelaki pula malam nanti. Ikha menilik dirinya dihadapan cermin. Pintu biliknya dikuak. Ikha memandang melalui pantulan cermin. Zurin sedang tersenyum ke arahnya.

“Hello beb! Cantiklah kau dalam baju ni…” puji Zurin. Aku dulu mana ada macam ni. Nikah terpaksa.

“Thanks Zurin. Kau datang sorang ke?”

“Takkanlah aku datang sorang-sorang Ikha oii? Laki aku kan ada?” Ikha hanya tersengih.

“Kau macam mana? Ok sejak pregnant ni?” kasihan Ikha melihat muka Zurin yang agak pucat pada pandangannya.

“Tak ok lagilah…masih ada muntah-muntah tapi taklah teruk macam dulu…”

“Oh…” Zurin menekup mulutnya lalu segera berlari ke bilik air. Dimuntahkan segala isi perutnya. Time macam nilah nak muntah!

“Zurin? Kau ok?”

“Aku ok…sikit je ni.” Zurin membasuh mulutnya.

“Kenapa ni?” soal Maisarah yang baru tiba. Dia meluru ke arah Ikha dan Zurin.

“Tak ada apalah…Zurin ni muntah-muntah. Biasalah pregnant kan?”

“Lah…kau tak habis lagi ke muntah-muntah?” soal Maisarah. Zurin hanya menggeleng. Dia duduk di katil.

“Ikha…boleh tak aku tumpang tidur kejap? Aku letihlah…”

“Tidur je. Tak apa…lagipun aku tengok kau ni pucat sangat. Nanti majlis nak mula aku gerakkan kau erkk?” Zurin hanya mengangguk lantas membaringkan badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience