Bab 50

Romance Completed 30326

Bab 50

Zurin menghantar kawan-kawannya hingga ke pintu depan. “Thanks sebab datang tengok aku! At least, tak adalah aku boring sangat terperap dalam bilik tu.”

“Dah tu sapa suruh kau terperap dalam bilik tu? Keluarlah sekali sekala ambik angin luar…” omel Nadhrah.

“Aku malaslah…aku rasa baik aku duduk dalam bilik and just be myself. Taklah sakit hati sangat kan?” kemudian, mereka ternampak kelibat Farhan memasuki kawasan rumah Zurin.

“Errr…kita orang balik dulu ok?” mereka semua beredar. Tinggal Zurin dengan Farhan saja sekarang.

“So? Kau ok?” soal Farhan sambil merenung wajah pucat Zurin.

“Aku…aku ok. Kenapa? Kau nampak aku ni macam sakit ke?”

“Yep!”

Lah…dapat dikesan ke? Isy! Kejap lagi dia mesti berleter ni! Kalah mak nenek!

“Ada apa kau datang sini?”

“Saja nak jenguk kau. Kang kalau aku tak datang jenguk, kau kata aku sombonglah…tak care lah segala macam.”

“Aikkk??? Sejak bila pulak aku ada buat ayat macam tu?”

“Aku yang buat ayat sendiri…”

“Ceh!” Zurin mencebik.

Mereka terdiam seketika sebelum Farhan menyambung kembali percakapannya. “Kau ok ke hidup tanpa Raziq?”

“Apa maksud kau ni?”

“Yelah! Dia kan suami kau?”

“Terpaksa je ok! Lagipun aku tak kisahlah dia ke mana pun. Kalau dia tak balik, lagi bagus!” Zurin menjeling. Malas betullah nak fikir pasal mamat mental disorder tu!

“Jadi, kau tak kisah kalau dia ke Europe yang jauh tu pun?”

“Europe?” mak ai! Jauhnya. “Aku tak kisah. Lantaklah dia nak balik ke tak. Aku dah biasa hidup sendiri. Buat apa aku nak terasa bila dia jauh dari aku?”

“Zurin…aku tahu apa yang terjadi antara kau dan dia ok? Kalau kau pregnant, macam mana? Takkan kau nak handle bayi tu sorang-sorang?”

Zurin menggigit bibirnya. Tak pernahlah pulak aku terfikir sampai jauh macam ni. “Tak apalah…kalau dah rezeki aku, takkan aku nak tolak? Nak tak nak, aku kena jugak jaga baby ni sebab dia tak bersalah.”

“Ok tapi…”

“Dah! Kau jangan risaukan aku! Lagipun, parents aku ada untuk pantau aku. Kau tu yang macam mana?”

Farhan hanya menjongket bahu. “Well, orangnya dah bagi green light tapi katanya nak kenal diri masing-masing dulu.”

“Oklah tu dia dah bagi green light. Tunggu masa kau nak macam ni je…” Zurin memetik jarinya. Farhan tersenyum.

“Kalau boleh je sayang oi. Kalau tak…hmm jangan harap nak petik jari! Makan jari lagi adalah!”

Zurin ketawa. “Sedap ke jari kau tu nak makan? Alah…rilekslah! Aku akan bantu kau. Chill lek bro!”

Ting! Telefon Zurin berbunyi. Ada satu MMS diterima. Dari siapa pulak ni? Dahlah nombor luar negara. Zurin membuka MMS tersebut.

Zurin menekup mulutnya. Sasha dengan…Raziq??? What the…??? Apa maksud semua ni? Kenapa Raziq cakap yang dia dah tak sukakan Sasha padahal sekarang ni apa? Siap ada gambar lagi!

“Kau kenapa Zurin?” soal Farhan apabila dapat kesan perubahan riak di muka Zurin.

“Gambar Raziq dengan Sasha di Europe. Aku tak sangka mereka masih lagi berhubung! Kenapa dan macam mana Sasha boleh ada dekat Europe??” ohhh….aku lupa dia playboy! Janji boleh dibuat namun nak tunaikan payah! Aku lupa!

Farhan merampas telefon Zurin lalu melihat gambar yang diterima. What the heck??? Farhan mengetap bibirnya. Bengang bila melihat gambar Syed Izzul Raziq bersama Sasha. Siap kau Raziq!

“Kau nak buat apa sekarang?” soal Farhan sambil menghulur kembali telefon Zurin.

“Entahlah…aku malas nak fikir. Lantaklah dekat dia! Dia nak madu asmara ke, nak buat benda apa ke, nak couple ke apa aku dah tak kisah sebab aku tak sukakan dia dan aku tak terima dia sebagai suami aku pun! So, aku tak ada hak kan nak jeles?”

“Kau ada hak Zurin! Malah, hak kau lebih dari itu! Kau tak boleh nak biarkan si Sasha tu senang-senang pijak kepala kau!”

“Apa maksud kau?”

“Hey! Kau tahu tak Sasha plan awal-awal dah! Dan Raziq ni pun satu, yang pergi layan jugak si Sasha tu buat apa kalau dah tahu dia tu sejenis mulut puaka!” tukas Farhan turut tak berpuas hati.

“Dahlah Farhan…aku rasa better kau balik ofis sekarang ni. Masalah rumah tangga aku biar aku yang settle sendiri.”

“Zurin! Macam mana kau nak urus sedangkan diri kau pun tak terurus???”

Zurin mengeluh lalu menarik nafas. “Kau jangan risau ok? Aku ok.”

“Ok…aku balik ofis dulu tapi malam ni aku akan call kau no matter what! Kau kena pick up jugak panggilan aku!”

“Baik bos!” Farhan bangun lalu menuju ke keretanya. Dia memandang Zurin seketika sebelum dia memecut laju keretanya menuju ke ofis.

KLIK! Klik! Klik! beberapa gambarnya bersama Syed Izzul Raziq ditangkap. Syed Izzul Raziq pula menahan geram kerana mengambil gambarnya ikut suka hati.

“You ni! Kan I dah cakap! Jangan ambik gambar I! You ni memang sejenis tak faham bahasa ke?!” Syed Izzul Raziq menikam anak mata Sasha.

“Alah you ni Raziq…I ambik gambar you je pun. I nak buat kenangan…”

“Kenangan?” Syed Izzul Raziq tergelak. “You cakap kenangan?! Hey! Antara I dengan you dari dulu tak ada kenangan and for now kenapa you sibuk sangat nak ambik gambar I ni? Ke you planning something?” Syed Izzul Raziq mula syak sesuatu.

“You ni! Sampai hati cakap I macam tu! Mana ada I nak buat sesuatu dekat you!”

“Stop taking my photo and I’m done with you!” Syed Izzul Raziq berjalan pulang ke hotelnya. Sasha segera ikut pergerakan Syed Izzul Raziq.

Sampai di lobi utama, dia mengambil lagi gambarnya bersama Syed Izzul Raziq. Perfect! Hahaha….mesti Zurin tengah meroyan dekat sana! Well, pity of you Zurin.

Minah ni tak penat ke? Asyik selfie, selfie, selfie! Tak ada benda lagi nak buat selain selfie dekat lobi ni? Serius sadis betul minah ni! Tak pernah bergambar dekat hotel mewah agaknya. I guess…

“TAK guna kau Raziq! Selama ni kau gunakan aku! Kau jadikan aku sebagai bohsia kau ke hah?! Ke pelacur kau sebenarnya?! Sasha tu balaci kau ke hah?! Jahanam punya Raziq!” Zurin membaling bantal. Habis seluruh biliknya bersepah. Gambar perkahwinannya turut pecah berderai.

Ada satu bingkai gambar dia dan Raziq sedang bergambar di sebuah tasik dengan berbaju pengantin. Diambil gambar itu lalu dilempar ke bawah. Pranggg…pecah berderai semuanya.

“Kau ingat kau hebat sangat ke hah jantan! Nasib baik aku tak jatuh cinta dekat kau! Kalau tak, aku yang merana! Jiwa aku yang merana dengan perangai bahlul kau tu! Arghh!!!” cadar katil pun sudah senget benget dikerjakan Zurin. Habislah…dah gaya macam kena putting beliung pun ada kalau tengok keadaan bilik Zurin.

“Kau rogol aku lepas tu kau tinggalkan aku! Good news pulak kau dengan Sasha dekat Europe! Wow! Sungguh tak sangka!” Zurin tersenyum sinis.

“Baik…ini cara kau pilih kan? Then, you ride it!” kata Zurin tekad. Aku takkan percaya lagi dekat mamat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience