Bab 38

Romance Completed 30326

Bab 38

Zurin ralit termenung memikirkan nasibnya sehingga kelibat Ikha yang sudah tercegat di hadapannya pun tak perasan. Ikha menggawangkan tangannya di hadapan Zurin namun Zurin masih dengan dunianya.

“Hoi!” Ikha menampar kuat meja Zurin.

“Hoi mak kau menari!” latah Zurin. Dia memandang Ikha geram. Minah ni sengaja nak bagi aku kojol awal betullah!

“Kau dah ni kenapa?!” marah Zurin. Nasib baik aku tak ada sakit jantung!

“Kau tu yang dah kenapa? Aku tercegat depan ni baik punya tapi kau tak nampak? Apa yang kau menungkan tu?”

“Adalah sikit masalah negara. Yang kau datang ofis ni pehal? Bukan ke kau kena rest?”

“Alah…aku malaslah nak terperap je dekat rumah! Bosan tau tak? Kau ni termenung, ada masalah dengan Raziq ke?” Zurin memandang Ikha lama. Macam tahu-tahu je minah ni!

“Taklah…jangan sibuklah pasal aku. Kau dengan Farhan tu macam mana?”

“Eh, eh! Aku tanya kau dengan Raziq, kau putarkan aku dengan Farhan pulak? Hmmm…biasalah bila lelaki merajuk.”

“Alah, nanti dia oklah tu. Kau pun satu, buat ayat menyentapkan hati! Maunya orang tak terasa?” ngomel Zurin.

“Tulah…rasa menyesal pun ada. Bukannya maksud aku tu nak sakitkan hati dia tapi…”

“Apa-apa jelah Cik Ikha oi!!” kemudian, kelibat Farhan masuk ke dalam ofis. Dia menegur Zurin.

“Masuk ofis aku kejap…” kata Farhan lalu berlalu ke ofisnya. Ikha buat isyarat kenapa dengan si Farhan tu.

Zurin hanya menjongketkan bahu lalu segera melangkah masuk ke dalam ofis Farhan. Dia berdiri di hadapan meja kerja Farhan.

“Ada apa kau nak jumpa aku?”

“Betul ke kau dengan Raziq akan menikah dalam 2 minggu lagi?? Dan…kenapa kau kata aku dengan kau terlanjur? And kau tak ada virgin?”

Sudah! Dia soallah pulak pasal ni! Ini kalau tak bukan yang jaja cerita ni mesti mamat Raziq ni!

“Aku terpaksalah…”

“Terpaksa?”

“Yelah! Kau tahu tak dia cakap dekat aku nak kahwin dengan aku lagi 2 minggu?! Gila tak gila? Alasan apa yang aku perlu bagi? Lagipun, ada orang kotorkan otak dialah!”

“Maksud kau?”

“Yelah! Kau tahu tak masa aku jumpa dia, dia boleh tanya aku sama ada aku masih virgin atau tak! Hello! Munasabah tak soalan dia? Lepas tu, dia dok tuduh aku dengan kau! So, aku rekalah cerita! Lagipun, aku tak nak kahwin dengan dia!”

“Tapi, kenapa kau guna nama aku Zurin? Tak pasal aku kena serang tadi!”

“Tak boleh ke kau tolong aku sekali ni je? Bukannya aku jaja nama kau kerap pun! Baru sekali je Farhan…”

“Ok, ok…sorry ok? Habis tu, apa yang kau nak buat sekarang?”

Zurin mengeluh kecil lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Farhan. “Aku tak boleh buat apalah…”

“Kenapa pulak?”

“Yelah! Dia dah tetapkan majlis aku 2 minggu lagi. Aku dah tak boleh nak buat apa! Lagipun, dia bagi aku 2 pilihan sama ada aku kahwin dengan dia ataupun dia akan sebarkan maklumat palsu aku tu ke seluruh dunia pasal kita berdua pernah terlanjur. Takkan aku nak buat nama family aku dengan kau tercemar kan? So, aku decide aku pilih dia…tak ada talian hayat dah!”

“Jadi, kau akan kahwin dengan Raziq?”

“Apalah yang bodoh sangat soalan kau ni Farha? Kan aku dah cakap yang aku dah tak ada talian hayat and aku tetap kena kahwin dengan dia! Jelas?!”

“Jelas!” suasana menyepi. Hanya kedengaran keluhan dari Zurin.

“Rileks Zurin…aku tahu kau kuat kan?”

“Tapi…dia cakap yang dia…tak ada apa-apalah!”

“Dia nak apa?”

“Tak ada apa-apalah…aku keluar dululah!” Zurin segera melangkah keluar dari ofis Farhan. Tak nak kalau perkara yang tak sepatutnya akan terkeluar dari mulutnya.

Ting! Satu mesej masuk. Zurin memandang telefonnya.

Mamat bipolar: Keluar sekarang…saya dah ada depan ofis Farhan.

Dia nak bawak aku ke mana pulak? Suka menyibuk tahap awan!

Me: Nak pergi mana? Saya banyak kerjalah…

Mamat bipolar: Banyak kerja? Takkan PA pun banyak kerja? Come on!

Me: Boleh tak jangan suka-suka nak paksa orang?!

Mamat bipolar: Keluar sekarang sebelum saya masuk ofis dukung awak sampai ke kereta.

Memang suka memaksa betullah! Macam nak ketuk je mamat ni!

Me: Nak ke mana?

Mamat bipolar: Ke butik pengantin…kita pergi tempeh baju kahwin from now sebab lagi 2 minggu kita akan kahwin!

What?! Baju kahwin! Oh no! Bab ni aku malas ok!

Me: Saya malas!

Mamat bipolar: Malas? Tak ada istilah malas dalam kamus! Cepat! Saya bagi awak 5 minit je. Kalau tak turun jugak, saya naik atas! Bukan main-main ok. 5 minutes start from now!

Zurin lekas-lekas menyimpan segala failnya. Telefon dan handbag dicapai lalu tergesa-gesa menuju ke lif. Duh lif!!! Cepatlah! Pintu lif terbuka. Zurin segera masuk.

Tiba di tingkat bawah, Zurin segera meluru keluar sehingga dia terlanggar tubuh tegap di hadapannya.

“Ouch!” Zurin menggosok mukanya. Sengal!

“Kalut nampak?” suara Syed Izzul Raziq menyapa telinga Zurin. Dia memandang empunya tubuh di hadapannya.

Kurang asam betullah mamat ni! “Awak kenakan saya?!”

“Mana ada…”

“Hesy! Suka menyusahkan orang betullah!” gumam Zurin tak puas hati. Nak terpenyet hidung aku terlanggar badan dia serupa hulk incredible!

“So? Boleh kita gerak sekarang?”

“Habis tu? Nak gerak bila?” Syed Izzul Raziq menuju ke keretanya. Zurin membuat memek mukanya sebelum turut melangkah ke kereta Syed Izzul Raziq.

Sasha yang memerhati dari jauh menahan geram di hati. Eiii!!! Aku ingatkan korang dah putus! Susah betul nak pisahkan korang! bentak Sasha geram.

Sampai di butik pengantin, Zurin keluar dari kereta. Syed Izzul Raziq sudah melangkah ke arah butik tersebut manakala Zurin masih tercegat di sisi kereta. Malas nak masuk!

Syed Izzul Raziq menoleh ke belakang apabila perasan yang Zurin tidak mengikutnya. Dia mengorak langkah kembali ke Zurin.

“Kenapa tercegat lagi dekat sini? Jomlah masuk.”

“Sekarang nikan…awak yang beria-ia nak pilih baju pengantin! Pergilah! Saya malas!”

“Hello…awak ni pun bakal pengantin tau! So, wajib awak ikut pergi buat fitting baju pengantin! Manalah tahukan badan terlebih lemak ke apa?” Syed Izzul Raziq melangkah pergi.

Zurin memandang tubuhnya. Haih…mamat ni perli aku ke apa? Memang nak kena betullah mamat ni! Omel Zurin. Dengan malas, dia melangkah ke arah butik pengantin tersebut.

Dalam butik tersebut, Zurin hanya buat tak tahu terhadap pemilihan Syed Izzul Raziq. Apa yang ditanya oleh Syed Izzul Raziq dia hanya menjongketkan bahu. Jahat tak???

Syed Izzul Raziq mengetap bibirnya. Minah ni sengaja nak uji kesabaran aku! Tahulah malas but at least cakaplah suka ke tak! Memang nak kena betullah!

“Zurin…macam mana dengan yang ini?” Syed Izzul Raziq menayang baju yang berwarna peach.

Peach??? Hmmm…apa-apa jelah! Zurin buat bodoh lagi. Kali ini kesabaran Syed Izzul Raziq memang betul-betul tercabar. Dia menyerah kembali baju itu ke penjaga kedai itu lalu menarik tangan Zurin keluar dari butik tersebut.

“Awak ni dah kenapa?!” marah Zurin. Ikut sedap hati dia je nak pegang tangan aku!

“Awak tu yang dah kenapa?! Boleh tak kali ni bagi support sikit?! Kalau ye pun meluat nak pilih baju pengantin, at least choose the better one dan yang awak suka! Ini tak…cebik je yang tahu! Cium baru tahu!”

Zurin menekup mulutnya. Sesungguhnya mamat ni memang miang buluh! Sedap dia je nak cium aku?! Ingat bibir aku ni apa?

“Cakap tu biar sopan sikit erkk! Ikut suka nak cium orang! Lagipun saya dah cakap yang saya malas! Dalam SMS pun saya tulis! Takkan yang tu pun susah nak faham?! Habis tu bila orang buat tak tahu, nak mengamuk! Apasal?!”

“Zurin…please this time make all things perfect! Inikan perkahwinan kita!”

“Kejap! Awak nak ke dengan bekas orang?” sengaja Zurin nak test emotion Syed Izzul Raziq.

“Boleh tak jangan cakap pasal benda tu?!”

“Awak memang nak ke bekas orang?” soal Zurin sekali lagi.

Syed Izzul Raziq meraupkan mukanya sebelum berkata, “Saya tak kisahlah awak bekas orang ke apa! Yang saya tahu saya cintakan awak! Susah sangat ke nak faham? Yes! Saya tahu awak tak sukakan saya dan awak menyampah dengan saya but this time tolonglah bagi kerjasama ok?”

“Awak memang berharap sangat kan?”

“Memang! Memang saya berharap sangat! Sejak first time saya jumpa awak, saya dah suka awak! Awak nak saya bukti macam mana lagi Zurin? Awak nak saya melutut depan awak, melamar awak guna cincin? Macam tu?”

“Saya tak suruh pun! Tak payahlah nak melebih sangat. Ok, kali ni saya akan pay attention terhadap pilihan awak. Dahlah…jangan nak buat isu ni jadi besar. Tapi saya suka kaler peach tadi.”

“Peach?” Zurin mengangguk.

“Ok…kita masuk dalam then fitting baju tu ok?”

“Yelah…kalau tak, ada yang frust menonggeng pulak!” Syed Izzul Raziq tersenyum mendengar gurauan Zurin. Budak ni…senang je buat aku cair balik dekat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience