Bab 74

Romance Completed 30326

Bab 74

“Kau tak boleh kahwin dengan Farhan!” tiba-tiba saja Syakir datang serang majlis pengantin lelaki. Macam mana Syakir boleh masuk? Farhee menolak tubuh Syakir ke luar dewan.

“Kau buat apa datang sini hah?!” marah Farhee. Tak sangka mereka yang Syakir akan muncul dalam keadaan yang tiba-tiba.

“Ikut suka hati akulah! Ikha hak aku dan bukan hak Farhan!”

“Hey! Kau sedar tak yang Farhan tu abang aku dan abang aku berhak nak kahwin dengan sapa-sapa pun begitu jugak Ikha! Ikha berhak nak kahwin dengan siapa pun yang dia pilih. Kau sapa nak tentukan hak diorang hah! Lagipun Ikha dah jadi milik sah abang aku!”

“Aku tak kira! Aku nak diorang batalkan jugak perkahwinan ni!” Syakir hendak melangkah masuk dalam namun ditegah oleh Farhee dan Fakhrul.

“Kau siapa hah?!” soal Fakhrul kasar.

“Aku teman lelaki Ikha! Kau siapa?!”

“Aku abang Farhan! Kau ni teman lelaki Ikha?! Huh! Dalam mimpilah kau!”

“Syakir?” Syed Izzul Raziq terpegun melihat stafnya yang sedang mengamuk. Apa kena mengena sebenarnya ni?

“Abang Raziq kenal ke dengan mamat sewel ni?” tanya Farhee.

“Ya…abang kenal dia. Dia ni staf abang dengan kawan Zurin. What are you doing here?” Syed Izzul Raziq mula syak sesuatu.

“Saya datang sini nak tuntut hak saya Encik Raziq!”

“Apa yang haknya?” Syed Izzul Raziq makin blur.

“Ikha tak sepatutnya kahwin dengan Farhan sebab Ikha hak saya sampai bila-bila!”

“Hak? Apa maksud awak ni Syakir?” sudah! Apa kena mengena dengan hak? Takkan Ikha pernah berkahwin sebelum ni?

“Ikha hak saya sebab saya dah pernah tebuk dia sebelum ni! Dia tak layak untuk Farhan dan Farhan tak sesuai dapat bekas orang!” semuanya terpegun dengan kata-kata Syakir.

“Kau bohong kan?!” Fakhrul mula menggenggam penumbuknya.

“Buat apa aku nak bohong?! Memang aku dah tebuk dia! Aku dah tebuk!” Syakir dah serupa orang hysteria.

Tak mungkin Ikha dah…Farhan yang mendengarnya luluh hati. Seorang lelaki datang mengaku sudah menebuk dara seorang wanita yang dicintainya. Ikha yang mendengarnya menahan geram di hati.

“Kau jangan nak buat fitnah Syakir!” suara Zurin tegas. Dia tahu perangai Syakir macam mana.

“Apa yang aku fitnahnya?! Aku memang dah tebuk dara Ikha. Kalau kau tak percaya, kau suruh Farhan buat hubungan sekarang! Tengok! Dia masih ada dara ke tak?!” Syakir hanya tersenyum sinis.

“Kau tak payah nak setankan orang Syakir! Kau tu reka cerita sebab nak Farhan percaya semua ni dan tinggalkan Ikha kan? Not that easy man!”

“Awak…” Ikha menegur Farhan. Farhan memandang Ikha tajam.

“Betul dara kau dah ditebuk?!” sudah! Panggilan pun dah bertukar ni.

“Mana ada Farhan! Saya tak pernah bagi kesucian saya dekat orang!” sudah! Farhan dah mula termakan hasutan Syakir. Jahanam kau Syakir!

“Kalau betul, buktikan!”

“Farhan…kenapa awak macam ni? Awak lagi sanggup dengar cakap Syakir berbanding saya? Ok, tak apa. Kalau awak nak saya buktikan kepada awak, saya akan buktikan yang diri saya memang masih suci dan belum disentuh dan bermula malam ini selepas resepsi saya berani bersumpah awaklah orang pertama yang sentuh saya!” Ikha berlalu pergi. Ikha mengusap pergi air matanya yang mula mengalir. What the hell kau Syakir! Kau tunggu! Aku bunuh kau Syakir! Aku bunuh!

“Syakir…kau tak payahlah nak berdrama sangat! Aku kenal Ikha dan tak mungkin dia senang-senang akan bagi dara dia dekat orang. Dahlah! Kau pergi balik sekarang! Balik aku cakap!” Syakir mengetap bibirnya geram. Dia menunding jarinya ke arah Zurin tanda awas kau!

Zurin melepaskan keluhan. Lama-lama aku akan jadi mental balik! Zurin melangkah masuk ke dalam dewan. Dia melihat Farhan sedang meraup kan wajahnya di sudut dewan. Mustahil Farhan dah dengar! Zurin melangkah ke arah Farhan.

“Farhan…kau buat apa dekat sini?” Farhan memandang wajah Zurin.

“Kenapa kau tak cakap dekat aku yang Ikha dah tak berdara?! Dan aku dekat sini dijadikan kambing hitam?!”

“Ya Allah! Apa yang kau cakap ni?! Kenapa kau percaya cakap Syakir tu?!” yang ni satu masalah lagi! Suka sangat cepat percaya dekat orang!

“Hey! Ini Syakir sendiri tau datang cakap yang dia dah tebuk dara Ikha! Kau tak rasa ke apa yang aku rasa?!”

“Apa?! Kau ingat aku tak pernah rasa semua ni?! Tapi, aku boleh je terima!” tak lama kemudian, kelibat Syed Izzul Raziq kelihatan sedang menuju ke arah mereka.

“Farhan, kau ok tak?” soal Syed Izzul Raziq.

“Aku tak ok Raziq! Kau tak rasa ke apa yang aku rasa bila ada lelaki datang mengaku dia dah ambik dara orang yang aku sayang?! Huh!”

Syed Izzul Raziq beri isyarat supaya Zurin beredar. Zurin hanya mengikut lalu beredar pergi. Zurin mencari Ikha. Dari tadi kelibat Ikha tak nampak. Sepatutnya hari ini hari membahagiakan mereka tapi kenapa bertukar macam ni?

Syed Izzul Raziq duduk di sebelah Farhan. Dia melepaskan keluhan. Mesti Farhan fikir yang Ikha tu…

“Ok, macam ni Farhan. Aku pun pernah menjadi situation yang sama macam kau Farhan. Ada hamba Allah ni cakap yang kau dengan Zurin dah pernah terlanjur. Aku mula tu tak percaya tapi lama-lama apa entah yang merasuk aku supaya aku percaya yang Zurin dah ditebuk oleh kau Farhan and that night I do something stupid dekat Zurin and that night too I know Zurin still virgin. Aku menyesal sangat-sangat sebab aku terlampau percaya hamba Allah tu. Please Farhan, fikir pasal tu balik? Aku tak nak kau menyesal macam mana aku menyesal dulu? Aku tak nak kau terburu-buru buat keputusan.”

Farhan mengucap dalam hati. Ya Allah! Kenapa aku harus percayakan dia lebih dari aku percayakan Ikha? Allahuakhbar!

“Thanks bro…nasib baik kau ingatkan aku awal-awal.”

“No hal bro. Aku tak nak kau menyesal je bro. Bila kau dah lancarkan, then baru kau tahu yang dia tu masih lagi available…hmmm aku tak nak kau menyesal macam mana aku menyesal gila-gila macam dulu.”

Ya Allah Farhan! Nasib baiklah kau tak mulakan lagi. Kalau kau dah terlajak tadi, memang kau akan menyesal seumur hidup! Dahlah kau bersusah payah mendapatkan Ikha. Astaghfirullahalazim!

Zurin mendapatkan Ikha yang sedang menangis di satu sudut di dewan tersebut. Ikha segera mengelap air matanya bila melihat Zurin sedang melangkah ke arahnya. Dia menghadiahkan senyuman palsu kepada Zurin.

“Dahlah! Kau tak payahlah nak senyum-senyum dekat aku kononnya kau tu ok.”

“Mana ada! Aku oklah…”

“Kau jangan nak bohong akulah. Aku tahulah kau tak ok sebab Farhan dan Syakir tadi kan?” perlahan Ikha mengangguk.

“Dia tak percayakan aku Zurin…dia lebih percayakan Syakir si bangang tu. Entahlah apa yang terjadi malam ni sebab aku dah bagi kebenaran dekat dia yang dia boleh sentuh aku malam ni setelah resepsi ni selesai.”

“Ikha! Apa yang kau merepek ni?!”

“Yes! Itu je cara aku nak buktikan yang aku ni masih dara!”

“Ikha…kau tak perlu pun buat semua tu!”

“Habis tu?! Kau nak suruh aku buat macam mana? Buat bodoh? Oh nonsense!” Ikha mengelap air mata yang masih bersisa.

“Kau rileks je ok? Tadi Raziq tengah pujuk dia. Aku yakin dia akan berlembut jugak…”

“Mana kau tahu yang dia akan berlembut dengan semua perkara ni?”

“Aku tahulah! Dah…jangan nak sedih sangat! Hodoh aku tengok!”

“Jahatnya mulut!” Ikha mencubit kuat pipi Zurin.

“Auwww! Sakitlah!” Zurin mengusap pipinya. Ikha hanya tertawa.

“JAGA kau Zurin! Kau memang cari nahas betullah dengan aku!” geram betul Syakir dibuatnya bila rancangan yang diatur terabur macam tu je bila angin badai Zurin datang melanda.

“Kau ingat kau siapa Zurin? Huh! Aku ni Syakirlah Zurin! Aku takkan pernah kalah dan tak akan mengalah sampai bila-bila!” Syakir menghentak stereng keretanya. Dahlah tengah memandu. Namun, tiba-tiba Syakir hilang kawalan. Dan ada sebuah kereta 4x4 melintas di hadapan keretanya dan…bummm! Kereta Syakir berlanggar dengan kereta 4x4 tersebut.

Ramai yang mula mengerumuni kereta Syakir dan 4x4 tersebut. Pandangan Syakir mula kabur dan…akhirnya dunianya menjadi gelap.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun!” ucap lelaki tersebut apabila merasakan denyutan nadi Syakir sudah tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience