Bab 59

Romance Completed 30326

Bab 59

Ikha mengemaskan segala barangnya. Pelan yang sudah siap dilukis serta draft yang baru di print dibawa ke bilik mesyuarat. Semuanya menanti kehadirannya. Zurin pun dah mula masuk kerja hari ini. Namun dia hanya half day sahaja akibat alahan yang teruk.

Farhan mula menerangkan kerja baru yang akan berlangsung esok katanya. Farhan mencapai design yang dibuat oleh Ikha. Dia berpuas hati dengan lakaran Ikha. Draft turut ditunjuk kepada semua staf kerjanya. Semuanya turut suka dengan hasil kerja Ikha. Ikha hanya tersenyum bangga.

Slide show ditayangkan. Ikha pula mengambil bahagian untuk menerangkan tentang struktur bangunan tersebut. Ikha menerangkan fungsi-fungsi bangunan tersebut dengan yakin.

Selesai sahaja Ikha membentangkan kerjanya, seluruh bilik mesyuarat gamat dengan bunyi tepukan gemuruh untuk Ikha. Ikha hanya menunduk kepalanya tanda terima kasih.

“Ok, meeting kita sampai sini sahaja. Thank you sebab dapat spent time untuk dengar tentang projek ni…” semuanya hanya mengangguk lantas beredar keluar.

“Ikha…wait!” tegah Farhan bila Ikha hendak melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

“Ada apa?”

“Saya ada benda nak bincang dengan awak sikit…”

“Pasal apa?”

“Pasal kita…”

Ikha mengerutkan dahinya. Dia ni demam ke apa? Baru je tadi cakap pasal projek dekat Korea tu, sekarang nak cakap pasal aku dan dia pulak? “Kenapa pulak dengan kita?”

“Ok…let me tell you. Zurin dengan Raziq dah ok sekarang ni. Kita bila pulak? Kita kan dah bertunang?” Ikha menjongketkan keningnya.

“So, awak berharaplah yang saya nak kahwin dengan awak ye Farhan?”

“Yes! Absolutely yes! Sampai bila kita nak tergantung macam ni. Saya pun nak jugak rasa berumah tangga.”

Ikha membuat muka geli. “Tolonglah Farhan. Jangan nak jadi miang sangat.”

“Saya tak miang Ikha. Saya betul-betul serius.”

“Dahlah Farhan! I’m not ready.” mudah betul jawapan Ikha.

“Ikha…saya bukannya apa. Saya cuma nak kita ada ikatan yang halal. Itu je. Kalau awak tak ready untuk jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri, saya tak kisah. Sebab bulan depan kita berdua dengan Dani dan Akram dan juga Fina akan fly ke Korea. Dekat Korea kan ada tempat yang best and romantic. Macam dekat satu tempat dekat Korea tu ada patung Statue Anta Sonata.”

“Farhan…imagine awak terlalu tinggi. Statue Anta Sonata? Saya tahulah patung tu sejarahnya dulu sweet tapi untuk ke tempat tu…I don’t think so.” hailah Ikha…ego kau terlalu tinggi!

“Ok…tak apa kalau awak tak ready sekarang. Saya tak kisah.” hai…bunyi macam pasrah je?

“Oklah…saya keluar dulu.” Ikha berlalu keluar. Malas nak layan songeh dia.

DAHLIA memandang abangnya dengan pandangan nakal. Hahaha…tunggu apa lagi? Upah arr! Aku dah tolong jaga syarikat dia! Kihkihkih…bila lagikan nak buli abang sendiri?

“Yelah, yelah. Abang bagi adik 1 ribu tapi ingat! Jangan guna duit tu untuk beli handbag lah…mekaplah. Minyak wangi tak apa! Baju baru! No! Terlalu banyak baju dekat rumah tu sampai dah berkepuk dalam stor!”

“Alah abang ni…”

“Apa alah abang ni? No! No means no!”

“Abang…”

“Take it or leave it?” Dahlia mengeluh. Huhuhu…

“Yelah…take it. Tapi kalau buat makan, boleh kan?” Dahlia menjongket-jongket keningnya nakal.

“Ye! Tapi jangan makan sampai habis satu ribu tu! Adik ni bukannya boleh kira sangat!”

“Hesy! Mana ada!”

“Ok…nah!” Syed Izzul Raziq menyerahkan sampul coklat kepada adiknya. “Ingat! Jangan guna duit ni untuk shopping! Belajar menabung sama!”

“Yelah bos!” Dahlia mengambil sampul coklat tersebut. “By the way, thanks abang!” Dahlia mengucup pipi abangnya.

“Hesy! Dah! Pergi main jauh-jauh!” halau Syed Izzul Raziq. Dahlia hanya mencebik.

“Mengahalau? Tak apa…nanti tak nak tolong dah syarikat abang!” Dahlia segera berpaling keluar dari pejabat abangnya.

Ketika Dahlia keluar dari bilik abangnya, matanya tertancap pada Sasha yang sedang jalan menuju masuk pejabat abangnya. Dahlia berhenti depan Sasha.

“Kau buat apa datang sini?” minah ni! Tak laku buat cara tak laku!

“Kenapa? Kau panas?” soal Sasha sinis.

“Memang! Memang aku rasa bahang tetiba bila perempuan lintah binti belut macam kau ni masuk pejabat abang aku. Kau ni seolah-olah api yang sedang merebak masuk ke dalam pejabat abang aku.”

“Yang kau nak menyebuk sangat kenapa hah? Ikut suka akulah nak masuk pejabat boyfriend aku!”

“Hahahaha!!!” Dahlia tergelak kuat. “What did you say? Boyfriend? Oh my gosh damn woman! My brother is your boyfriend? Stop dreaming woman. Abang aku dah kahwin. Kau tak sedar diri ke?!”

Sasha hanya tersenyum bodoh. “Kisah apa aku kalau abang kau dah kahwin?”

“Security!” jerit Dahlia. Kau jangan harap dapat jumpa abang aku!

“Ye Cik Dahlia?” soal pengawal bertubuh tegap itu.

“Tolong bawak minah mereng ni keluar dari pejabat abang saya. Saya tak nak tengok perempuan ni ada lagi dekat ofis abang saya! Saya nak guard seluruh tempat masuk pejabat ni dengan ketat. Faham?”

“Baiklah Cik Dahlia…jom ikut saya!” pengawal itu menarik tangan Sasha supaya keluar dari bangunan tersebut.

“Hey! Tak payahlah nak pegang aku! Kau Dahlia! Kau dengar sini, kau jangan ingat hidup kau aman!” ugut Sasha sebelum melangkah keluar dari bangunan tersebut. Dahlia hanya tersenyum sinis. Ada aku kisah? Perempuan jalang macam kau ni tak layak nak ugut aku!

“UWEKK!!!” Zurin muntah lagi. Habislah! Lepas ni aku nak makan apa? Asal makan je muntah. Asal makan je muntah. Nak buat macam mana ni? Zurin mengelap mulutnya.

“Zurin…” panggil Puan Zaria. Dia membawa semangkuk bubur bersama vitamin kepada anaknya.

“Ya ibu?” Zurin keluar dari bilik air. Dia duduk di birai katil. Puan Zaria meletakkan dulang di atas meja kecil berdekatan dengan katil anaknya.

“Zurin makan bubur ni ya?” Zurin menggeleng.

“Habis tu? Takkanlah nak biarkan baby dalam tu tak makan?”

“Nak makan macam mana ibu? Kalau makan je, muntah.”

“Tak apa…Zurin makan je bubur ni. Kalau tak boleh jugak, tak payah makan. Lepas tu, makan vitamin ni.”

“Tak nak…”

“Zurin…kalau Zurin tak makan, kesian dalam tu. Dalam tu kena makan…”

“Ok…” Zurin hanya akur. Dicapainya mangkuk bubur lalu disuap sesudu ke dalam mulutnya. Ok, loya tak datang lagi. 2 sudu, 3 sudu, 4 sudu dan nak masuk sudu ke 5, dia cepat-cepat meletakkan mangkuk lalu menuju ke tandas. Bubur yang dimakan tadi dikeluarkan balik. Urghh…usai mencuci mulutnya, Zurin kembali ke katil.

“Nah…” Puan Zaria menyerahkan vitamin kepada Zurin. Zurin mengambilnya lalu menelan bersama segelas air susu.

“Zurin tidur dulu ya?” Zurin hanya mengangguk lalu membaringkan badannya. Badannya terasa sungguh lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience