Bab 15

Romance Completed 30326

Bab 15

“Jom!” ajak Farhan. Zurin mengangguk perlahan. Dia membawa fail-fail penting dan beg tangannya lalu mengikut Farhan ke bawah. Sampai di tingkat bawah, Farhan menepuk dahinya.

“Alamak! Macam mana aku boleh lupa? Hari ni aku naik motor! Takkan nak menunggang dengan kau pulak kot?”

“Hmmm…tak payahlah nak kalut sangat! Aku ada! Aku bawak kereta! Jom!” Farhan mengikut Zurin ke kereta.

Zurin memandu keretanya ke Worldwide Centre yang terletak di Putrajaya. Jauh beb!

“Zurin! Aku dengar dari abang aku sendirilah kan yang kau…kau pernah nak kena try dengan si Syed Izzul Raziq tu? Betul?”

“Yelah! Sebab tulah aku malas nak pergi! Dia tu playboy! Teruk gila kot! Pernah sekali aku pergi meeting, awek dia datang serang sebab dia curang! Habis kecoh satu bilik meeting! Kiranya dia kategori playboy famous macam kaulah!”

“Hmmm…ada genglah aku!” seloroh Farhan.

“Beranilah kau nak buat! Ikha kau nak letak mana kalau kau menggayat dengan minah Worldwide tu?”

“Hehehe…susahlah aku! Tapi Zurin, kau kena tolong akulah…susah tau nak tackle Ikha balik!”

“Yelah! Kau tak ingat ke apa yang kata dekat dia dulu? Kesian dekat dia tau!” balas Zurin.

“Aku tahulah aku salah! Sebab tulah aku nak tebus balik. Tapi, masalahnya dia langsung tak nak cakap dengan aku. Kalau cakap pun, just benda-benda yang penting.”

“Kau kena ingat tau Farhan. Hati perempuan kalau dah terluka, susah tau nak sembuh ibarat kerak nasilah kan? Memang susah nak buang tapi kalau rendam dengan air lama-lama, keluar jugak kerak tu. Macam tulah hati Ikha. Kau keep try and try. Insha-Allah lama-lama dia lembut jugak dengan kau.”

“Amboi kau! Cakap gaya macam pernah alami perkara ni?” sengaja Farhan nak menyakat Zurin.

“Aku bukannya berpengalaman pun tapi kau tahulah kan? Aku kan perempuan! So, bab-bab macam ni aku tahulah.”

“Lupa pulak kau ni perempuan!”

“Hoi!!!” terus lengan Farhan dicubit. “Kurang asam betul!” amboi! Selama ni dia fikir aku ni lelaki lah??! Farhan seronok ketawakan Zurin.

MEREKA tiba di bangunan yang tersergam indah. Worldwide Centre iaitu sebuah pusat kecantikan dan keperluan wanita untuk cantik dan juga terdapat gym untuk lelaki. Juga terdapat resort disediakan.

Zurin melepaskan keluhannya. Hesy! Rimaslah nak berhadapan dengan mamat ni! Syed Izzul Raziq! Huhuhu!!! Tolonglah aku!!! Aku tak nak jumpa dengan playboy tu!

“Zurin! Hoi! Mengelamun! Jomlah masuk!” Zurin dengan perasaan malasnya terpaksa melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

“Hello! Welcome new boss! Farhan Hanief!” sapa Syed Izzul Rafiq. Matanya tertumpu kepada Zurin.

Dia mula dah sesi nak gatal-menggatal dengan aku! Dok usya-usya aku kemain lagi! Cucuk mata tu padan muka!

“Hello…well since we met I’ve no idea with your name. Can I know your names miss?” soal Syed Izzul Raziq.

“What for Mr?” soal Zurin kembali. Sejak pertama kali mereka bejumpa dia tak izinkan Fakhrul memberitahu namanya begitu juga dia langsung tak memperkenalkan nama dia sendiri.

“Just want to know you…” balas Syed Izzul Raziq. Jual mahal! Hmmm…kena usaha lebih sikit ni!

“Saya rasa tak payah kot! I know your mission!” balas Zurin balik.

“Ok, ok! Errr…Syed Izzul Raziq. Can we start our discussion now?” Farhan mula tahu macam mana permainan Syed Izzul Raziq.

“Tak payahlah panggil nama I yang panjang tu. Just call me Raziq.”

“Oh ok!”

“Shall we?” Syed Izzul Raziq berjalan menuju ke bilik mesyuarat begitu juga dengan Farhan dan Zurin.

“Kan aku dah cakap!” kata Zurin geram.

“Ya…aku dah nampak permainan sebenar dia. Perghh…” kalah aku kau! Memang terdesak betul. “Dan aku rasa dia sukakan kau!”

“Isy! Kau ni merepek je kerja! Tak nak aku dekat playboy tu! Mintaklah dijauhkan!” aku? Dengan si buaya darat tu? Oh no! Aku tak nak jadi mangsa.

“So, Ecomas Executive Holdings…this is about 4 kali berjumpa termasuk hari ni. But you first time right?”

“Errr yes! Before this my brother takes over and now it’s on me.”

“Yeah…ok about the project…tentang pelan yang syarikat you hantar hari tu bersama PA you dan Fakhrul hari tu, pelan dia memang cantik dan I suka tentang pelan yang direka dalam tu. Gabungan green and blue…it’s quite pretty. Dan…PA you tahu yang I dah approve projek tu. So, bila projek tu akan start?”

“Insha-Allah…projek tu akan start minggu depan kalau tak ada apa-apa halangan. B.O.D di syarikat I cakap yang barang-barang tu akan sampai dalam minggu depan juga.”

“Ok…that’s good. Ok…tentang hiasan dalaman…” dan bla-bla-bla…mata Syed Izzul Rafiq tertumpu kepada Zurin. Macam mana aku nak tahu nama dia erkk??

Apa usya-usya??! Fikir hensem?! Eiii! Dahlah putih macam hantu cina! Seram! Zurin hanya buat bodoh. Malas nak layan playboy tu.

IKHA menghantar pelan yang baru siap direka. Dia menuju ke bilik Akram. Dia mengetuk perlahan pintu pejabat Akram.

Akram memandang ke arahnya. Dia tersenyum. “Come in!” Ikha melangkah masuk bersama pelan kerja yang bari disiapnya.

“Encik Akram…saya dah siapkan design nya…” dia menghulurkan kepada Akram. Akram meneliti design tersebut.

“Ok…quite perfect. Tapikan…kalau boleh landskap belakang tu bagi dia soft sikit macam biru ke…”

“Ok…saya akan perbetulkan balik ya?” Akram menyerah kembali pelan itu kepada Ikha. Ikha kembali ke meja kerjanya.

Ikha mengambil pensil berwarna lalu membetulkan landskap di belakang. Dia mewarnakan dengan warna biru muda.

Akram menjawab panggilan telefon dari Farhan. “Yes boss?”

“Suruh Ikha siapkan draft untuk projek baru tu. Saya nak secepat yang mungkin!”

“Ok bos…” Akram segera menuju ke meja kerja Ikha.

“Ikha…” Ikha memandang Akram.

“Ada apa Encik Akram?”

“Errr…bos suruh siapkan draft projek baru tu dan dia nak secepat yang mungkin! Maybe dia akan mintak petang ni.”

“Ohhh…ok!” Ikha mengangkat thumbs up. “By the way Encik Akram! Sinilah! Tengok pelan ni. Ok tak?” Ikha menyorot kertas itu ke tepi. Akram meneliti pelan tersebut secara warnanya.

“Perfect! Ok…saya ambil pelan ni dan saya akan show kepada bos. Awak siapkan draft yang bos nak tu.”

“Ok…thanks Encik Akram!” Ikha segera menekan-nekan sesuatu di komputernya. Keluar satu gambaran pelan projek. Dia perlu mengubah suai lalu pirnt sahaja. Ikha tekun menyiapkan kerjanya sehingga lunch pun dia lupa nak makan.

ALHAMDULILLAH! ucap Zurin dalam hati. Hanya dirinya dan Allah saja yang tahu betapa seronok dia apabila meeting sudah habis. Lega hati aku nak kena keluar dari pejabat si buaya ni!

“Thank you so much Encik Raziq! Kami berharap sangat projek ini akan berjalan dengan lancar.” ucap Farhan sambil berjabat tangan dengan Syed Izzul Raziq.

“I pun harap benda yang sama. So, see you next time. Miss, see you again I hope!”

Sapa nak jumpa dengan kau?! Zurin melemparkan pandangan menjengkelkan. Hesy! Jangan harap aku akan suka dekat kau buaya!

“Boleh saya tumpang toilet?” pinta Farhan.

“Sure! You straight then belok kiri!” tutur Syed Izzul Raziq.

Alamak! Time macam nilah yang Farhan nak ke tandas! Isy! Sungguh meluat! Ada peluanglah buaya ni!

“Kenapa jual mahal sangat ni?” suara Syed Izzul Raziq.

“Kenapa nak tahu sangat ni?! Ikut suka hati sayalah saya nak cakap ke tak?! Yang sibuk sangat pehal??” Zurin menjeling playboy yang sedang berdiri di sebelahnya.

“Sebab I nak kenal dengan you…takkan itupun salah?”

“ Sorry, saya tak berminat! Takkanlah perempuan pakai tudung pun nak menggayat?! Carilah yang better sikit dari saya!”

“Because I like you…like the way you are…”

Aduh! Mana Farhan ni?! Lambat betullah! Tolonglah! Aku nak balik!!!

“Sorry…saya langsung tak nak kenal dengan playboy macam awak ni. Takkan taste awak ni orang pakai tudung kot? Bukan yang seksi-seksi ke?”

“Absolutely yes I suka yang seksi-seksi. Tapi bila I nampak you…I rasa lain…”

“Huh! Kata-kata playboy! Orang lain mungkin cair tapi saya tak akan!” Farhan! Tolonglah cepat sikit!!! Aku dah nak termuntah hitam dekat sini dengar si Raziq ni cakap!

“Tak apa…you mungkin boleh lari dari I tapi I, I akan cari you dan status you sampai I dapat! I bukannya jenis lelaki yang mudah berputus asa.”

“Then…kipidap! Saya tak halang pun! Teruskan usaha mencari!”

“Sorry lambat! Jom! Zu…” mata Zurin tersembul. Terus ayat Farhan terhenti. “Errr…jomlah balik! I balik dulu Encik Raziq!” Syed Izzul Raziq hanya mengangguk.

Zu? Zu apa ehh?? Zoo Negara? Oh no! Jangan nak buat lawak! Aku akan siasat!

“GOSH! Nasib baik kau tak terlepas cakap tadi! Kalau tak…pecah rahsia nama aku!” Zurin menarik nafas. Kalaulah Farhan terlepas cakap, habislah!

“Tulah! Nasib baik aku sempat brek! Kalau tak…habis dia ngap kau!”

“Tulah!” agak-agaknya kalau playboy tu tahu nama aku, apa reaksi dia agaknya??

“Zurin…aku rasakan Syed Izzul Raziq tu suka dekat kaulah!”

“Mendelah kau ni! Jangan nak merepek boleh tak?! Aku tak sukalah! Tak naklah aku bersuamikan playboy! Merana hidup aku!” tak nak! tak nak! Tak mungkin aku dengan playboy tu!

“Zurin! Aku sebagai lelaki aku tahulah cara dia pandang kau. Kalau dia nak menggayat, bukan macam tu caranya dia pandang kau. Cara dia pandang kau tadi berlainan sangat. Lain gila! Seolah-olah dia…”

“Dah! Cukup! Aku tak nak dengar. Please lah jangan sebut pasal dia.”

“Aku bukannya nak kata yang kau tu berjodohan dengan dia Zurin tapi aku just nak cakap dekat sini yang cara dia tadi tu memang sukakan kau.”

“Apa-apa jelah. Aku malas nak layan!” akhirnya Farhan menyepikan diri.

Zurin mula rasa resah. Betul ke yang si playboy tu ada hati dekat aku? Oh no! Tak mungkin! Tak mungkin!

“Aku sebagai lelaki aku tahulah cara dia pandang kau. Kalau dia nak menggayat, bukan macam tu caranya dia pandang kau.” Zurin memikirkan kata-kata Farhan kembali.

Mungkinkah??...Sudahlah Zurin! Kau jangan nak fikir macam-macam! Otak kau pulak yang serabut nanti! Zurin fokus kepada pemanduannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience