Bab 23

Romance Completed 30326

Bab 23

Keadaan mereka berdua sepi. Daripada nak bercakap langsung tak bercakap. Kelu katanya.

“Kau betul ke suka kat Zurin?” Farhan memulakan bicara.

“Aku memang sukakan dia Farhan. So much!” makna Raziq sungguh mendalam dan ada sebab kenapa dia jadi playboy.

“Macam mana kau tiba-tiba boleh sukakan dia?”

“Kau pulak macam mana boleh sukakan Ikha tiba-tiba?” soalan yang agak sama diputarkan balik. Dua-dua tak ada jawapan.

“Aku sukakan dia ada sebab Farhan…” ujar Raziq dengan maksud yang mendalam.

Farhan tertarik untuk mendengar lebih lagi. Macam mana Syed Izzul Raziq boleh sangkut dengan kawan aku ni.

“Kenapa?” Raziq hanya tersenyum. Farhan setia menanti jawapan Raziq.

“Come on Raziq. Aku dengan Zurin kawan lama ok dan kau pun dah jadi kawan aku. Cuba cerita dekat aku…”

“Kalau aku cakap, kau mesti kau tak percaya Farhan…” Farhan menjongketkan keningnya.

“Apa maksud kau?”

“Ok…macam nilah. Aku akan berterus-terang dekat kau. Hanya kau saja yang tahu benda ni selain family aku. Zurin pun tak tahu benda ni.” makin bertambah kerutan di dahi Farhan. Hailah…cepat nampak tualah aku nampaknya.

“Apa maksud kau Raziq?? Kau buat benda tak senonoh dekat Zurin dalam diam-diam erkk??”

“Isk kau ni! Ada pulak! Playboy aku pun, tak delah sampai nak rosakkan anak dara orang.”

“Habis tu?”

“Ini 4 tahun yang lepas…”

Flashback…

Mama dan papa Syed Izzul Raziq datang ke rumah ibu dan abah Zurin sewaktu ketiadaan Zurin. Waktu itu Zurin masih menjadi pelajar di university dan duduk di asrama.

“Ya Allah! Dah datang!” sambut Puan Zaria mesra. Encik Mukhriz bersalaman dengan Syed Mokhtar.

“Apa khabar Zaria?” tanya Puan Husna dengan gembira. Dah lama tak jumpa kawan lama.

“Baik! Jemputlah duduk!” pelawa Puan Zaria. Encik Mukhriz dan Syed Mokhtar sibuk bersembang entah apa entah!

“Sebenarnya kami datang ni ada hajat!” kata Puan Husna.

“Hajat apa?” soal Puan Zaria pelik. Encik Mukhriz dan Syed Mokhtar hanya menunggu dan melihat.

Melihat isterinya kekok, Syed Mokhtar memulakan bicara. “Tujuan kami datang ke sini adalah untuk meminang anak Encik Mukhriz dan Puan Zaria untuk anak kami, Syed Izzul Raziq.”

Puan Zaria memandang suaminya. Encik Mukhriz menghantar pandangan blur.

“Betul ke ni?” soal Puan Zaria.

“Betullah Zaria…kami berkenan sangat dengan anak Zaria. Dahlah pandai, tutup aurat! Bukannya macam perempuan yang selalu anak kami bawak balik tu. Seksi! Kain ni jangan katalah. Tak pernah cukup. Nak pakai tudung pun jangan haraplah!” jelas Puan Husna.

“Kenapa dia bawak perempuan seksi?” soal Encik Mukhriz.

“Biasalah…sejak kami nyatakan hajat kami nak jodohkan dia dengan seseorang, terus dia berubah jadi playboy.”

Puan Zaria hanya terdiam. Anak aku nak dijodohkan dengan playboy?? Encik Mukhriz pula…entahlah! Bahagiakah anak aku dengan seorang playboy???

“Kami tahu mungkin susah nak lepaskan anak untuk mulakan hidup dengan seorang playboy kan? Tapi, inilah satu-satunya harapan kami. Kami betul-betul nak dia ke jalan yang benar kembali. Kami nak dia jinakkan balik Syed Izzul Raziq. Dia dah jauh tersasar.”

“Macam mana abang?” soal Puan Zaria kepada suaminya.

“Saya bukannya apa tapi saya takut anak saya disakiti kemudian hari…” suara Encik Mukhriz risau. Takut masa depan anaknya tersia-sia begitu sahaja. Yang sulung dah kahwin dan Alhamdulillah dengan orang yang baik. Tapi, ini???

“Saya akan pastikan yang hidup Zurin takkan tersia-sia. Percayalah…kita tunangkan mereka dulu?” Puan Husna mengeluarkan sekotak baldu merah berbentuk hati lalu diserahkan kepada Puan Zaria.

Macam mana kalau Zurin tak suka dengan semua ni? Macam mana kalau…

“Percayalah Zaria. Saya yakin yang satu hari nanti Raziq akan jaga Zurin dengan sepenuh hatinya. Saya berani jamin. Dia kalau dah jatuh suka, memang dia akan sayang sampai mati!” kata Puan Husna. Cuba meyakinkan Puan Zaria dan Encik Mukhriz.

Puan Zaria membuat isyarat kepada suaminya sama ada setuju atau tidak. Pada pandangan mata Puan Zaria, dia tahu Encik Mukhriz enggan melepaskan anaknya. Akhirnya, dia mengangguk.

Puan Zaria menghembus nafas berat. “Baiklah…saya dan suami saya setuju dan kami terima cincin ni.”

Puan Husna dan Syed Mokhtar tersenyum gembira. Alhamdulillah…akhirnya. Zurin dan Raziq bertunang walaupun dalam keadaan begini.

End flashback…

“Jadi, dalam erti katanya aku dengan Zurin dah bertunang. Sebab tulah, kau perasan tak di jari Zurin ada cincin?” barulah Farhan faham kenapa di jari Zurin ada cincin.

“Tapi…dia cakap itu cincin lain. Maksud aku, itu cincin pemberian arwah mak ngah dia…”

“Taklah. Ibu dia sengaja cover. Kalau cakap benda yang betul, mengamuklah Zurin kan? Kau kan kenal Zurin dah lama. Mesti kau tahu dia macam mana kan?” Farhan mengangguk. Dia tahu gaya Zurin macam mana kalau mengamuk. Memang bergegar alam.

“Sebab tulah kau jadi playboy?” Raziq mengangguk.

“Tujuan aku jadi playboy ni pun sebab aku nak mama dengan papa aku cancel tunang aku dengan Zurin.”

“Lepas tu? Sekarang ni kau nak putus tak?” acah Farhan.

“Gila kau aku nak mintak putus tunang? Aku dah sukakan dia…”

“Kau tak pernah jumpa Zurin ke?” Raziq menggeleng.

“Sebab tulah bila aku jumpa dia first time masa meeting dengan Fakhrul dulu…aku rasa lain macam. Macam ada something antara aku dan dia.”

“First love?”

“Of course bro! Macam kau dengan Ikha lah kan??? Sampai tersengih-sengih dekat bilik mesyuarat tadi…” Raziq sengaja mengenakan Farhan.

“You got me bro! Hahaha…” tak sangka Raziq dapat detect. “Tapikan bro, kau kena usaha lebih keras sikit. Zurin seriously hardly untuk pikat dia. Aku ni tak apalah teman dia dari sekolah rendah. Ini kau yang tunangan dia ni. Kena kerja keras. Kalau setakat tanya nama, sakat and whatever, takkan jalan Zurin ni. Ini betul-betul bro! Bukan main-main. Aku tahu kau sukakan Zurin.”

“Bukan setakat suka je bro tapi aku dah mula cintakan dia. Sangat-sangat!”

“Yeah…sebab tulah aku cakap kena kerja keras. Kau tak boleh nak cakap kau cintakan dia tapi kau kena buktikan. Kalau kau try and try pikat hati dia, Insha-Allah kau tengoklah! Dia akan cair jugak.”

“Thanks atas nasihat kau tu bro.”

“No thanks bro. Kita kan dah jadi kawan? So, kita kena tolonglah bila seseorang itu memerlukan kan?” Raziq ketawa.

“Macam pakar motivasi pulak!” Farhan turut tertawa.

“Aku akan try rapatkan kau dengan Zurin. Don’t worry…aku akan handle semua ni.”

“Thanks bro! Oklah…aku rasa better aku gerak dulu. Dah jam 6 petang ni. So, meet again?”

“Sure! Datanglah ofis aku bila-bila je!”

“Kau pun datanglah ke sana!”

“No problem! Aku akan bawak Zurin sekali!” Raziq mengangkat thumbs up. Raziq melangkah keluar dari pejabat Farhan dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience