Bab 12

Romance Completed 30326

Bab 12

Selepas lunch, mereka segera menuju ke tapak projek and the best thing is Ikha kena satu kereta dengan Farhan. Dia pun tak faham kenapa. Zurin pula drive kereta sendiri.

Dalam kereta, mereka hanya mendiamkan diri. Tiada apa topik yang ingin dibicarakan. Semuanya hanya mendiamkan diri. Ikha memandang ke luar tingkap. Memandang kereta-kereta yang berada di highway tersebut.

“Ehem!” sengaja Farhan berdehem. Sepi sangat dalam kereta ni. Sounds krik…krik…

“Kenapa senyap je ni?” soal Farhan. Sengaja nak hidupkan suasana.

“Ikha…cakaplah. Takkan nak berdiam diri je? Tak nak ke berbual?” sepi juga.

“Ikha…”

“Fokus!” suara Ikha sepatah.

“Yelah! Memang saya tengah fokus tapi saya teringin nak cakap dengan awak…”

“Tak ada apa yang perlu dibualkan.”

“Takkanlah tak ada?”

“Tak ada!” tegas jawapan Ikha.

Makin susah nak tackle hati Ikha ni. Memang dah betul-betul keras untuk aku! Sampai malas nak cakap dengan aku.

“Ikha…”

“No!”

“Ok…” akhirnya Farhan mengeluh. Tak guna dia nak memujuk. Bukannya Ikha nak bercakap dengan dia pun.

Sampai di site, Ikha dan Farhan keluar dari kereta manakala Zurin dan Akram sudah siap dengan topi dan kasut sport di kaki mereka.

Ikha memakai topi dan kasut sport diberi oleh Farhan. Dia tahu bila di site, macam-macam boleh terjadi. Cerita-cerita pasal kemalangan di site membuatkan Ikha lebih berhati-hati.

Mereka berjalan seiringan ke tapak projek. Farhan berjumpa dengan ketua yang handle tapak projek ini.

“So far, projek ini berjalan dengan lancar. Encik Farhan jangan risau. Saya dah check kesemuanya.” ujar Daniel. Salah seorang ketua yang meninjau pergerakan pekerja-pekerja di tapak projek ini.

“Ok…good Daniel. Emmm…Akram! Ikut saya sekejap…” ada sesuatu yang dia ingin bincangkan. Akram menghampiri Farhan.

“Ada apa bos?”

“Saya nak bincang sedikit dengan awak pasal jawatan. Awak nak tak tukar jawatan dengan Ikha?”

“Tukar jawatan? Means saya kena jadi board of director dan Ikha jadi arkitek?”

“Yep! Well, awak pun part of the team?”

“Emmm…pasal tukar jawatan ni saya tak kisah sebenarnya bos tapi Ikha nak ke dia jadi arkitek sedangkan dia jadi B.O.D pun dia dah pening kepala. Dia nak kena teliti pelan tu. Baru-baru ni pun dia dah pening kepala. Ini pulak dia nak kena tentukan design plan.”

“Yang tu jangan risau. Awak ajarkan dia ya? Yang penting sekarang ni awak setujulah untuk tukar jawatan?”

“Saya ok je…”

“Tapi awak jangan beritahu dia sehinggalah saya beritahu dia sendiri nanti ya?”

“Baik bos…”

“Dah…pergi sambung balik.” Akram segera beredar.

IKHA merebahkan dirinya di sofa. Letih kot teliti semua laporan pelan projek yang baru-baru ni. Dahlah pelan tu pelan projek besar! Allahu akhbar! Nasib baik tak pecah kepala aku tengok!

Puan Lydawati meletakkan segelas air sejuk di meja. “Minumlah dulu Ikha…” Ikha bangun dari pembaringannya. Air sejuk itu diteguk. Fuh! Lega tekak aku kena air.

“Penat Ikha?”

“Gila tak penat mak oiii! Kita ni dahlah jadi board of director. Penat kot mak! Ini pun baru lepas dari pergi lawat site.”

“Oh…hmmm tak apalah. Ikha pergilah mandi apa ke dulu. Bagi segar badan tu.”

“Hmmm yelah mak! Ikha masuk bilik dulu eh?” Ikha terus menuju ke biliknya. Dia perlu mandi. Badan pun dah melekit pergi lawat site tadi.

FARHAN tersenyum apabila mendapat nombor Ikha. Hahaha…mana dapat?? Senang je! Curi dekat HR jelah!

Senanglah lepas ni aku nak call ke, nak chat ke? Aku nak tengok sejauh mana Ikha tak nak layan aku! Yang paling penting ialah aku nak kena tackle dia balik! Fulamak! Playboy famous nak tackle!

Ringtone Maps dari Maroon 5 bergema satu biliknya. Dia memerhati nombor tersebut. Dia mengeluh. Nadzra…

“Hello sayang!”

“Yes?”

“Sayang! You dah janji nak keluar dengan I malam ni!”

Farhan menepuk dahinya. Alamak! Macam mana aku boleh lupa? Soheh budak ni cengeng!

“Sorry sayang! I lupalah…”

“Alah you ni! Asyik lupa! So? Jomlah!”

“Nanti boleh tak sayang? I letihlah!”

“You ni! Kalau I ajak keluar, ada je alasan! Letihlah, penatlah…peninglah!” gerutu Nadzra di talian.

“I’m seriously sayang! I letih! I baru balik dari lawat projek tadi! Please faham I ya?”

“Hmmm…oklah! Have a good rest dan I akan datang pejabat you esok ya? Bye!” talian terus diputuskan. Farhan mengeluh. Duh!

Namun, perasaan bosan menghantui Farhan. Nak buat apa eh? Clubbing? Oh maybe not! Karaoke?? Not anymore! Habis tu, aku nak ke mana? Takkan nak berjalan-jalan dekat Bukit Bintang?? Oh…tak payah! Dah bosan pun! Taman Tun Dr Ismail?? Lagilah bosan! Titiwangsa?? Maybe lah sebab dekat sana malam-malam meriah! Damansara?? Boleh jugak?? Shah Alam?? Sama je kot??

Farhan mencapai kunci motornya lalu keluar dari bilik. Baru sahaja nak melangkah keluar, abah dia menegur dari belakang.

“Farhan nak pergi mana tu?”

“Nak keluar kejap.”

“Clubbing?”

“Oh please abah! I’m not going there anymore and can you just stop question me?!” bentak Farhan. Asal aku nak keluar je, ada je dia nak tuduh!

“Farhan ingat abah tak tahu yang Farhan dok menggayat dengan perempuan?!”

“So what?! Ikut suka Farhanlah! Apa yang Farhan nak buat none of your business! Just own your business and do take care your wife heart!”

“Kurang ajar!” tangannya dinaikkan.

“Apa?! Abah nak tampar?! Tamparlah! Ada Farhan kisah??? Selama ni abah memang dah banyak kali pukul Farhan! Farhan dah lali pun!”

“Abah! Apa ni?! Kenapa abah nak cari kesalahan Abang Farhan hah?!” bentak Farhee pula. Asyik jumpa je, nak bergaduh.

“Kenapa kamu nak ambik tahu?!” bentak Dato Aswad.

“Sebab Farhee tak suka cara abah yang asyik nak cari kesalahan Abang Farhan! He’s do nothing wrong!”

“Nothing wrong?! Yang pergi clubbing tu?!”

“Itu dulu abah! Sekarang ni abang dah tak pergi pun tempat-tempat tu!”

“Ni apa yang bising-bising ni?” soal Datin Noraini. Farhan yang malas nak melayan terus meninggalkan rumah itu. Lagi lama, lagi dia sakit hati! Aku tahulah yang aku ni teruk!

“Abang! Abang cari masalah lagi ke dengan Farhan? Abang…sudah-sudahlah tu bergaduh dengan Farhan…” Datin Noraini cuba memujuk.

“Arghhh!!! Awak ni suka manjakan budak tu sampai dia berani kurang ajar dengan kita!”

“Kesalahan tu berpunca dari abang!” terus Datin Noraini beredar. Begitu juga dengan Farhee.

FARHAN memecut motorsikal kuasa besarnya dengan kelajuan 90 km/j. Gila tak gila?! Dahlah keadaan waktu itu banyak kereta! Memang gilalah si Farhan ni!

Dia berhenti di shopping mall Pavilion. Dia duduk di air pancutan itu. Cuba menghilangkan stresnya! Arhhh!!! Kenapa abah selalu tak puas hati dengan aku hah?! Bencilah macam ni!

“Hai Farhan!” tiba-tiba suara Delina kedengaran. Dia duduk di sebelah Farhan. Dahlah si Delina ni tua 2 tahun dari dia! Gedik kan? Tapi, layan jelah dulu!

“You nak apa?!”

“I nak youlah…jom temankan I?”

“Please Delina! I dah tak ada apa-apa hubungan dengan you kan?!”

“Alah Farhan…”

“Please Delina! Get out from my life!” Farhan terus menuju ke arah motornya lalu ditunggang ke Tasik Titiwangsa.

“Serabut!” Itulah yang dirasakan oleh hati Farhan.

Sampai di Tasik Titiwangsa, dia duduk di bangku itu. Kepalanya dicengkam. Aku tak faham! Sejak dari kecil aku dengan abah tak pernah ngam dengan abah! Ke aku ni sebenarnya bukan anak mereka?!

Perihal aku hanya Zurin saja yang tahu. Aku perlukan Zurin sekarang ni. Hanya Zurin sahaja yang memahami aku. Ke aku perlu call Ikha? Oh no! Ikha langsung tak akan layan kau!

Dia menelefon Zurin. “Hello Zurin?”

“Waalaikumussalam…” sengaja Zurin mengenakan Farhan.

“Tolonglah jangan sindir aku. Kau dekat mana?”

“Dekat rumahlah…”

“Tolong datang ke Tasik Titiwangsa sekarang? I need you right now…” suara Farhan sedih.

“Kau kenapa ni Farhan? Kenapa suara kau lain macam?”

“Please come here hurriedly! If not, aku akan terjun dalam tasik ni!”

“Ok, ok! Kau jangan buat kerja gila! Aku datang sekarang ni!” terus Zurin memutuskan talian. Farhan menyimpan kembali telefonnya ke dalam kocek seluar.

“Eh?? Farhan! Glad to see you here!” kata Amalin.

“What are you doing here?!” kerap pulak bohsia ni muncul!

“Nothing…memandangkan you dah ada dekat sini, I temankan you ye?”

“Tak perlu! You boleh blah!”

“Farhan??”

“Aku kata blah! Blah lah! Takkan aku nak campak kau dalam lombong baru kau nak pergi hah?!” herdik Farhan. Kacau mood aku!

“Ok…ok…I pergi!” terus Amalin pergi. Seram pulak tengok Farhan marah.

“ZURIN nak ke mana malam-malam ni?” soal Encik Mukhriz.

“Nak pergi jumpa Farhan abah! Katanya nak terjun dalam tasik tu kalau Zurin tak datang!”

“Ya Allah budak ni! Sungguhlah gila! Hmmm…kamu pergi elok-elok!
“Baik abah! Pinjam motor!” terus Zurin menunggang motor abahnya lalu menuju ke Tasik Titiwangsa.

Dia memerhati jamnya. Nak dekat pukul 9 dah ni! Hesy! Mintak-mintaklah mamat mental ni tak tejun ke dalam tasik tu lagi!

Encik Mukhriz hanya mengeluh. Budak-budak zaman sekarang! Puan Zaria pula memandang suaminya.

“Ke mana Zurin tu malam-malam?”

“Dia jumpa Farhan katanya. Farhan nak bunuh diri!”

“Ya Allah budak ni! Nak bunuh diri?? Haih…macam-macam!” Puan Zaria hanya menggeleng.

Share this novel

NancyJalang
2023-04-30 15:59:57 

}


NovelPlus Premium

The best ads free experience