Bab 75

Romance Completed 30326

Bab 75

Syed Izzul Raziq memandang gerangan pemanggil. Syakir? Apa yang dia nak ni? Syed Izzul Raziq menjawab panggilan tersebut.

“Hello Syakir? Ada apa?”

“Mintak maaf encik. Saya bukan Syakir. Saya Imran.”

“Imran? Siapa ni? Kenapa telefon Syakir ada dekat awak?”

“Sebenarnya saya ada berita untuk Encik Raziq. Sebenarnya Encik Syakir ni kemalangan dan dia dah kembali ke rahmatullah di tempat kejadian.”

“Astaghfirullahalazim!” Syed Izzul Raziq menekup mulutnya. Baru sahaja tadi Syakir datang menyerang mereka tapi sekarang dia mendapat berita yang sebegini?

“Sekarang ni Syakir berada di mana?”

“Sekarang Syakir dah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.”

“Baiklah! Encik Imran tunggu dekat sana. Saya ke hospital sekarang!” Syed Izzul Raziq segera memutuskan talian. Syed Izzul Raziq bergegas keluar dari dewan tersebut.

Zurin pula hanya memandang. Nak kejar tak mampu sebab dia tengah mengandung sekarang ni. Raziq nak ke mana? Kenapa dia nampak tergesa-gesa sangat ni?

Syed Izzul Raziq segera memandu ke Hospital Kuala Lumpur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia memaki hands-free. Dia menjawab panggilan tersebut.

“Hello awak. Awak ke mana ni?” suara Zurin kedengaran.

“Sayang…I’m so sorry sebab tak dapat nak bagitahu awak tadi. Saya nak kena cepat.”

“Yelah! Nak ke mana?”

“Saya nak ke hospital…”

“Buat apa?”

“Syakir kemalangan dah dia tak ada lagi. Mayat dia dibawa ke hospital sekarang ni.”

Zurin mengucap di hujung talian. “Macam mana boleh jadi?”

“Entahlah! Saya nak ke sana dan jumpa dengan saksi. Oklah sayang…saya letak dulu ok? Nanti saya cerita.”

“Ok…bawak kereta cermat!”

“Ok sayang! Thanks…” panggilan diputuskan.

Sampai di hospital, Syed Izzul Raziq bergegas menuju ke bangunan hospital. Dia menuju ke kaunter pertanyaan. Dia melihat ke arah yang ditunjukkan oleh nurse. Syed Izzul Raziq bergegas ke arah yang ditunjukkan oleh nurse.

Ketika dia tiba, dia terlihat seorang lelaki yang sedang menunggu di kerusi yang disediakan.

“Encik Imran?” soal Syed Izzul Raziq.

“Ya saya…encik ni Encik Raziq?” Syed Izzul Raziq mengangguk. Mereka bersalaman.

“Jadi, boleh saya tahu macam mana berlakunya kejadian ni?” mereka berdua duduk di kerusi.

“Sebenarnya kejadian dia saya pun tak berapa jelas nampak. Namun, ini berdasarkan saksi yang nampak kejadian awal ni. Mereka cakap kereta Syakir terbabas lalu merempuh kereta 4x4 yang melintas di hadapannya.”

“Allahuakhbar. Jadi, mayat dia macam mana sekarang? Bila yang nak dikebumikan?”

“Saya pun tak tahu sebab ikutkan ada kenalan dia di tempat kejadian, dia tak ada ahli keluarga. Maksud saya, ahli keluarga dia dah meninggal kecuali abangnya yang sekarang ni belajar di overseas.”

Sebatang kara? Selama ni Syakir hidup sebatang kara? “Tak apalah…biarlah saya yang uruskan semuanya. Boleh tak awak tolong saya?”

“Apa dia?”

“Awak tolong call semua nombor sanak saudara dia yang ada dalam fon tu. Saya nak buat kenduri tahlil sedikit.”

“Baiklah…”

FARHAN masuk ke dalam bilik. Ikha masih lagi mandi. Farhan baring di atas katil bagi melegakan keletihan yang dirasainya. 5 minit kemudian, kedengaran pintu bilik mandi dibuka.

Farhan terpukau dengan penampilan Ikha. Walaupun memakai kain dengan baju t-shirt lengan pendek, Ikha tetap nampak cantik dengan rambutnya yang agak keperang-perangan panjang mengurai. Ikha mengelap rambutnya tanpa mempedulikan Farhan yang sedang memerhati ke arahnya.

Farhan perlahan-lahan bangun menuju ke arah Ikha. Ikha yang melihatnya mula terasa cuak. Takkan dia nak laksanakan tanggungjawab dia malam ni? Gosh! Tak nak! Aku takut! Namun, dalam sekelip mata sahaja dia terasa tubuhnya di dalam dakapan Farhan. Ikha kelu.

“Saya mintak maaf?” Ikha mula terasa pelik.

“Kenapa?” tangan Farhan lembut mengelus belakang Ikha.

“Saya percayakan Syakir dan cakap yang bukan-bukan? Saya sayang awak Ikha! So much!”

Ikha mengeluh perlahan. “Saya tak ambik hati pun…” Farhan meleraikan pelukannya lalu memandang tajam ke anak mata Ikha.

“So, are you ready to be mine?” Allahuakhbar! Dia ni! Masih teringat kan pasal ni lagi?

“Errr…”

“Say you gonna give me a special gift to me this night?” Farhan mula tersengih nakal.

“Farhan…emmm…”

“Dahlah! Janganlah takut macam tu. Saya nak pergi mandi. Saya saja je nak usik awak. Saya tahu awak tak ready lagi. Tak apa…” Farhan mencapai tuala yang berada di atas katil namun Ikha segera menahan.

Ikha mengetap bibirnya. “Kalau awak mahu, saya akn bagi untuk awak.”

“Ikha…dah! Tak payah nak fikir pasal apa yang saya cakap tadi. Saya hanya terikutkan emosi. Dah…jangan fikir ok?”

“Tapi, saya perlu buktikan pada awak.”

“Ikha…kan saya dah cakap tak perlu lagi?”

“Farhan…saya teringin nak ada anak macam Puteri. Boleh kan? Boleh awak tunaikan hajat saya? Ini bukan hajat saya sorang tapi hajat mak dan abah saya jugak. Boleh?”

Farhan menelan liurnya. Jantungnya berdegup kencang. Betul ke Ikha ni? “Ikha…”

“Farhan. Saya tahu mungkin awak akan rasa saya gila malam ni. Tapi, kalau awak tak nak laksanakan, tak apa.” Ikha mengorak langkah ke katil namun tangannya cepat dipegang oleh Farhan.

“Ikha…saya akan tunaikan permintaan awak dan bodohlah saya kan kalau menolak hidangan yang dah tersedia di hadapan mata?” mulalah hati Ikha nak berdegup kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience