Bab 30

Romance Completed 30326

Bab 30

Syed Izzul Raziq setia menunggu Zurin untuk sedar dari pengsannya. Kalaulah benda ni tak berlaku, mungkin Zurin tak demam teruk macam ni. Tadi doktor cakap dia tak makan dan perut dia kosong. Akibat itu juga dia pengsan sebab tak cukup vitamin di dalam badan.

Zurin mula sedar. Perlahan dia membuka matanya. Matanya yang kabur diusap perlahan. Dia memerhati suasana itu. Pejabat Farhan?! Zurin terus bangun walaupun kepalanya terasa sedikit pening.

“Zurin? Awak dah sedar?” soal Syed Izzul Raziq dengan nada gembira.

Zurin memandang Syed Izzul Raziq dengan pandangan geram. Dia buat apa dekat sini dan dia teman aku??? Oh my!

“Awak buat apa dekat sini?!” soal Zurin kasar.

“Saya tak buat apa…just tunggu untuk awak sedar dari pengsan awak…”

Dia tunggu? Tapi, kenapa dia harus tunggu?? Zurin mula rasa terhutang budi pada Syed Izzul Raziq pulak.

“Kenapa tunggu?”

“Sebab…sebab saya tunggulah.”

Buat lawak bodoh pulak! Perbualan mereka terbantut bila telefon Syed Izzul Raziq berbunyi. Syed Izzul Raziq memandang pemanggil. Jane?? Huh! Apa yang dia nak?!

“Hello!” kasar betul.

“Sayang…you dekat mana??” rengek Jane di talian. Syed Izzul Raziq bangun menjauhi Zurin.

“Kan I dah cakap yang you dengan I dah tak ada apa-apa! Can’t you understand?! Go away!”

“Sayang…”

“Whatever! You ingat I bodoh ke hah?! I nampaklah Jane you keluar dengan banyak lelaki dan I nampak you masuk hotel dengan banyak lelaki! I nampak! And I’m not that foolish to keep you in my life anymore!” terus Syed Izzul Raziq memutuskan talian.

“Awek?” soal Zurin bila Syed Izzul Raziq menoleh ke arahnya.

“Emmm…well yeah…” Syed Izzul Raziq duduk berhadapan dengan Zurin. “Sorry…”

“For what?”

“Sebab saya awak jatuh sakit macam ni…”

“Saya malas nak ambik port. Tapikan, dengan cara awak yang banyak awek ni saya tak rasa yang saya boleh hidup dengan awak.”

Syed Izzul Raziq mengeluh mendengar jawapan yang keluar dari mulut Zurin. Memang betul kata Farhan. Zurin susah untuk di tackle.

“Zurin…tak boleh ke awak bukak hati awak untuk saya walaupun sedikit?” pinta Syed Izzul Raziq.

“Perlu ke saya bukak hati untuk playboy macam awak ni?” soal Zurin kembali.

“Zurin…boleh tak awak try dulu?” Zurin menggeleng.

“Zurin…I’m your fiancé. Boleh tak awak percayakan saya?”

“Tak…saya tak boleh. Kalau dah buaya tu tetap buaya!” Zurin bergegas bangun hendak keluar dari pejabat Farhan namun dengan sepantas kilat tangannya ditarik dan dia terdorong ke belakang.

“Apa ni?! Jangan nak guna cara playboy awak tu untuk dapatkan saya!” Zurin menolak tubuh Syed Izzul Raziq. Zurin lantas melangkah keluar. Syed Izzul Raziq tersenyum. Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku Zurin! That’s my promise!

“KENAPA dengan Zurin sebenarnya?” soal Ikha apabila dia keluar makan lunch dengan Farhan. Soalan yang sudah lama nak ditanya.

“Boleh tak kita makan dulu? Saya tak nak kalau saya cerita, awak tercekik!” balas Farhan sambil makan makanannya.

“Ok…” Ikha makan makanannya. Sabar Ikha…sabar…tak lari mana pun jawapan untuk soalan kau tu!

Ikha mengelap bibirnya selepas makan. Dia menunggu jawapan dari Farhan. Farhan pula memandang Ikha.

“So?” Ikha sudah tak sabar nak dengar jawapan dari mulut Farhan.

“Ok…cerita dia macam ni ye…Syed Izzul Raziq tu sebenarnya dia punya…emmm dia punya fiancé.”

“What?!” Ikha menutup mulutnya. “Seriously?” Farhan mengangguk.

“Sejak bila?”

“Sejak 4 tahun lalu?”

“4 tahun lalu? Maknanya masa umur kita 20 lah??” Farhan mengangguk lagi.

“So now macam mana? Zurin boleh terima kenyataan?”

“Tak…yelah! Dia mana sukakan playboy. Semalam sehari dia tak keluar makan…”

“Ya Allah Zurin ni! Sampai macam tu sekali? Huh…” Ikha mengeluh dengan sikap Zurin tapi dia turut rasa simpati terhadap Zurin. Yalah…tak ada angin tak ada rebut tup tup dia jadi tunangan orang. 4 tahun berlalu pulak tu!

“So? Apa yang kita nak buat? Like satukan Zurin dengan Syed Izzul Raziq?”

Farhan mengurut dagunya. Berfikir. “Entahlah…buat masa sekarang tak ada idea lagi. Awak ada idea?” manalah tahukan Ikha ada idea yang bernas.

“Tak adalah…susah jugak masalah diorang ni. Sorang berkenan, sorang lagi tak berkenan!” gumam Ikha.

“Macam kitalah…” sengaja Farhan nak usik.

“Hah?”

“Yelah! Macam kitalah…saya sukakan awak tapi awak buat bodoh je walaupun awak dah mengaku yang awak sukakan saya…”

“Hesy! Apa kena mengena pulak? Ini hal Zurin dengan Syed Izzul Raziq! Hal kita belakang cerita!” ada pulak dia mention pasal tu?! Malulah aku!

“Hehehe…gurau jelah! Jomlah balik ofis. Saya tahu awak banyak kerja kan?”

“Yelah…saya nikan pekerja dan awak kan bos? So…not big deal kan?” peril Ikha balik.

ZURIN mengetuk-ngetuk pen di mejanya. Fikirannya terlayang pada Syed Izzul Raziq. Hesy! Buat apa aku nak ingat dekat dia?! Semak memori kau je Zurin! Buang muka dia tu jauh-jauh! Delete terus dari kotak fikiran kau!

Aduh! Takkanlah aku pun nak jadi macam drama Tundukkan Playboy Itu?! Tak logiklah! Aku bukannya ada mata yang cantik macam Nurin pun! Syed Izzul Raziq tu bukannya Harraz! Tapi playboy nya macam Harraz!

Duh Zurin! Kau ni banyak tengok dramalah! Pasal tulah kau selalu je berangan hidup kau macam dalam drama tu! Wake up Zurin! Itu hanya drama dan dunia kau adalah yang realiti Zurin! Ingat! Dunia kau berbeza dengan drama Tundukkan Playboy Itu. Tulah! Layan sangat cerita tu sampai kau dapat tunang playboy!

“Bangg!!!” mejanya diketuk kuat. Zurin terlatah. Dia memandang geram ke arah Dani yang sedang tersengih ke arahnya.

“Isy! Kalau tak buat saya tak terkejut, tak boleh?!” geram pulak aku dengan Encik Dani ni!

“Dah tu termenung sampai orang tercegat depan ni 5 minit pun tak perasan!” bidas Dani.

“Encik Dani nak apa?”

“Bos ada tak?”

“Tak ada…kejap lagi dia masuklah. Dia pergi lunch dengan Ikha…”

“Hmmm…tak apalah! Saya datang sini nak tanya tu je. Sambunglah berangan balik!” Dani segera beredar. Dia ketawa apabila Zurin mencebik kepadanya.

Seronok betul dia kenakan aku ye? Nak kena Encik Dani ni! Hesy! Zurin membuka email miliknya. Ada satu mesej di inbox. Dia membuka mesej tersebut.

From: IzzulR

To: NazliliZ

Kepada tunangku, Nazlili Zurin…

Saya tahu saya seorang playboy dan tak layak untuk berdamping dengan orang yang baik macam awak. Saya tahu saya banyak kekurangan tapi tak bolehkah playboy macam saya ni jatuh cinta dan menjadi seorang yang setia kepada pasangannya? Adakah seorang playboy macam saya ni berdosa sebab jatuh cinta dengan tunang dia sendiri? Apakah playboy macam saya ni akan dijatuhkan hukuman mati mandatory kalau saya nak setia dengan awak? Salah ke saya Zurin? Zurin…saya ikhlas sukakan awak dan cintakan awak. Saya tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan pun Zurin. Saya tahu ayat saya ni cliché tapi inilah hakikat Zurin. Farhan ada bagitahu saya yang awak suka layan drama slot Akasia Tundukkan Playboy Itu petang-petang. Tak kurang sama ke saya dengan Harraz Naufal tu? Samalah awak dengan Nurin Areesa tu…tak sukakan playboy dan tak pernah impikan playboy jadi suaminya pada masa hadapan. Saya pun macam Harraz Naufal Zurin…saya Syed Izzul Raziq mencintai awak Zurin sebagaimana Harraz Naufal mencintai Nurin Areesa. Tak boleh ke awak bukakan hati awak walaupun sedikit untuk saya?

Sincerely…

Syed Izzul Raziq.

Tersentuh hati Zurin membacanya. Adakah dia benar-benar mencintai aku dan sayang aku??? Adakah aku ditakdirkan untuk menjadi tulang rusuk kepada Syed Izzul Raziq. Zurin mengemam bibirnya. Apa kata aku balas?

From: NazliliZ

To: IzzulR

Buat tunangku…(terpaksa okay!)

Awak tahukan yang saya susah untuk terima lelaki dalam hidup saya? Saya tak sukakan lelaki yang hanya tahu gunakan perempuan dan main-mainkan hati mereka. Saya tak nak bila saya terima awak, awak mula abaikan saya sebab awak just nak main-mainkan hati saya. Lagipun awak playboy Syed Izzul Raziq…tak mustahil banyak yang akan mengejar awak Syed Izzul Raziq dan yang merananya adalah diri saya…hati saya…I’m so sorry Raziq…let me think first. I can’t think straight now.

Sincerely…

Nalili Zurin

Adakah aku buat keputusan yang betul sekarang ini? Tapi…abah dan ibu mengharapkan aku berkahwin dan mak Raziq pun mengharapkan aku ikat si Syed Izzul Raziq ni ketat-ketat.

Blupp…satu email masuk. Dia membukanya.

From: IzzulR

To: NazliliZ

Zurin…

Saya tak kisah kalau awak nak berfikir buat masa sekarang ni tapi satu sahaja yang saya minta Zurin. Jangan pernah mintak untuk putuskan pertunangan kita? Kalau kita putuskan tunang, saya akan jadi gila!

Biar betul mamat ni? Putus tunang boleh buat dia jadi gila??? Oh gosh!

From: NazliliZ

To: IzzulR

Syed Izzul Raziq…

Kalau awak tak sakitkan hati saya dan tak buat saya annoying dekat awak, saya takkan call off this engagement. So, keep hard working to tackle my heart. [smile face]Kalau awak Berjaya buat hati saya terpaut dekat awak dalam masa 3 bulan ni, saya bersetuju untuk kahwin dengan awak!

Isy! Kau biar betul Zurin??? 3 bulan??? Kalau buatnya kau terjatuh hati dekat dia sebelum 3 bulan macam mana?! Oh no!

From: IzzulR

To: NazliliZ

My dear…

Ok…just wait for my love dear. I’ll make sure you fall in love with me before 3 months coming. Take it as a note dear!

Zurin menutup emel nya. Merepek je dia ni! Tapi…kalau betul macam mana??? Itulah kau Zurin! Tak fikir sebelum tulis!

“Wooo…ada orang tu main emel dengan tunang dia!” usik Farhan. Ikha yang berada di sebelah tersenyum-senyum.

“Hoi! Kau baca erkk??” Zurin mengigit bibirnya. Kalau dia baca, malulah aku!

“Taklah…just tengok from siapa. Isinya tak baca…” jawab Farhan.

“Jebon betullah!” kutuk Zurin.

“Zurin…kau dengan tunang kau tu dah ok ke?” soal Ikha pula.

“Taklah…aku just balas emel yang dia hantar dekat aku. Well, aku ada buat pertaruhan dengan dia…”

“Apa?!” soal Farhan dengan Ikha serentak. Isy dua manusia ni! Memang sesuailah kahwin! Cakap pun serentak.

“Aku kata kalau dia Berjaya tackle hati aku dalam masa 3 bulan, aku setuju akan kahwin dengan dia!”

“What?!” sama lagi?! Memang sah jodoh!

“Yelah! Yang korang nak terkejut sangat ni kenapa?!”

“Taklah…buatnya dia Berjaya tawankan hati kau dalam 3 bulan macam mana?” Ikha memandang Zurin dengan pandangan tak percaya. Farhan pula sokong kata-kata Ikha.

Zurin hanya menjongket bahu. We will see…tengoklah macam mana. Kalau aku fall, aku akan terima dia kalau tak…tunggulah ye sampai aku fall.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience