Bab 13

Romance Completed 30326

Bab 13

Zurin segera menuju ke arah Farhan yang sedang berdiri di tebing tasik. Terus ditarik tangan Farhan agar jauh dari tasik.

“Weyh! Kau dah gila ke hah?! Kau ingat kau bunuh diri, boleh selesai masalah! Kau bodohlah!”

“Yang kau pehal Zurin? Aku bukannya nak bunuh diri! Aku pun tahulah lagi hukum-hakam apa semua ni!”

Zurin mengerutkan dahinya. “Habis tu? Apahal kau pergi duduk tebing tu?”

“Aku nak release tension je. Aku stres lah Zurin!”

“Pasal apa? Pasal abah?” Farhan mengangguk.

Zurin melepaskan keluhannya. “Apa pulak kali ni Farhan? Kau kea bah kau yang mula?”

“Abah akulah! Aku nak keluar ni just nak release bosan aku ni but at last, dia tuduh aku macam-macam.”

Zurin duduk di kerusi yang disediakan. Farhan duduk di sebelah Zurin. Dia menekup mukanya.

“Sebenarnya aku ni anak mereka ke tak hah??”

“Apa yang kau cakap ni? Sudah semestinya kau ni anak mereka! Surat beranak kau pun berbinkan abah kau.”

“Manalah tahukan semua tu palsu kan?”

“Mustahillah! Mesti abah kau ada sebab tersendiri kenapa dia layan kau macam ni…”

“Kenapa pulak??! Aku rasa unfair sebab semua adik beradik aku dia layan dengan baik! Kecuali Farhee. Dia layan macam aku jugak.

“Aku nak cakap lebih-lebih pun aku tak berani sebab aku tak tahu apa masalah abah kau yang sebenarnya. Macam nilah…apa kata kau cuba berbaik-baik dengan abah kau?”

“Aku? Nak berbaik-baik dengan abah aku? Nonsense! Tak mungkin!”

“See??? Dua-dua ego! Inilah puncanya yang sebenar!” marah Zurin.

“Kau tak tahu Zurin…aku terseksa duduk dalam rumah tu! Aku ingatkan aku nak pindah je dari rumah tu!”

“Dahlah…apa yang kau cakap ni?” tiba-tiba melentokkan kepalanya di bahu Zurin.

“Kau pehal dooo??” Zurin rasa tak selesa. Hesy! Kang orang ingat aku dengan dia ni couple pulak.

“Jangan tolak please? Aku penat…aku letih fikirkan masalah keluarga aku…”

Zurin tak sampai hati nak menolak. Kesian dekat Farhan. Ya…Farhan dan Farhee selalu dilayan dengan kasar oleh abah mereka sendiri. Kadang-kadang dia sendiri pun tak faham. Apa masalah Dato Aswad sebenarnya?

“Oh…inilha punca sebenar you tak nak keluar dengan I hah?!” tiba-tiba suara Nadzra kedengaran. Terus Farhan mengangkat kepalanya dari bahu Zurin.

“You buat apa dekat sini Nadzra?” Farhan berdiri berhadapan dengan Nadzra.

“I saja nak jalan-jalan dan apa yang I tak sangka ialah you ada hubungan dengan Zurin! Hey Zurin! You kata you I kawan je! Tapi apasal hah dia landing atas bahu you segala?!”

“Nadzra! Tolonglah jangan nak buat kecoh! I dengan dia just kawan erkk!! Tak lebih pun!”

“You bohong! From now on, I nak break up dari you! No relationship between us!”

“Ok! Fine! Itu yang you nak kan?! I tak kisahlah! Lagipun you kan memang banyak pakwe! Pilihlah! I tak rugi apa-apalah kalau I kehilangan you!”

Nadzra terus pergi meninggalkan mereka dengan perasaan geram. Rasa sakit hati dengan ucapan Farhan tadi.

“Sorry beb…tak pasal kau yang kena!” tutur Farhan. Tak pasal Zurin kena serang.

“Tak apa…aku dah biasa pun!” balas Zurin. Dia tak ambil port langsung pasal tu. Buat apa?? Serabut kepala!

“Zurin…”

“Apa?”

Farhan memandang Zurin. Bagaikan ada sesuatu.

“Kau dah kenapa usya aku macam tu?”

“Gelabahlah kau Zurin! Rileks arrr!!!”

“Manalah tahukan? Kau ni bukannya boleh percaya sangat! Kau nak apa?”

“Aku nak tanya pasal Ikhalah…”

“Ikha?” Zurin menjongketkan keningnya. “Ada apa dengan Ikha?”

“Aku nak tahu lebih pasal dia, boleh?”

“Kau nak tahu pasal apa?”

“Anything pasal dia? Come on! Bagitahulah aku! Aku nak ngorat dia ni!”

“Amboi! Bukan ke bab menggayat ni kau pandai? Apesal pulak nak tanya aku pulak??”

Farhan mengeluh. “Tolonglah! Dah macam cara aku nak bercakap dengan dia tapi dia buat don’t know je dekat aku. Please Zurin! Tolonglah aku!”

“Farhan…bukannya aku tak nak tolong kau tapi…errr tapi Ikha dah cakap dia dah tak ada hati dekat kau. Dia dah lupakan kau! Kau kan ada Sasha dengan Nadzra?”

“Come on Zurin! Kau pun tahukan aku dah putus dengan Nadzra beberapa minit yang lalu? Please Zurin!”

“Farhan…”

“Please Zurin! Kau je yang boleh tolong aku…huhuhu…”

“Isy kau ni! Dah macam terdesak sangat! Meluatlah pulak! Yelah! Aku tolong kau! Tapi dengan syarat kau belanja aku makan!”

“Ok! No hal beb! Kau cakap je kau nak makan apa. Aku akan belanja. Tapi, sebelum tu kau kenalah tolong aku dulu.”

“Ok…no hal!” Zurin tersengih. Hehehe…boleh makan free nanti.

FARHAN melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 11 malam macam tu. Fuh! Memang lewatlah. Temankan Zurin makan je! Isy! Zurin! Zurin! Perangai langsung tak berubah.

“Hah?! Baru pandai nak balik?! Ingatkan tak reti nak balik dah!” ujar Dato Aswad tiba-tiba.

“Abah! Boleh tak jangan nak mula perang?! Farhan penatlah!”

“Penat?! Penat apa?! Penat merosakkan anak dara orang?!”

“Abah!! Apa yang abah cakap ni?! Sejak bila Farhan rosakkan anak dara orang?! Please jangan cakap benda yang nonsense ok!”

“Habis tu? Apa yang kamu buat sampai malam-malam ni baru balik?! Clubbing?!”

“Abah! Can you just shut up! Shit!” pang!!! pipi Farhan ditampar kuat.

“Berani kau kata dekat aku?!” Dato Aswad hilang sabarnya.

“Damn you!” terus Farhan berlari ke biliknya. Dia mengunci pintu lalu pintu almari dibuka. Dia embawa keluar begnya lalu baju-bajunya diisi dalam beg itu. Aku dah tak tahan duduk dalam neraka ni! Sial!

Usai mengemas apa yang patut, Farhan terus keluar dari bilik turun ke ruang utama.

“Farhan nak pergi mana?” soal Datin Noraini.

“Farhan nak leuar dari rumah ni. Duduk dekat sini buat sakit hati! Banyak syaitan!” terus Farhan melangkah pergi.

“Farhan! Farhan!” panggilan ibunya langsung tak dihiraukan.

“Ini semua salah abang! Saya tak fahamlah dengan abang! Asyik cari salah dia je!” Datin Noraini menangis lalu masuk ke biliknya. Dato Aswad hanya memerhati. Tak lama dia baliklah tu…

Farhan menunggang ke rumah Zurin. Dipecut dengan sepuas hatinya. 120 km/j. Memang cari nahas awal! Nasib baik jalan pun dah lengang sedikit. Dia memakirkan motornya di luar rumah Zurin.

Zurin yang terdengar bunyi enjin kuasa besar terus memandang ke luar tingkap. Farhan?! Apa yang dia buat dekat sini? Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Farhan.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…Zurin. Aku ada dekat depan rumah kau.”

“Aku tahulah…”

“Bukak pintu?”

“Errrr…kau nak buat apa?”

“Aku nak tumpang tidur?”

“Tumpang tidur?!” terjerit Zurin dibuatnya.

“Kenapa?”

“Aku lari dari rumah!” terus Zurin memutuskan taliannya. Dia mencapai tudung lalu membuka pintu rumah.

“Farhan? Kenapa kau buat kerja gila ni? Apa yang dah jadi?” terus Farhan memeluk Zurin.

Zurin tergamam. Kalau dia peluk aku ni, mesti kes berat! Ya Allah…kenapa dengan Farhan sekarang ni?

“Farhan…lepaskan aku. Tak elok dipandang orang! Lagipun kita bukannya mahram!” terus Farhan melepaskan Zurin.

“Sorry…aku tak sengaja…”

“Kau bawak motor kau masuk dalam.” Farhan memimpin motornya masuk ke dalam garaj.

“Masuklah…” Zurin menutup pintu rumah selepas Farhan masuk. Farhan duduk di kerusi ruang tamu.

“Eh? Farhan?” sapa Encik Mukhriz.

“Assalamualaikum pak cik!” Farhan menyalami tangan Encik Mukhriz.

“Buat apa Farhan datang ni? Dah lewat sangat!” soal Encik Mukhriz. Ada apa ya?

“Abah…boleh tak kalau Farhan tumpang rumah kita?”

“Kenapa?”

“Dia ada masalah…dan dia keluar dari rumah parents dia.”

“Betul ke Farhan?”

“Betul pak cik. Saya tak tahan tinggal di situ pak cik. Abah saya kira cari salah saya je!”

“Hmmm…yelah! Kamu boleh duduk dekat rumah pak cik selama mana yang kamu nak. Pak cik tak kisah. Ada jugaklah orang yang nak bersembang dengan pak cik.”

“Terima kasih pak cik…” Farhan tersenyum.

“Pak cik masuk tidur dulu ya? Zurin…prepare bilik Farhan.”

“Baik abah…” Encik Mukhriz masuk ke dalam biliknya.

“Jom Farhan! Aku tunjukkan bilik kau. Tapi sorrylah! Rumah aku tak segedabak macam rumah kau!”

“Alah…rilekslah Zurin! Aku oklah!”

Zurin mengemas bilik yang sedikit berhabuk itu. Farhan turut menolong. Yelah! Datang rumah orang buat macam raja pulak!

“Oklah…kau rehat dulu! Esok nak kerja kan?”

“Hmmm…thanks Zurin!”

“No thanks! Dah kau memerlukan bantuan kan? So, aku as your friend kenalah tolong kan?”

Farhan hanya tersenyum. “Thanks again!”

“No thanks aku kata! Dah! Tidur! Esok nak kena pergi kerja! Good night! Pasanglah air-cond tu! Nanti kau hangat pulak!”

“It’s okay…” Zurin terus beredar ke biliknya. Farhan membaringkan tubuhnya di atas katil sederhana besar itu.

“Nasib baik aku ada kawan macam Zurin…” ujar Farhan perlahan sebelum matanya turut terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience