Bab 46

Romance Completed 30326

Bab 46

Ikha meneydut minumannya sebelum berborak mengenai Zurin. Dia memandang kawan-kawannya.

“Aku rasa ada something wrong sebenarnya…” ujar Ikha.

“Apa yang something wrong nya?” soal Maisarah.

“Yelah…kau tahu tak aku pernah terdengar dari mulut Farhan yang Syed Izzul Raziq tu kahwin dengan Zurin sebab dia just nak tahu sama ada Zurin masih virgin atau tak.”

“Hah?!” ketiga-tiga kawannya terkejut serentak.

“Ye! Dan aku syak ada seseorang reka cerita. Dan aku rasa orang tu Sasha…”

“Sasha? Apa kena mengena Sasha dengan Syed Izzul Raziq dan Zurin?” soal Katrina pelik.

“Kau tahu tak sebenarnya si Raziq tu pernah jadi boyfriend Sasha waktu dulu. Tapi yeah…dia kan player? So, selepas beberapa hari dia tinggalkan Sasha selepas dia sukakan Zurin dan juga bila dia dapat tahu siapa Zurin sebenarnya dalam hidup dia.”

“Seriously? Tapi kalau betul dia cintakan Zurin, perlu dia kahwin dengan Zurin hanya kerana nak tahu Zurin tu masih virgin ke tak, kan?” usul Puteri pula.

“Memanglah tapi disebabkan dia terpengaruh dengan kata-kata orang, tak mustahil kan dia akan…” percakapan Ikha terhenti bila ternampak kelibat Syed Izzul Raziq sedang menghampiri meja mereka.

“Can I see you for a few minutes?” soal Syed Izzul Raziq kepada Ikha.

“Errr…” Ikha memandang kawan-kawannya. Mereka mengisyaratkan supaya Ikha pergi saja.

“Ok…” Ikha bangun dari tempat duduknya lalu mengikuti langkah Syed Izzul Raziq.

Syed Izzul Raziq mempersilakan Ikha duduk. Ikha duduk berhadapan dengan Syed Izzul Raziq. Syed Izzul Raziq pula mengeluh. Muka dia pun nampak serabut.

“What’s wrong?” soal Ikha apabila terpandangkan muka serabut Syed Izzul Raziq.

“Saya tahu saya salah…” ujar Syed Izzul Raziq.

“Apa yang salah ni?” Ikha mula syak sesuatu.

“Saya terikutkan perasaan sangat! Saya percayakan Sasha!” aku dah agak dah! omel Ikha dalam hati.

“Apa kaitan Sasha?” sengaja dia nak megorek.

“You know what? Dia cakap Zurin dan Farhan pernah terlanjur and thought Zurin not a virgin anymore dan semalam saya dah buat something yang mungkin dia akan membencikan saya…”

“Maksud awak?” takkan dia…

“Saya buat benda tu semalam dengan dia!” Ikha menekup mulutnya. Dia…huh aku tak boleh bayang keadaan Zurin sekarang. Patutlah fon Zurin off.

“What the…??? Macam mana keadaan Zurin sekarang ni? Don’t say yang dia demam disebabkan perbuatan awak semalam? Awak…are you raped her last night?”

“Sounds like that…saya tak boleh brrfikir semalam! Saya tahu saya bodoh semalam…sekarang Zurin demam panas dan saya tahu ia angkara saya. Saya…saya tak tahu nak buat apa.”

“Kenapa awak percayakan sangat si Sasha tu?!” amarah Ikha mula naik.

“Sebab…” bukk! Satu penumbuk singgah di muka Syed Izzul Raziq. Siapa? Ikha turut terkejut dengan perbuatan Farhan dalam seklip mata. Sejak bila dia tercegat di sini.

Syed Izzul Raziq melihat gerangan yang menumbuknya. “Farhan?”

“Aku tak sangka kau akan memperlakukan kawan aku macam tu! Hey! Kau tahu tak si Sasha tu sebenarnya setan! Setan bertopengkan manusia! Apa? Kau nampak selama ni aku ni dengan Zurin pernah berpegangan? Kalau setakat peluk, mungkin! Aku tahu kau jeles bila aku berpelukan dengan dia kan?!” marah Farhan. Dia mengepal penumbuknya. Aku tak sangka dia akan memperlakukan Zurin macam binatang.

“Kalau macam ni kau punya attitude Raziq, aku sumpah aku akan rampas Zurin dari hidup kau!” Farhan segera beredar. Syed Izzul Raziq dan Ikha terkedu.

Farhan nak rampas Zurin dari Raziq? Habis tu aku macam mana? Aku yang sebagai tunang dia ni takkan nak tengok je?

Syed Izzul Raziq hanya mengeluh. Pipinya yang terasa sengal dibiarkan. Dia cuma terfikir apa yang dikata oleh Farhan. Dia akan rampas Zurin dari aku? No way! Aku sayangkan Zurin!

Tak Raziq! Kalau kau sayang dia, kenapa kau buat macam tu dekat dia semalam? Arghhh!!! Aku cuma terikutkan perasaan.

Sasha yang menhendap di balik dinding tadi pula mengepal penumbuk. Geram! Kenapa semua orang nak backup minah tu hah?! Tambah-tambah lagi Farhan! Tak apa…korang backup perempuan tu habis-habis! Aku tahulah apa yang nak dibuat dengan pompuan tu!

Ting! Satu mesej masuk di telefon Ikha. Ikha membelek mesejnya. Dari Maisarah.

Maisarah: Tak apa Ikha…kita orang balik dulu ye? Kita orang tahu yang kau ada masalah yang perlu diselesaikan dengan Raziq. Tak apa, next time kita jumpa lagi. Harga makanan minuman aku dah bayar. Tak payahlah ganti…

Me: Thanks Mai…tapi aku mintak maaflah sebab tak dapat nak borak dengan korang lebih-lebih hari ni. Aku tak sangka yang hari ni ada big issue yang nak meletus.

Maisarah: It’s okay…

Ikha menyimpan kembali telefonnya. Dia memandang Syed Izzul Raziq. “It’s okay Raziq. Take your time to think. Pasal apa yang kau dah buat tu, kau balik jumpa Zurin dan try pujuk dia. Insha-Allah…dia akan berlembut balik dengan kau.”

Syed Izzul Raziq hanya tersenyum sumbing. “I don’t think so Ikha. Dia tu keras.”

“Luaran je nampak keras Raziq tapi dalam hati dia sangat lembut. Trust me…”

“Tak apalah Ikha. Lagipun, saya nak ke luar negara…ke Europe.”

“Buat apa ke sana?” hailah…takkan nak larikan diri?

“Saya nak bagi Zurin space untuk dia tenangkan diri…”

Europe? Wah! Peluang baik ni! Sasha sudah tergelak jahat dalam hati.

“No way Raziq! Awak tak boleh buat macam ni! Awak kena pujuk Zurin. Bukannya larikan diri ke Europe macam ni!”

“Ikha…she’s need time. Dan saya akan bagi masa dekat dia…”

“No! You’re totally wrong! Actually, Zurin perlukan awak di sisi dia! Awak tak boleh buat macam ni dekat dia. Kalau macam ni cara awak, Farhan memang betul-betul akan rampas Zurin dari awak!”

“ Dia tak akan…”

“Awak ingat Farhan tu tak pegang kata-kata ke? Dia pegang ok! Saya kenal dia!”

“Dia rampas Zurin macam mana sekalipun, Zurin tetap isteri saya. Saya yang ada hak sama ada nak lepaskan dia atau tak…”

Ikha mengeluh. Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Takkan lah Raziq nak putus asa macam tu je? Dulu bukan main beriya-iya nak jumpa dengan Zurinlah…nak tackle Zurinlah. But now, apa yang dah jadi?! Aku tak fahamlah!

“Tak apalah Ikha…saya dah nak gerak ni. Flight saya pukul 2 nanti. Saya harap awak jaga Zurin dengan baik-baik ya? Cakap dekat dia yang saya mintak maaf sangat dan saya sangat sayangkan dia…”

What?! Pukul 2 petang?! Sasha mengeluarkan telefonnya lalu check tiket. Fuh! Nasib baik masih ada seat available! Sasha segera menempah tiket tersebut.

“Raziq! Awak tak boleh buat macam ni. She needs you!” Ikha cuba mempertahankan niat Syed Izzul Raziq dari fly ke Europe.

“Saya dah nekad Ikha. Saya akan bagi dia space. Lagipun, dekat Europe tu, saya ada kerja untuk di settle kan.”

“Raziq…”

“No Ikha…saya dah buat keputusan dan saya harap awak dapat tengokkan Zurin untuk saya…” Syed Izzul Raziq melangkah pergi.

“Raziq!” panggil Ikha namun Syed Izzul Raziq hanya buat bodoh. Apa-apa pun dia tetap akan ke luar negara. Keputusan muktamad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience