Bab 51

Romance Completed 30326

Bab 51

“Hello Mr Schuzberg. Long- time no see. How are you?” soal Syed Izzul Raziq ketika dia bersemuka dengan Mr Schuzberg.

“Oh, I’m fine. Good. How about you? Is everything okay? Company? How about wife?” Mr Schuzberg menjongket keningnya. Bergurau.

“Wife?”

“Yes. Who is she behind you? She looks beautiful too,” Syed Izzul Raziq terus menoleh ke belakang. What the…??? Dia ikut lagi?!

“Errr…Mr Schuzberg, she’s nothing to do with me. Just…”

“Hello!” sapa Sasha. Ahhh!! Sudah! Syed Izzul Raziq menahan geram di hati.

“What are you doing here?! This is none of your business! Get away!” marah Syed Izzul Raziq.

“Oh darling…what’s the matter huh? Can’t I meet you client?”

“Errr sorry Mr Raziq. Can I know who she is to you?” soal Mr Shuzberg.

“Errr…”

“I’m his girlfriend, right darling?” sampuk Sasha. Eii! Perasannya!

“What?! Since when? Emm sorry Mr Shuzberg. I don’t think now is the right time know her because she had a mental disorder. I’m sorry of her.”

Mr Shuzberg percaya bulat-bulat yang dikata oleh Syed Izzul Raziq. “Oh sorry. I was thought she’s your girlfriend.”

“No, it’s okay. So shall we?”

“Yes!” Syed Izzul Raziq dan Mr Schuzberg terus berlalu pergi. Sasha pula mengetap bibirnya. Geram dengan kata-kata Raziq tadi.

“Kau cakap aku ada penyakit mental?! Kurang ajar betul!” eh??? Betul apa? Dalah sorang-sorang pergi mengaku yang dia tu girlfriend kepada Syed Izzul Raziq. Tak malu ke weyh?

SELEPAS 2 hari bercuti, Zurin akhirnya kembali ke pejabat. Hah…rindunya nak buat kerja. Duduk rumah terperap langsung tak best! Baik aku datang buat kerja! Tak adalah bosan sangat!

“Zurin!” sapa Ikha lalu dirinya dipeluk.

“Weyh! Tak payah arr peluk-peluk! Macam lesbian pulak!” Ikha menampar tangan Zurin.

“Cakap biar berlapik! Kau ingat aku nak ke ber lesbian dengan kau? Tak hengen pun!”

“Aku pun tak ingin lah!” Zurin membuka PC nya.

“Hah! Dah datang pun! Welcome back to the office!” sambut Dani. Zurin hanya tersengih. Adalah tu nak kenakan aku!

“Encik Dani…tak payahlah nak perli saya. Encik Dani jeles kan tak boleh cuti macam saya cuti?”

“Eh! Mana ada…saya ok je. Cuma…hehehe rindukan awak!” terus Dani melarikan diri.

“Encik Dani!” geram Zurin dibuatnya. Tak habis-habis nak sakat aku! Dari sejak hari pertama aku masuk kerja sampai sekarang. Kira nak sakat aku je!

“Ikha! Datang ke bilik Encik Akram sekarang!” jerit Dani lantang.

“Ok! Aku pergi dulu eh?” Ikha melangkah pergi ke bilik Akram. Mesti ada projek nak masuk ni. Hai…maju betul Ecomas Executive Holdings ni. Tiap-tiap bulan je, mesti ada projek baru yang nak masuk.

“Encik Akram panggil saya?” soal Ikha lembut. Takkan aku nak cakap kasar pulak kan?

“Oh yes Ikha…have a seat.” Ikha duduk di kerus berhadapan dengan Akram.

“Ada apa ya Encik Akram? New project?”

“Ya…macam biasalah. Ini pun saya baru dapat berita dari bos. Kali ini projek yang baru masuk memang besar! Projek ini akan dilaksanakan di Korea. So, kali ni tak ada lagi main-main. Maybe kita kena stay dekat ofis sampai malam!”

“Malam?”

“Ya…malam. Sebab kalau ikutkan deadline dia hujung bulan ni. Kita tak ada masa lagi Ikha.”

“Ok…so bila nak proceed ni?”

“Sekaranglah! Kejap lagi bos akan buat meeting. Awak arkitek. Wajib kena masuk meeting. Kalau awak jadi Zurin tak apalah…meeting besar pun dia tak payah masuk kecuali ada kena mengena dengan dia.”

“Oh…” bahagilah hidup Zurin!

“Bila meeting?”

“Lepas lunch. Awak kena prepare benda untuk dibawa ke meeting. Kertas pelan, wajib!”

“Ok…ada apa-apa lagi?”

“Tak ada…kalau ada, saya akan inform dekat Danilah. Dani akan beritahu awak.”

“Ok…saya keluar dulu?” Akram hanya mengangguk. Ikha melangkah keluar dari bilik Encik Akram. Huh…susahnya! Kalau sampai kena malam, maknanya ni memang projek besar gila!

Ikha duduk di kerusi kerjanya. Fuh! Lepas lunch, meeting. Ikha membuka lampiran kerjanya di PC. Diperhati landskap yang terpapar di skrin PC. Oklah tu…Farhan pun dah kata ok pasal benda ni. Ikha menutup paparan tersebut lalu membuka satu lagi. Cuma yang ini je aku harus perbetulkan. Ikha mengklik pada bahagian draf yang hendak dibetulkan.

Interkom berbunyi. Ikha memerhati. Dari bilik bos. Ikha menjawab. “Ya?”

“Ikha, saya nak draft pasal pelan yang minggu lepas tu.”

“Oh ok…kejap!” Ikha segera buka pelan yang minggu lepas lalu ditekan print. Ikha membawa kertas itu ke pejabat Farhan.

Tok! Tok! Tok! Ikha melangkah masuk bila Farhan melaung perkataan masuk dari dalam. Ikha melangkah ke arah meja kerja Farhan. Diletak kertas yang telah di print tadi.

“Nah…saya dah print. Ada apa-apa lagi?” Farhan memerhatikan draft tersebut. Dia menggeleng.

“Tak ada. Awak boleh pergi…”

“Ok…” Ikha menuju kembali ke meja kerjanya.

Zurin membuka emel miliknya. Dia terpandang kepada kotak inbox. Ada 1 mesej. Dari sapa? Zurin menekan inbox. Raziq? Zurin membuka laman tersebut.

From: IzzulR

To: NazliliZ

Assalamualaikum my wife…

Awak apa khabar dekat sana? Mesti awak tengah sihat sekarang kan? Yelah, awak tak adalah sakit hati kan kalau saya tak ada? Cuma, apa yang saya nak cakap dekat sini ialah saya betul2 mintak maaf atas apa yang berlaku malam tu Zurin. Kalaulah awak bagitahu awal-awal dan tak admit yang awak pernah terlanjur dengan Farhan, saya tak akan ambik benda tu malam tu Zurin. Kenapa awak bohong dekat saya yang awak dah terlanjur dengan Farhan?

Zurin mengetap bibirnya. Oh…sekarang ni semua salah aku lah?! Salah dia, dia tak fikir pulak! Yang dia pergi percaya dengan si beruk betina tu buat apa?!

To: IzzulR

From: NaliliZ

Oh ….sekarang ni semua salah sayalah hah?! Habis tu salah awak, awak tak fikir pulak?! Kan saya dah cakap yang saya masih dara malam tu! Awak pekak ke?! Ke memang awak ni ada gangguan?!

Send!

Oh! Mana aci dia kira salah aku je! Salah dia yang pekak malam tu, tak kira pulak! Tak fair langsung!

From: IzzulR

To: NazliliZ

Ok…saya tahu saya bodoh sangat malam tu. Saya mintak maaf…[sad face]

Zurin menutup emelnya. Malas nak melayan! Aku berdoa agar kau duduk terus dekat sana! Aku malas nak layan kau! Tengok muka kau pun menyakitkan hati!

Ting! Satu mesej masuk. Zurin membuka inbox. MMS? Diperhati gambar yang dihantar oleh unknown number itu.

Oh…maknanya dia kenakan aku melalui emel ni? Kalau betul dia ikhlas, buat apa Sasha ada sekali di situ? Kurang ajar betullah! Dia memang nak kenakan aku sebenarnya. Zurin mengetap bibirnya. Dasar buaya!

“Zurin? Kau kenapa ni?” soal Ikha yang sudah tercegat di hadapan meja kerjanya.

“Hah? Eh, tak ada apa-apalah…kenapa?”

“Tak…muka kau stres sangat. Tak apalah…jom keluar makan nak? Sekarang dah lunch hour ni.”

“Dah lunch? Hmmm…ok!” Zurin menutup PC nya dan mencapai beg tangannya lalu berlalu keluar bersama Ikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience